foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, June 12, 2008

DEMONSTRASI RAKYAT MAKIN RANCAK KE SeLURUH NEGARA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11/12 JUN

Maaf sekarang amat sibuk sekali..kerana fokus kerja bagi mencapai kehadiran 1,000,000 orang pada 5 july..Tarikh bertukar dari 12 July ke 5 July. semoga sdr dapat info yang secukupnya dan sebarkan ke pihak lain..!!

KUALA LUMPUR 12 Jun (SK) - Beberapa organisasi, antaranya Angkatan Muda KeADILan (AMK), Anwar Ibrahim Club (AIC), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ikatan Kebajikan Rakyat sepakat menubuhkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau Geramm.

Ketika sidang media di Petaling Jaya, pagi ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan komited Geramm untuk terus menggembleng dan menggerakkan mobilisasi rakyat untuk menyatakan protes secara berterusan

Gerram akan terus mendepani rakyat dan generasi muda untuk terus menyatakan protes agar kerajaan menarik balik kenaikan minyak di pasaran dan membincangkan kaedah serta formula terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Oleh yang demikian, Menurut Shamsul usaha protes akan dimulakan selepas solat jumaat esok di Kampung Baru seterus beberapa roadtour diseluruh Malaysia akan bermula selepas itu.

Petition Online

Sementara itu, Shamsul turut mengumumkan pelancaran laman web Geraam (http://www.geramm.org), dimana terdapat jadual program, bahan kempen, dan petisyen online bagi mengumpul pendapat rakyat yang tidak puas hati tentang kenaikan minyak./-fiq



.. Himpunan aman esok, penganjur yakin polis terima rayuan
Anis Nazri
Thu | Jun 12, 08 | 7:02:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Hrkh) - Pemuda Pakatan Rakyat percaya pihak polis akan membenarkan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak selepas surat rayuan dikemukakan pihak penganjur.

Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusof, berkata surat rayuan itu akan dikemukakan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, selepas permohonan mereka hari ini ditolak Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Sabki berkata, dengan surat rayuan ini, Pemuda Pakatan Rakyat percaya polis akan membenarkan perhimpunan tersebut diadakan seperti dirancang.

Perhimpunan yang dijangka disertai 20,000 orang itu akan bermula di Masjid Kampung Baru sebelum berarak ke KLCC, selepas solat Jumaat esok.

Harakahdaily difahamkan, pihak polis menolak permohonan perhimpunan itu dengan empat alasan, antaranya pihak penganjur tidak mengemukakan surat kebenaran dari pihak Masjid Jamek kampung Baru dan KLCC.

Pihak polis turut memberi alasan perhimpunan tersebut akan menyebabkan gangguan laluan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalan raya, selain dikatakan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. - mks._