IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
30 OKT.
Kenyataan Pak Lah yang melucukan.Apakah Pak Lah bercakap dalam mimpi atau dunia nyata.? Jika benar kerajaan sekarang adil dan Pak Lah mahu menjadi seorang Muslim yang baik..sekarang juga beliau wajib bebaskan semua tahanan ISA! Selagi belum terlaksana jangan bicara soal keadilan dan Islam. Ayat Allah seperti yang Pak Lah bacakan terjemahannya itu benar tapi bukan sesuai untuk PAk LAh dan kabinetnya atau siapa sahaja yang masih bersetuju dengan ISA. Nass dari alquran bagi kepentingan kerajaan yang ada tidak merubah apa-apa sebagai solusi selagi belum diamalkan arahan alquran tersebut secara benar.
Inilah permainan dan inilah lakonan. Berlakon kerana skrip disediakan oleh sekretari dan bermain kerana tak gunakan akal yang sihat untuk berhujah. Akibat dari hal ini, maka semua yang terlibat dengan ISA menerima azab dari Allah. Menahan manusia tanpa sebab dan pembicaraan bukan sahaja bercanggah dengan kemanusiaan bahkan bercanggah dengan kebinatangan. Binatang juga akan memberontak jika dikurung tanpa sebab. Dan perbuatan mengurung binatang juga adalah dosa maka apa hujah lagi yang boleh digunakan untuk mengurung manusia? Aduhai pemimpin zalim, kamu sebenarnya sedang membina mahligai azab di neraka dan dengan dosa-dosa ini jugalah kamu akan dihumban ke neraka dan dikurung kamu semua ke dalam azab Allah jauh lebih dahsyat dari kamu mengurung tahanan ISA.
Inilah juga lambang kejahilan dan kedunguan pemimpin-pemimpin kita yang sangat bangga dengan nama Muslim mereka tapi secara hakikat mereka melanggar kehendak Islam. Nak hujah cara bodoh dan bermain silakan tapi kita sebagai rakyat yang sedar wajib menolak hujah bodoh seperti ini. Tidak ada dalam alquran yang mengakui kezaliman sebagai perbuatan baik bagi semua manusia. Islam melarang keras perbuatan zalim walau dalam bentuk apa sekalipun. Soal ISA..ini jelas zalim dan tanyaalah dengan imam atau mufti mana pun. Kecuali mufti dan ulama fulusan...(bagi fatwa kerana dibayar). Golongan ini ramai dan mereka semakin ramai kerana ada tokeh politik kampungan yang bagi fulus ke mereka dan anak cucu mereka. Akhirnya..hidayah menjauhi kita semua dan hiduplah kita bagaikan kapas diangkasa. Kita semakin lemah dan menjauh dari kebenaran.
Aduhai pemimpin bodoh, baliklah ke kampung halaman kamu dan belajarlah dari guru-guru kamu yang benar!! Yang tak tahu alquran atau tak pandai baca alquran belajarlah!! Yang karat hatinya dengan alquran dekatilah dia!! Yang sombong dengaan alquran kembalilah!! ISA itu zalim dan ianya akan tetap zalim sampai bila-bila pun selagi belum ada pembebasan dan pembicaraan.
Renungkanlah kenyataan pemimpin Melayu yang Hadhari......(malu lah kepada Allah tapi depa ni tak rasa apa-apa!!..)..
Faktor keadilan ditekan dalam tindakan ISA
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa faktor keadilan sentiasa ditekankan oleh kerajaan dalam sesuatu tindakan yang diambil di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut Perdana Menteri, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, beliau cukup memahami mengapa keadilan adalah pertimbangan paling penting sebelum ISA digunakan.
''Dalam bercakap tentang soal kebebasan yang menjadi hak semua rakyat, kita harus ingat bahawa hak itu tidak boleh dilaksanakan hingga mengancam kebebasan orang lain.
''Jika demikian keadaannya maka sesuatu harus dilakukan sebelum perbuatan itu berlaku dan sebab itulah mengapa akta berkenaan diperkenalkan dan terus diguna pakai,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan LawAsia ke-21 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, walaupun pandangan kerajaan berbeza dalam soal ISA, namun beliau tetap menghormati segala pandangan yang diberi termasuk oleh Majlis Peguam.
Katanya, walaupun demikian, dalam hal ini kerajaan tetap sentiasa berusaha untuk memastikan aspek keadilan dilaksanakan apabila setiap kali ISA digunakan.
''Malah sebagai seorang Islam, soal keadilan adalah sebahagian daripada tuntutan agama untuk dipastikan kepada semua umat manusia tanpa mengira agama.
''Keadilan adalah arahan daripada Allah kepada saya. Ini saya perlu pastikan. Al-Quran juga bukan sahaja menyebut keadilan kepada orang Islam tetapi kepada semua manusia,'' jelasnya sambil menterjemahkan sepotong ayat al-Quran yang menyentuh tentanag tuntutan tersebut.
Pada perkembangan berasingan, Abdullah memaklumkan kerajaan sedang mengkaji cadangan Majlis Peguam bagi membuka sektor perundangan negara kepada pihak luar.
''Liberalisasi perkhidmatan perundangan adalah penting untuk menjadikan ekonomi Malaysia lebih kompetitif. Peguam negara ini harus bersaing dengan yang terbaik di dunia,'' ujarnya.