Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
12 NAC
Rakyat tidak yakin kepada Najib bukan hanya kerana dia dari UMNO tetapi dirinya sendiri sudah cukup berat. Imej pembunuh di beberapa negara luar setelah peristiwa Altantunnya dibunuh bukan isu kecil yang boleh dianggap ringan oleh pimpinan Malaysia. Jadi semua YB di parlimen berhak menyatakan pendirian mereka sekalipun dari PR. Apatah lagi dari DSAI yang disahkan sebagai Ketua Pembangkang. Siapapun tak ingin imej Malaysia hancur hanya kerana BN UMNO berkeras mahu melantik Najib sebagai PM. Soal imej begini selagi belum dibersihkan rasanya amat memalukan Malaysia dan pasti Monggolia akan sedaya upaya melobi di peringkat antarabangsa tentang hak rakyatnya yang dibunuh di Malaysia yang sehingga sekarang masih belum selesai. Lebih malang lagi bagi mereka Najib terlibat dan itulah persepsi mereka yang sudah melekat. Jika Pak Lah mahu jujur dan kabinet Malaysia mahu dihargai maka siasat dulu Najib sehingga nama beliau bersih dari sebarang bentuk sangkaan hina ini.
Ubah tarikh pasti ada kesannya tapi bagi rakyat apapun keputusannya yang pasti rakyat sudah menolak Najib. Belum selesai kes bunuh berlaku pula peristiwa di Perak yang amat jelas Najib terlibat. Jadi Pak Lah takkan duduk diam saja. Nasihat dari Syeikh Mahmud patut didengar bukan hanya angguk tapi buat keputusan lain. Saya yakin jika dah duduk bersama semeja bersama DSAI dan Syeikh Mahmud, Pak Lah dibisukan sahaja. Pasti ada sesuatu mesej besar yang disampaikan buat Malaysia. BUkan untuk Pak Lah dan DSAI sahaja tapi negara. Memberi kepimpinan tertinggi kepada Najib bermakna Pak Lah dan Malaysia akan hanyut.
Sedutan dari Blog DSAI...
Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.
Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.
Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!
Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.
Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.
ANWAR IBRAHIM
HR9808: Tahniah AMK..terus diadakan desakan sampai dia tersungkur!!!
Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
10 Mac 2009
Pendedahan kes bunuh Altantuya; Ketua AMK disoal siasat esok
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta untuk menjalani sesi soal siasat oleh pihak polis. Soal siasat ini adalah berhubung dengan laporan polis yang dikemukakan AMK bersabit pendedahan akhbar French Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.
Beliau dijadualkan akan hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara di Jalan PJU 17/6 (berhampiran Tesco Mutiara Damansara) pada jam 11 pagi, 12 Mac 2009 (Khamis).
Shamsul juga akan memberikan kenyataan media berhubung perkembangan susulan berkenaan pendedahan terbabit.
Sila hadir beramai-ramai sebagai tanda soladiriti. Pihak media KECUALI Utusan Malaysia dijemput untuk membuat liputan.
Sekian, terima kasih.
Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155
Najib perlu selesai politik Perak sebelum ajak Pakatan pulih ekonomi - Nik Aziz
Lanjusoh Thu Mar 12, 09 12:53:19 pm MYT
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.
Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.
Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat.
"Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.
"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini.
Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.
Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni.
"Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.
Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam.
"Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.
Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam.
Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.
Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.
Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat. - mj/mks._
Apa kata media UMNO...
PM akan umum secara rasmi tarikh peralihan kuasa
KOTA KINABALU 11 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman rasmi bagi memaklumkan tarikh penyerahan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bercakap kepada pemberita pada lawatan seharinya ke Sabah di sini hari ini, Perdana Menteri menjelaskan, buat masa ini, beliau dan timbalannya mengadakan banyak perbincangan mengenai pelbagai perkara.
Ditanya sama ada beliau sudah mempunyai tarikh tersebut, Abdullah berkata: ‘‘Sudah tentu kami perlu mempunyai tarikh’'.
Abdullah diminta mengulas laporan portal berita yang menyebut beliau telah memaklumkan kepada Najib, tarikh penyerahan kuasa sebagai Perdana Menteri akan berlangsung pada 3 April ini.
Menurut laporan tersebut, tarikh itu sedikit tersasar daripada pelan asal iaitu 31 Mac, bagi membolehkan Abdullah mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir pada 1 April, sekali gus bertemu dengan Menteri-menteri Kabinet yang berkhidmat di bawah kepimpinannya.
Laporan itu turut menyebut, upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam negara akan dilakukan Jumaat, 3 April iaitu empat hari sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Batang Air serta kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Sementara itu, Perdana Menteri turut ditanya mengenai satu lagi laporan portal berita bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa makan tengah hari di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat, Selangor semalam.
Sambil menafikan laporan tersebut, Abdullah menegaskan, berita berlaku perbincangan empat mata (antara beliau dan Anwar) itu hanya rekaan semata-mata.
‘‘Tak ada... tak ada (perbincangan dengan Anwar). Dia agak sahaja tu atau orang lain buat cerita,” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, Sheikh Mahmud Al-Mazjub dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.
Katanya, selain Maulidur Rasul, majlis tersebut turut diadakan sempena sambutan tamat latihan kerohanian 40 tahun tokoh agama tersebut.
‘‘Semasa saya sedang makan, Anwar tiba, sebab dia pun dijemput. Itu sahaja.
‘‘Semasa saya bercakap dengan Sheikh Mahmud, dia bagi pandangan macam-macam tentang masalah yang dihadapi dunia. Mengenai pentingnya kepimpinan negara. Kita mesti adil dan kita mesti mengawal keamanan. Itu yang ditekankan,’’ katanya.
Menurut Perdana Menteri, beliau hanya bercakap dengan Sheikh Mahmud dan bukannya dengan Anwar.
‘‘Dia (Sheikh Mahmud) bercakap dengan saya, bukan dengan Anwar dan saya pun tidak bercakap dengan dia (Anwar) sebab dia sedang dengar tok guru bercakap. Tidak ada apa yang lebih selain itu,” jelas Abdullah.
HR9808: Tidak mahu berlebihan dalam mentafsirkan sesuatu tetapi sewajarnya Najib dan Rosmah rasa malu untuk memimpin Malaysia.!! Bersihkanlah nama dulu lepas tu buat kunjungan ke Monggol!! Mohon maaf jika ini tafsiran yang berlebihan.
Najib: Jangan buat spekulasi
|
KUALA LUMPUR 11 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung tarikh penyerahan kuasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepadanya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, pengumuman rasmi dari Jabatan Perdana Menteri akan menjawab persoalan berhubung tarikh tersebut.
"Tunggu pengumuman rasmi Jabatan Perdana Menteri," kata Najib ketika ditanya tarikh sebenar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada beliau.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Negeri Johor antara SAJ Holdings dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di sini hari ini.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri turut ditanya mengenai laporan jamuan tengah hari yang dihadiri Abdullah dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Najib, tafsiran berlebihan berhubung pertemuan tersebut perlu dielakkan.
"Jangan tafsir perkara itu berlebih-lebihan (Don't read too much into that)," kata beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO.
HR9808: Kenyataan PM di bawah tak relevan bahkan dilihat sangat lemah. Bagi saya tindakan YB PR tepat pada waktunya. Dan para YB PR keluar kerana memberi indikasi kepada negara bahawa sebahgian dari pemimpin rakyat menolak pembentangan tersebut. Seharusnya Najib merasa malu dan Pak Lah wajar menasihatkan beliau agar menerima hakikat bahawa rakyat tidak sukakan Najib. Rakyat tak berkenan dengan Pak Lah kerana lembab tapi Najib sudah cukup semua ada. Yang paling bahaya ialah Najib dilihat amat ganas atau bahasa lainnya teroris berbeza dengan ayahnya.....
Pembangkang lebih utamakan politik - PM
KOTA KINABALU 11 Mac - Tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan semasa pembentangan Bajet Mini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan mereka lebih mementingkan politik daripada bersama-sama menyelesaikan masalah ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan itu juga menunjukkan pembangkang hanya tahu bercakap dan tidak 'gentleman'.
"Sedangkan selama ini mereka juga yang mengatakan perkara berkaitan ekonomi penting tetapi mereka tidak mahu mengetahui apa yang kerajaan hendak buat.
"Ini menunjukkan mereka tidak ambil kisah (masalah ekonomi). Boleh jadi mereka hanya berminat hendak bermain politik," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar dekat sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar dewan semasa pembentangan Bajet Mini oleh Najib semalam.
Abdullah berkata, pada masa ini rakyat mahu kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya dan bersungguh- sungguh menjayakan rancangan pemulihan dan rangsangan ekonomi negara.
Katanya, rancangan dan peruntukan yang telah disediakan itu hanya sia-sia jika pelaksanaannya tidak dilakukan dengan sempurna.
"Oleh itu, kita mesti memberi perhatian sepenuhnya kepada langkah yang mesti diambil untuk menjaga ekonomi supaya nanti tidak mudah merosot. Kita mesti merangsang ekonomi kita, supaya ia dapat dipertahankan dan tidak sampai ke peringkat kemelesetan," katanya.
Pakej RM60 bilion rangsang percaturan politik Umno - Husam
Salmah Mat Husain Thu Mar 12, 09 8:59:41 am MYT
KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Rangsang ekonomi negara atau menghalalkan kontrak tertentu yang tidak memerlukan proses tender terbuka, daripada pakej penyelamat RM60 bilion seperti diumum kerajaan semalam.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kalau tidak berkait dengan politik mengapa pakej rangsangan itu diumumkan menjelang Perhimpunan Agung Umno tidak lama lagi.
"Jadi jelas apa yang dilakukan bukannya semata-mata mahu memulihkan ekonomi negara sebagaimana didakwa," katanya sebagai mengulas mini bajet dibentang Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen semalam.
Empat teras ditetapkan pakej rangsangan ekonomi kedua iaitu RM2 bilion bagi mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, RM10 bilion mengurangkan bebanan rakyat, RM29 bilion membantu sektor swasta dan RM19 bilion bina keupayaan masa depan.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata, pakej rangsangan melalui pemberian kontrak pembangunan tanpa telus dikhuatiri menyubur lagi amalan kronisme.
Katanya, projek hanya diberikan kepada kroni-kroni tertentu sahaja yang mengakibatkan kos lebih tinggi berbanding harga sebenar.
"Kemungkinan akan berlaku ketirisan peruntukan disediakan kerajaan sehingga akan melemahkan ekonomi negara dan bukannya memajukan ekonomi,? ujarnya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Selain itu katanya masalah juga timbul kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk mengambil bagi dalam menjayakan projek tertentu ditetapkan kerajaan pusat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Menurutnya kerajaan hanya mengekalkan kaedah projek pembangunan secara konvensional.
"Walaupun pakej itu nampak besar, namun ia belum mampu menjayakan tahap pembangunan seperti diharapkan, apa lagi mahu memulihkan ekonomi negara," katanya.
Husam mempersoalkan dari mana wang berkenaan akan dikeluarkan kerajaan bagi menjayakan pakej tersebut.
Oleh itu beliau mencadangkan kerajaan menyusun semula struktur ekonomi negara ekoran kegawatan ekonomi yang melanda sekarang dan bukan hanya mengumumkan jumlah angka tertentu semata-mata. - mj/mks. _
HR9808: Tahniah Gobind..rakyat menyokong sepenuhnya tindakan YB...Semoga YB PR yang lain turut bersemangat dan menyatakan pendirian tegas terhadap isu besar ini.."NAJIB yang rendah akhlak AKAN berkuasa" Jangan bagi laluan mudah kepada penjenayah!!!
Gobind suspended over Altantuya
|
S Pathmawathy | Mar 12, 09 4:35pm |
Puchong member of Parliament Gobind Singh Deo has been suspended from the House for the rest of the day today for raising the Altantuya matter during the debate on the mini-budget. Deputy speaker Ronald Kiandee ejected Gobind from the House after the latter refused to stop raising the murder of the Mongolian woman. Gobind was the second parliamentarian to be suspended today. Earlier today, Siringan Gubat (BN-Ranau) was suspended for three hours by House speaker Pandikar Amin Mulia for interrupting him during a question-and-answer session this morning. It happened when Gubat said ‘ngam' to Pandikar's decision not to give those who uttered unparliamentary words any more verbal warnings. This is the third time that Gobind - a first-time MP and son of DAP chairperson Karpal Singh - has been suspended from Parliament. Gobind's marching order today came when he rose to ask a question to Finance Minister Najib Abdul Razak who had just finished his winding-up speech.
Gobind referred to the non-action in the sudden death of police detainee A Kugan on Jan 20. He also wondered if the alleged perpetrators would be brought to court, and alluded to the apparent bias in the Altantuya murder trial. Najib has been linked with Altantuya's death although the deputy prime minister has repeatedly denied it. At this point, Kiandee told Gobind that his question was not related to economic issues. 'Answer me you murderer'
After repeated requests by Kiandee for Gobind to sit down, the deputy speaker then ordered the DAP legislator to leave the House for the day. "Police have said that statement of important witnesses were not investigated, for instance, in the Altantuya murder trial," said Gobind. The deputy speaker then interjected and said that "it has been explained that this matter was in court".
At this stage, Kiandee informed Gobind that his question was completely unrelated to the issue before the House. However Gobind said he was speaking from what he had gathered from popular blogger Raja Petra Kamarudin's ongoing sedition trial where the Pekan MP (Najib) was an important witness.
At this juncture, Najib, who was about to leave the House, was called back by Gobind. "I have not finished with you. Please sit down... Pekan MP you are here, stand up and explain yourself. "Answer me, you murderer," he said again, directing his verbal assault at Najib. Najib, whose wife Rosmah Mansor and two children were at the visitors' gallery, returned to his seat but maintained silence throughout the episode.
After repeated requests by Kiandee for Gobind to sit down, the deputy speaker then ordered the DAP MP to leave the House. "You are very stubborn... and you are suspended until the end of today," said Kiandee. This was when the opposition MPs begun protesting against the speaker's decision, and a shouting match ensued. In the ensuing melee, various unparliamentary words - such as 'bodoh' - were uttered repeatedly by members from both sides of the divide. "Mr Speaker, you should be ashamed of yourself," said Gobind before he was escorted out of Parliament. Certain people protected
Initially before the ruckus, Gobind had gotten up to ask Najib on why the government was spending RM95,254,600 million to construct court complexes in Kuantan. He asked the question during the debate on the committee stage of the second stimulus package. "What I don't understand is this why is this country spending so much money on buildings when the infrastructure which is supposed to keep the criminal justice system in check is not up to the mark," said Gobind at a press conference after being thrown out. "I want to know why we are spending so much money on buildings when our police force is in shambles. The entire country is facing the increase in the rate of crime... but no action is being taken against certain individuals. However, Gobind said that he was not worried about being suspended. "It doesn't matter if I am suspended... this questions need to be asked," said Gobind. Najib walked out of the House without talking to the media while Gobind was holding his press conference. from malaysiakini
|
Friday, March 13, 2009
Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa dia dibunuh?Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Altantuya, Najib
Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.
“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.
Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.
Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.
“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.
“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.
Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)
HR9808: Dari kenyataan di atas, jelas kepada kita betapa rosaknya sistem kita dan bakal pemimpin kita adalah seorang yang amat tidak layak. Saya ingin sarankan agar desakan massa terus diadakan terutama sebelum Najib bertakhta sebagai PM dan keputusan mahkamah di bulan April. Ayuh sdr kita buktikan komitmen untuk menghalang Najib seperti yang dilakukan oleh Gobind hari ini..!!!