foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 5, 2009

BAZIR WANG RAKYAT dan wangnya MASUK KE POKET SIAPA?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 MAY
Sedap bunyi kenyataan Hishamuddin tapi sudah hambar di telinga rakyat kecil. Kita mahu bicara soal ini dengan serius bukan hanya penyedap telinga aje:

1. Wang yang keluar siapa yang paling banyak mendapat manfaatnya? Bukankah pemimpin UMNO dari atas sampai ke bawah yang menikmatinya? Kuncu-kuncu UMNO BN bahkan bersorak gembira jika diadakan pilihanraya kecil atau umum kerana sumber pendapatan mereka bertambah mengejut. Buat tak tahu pula?

2. Kenapa sekarang baru sedar? Pelik juga selama ini tak pernah fikirke? Jadi jelaslah bahawa pemimpin UMNO di Malaysia selama 50 tahun memimpin macam orang buta. Kesian dan inilah dasar 1 Malaysia yang kelam kabut. Yang dulu semua kena rubah. ISA sekarang juga mesti diteruskan lagi dan ditangkap aje siapa yang nampak tak sehaluan. Inilah slogan 1 Malaysia yang akan menjahanamkan Malaysia.

3. Tolong kira sendirilah berapa banyak duit rakyat dirompak oleh UMNO BN setiap kali pilihanraya dalam masa 50 tahun. Jika betul fikir hal rakyat para menteri buatlah dulu dari hal yang paling kecil dan sederhana. Berapa banyak gaji, elaun dan saham itu dan ini yang tidak optima secara sukarela dikembalikan kepada rakyat!!! Jika tak mampu maka janganlah bicara soal jimat duit untuk pilihanraya..

Pembaziran wang rakyat dalam pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan membelanjakan sehingga RM20 juta wang rakyat untuk mengawal keselamatan setiap kali pilihan raya kecil peringkat Parlimen diadakan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ramai yang tidak menyedari jumlah perbelanjaan sebesar itu diperlukan tetapi ia tidak boleh dielakkan.

Beliau menegaskan, jika trend pembangkang mahu mewujudkan pilihan raya kecil secara silih berganti tanpa sebarang alasan yang kukuh diteruskan, terlalu banyak wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi tujuan keselamatan.

"Satu pilihan raya kecil peringkat Parlimen saya difahamkan perlu RM20 juta untuk meletakkan polis, kalau trend ini berterusan hingga pilihan raya umum ke-13, bankrap kita," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk melepas jawatan beliau tidak lama lagi.

Kata Hishammuddin, beliau telah meminta para timbalannya untuk mengkaji secara mendalam berapa jumlah sebenar wang rakyat yang perlu dibelanjakan setiap kali pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Mengulas lanjut mengenai Manoharan beliau berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada keinginan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu yang seolah-olah mahu dibebaskan kalau kerajaan tidak mahu pilihan raya kecil diadakan di kawasannya itu.

"Saya tidak ikut ugutan, dia ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab tertentu, kerana pilihan raya kecil nak bebaskan dia, (ugutan itu) tak makan dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, pertimbangan saya ialah asas-asas yang telah pun dibina selama ini perlu dihormati," katanya.

Antara asas-asas yang dimaksudkan beliau ialah keselamatan, kestabilan dan kepentingan negara ini.

HR9808: Berbeza dengan di Indonesia....Ketua BPR/KPKnya ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes bunuh sekalipun, koruptor tetap dikejar..Di Malaysia dah sah kes bunuh Altantunya melibatkan seorang pemimpin no satu ..tapi masih tersenyum riang..sempat berslogan lagi...Alahai.. Jika Hishamuddin benar-benar anak jantan tangkaplah mereka yang terlibat dengan kes bunuh tanpa kira bulu!!! tapi yang diugut hanya rakyat kecil yang mahu adakan demo..?? Naif betul...Inilah style pemimpin kroni yang mengamalkan nepotisma..

Rabu, 06/05/2009 12:47 WIB
"KPK Jangan Menyerah, Sikat Habis Koruptor BLBI"
Moksa Hutasoit - detikNews

(Foto: Moksa Hutasoit/ detikcom)
Jakarta - Ratusan orang dari berbagai elemen masyarakat berunjuk rasa di depan Gedung KPK. Meski Ketuanya Antasari Azhar sudah ditetapkan menjadi tersangka, mereka menuntut kasus BLBI tetap diusut tuntas.

Massa pendemo terbagi menjadi dua bagian. Massa pertama dari Gerakan Masyarakat Pemburu Koruptor (Gempur) sedangkan yang lain dari Gerakan Rakyat Adili Koruptor BLBI.

Meski mengusung tema yang sama, namun ada perbedaan sikap memandang status Antasari.

"Kita sadari bahwa ini adalah ujian, cobaan. Penegakan hukum di negeri ini adalah tantangan," pekik Koordinator Gempur, Ari, di depan Gedung KPK, Jl HR Rasuna Said, Jakarta Selatan, Rabu (6/5/2009).

Mereka mendukung pemberantasan korupsi yang dilakukan KPK meski Antasari terjerat kasus hukum. Ini terlihat dari poster-poster yang mereka usung.

"KPK Jangan Menyerah, Sikat Habis Koruptor BLBI", "Antasari Lewat, Bibit S, Chandra Hamzah, Haryono Umar, M Jasin Harapan Bangsa Tumpas Koruptor BLBI" bunyi poster tersebut.

Pendemo lainnya justru menuding Antasari sebagai pelindung konglomerat hitam Salim dan Nursalim. Mereka juga meminta KPK harus mengusut tuntas kasus korupsi BLBI.

Ratusan pendemo ini memadati jalur lambat di Kuningan. Praktis jalur ini ditutup sehingga cukup memacetkan jalur cepat.

HR9808: Berbeza benar dengan pemimpin di Malaysia...Rakyat kecil dikejar sampai ke lubang cacing tapi yang biawak komodor terus bebas...Polis janganlah terlalu terikut-ikut sangat dengan style pemimpin UMNO kerana jangka panjangnya hangpa yang rugi..!!

Aktivis Bersih ditahan bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Seorang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat yang dikatakan terlibat dalam kempen memakai baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamis ini, ditahan polis kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi di sini malam ini mengesahkan penahanan Chin Huat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Difahamkan, polis akan menyoal siasat lelaki terbabit untuk mengumpul beberapa lagi maklumat terutamanya mengenai penyebaran beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana menahannya di kediaman aktivis itu di Taman Sentosa pukul 8 malam ini," kata Hong Sun.

Polis dipercayai turut merampas satu unit komputer riba dan sebuah telefon bimbit milik aktivis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi malam ini memberi amaran kepada orang ramai, khususnya penyokong parti-parti politik supaya tidak menimbulkan kekecohan sepanjang sidang DUN di Perak yang dijadual pada Khamis ini.

Beliau menegaskan, amaran itu berikutan polis menerima maklumat terdapat pihak-pihak tertentu yang sedang merancang untuk menghentikan sidang DUN tersebut.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan berhimpun bagi menggagalkan persidangan DUN tersebut," tegas Musa.

KES BUNUH MELIBATKAN ORANG PENTING DALAM MEMBERANTAS RASUAH DI INDONESIA JADI TOP NEWS..?? ..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

5 MAY

Saya rasa dunia media dan informasi begitu hidup di Indonesia hingga sesuatu kes dapat diketahui rakyat dengan detail setiap masa tanpa disembunyikan. Mustahil kita boleh dapat berita seperti ini di Malaysia kerana UMNO BN masih menjadi badan penapis berita tidak resmi. Berbeza betul di Indonesia dan saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama menikmati kebebasan media ini. Dua minggu berada di Indonesia terasa otak ini terisi setiap hari dengan info bermanfaat. Saya kagum dengan cara hujah dan idea mereka ketika dipaparkan ke khalayak. Orang biasa bercakap dah macam YB di Malaysia..(bukan maksud saya merendahkan tapi sebagai perbandingan..). Hebat dan inilah kesan dari kebebasan media dan amalan demokrasi yang terarah.

Saya mengikuti perkembangan di Perak dan rasanya UMNO BN pasti akan jatuh kembali jika semua rakyat bangun mendesak diadakan pembubaran DUN. Selepas bermunajat di masjid eluk juga diadakan munajat di SUK pula.!! Polis Malaysia takkan tergamak nak tangkap rakyat baca doa? Takkan gengster UMNO yang kononnya Melayu tulen tergamak nak pukul para imam rakyat kerana jika mereka atau keluarga mereka mati siapa yang akan bacakan talkin? Takkan pemimpin Melayu berslogan 1 Malaysia nak halau rakyat dari menuntut bubar DUN kerana sudah terbukti UMNO BN tidak mampu selesaikan masalah rakyat?

Saya ingin berpesan kepada para mufti di Malaysia jika kamu semua benar-benar ikhlas mendaulatkan Islam sila berikan fatwa hasil makan dari hasil merompak? Kerajaan PR yang sah di Perak kemudian dirompak oleh UMNO BN pakah implikasinya kepada segala gaji dan hasil dari rompak ini?? Jika hangpa takut buat fatwa maka inilah petanda kesesatan yang paling dahsyat yang terjadi di bumi Malaysia. Oleh itu para mufti eluklah letak aje jawatan dan berilah kepada mereka yang layak dan berani menegakkan kebenaran. Sorry saya tak jumpa kamus bahasa yang baik untuk kamu semua kerana Islam tidak pernah mengajarkan rasa hormat kepada para ulama yang bacul dan sesat!! Orang jahil patut dihormati kerana hamba Allah yang jahil tetapi jika ulama yang sesat..kita kena caci mereka supaya sedar diri!!!!

Ayuh para mufti tunjukkanlah kepada umat ini tentang kebenaran !!! Pimpinlah umat ini dengan kemuliaan!!! Jnaganlah kamu menjadi pak turut kepada pimpinan yang sesat samada di dalam istana atau di luar istana!!! Bertaubatlah wahai para mufti dan hadirkanlah diri kamu didepan umat pada subuh 7 Mei nanti!!!


Himpunan 'One Black Malaysia', munajat pagi di Perak
Azamin Amin
Tue | May 05, 09 | 10:08:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Satu himpunan yang diberi nama 'One Black Malaysia' serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri.

Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

"Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan 'menyingkirkan' Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan 'One Black Malaysia' ini.

"Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja," demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki

"Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi," katanya. - azm/mks. _

Mau Diperintah AA, WW Incar Kenaikan Pangkat

By Republika Newsroom
Selasa, 05 Mei 2009 pukul 17:20:00

Bookmark and Share
Mau Diperintah AA,  WW Incar Kenaikan PangkatGGPHT.COM

JAKARTA -- Mantan Kepala Kepolisian Resor Jakarta Selatan, Komisaris Besar Polisi Wiliardi Wizar (WW) , mendapat perintah langsung dari Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) nonaktif, Antasari Azhar, untuk terlibat dalam kasus pembunuhan Direktur PT Putra Rajawali Banjaran, Nasrudin Zulkarnain. Wiliardi yang berperan mencari eksekutor pembunuhan melaksanakan perintah tersebut lantaran mengincar kenaikan jabatan.

"Iya (atas perintah Antasari langsung). Bukan merancang. Tapi, ikut cari-cari orang dan berunding-berunding," kata Kepala Badan Reserse Kriminal Markas Besar Kepolisian Republik Indonesia, Komisaris Jendral Polisi Susno Duaji, di Jakarta, Selasa (5/5).

Seharusnya, kata Susno, sebagai anggota polisi, Wiliardi hanya mematuhi perintah atasannya langsung yang merupakan anggota polisi juga. "Kalau dia diperintah orang lain. Alasannya supaya naik pangkat," ujar dia. Namun, Susno tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai alasan kenaikan pangkat yang diincar oleh Wiliardi.

Peran Wiliardi dalam kasus ini mencari orang yang dapat melakukan pembunuhan terhadap Nasrudin. Melalui pengusaha bernama Jerry didapatlah Edo. Penangkapan terhadap Wiliardi Wizar dilakukan di rumahnya, Taman Ubud Lippo Karawaci Tangerang. Wiliardi ditetapkan sebagai tersangka pembunuhan Nasrudin bersama 8 tersangka lainnya yakni Antasari dan Sigid H Wibisono.

Masih Diperiksa


Sementara itu, Kepala Divisi Hubungan Masyarakat Kepolisian Indonesia, Inspektur Jendral Polisi Abubakar Nataprawira, mengatakan, alasan Wiliardi membantu pembunuhan tersebut masih dalam proses pemeriksaan. "Pertama yang bersangkutan memang kenal AA, tapi kalau mau naik pangkat salah jalur. Kalau polisi ingin naik pangkat harus melalui proses penilaian melalui wanjakti," terang dia.

Lebih lanjut, berdasarkan hasil pemeriksaan Wiliardi turut membantu sesuai dengan yang diatur pasal 56 KUHP, yaitu membantu melakukan kejahatan sebagaimana diatur dalam pasal 340 KUHP tentang pembunuhan berencana. Ditambahkan, keterlibatan Wiliardi, yaitu menerima uang sebanyak Rp 500 juta dari Sigid Haryo wibisono untuk mencari eksekutor terhadap korban Nasrudin tidak beteul.

Abubakar juga membantah jika untuk melakukan pembunuhan tersebut, terdapat uang jatah untuk Wiliardi. "Nggak ada. Dia cuma mencari eksekutor." Selanjutnya, Wiliardi bertemu dengan Jeri yang mengenalkan dengan Edo. "Diaturlah pertemuan oleh J antara E dengan WW," kata dia.

Menurut Abubakar, pertemuan tidak dilakukan di Mabes Polri, melainkan di Hailai Bowling Ancol. Untuk penyerahan uang sebagai biaya eksekusi dilakukan di lapangan parkir di Cilandak.

Abubakar menyatakan, polisi belum dapat menyimpulkan motif pembunuhan pembunuhan Direktur PT Putra Rajawali Banjaran, Nasrudin Zulkarnain. "Belum jelas karena pemeriksaan belum selesai," kata dia.

Namun, Abubakar membantah, jika motif tersebut dilatari kasus yang ditangani Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK). "Kasus yang berkaitan dengan AA tidak ada kaitannya dengan KPK," kata dia.

Dia menyatakan, Antasari disangkakan pasal 340 tentang pembunuhan berencana dengan bukti permulaan yang cukup. Yaitu, berdasarkan keterangan para saksi. - nap/ahi

Selasa, 05/05/2009 17:54 WIB
Pengacara Yakin Antasari Bukan Otak Pembunuhan Nasrudin
E Mei Amelia R - detikNews

Jakarta - Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) nonaktif Antasari Azhar dituduh sebagai otak dalam perencanaan pembunuhan Direktur PT Putra Rajawali Banjaran (PRB) Nasrudin Zulkarnaen. Namun, pengacara Antasari yakin jika Antasari bukan otak dalam perencanaan pembunuhan Nasrudin.

"Yang jelas Pak Antasari bukan pelakunya. Dia tidak melakukan perencanaan pembunuhan," ujar pengacara Antasari, Deni Kailimang saat ditemui wartawan, Selasa (5/5/2009).

Sebagai tersangka yang dijerat oleh pasal 340 KUHP tentang pembunuhan berencana, menurutnya, polisi harus mempunyai bukti kuat untuk membuktikannya. "Jadi rencananya yang dicari, dimana?" katanya.

Lebih lanjut Deni mengatakan, pihaknya belum mengetahui bukti apa yang mendasari sehingga Antasari ditetapkan sebagai tersangka dalam kasus ini. "Ini kita belum tahu, itu ada di tangan polisi. Bisa dari keterangan saksi atau bukti-bukti. Menurut polisi cukup, menurut Undang-Undang kita tidak bisa membantahnya," tuturnya.

Antasari kembali menjalani pemeriksaan perdananya setelah statusnya ditingkatkan menjadi tersangka. Adapun materi yang pemeriksaannya kali ini adalah mengkonfrontasikan temuan-temuan polisi atas keterkaitan Antasari dalam kasus tersebut.

"Ini fakta-fakta yang akan dikonfrontasikan," kata Deni.

(mei/iy)