foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, October 27, 2008

DARI INDONESIA YANG RANCAK KE MALAYSIA YANG GAWAT..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
20.....29 OKT

Di Bandara Jakarta saya ambil sedikit waktu membaca internet dan mencoret beberapa hal. Sekali lagi mohon maaf kerana tak terdaya nak update blog setiap hari di Bandung. Berbeza dengan di KL yang kemudahan internet yang 100x lebih cepat dari di Indonesia dan kesibukan juga amatlah memeningkan. Perjalanan dari satu daerah ke daerah lain mengambil waktu yang amat panjang. Tapi dari sudut yang lain, ada enjoynya terutama apabila masuk ke daerah pendalaman yang di tepi kanan kiri jalan ada sahaja pemandangan baru yang menghijau, teduh dan segar. Jumaat lalu saya ke sebuah kampung di Jawa Barat namanya Desa Cibitung. Dua setengah jam dari Bandung. Masih ada amalan lama yang sudah tidak ada lagi di Malaysia seperti beduk dan azan tanpa pembesar suara...(nanti kita sambung lagi kena masuk ruangan keberangkatan....).

OK..sambung lagi..Soal amalan amat dekat dengan pemahaman dan keyakinan yang dianut oleh komunitas setempat. Saya sempat bertanya kepada salah seorang penduduk tentang pembesar suara dan keadaan masjid yang agak uzur (tak siap sepenuhnya).. Jawapannya simple..jika kami mahu semua boleh dapat dari pemerintah daerah tapi..kami tidak mahu terikat dengan pemerintah daerah dan kami mahu bebas dari kongkongan pemerintah. Termenung saya dibuatnya kerana pesan dari para kiyai amat berkesan sehingga ke beberapa keturunan keyakinan ini tidak berubah. Sekarang pondok peaentren berdekatan masjid tersebut dikelola oleh cucu kiyai terkenal yang kuburnya juga tak jauh dari masjid.

Suasana di persekitaran masjid tak jauh berbeza dengan suasana pemandangan komunitas pondok di Malaysia. Ada anak santri lelaki perempuan berkeliaran di sekitar masjid dan rumah para ustaz dan ustazah juga berada di kawasan tersebut. Inilah salah satu kaedah dakwah yang diamalkan oleh para kiyai sejak zaman berzaman sehingga dakwah tersebar ke seluruh nusantara secara aman damai. Kiyai bukan sahaja membangun minda bahkan juga membangun infra struktur, ekonomi dan sosial setempat secara smart. Inilah contoh yang seharusnya kita tiru dan amalkan. Islam ditmpilkan sebagai solusi yang tepat dan berkesan. Jauh sekali dari unsur penindasan dan kekejaman seperti yang berlaku di Kandahar dan beberapa negara timur tengah. Imej buruk sekalipun ianya mungkin ada manipulasi dari pihak tertentu tetapi perbuatan kejam dalam bentuk apapun adalah bercanggah dengan Islam.

Kesan dari soal fahaman juga di media Indonesia sedang hangat diperkatakan tentang hukum tembak ke atas Amrozi dan grupnya kerana terlibat dengan BOM Bali. Fahaman yang keras di Afghan dan di beberapa negara timur tengah telah meresap masuk ke Asean sehingga menjadi satu masalah dan ancaman keselamatan di Asean. Suasana politik yang rancak di Indonesia kerana ianya didedahkan di khalayak melalui semua media membuat rakyat Indonesia lebih matang menanggapi sesuatu masalah sehingga semua pihak dapat bicara apa adanya. Berbeza sekali dengan media di Malaysia..yang indah dan baik sahaja diangkat bagi kepentingan politik pemerintah. Ini bukan selesaikan masalah dan ianya pasti akan merebak lebih besar sehingga menjadi barah yang tidak akan dapat disembuhkan lagi. Masalah politik UMNO, ekonomi semasa dan sosial ditutupi dengan bermacam isu lain sehingga seperti tidak ada masalah di Malaysia. Yang cakap banyak sumbat dalam ISA. Tapi sampai bila? Selagi belum diruntuhkan dan dibina semula rasanya amat sukar untuk selesaikan masalah di Malaysia dalam waktu terdekat.

Rancaknya politik di Indonesia akan berpengaruh kepada solusi jangka panjang rakyat dan gawatnya suasana politik Malaysia lambat laun akan meruntuhkan pemerintahan BN itu sendiri...Kenyataan dari pemimpin UMNO dan sayapnya amat tidak realistik terutama apabila terlalu berlebihan mempertahankan media sekalipun ianya terlalu tidak adil kepada rakyat. Dasar mempertahankan sesuatu jika tidak diasas dengan kebenaran lambat laun akan musnah juga..Impaknya ialah kepada kelanjutan integritas pemimpin Melayu dan masa depannya di tanah air sendiri. Renungkan kenyataan ini..

Ahli UMNO perlu sokong pertahan Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 27 Okt. - Seluruh ahli UMNO khususnya Pergerakan Puteri diminta memberi sokongan kepada usul bagi mempertahankan kedudukan akhbar Utusan Malaysia.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, usul Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani itu merupakan satu keputusan berani dalam mempertahankan maruah sebuah akhbar yang menjadi suara kepada orang Melayu.

"Saya sokong usaha Puteri Sungai Petani itu dan bangga dengan usul yang sungguh berani daripada pergerakan tersebut.

"Saya menyeru semua Puteri Bahagian yang lain memberi sokongan sepenuhnya terhadap usul itu demi bangsa, agama dan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Puteri UMNO Sungai Petani dalam mesyuarat perwakilannya meluluskan usul meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia agar terus menjadi wadah perjuangan Melayu dan bumiputera di negara ini.

Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof berkata, usul yang diluluskan itu akan dibawa ke persidangan perwakilan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO, Mac depan.

Shahanim berkata, usul terbabit dibuat ekoran tindakan beberapa pihak mempertikaikan kewibawaan akhbar yang disifatkan banyak berjasa kepada orang Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.

"Kita berhasrat untuk mengemukakan usul ini ke peringkat lebih tinggi bagi membuka mata semua pihak bahawa Utusan Malaysia perlu dipertahankan.

"Kita berharap UMNO terus menjadi payung kepada Utusan dan jangan biarkan Utusan diboikot dan dihina seperti kebelakangan ini," kata Shahanim.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menegaskan, tindakan mempertikaikan dan memboikot akhbar Utusan Malaysia oleh pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin Melayu sendiri adalah tidak wajar sama sekali.

Menurutnya, jasa akhbar itu sebagai wadah perjuangan bangsa sejak dahulu sehingga hari ini tidak harus diketepikan hanya kerana kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau amat kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu daripada pembangkang yang tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib bangsa dan agama sehingga sanggup berusaha menjatuhkan akhbar Melayu itu.