foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, March 1, 2009

KENAPA RAKYAT MEMILIH PILIHANRAYA DI PERAK??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

2 MAC

Jika Pak Lah, Najib dan pemimpin UMNO mahu insaf dan menyedari permintaan hatinurani rakyat seluruh Malaysia maka cukuplah hasil undian di NTV7 jadi ukurannya. Tapi rakyat juga faham betapa bongkak dan sombongnya pemimpin UMNO Bn ini sejak zaman berzaman akan terus mencari alasan dan berdoalak dalik cuba menggagalkan hasrat rakyat ini. Mereka adalah gengster kampung yang selalu tidak sanggup menerima kegagalan akibat dari perbuatan mereka sendiri. Dan mereka juga bukan seperti pahlawan Jepun yang sanggup bertanggungjawab atas kesalahan diri mereka sendiri dan menghukum dirinya tanpa perlu rakyat menghakimi mereka. Inilah bezanya pahlawan sejati dengan pahlawan ala kampung.

Pandangan saya mungkin ada 3 sebab kenapa rakyat Malaysia mahukan pilihanraya di Perak:

1. Rakyat di era pasca pilihanraya 8 Mac 2008 semakin berani membuat keputusan demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Undian dari tv swasta berkenaan menggambarkan betapa semua rakyat tanpa batas kaum dan penyokong parti cintakan perdamaian dan kesejahteraan. Mereka tidak akan mudah diperjual belikan oleh sesiapa sahaja samada dari Najib atau Pak Lah. Mereka cukup matang untuk melakukan sebuah keputusan.

2. Rakyat sebenarnya memberi alamat jelas menolak Najib sebagai PM di Malaysia. Jika Najib mahu adil sila terbuka dengan rakyat berapa banyak emel dan foto dalam web personal beliau yang baru dilancarkan menggambarkan hasrat rakyat. Pasti dia tidak berani kerana lukanya perasaan rakyat terhadap beliau amat dalam dan hilangnya kepercayaan rakyat kepada beliau amat tinggi. Jadi undian di tv ini menggambarkan boikot rakyat terhadap kenyataan beliau yang menafikan hak speaker Perak. Saya amat yakin YM Raja Nazrin dapat mengambil indikasi ini bagi merestui pilihanraya di seluruh negeri Perak. Najib mahu kata apa ya terserah kepada pertimbangan matang dari istana tapi jika istana menolak hasrat rakyat maka mala petakalah negeri Perak buat selamanya. Rakyat tidak percaya lagi dengan Najib amat jelas maka pihak istana jangan sekali-kali membelakangkan hasrat ini dan menafikannya. Seluruh rakyat di Malaysia telah membuktikannya maka alangkah bijaksana jika istana Perak mahu menurutinya.

3. Rakyat memberi alamat yang amat jelas bahawa pilihanraya selepas ini terutama di Perak akan berpihak kepada PR. Buatlah isu apapun dari soal agama, kaum, raja-raja Melayu, Karpal, lompat parti, bogel dll sudah tidak bererti lagi kerana kebodohan serta kezaliman UMNO BN di Perak cerah lagi bersuluh. Selamat tinggal UMNO dan selamat hanyutlah di Sg Pari bersama tongkang pecah yang terisi dengan kebongkakan Pak Lah,Najib, Khairi, Zambry dan Yb lompat. Hanyutlah kamu ke hilir bermuara bersama bangkai babi dan anjing (bukan menghina tapi merealitikan sebuah ilusi tapi jika ada yang terasa dianjingkan ya..itulah realiti yang berada di benak sendiri). Berduyun-duyunlah mangkuk-mangkuk UMNO menyambut mereka di muara tersebut..Alahai kesian dehhhh...!!

Keputusan SMS NTV7: 97 peratus undi sokong sidang DUN
Harakahdaily
Mon | Mar 02, 09 | 9:53:47 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Keputusan Undian SMS yang dikendalikan oleh melaluiNTV7 berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan.

Dalam undian terbabit hasilnya secara keseluruhan, 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.

Kata Najib ianya tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu sedangkan sebelum ini tanpa menunggu keputusan mahkamah, beliau menyokong dan bersetuju melantik Dato' Dr Zambry sebagai menteri besar yang baru.

Difahamkan terdapat tiga faktor untuk Speaker memanggil Sidang DUN tergempar ini tanpa memerlukan perkenan Sultan.

Pertama, beliau telah mendapat dua notis usul daripada dua ADUN Perak untuk dibincangkan segera iaitu Usul pertama oleh Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong) yang mahu ahli dewan memberikan sokongan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (ADUN Teja) yang mahu DUN dibubarkan bagi memberikan laluan kepada rakyat memilih melalui pilihanraya.

Kedua, sidang DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung semula tanpa perlu lagi perkenan sultan maka speaker berhak untuk memanggil sidang tergempar sebagaimana Sidang Parlimen berhubung isu Palestin yang diadakan baru-baru ini tidak pun perlu mendapat perkenan Agong terlebih dahulu.

Ketiga, sidang DUN tergempar ini tidak perlu diberikan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27 (3) Peraturan Peraturan Tetap DUN Perak kerana notis itu hanya untuk persidangan biasa bukan tergempar. - azm _

Banyak lagi yang menyokong hal ini dan menolak kenyataan Najib...


Hanya bubar Dun selesai konflik di Perak - TMB Kelantan
Salmah Mat Husain
Mon | Mar 02, 09 | 2:48:01 pm MYT

TUMPAT, 2 Mac (Hrkh) - Konflik yang berlaku di Perak sekarang tidak ada kesudahannya melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) kata Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato� Ahmad Yakob.

Beliau berkata, nampaknya masalah yang berlaku semakin rumit apabila wujud dua kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Sewajarnya Dun Perak dibubarkan kerana hanya cara tersebut sahaja paling selamat untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul sekarang. Biarlah segala yang berlaku dihakimi rakyat.

"Ini sesuai dengan amalan demokrasi yang dipraktik di negara ini. Sekiranya rakyat memilih calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu, bererti Umno dan BN yang akan menguasai negeri terbabit dan begitu juga sebaliknya," katanya selepas menyampaikan kunci rumah dhuafat di sini, baru-baru ini.

Kini konflik yang berlaku di Perak tambah parah apabila arahan Speaker Dun Perak, V Sivakumar bagi mengadakan sidang tergempar esok tidak mendapat kerjasama Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri.

Pegawai terbabit mendakwa biar pun Speaker boleh memanggil sidang tergempar berdasarkan kepada Perintah Tetap 8(1), ia perlu dibaca bersama Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, yang memerlukan perkenan Sultan.

Namun dalam masa yang sama beliau dipetik sebagai berkata, syarat notis 14 hari hanya boleh dikecualikan dalam keadaan tergempar dan notis berkenaan perlu dikeluarkan seberapa segera yang boleh.

Manakala Sivakumar pula menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa menafsir Perintah Tetap dan sebaliknya kewajipannya hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker.

"Janganlah dibiar rakyat terus tertekan akibat kedegilan pihak tertentu untuk menyerahkan mandat kepada mereka untuk membuat pemilihan semula.

"Saya fikir inilah cara yang terbaik untuk menyelamatkan suasana yang berlaku di Perak sekarang," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan berkata, tindakan kerajaan BN di Perak sehingga terpaksa ke luar negara untuk mencari pakar undang-undang bagi mempertahankan kerajaan BN sebagai tindakan terdesak.

Kata beliau, biar apa pun cara yang dilakukan kerajaan BN bagi memulihkan keadaan, rakyat tetap tidak akan berpuas hati dengan apa yang berlaku, kecuali diadakan semula pilihan raya.

"Hanya pilihan raya cara yang paling manis, bijak, bersopan serta mengikut lunas demokrasi berbanding cara lain sebagaimana yang dilakukan termasuk mendapat khidmat pakar undang-undang di England," ujarnya. - mj _

HR9808: Kami menyokong sepenuhnya kenyataan speaker di bawah...Hidupkan kedaulatan rakyat dan hamcurkan kezaliman pemimpin zalim!!! TQ YB Siva..

Sidang tergempar DUN Perak sah, diadakan esok - Speaker
Harakahdaily
Mon | Mar 02, 09 | 9:13:22 am MYT

IPOH, 2 Mac (Hrkh)-Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Setiausaha DUN Perak itu juga berkata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) 8(1) yang perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan berkehendakkan perkenan Tuanku Sultan untuk memanggil apa-apa sidang Dewan Negeri sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

Sivakumar sebaliknya menegaskan Abdullah tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan beliau (Abdullah) adalah hanya untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.-azm _


HR9808: Wahai seluruh rakyat Malaysia lihatlah para penyangak hanyo bermain sendiwara menjadi penjual minyak wangi di tepi longkang demokrasi...!!! Pemimpinnya dah tak tahu nak buat apa maka gunakanlah mahkamah..Inilah YC..pemimpin yang celaka....Media BN yang masih berdegil turut sama bermain....Ayuh kita doakan agar sesiapa sahaja yang mempermainkan rakyat dan hak rakyat dengan kecelakaan di dunia dan di akhirat!!! Nak tahu boleh atau tidak doa ini tanyalah dengan para mufti Hadhari tu!!! Wallahi...kamu memang zalim dan wajar mendapat kecelakaan dari Allah yang maha adil...Para wartawan media BN yang masih bekerja untuk kezaliman ini tolong segera selamatkan diri anda semua kerana bencana besar pasti berlaku jika kamu masih rela bekerja dengan pemerintah UMNO BN yang zalim ini..!!! Para amilin segera jauhkan diri kamu semua dari kesesatan ini kerana jutaan rakyat dizalimi berdoa siang dan malam!! Para mufti yang terus menjilat ..bergetarlah hati dan lidah mu untuk berkata yang benar agar selamat dari bakaran api neraka... !! Ya Allah selamatkanlah kami dari bala MU!!! Kenyataan di bawah adalah kenyataan mengundang bala'..

Mohon perintah isytihar keputusan Sivakumar menyalahi undang-undang

02/03/2009 6:22pm

IPOH 2 Mac – Barisan Nasional (BN) Perak hari ini memohon Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan deklarasi pengisytiharan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan exconya daripada menghadiri sidang DUN tergempar esok adalah menyalahi Undang-undang Tubuh negeri Perak. - Utusan

Bangunan Perak Darul Ridzuan ditutup

02/03/2009 4:25pm

IPOH 2 Mac. - Pintu Utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab akan ditutup esok.

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, semua temu janji pada 3 Mac di premis tersebut dibatalkan. - Utusan

HR9808: Semoga Allah memberi kekuatan kepad Nizar untuk berdepan dengan ujian ini..Allah Maha Melihat..dan Maha Mendengar, Allahuakbar!! berikanlah kemenangan kepada saudara kami ya Allah!!!Ya Allah..ya qahhar..ya Jabbar..ya zal jalaliwalikram...ya badiussama watiwalard..!! Hinakanlah musuh Mu Ya Allah di dunia dan di akhirat!!!

Hakim baru dengar pergelutan undang-undang Nizar-Zambry esok

02/03/2009 5:31pm

KUALA LUMPUR 2 Mac — Kes semakan kehakiman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mencabar kesahihan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, akan didengar oleh hakim lain Mahkamah Tinggi esok.

Kes tersebut ditetapkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Kuasa Khas dan Rayuan) Lau Bee Lan, enam hari selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri dari mendengar saman itu.

Seorang daripada peguam Nizar, Leong Cheok Keng, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Pada 25 Feb, Mohamad Ariff menarik diri, demi kepentingan keadilan, kerana sebelum pelantikannya sebagai pesuruhjaya kehakiman, beliau pernah mewakili Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Barisan Nasional (BN) dalam beberapa kes mahkamah termasuk kes petisyen pilihan raya.

Dalam permohonannya untuk semakan kehakiman, Nizar juga memohon tafsiran perlembagaan negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh kosong dalam situasi di mana:

- menteri besar berkenaan telah menasihatkan Sultan bagi pembubaran dewan undangan negeri;

- tidak ada pembubaran dewan tersebut;

- tidak ada usul tidak percaya dibuat terhadap beliau di dewan undangan negeri;

- tidak ada peletakan jawatan oleh beliau.

Nizar, dalam permohonannya berkata writ itu tentang quo warranto (cara mana) bagi Zambry menunjukkan sebab di bawah kuasa mana menteri besar yang dilantik BN itu menjadi menteri besar yang sah.

Nizar juga memohon perisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi menyekat Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai menteri besar.

Nizar juga memohon ganti rugi punitif, teruk dan contoh dibayar kepada beliau, di samping kos. — BERNAMA

HR9808: Ai..takkanlah kelam kabut sangat sampai huruf besar jadi huruf kecik yop!!! (bertanda merah..sepatutnya huruf besar..) Jika nak hina NIzar atau bahasa ibunda yang kome lupakan atau pemimpin PR..janganlah memangsakan bahasa rakyat pula!! INilah tahap kesempitan otak pemimpin Melayu UMNO...

Sivakumar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN

02/03/2009 3:23pm

IPOH 2 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd. Zahir Abdul Khalid hari ini menyerahkan notis merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana salah guna kuasa, menghina DUN dan ketidaksetiaan kepada titah Sultan Perak.

Mohd. Zahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri berkata, tindakan itu berkaitan dengan keputusan Sivakumar yang menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir yang dilantik oleh Sultan Perak dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN. - Utusan

HR9808: Kenyataan di atas nampak sangat YB BN dah tenggelam punca..alahai kesiannnn!!! Hoi kome bukale mata yop!!! Tanyalah rakyat Perak dan rakyat Malaysia...!!! YB BN ketakutan...tak mandi dan tak makan dahke!! KOme nak lawan undang-undang yang sebelum ini kome tak mahu belajo sampai habis..inilah jadinya!! Baru Siva sorang kome dah penin..macamana nak berdepan dengan jutaan rakyat???

Saya pamerkan ke semua kenyataan di atas untuk menjadi bukti kepada anak-anak cucu kita di masa akan datang agar tidak lupa betapa korup dan hinanya pemimpin UMNO pada masa ini tahun 2009. Dan dengan harapan mereka tidak akan tertipu lagi dengan pemimpin seperti ini lagi buat selamanya...