Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
16 FEBR
Sekalipun Tengku Razaleigh membuat kenyataan yang menafikan hak BN di Perak berdasarkan pengalaman, ilmu dan kemampuan beliau di bidang tersebut tapi Pak Lah, Zambry tetap berdegil mengatakan BN lah yang benar. Bukan HARAM.
Dalam hal ini sebenarnya menarik juga untuk dibincangkan:
1. Kerajaan Perak dilihat dari sudut undang-undang jelas hak jatuh ke PR selagi belum ada berlaku suatu proses undang-undang yang menafikan hak tersebut (ini dirujuk dari beberapa pandangan pakar undang-undang termasuk kenyataan Tengku Razaleigh semalam). Jadi jelas kepada kita bahawa kerajaan BN di Perak adalah haram (dirujuk dari beberapa kenyataan pimpinan PR termasuk Tuan Guru Nik Abd Aziz).
2. Implikasi HARAM dari aspek hukum adat bermakna ianya ditegah atau tak jadi. Iaitu kerajaan yang tak jadi atau kerajaan yang tak ada. Cuma bagi orang UMNO kerajaan itu dimimpikan supaya ada oleh pimpinannya sehingga penyokong seluruh negara disetkan mindanya bahawa ada. Dan disitulah bermulanya rasa tak puas hati kerana yang ada pada mereka dikatakn tiada oleh PR. Konflik bermula dari sini dan ianya akan terus dikonflikkan dengan acara-acara yang sepertinya resmi dengan melibatkan institusi di raja Melayu. Makin hebuhlah sang si jaguh Lebai Malang ke hulu ke hilir memaklumkan ke jagat raya bahawa siapa yang tak ikut dipanggil derhaka yang patut disula pingatnya dan digugurkan gelarannya. Si jaguh keliling desa menceritakan hal ini termasuklah media perdana sibuk bekerja siang malam atas isu yang sama. Kenapa ada dikatakan tiada. Bertambah pula lagi kononnya yang BN sekarang adalah kerajaan Melayu asli dengan melupakan realiti sebenar. Hebuh Melayu sana Melayu sambil mula mengintip dari mana boleh korek duit rasuah atau duit upah agar perut gendut tak kempis. Gelagat perompak di darat Perak dengan lanun laut di Somalia sama sahaja sebenarnya. Tak bagi tembak, tak bagi ISA, tak hormat penjara. Alahai ...perompak kantoi.
3. Implikasi HARAM dari sudut syara'. Ianya tak sah kerana tidak mengikut aturan yang sedia ada seperti mana yang sewajarnya. Ambik wudhu' tak basuh kaki maka wudhu'nya tak sah. Jika solat solatnya tak sah. Jika sengaja, dosa jika tak sengaja atau terlupa ok sah-sah saja. Masalahnya sekarang bukan lupa, bukan lena, bukan tertidur tapi direncanakan dengan teliti sehingga bayar upah pula berjuta RM. Maka sahlahlah KERAJAANHARAM. Semuanya jadi haram selagi melibatkan kerajaan yang haram tadi. Gajinya haram terutama gaji MB dan lain-lain. Akhirnya yang haram sudahnya ke neraka..Nauzubillah. Nampak macam main-main tapi berat jadinya kepada para muttaqin. Kepada si perompak no problem..sebab itu rezqi hariannya bahkan yang lazat tu adalah dari yang haram-haram. Yang halal nak muntah pula tak biasa. Ada bini halal tak mahu atau mahu juga tapi jemu, nak yang yang haram juga iaitu yang pergi sampai ke Monggol. Jadi kehinaan adalah pilihan mereka.
4. IMplikasi kepada negeri dan negara ialah ketidakstabilan politik dan sosial. Politik kotor makin terserlah diamalkan oleh pimpinan negeri dan negara. Tak payah, korek sendiri muncul macam cendawan selepas hujan. Inilah realiti kadar kepimpinan negeri dan negara kita. Rakyat duduk diam-diam kami nak main golf atau kami nak ...sekaeap. Rakyat yang menjerit...bagi pil ISA dan rakyat yang meronta-ronta bagi dadah RM aje. Aduh...inilah realiti Malaysia Boleh. HARAM PUN JADI BOLEH.
4. Yang haram dan tidak sah akan menjadi sah jika dibetulkan semula. Iaitu kembalikan semula hak pemerintahan kepada sistem pilihanraya yang ada. SPR patut menjadi penengah bukan penengadah. Kira tadah fulus dari BN aje atau tadah telinga aje. Tunjukkanlah profesionalismanya!! Janganlah jadi pak dan mak turut BN. Sesekali teringin melihat SPR menjadi Pak Tentu yang berwibawa di khalayak ramai demi masa depan negara.
Media dari kerajaan haram melaporkan....
Speaker DUN Perak akan diganti
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan negeri Perak yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) akan menukar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi menerusi pendekatan yang berlandaskan undang-undang negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ini kerana penyandang jawatan itu, V. Sivakumar yang dipilih ketika pakatan pembangkang memerintah negeri tersebut, masih menganggap dirinya Speaker yang sah.
Bagaimanapun, jelas beliau, bakal Speaker yang baru dari BN belum lagi ditentukan.
"Siapa yang akan menjadi Speaker (baru) kita belum tentukan lagi.
HR9808; NAK LANTIK BENDE..Speaker dah ade tercogok di situ nak buat ape..?? Pak Lah, Pak Lah... kantoi juge rupenye...
"Kita ada pendekatan-pendekatan yang akan diambil untuk menggantikan Speaker (dengan calon BN) nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program penanaman pokok Hutan Kita - Kiara di Taman Bukit Kiara di sini hari ini.
HR9808: Pendekatan undang-undang atau suap? Inilah kadar PM kita...
Beliau mengulas kenyataan Sivakumar semalam bahawa dia masih Speaker DUN Perak yang sah kerana telah dipilih untuk mengetuai DUN melalui pengundian.
Menurut Sivakumar, jawatan yang dipegangnya itu hanya boleh dilucutkan melalui proses yang sama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP itu memberitahu, pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan juga beroperasi seperti biasa selain beliau turut menggunakan kemudahan rasmi seperti kereta dan sebagainya.
Baru-baru ini, Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam mengumumkan pihaknya akan mencadangkan tiga calon untuk dipilih bagi jawatan berkenaan.
Pada pilihan raya umum lalu, kesemua empat calon MIC di Perak yang masing-masing bertanding di DUN Behrang, Hutan Melintang, Pasir Panjang dan Sungkai tewas.
Pakatan pembangkang pelik, lucu - Zambry
IPOH 15 Feb. - Tindakan pakatan pembangkang mahu merujuk pelantikan Menteri Besar dan enam Exco kerajaan negeri baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini dianggap pelik dan melucukan.
Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini kerana tindakan itu biasanya hanya diambil ke atas wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.
"Setahu kami, ini berlaku apabila seseorang ahli Dewan melakukan salah laku semasa Dewan bersidang.
"Ini sungguh melucukan dan saya pun tak tahu semuanya ini tentang apa," katanya kepada pemberita di sini sebelum memberi taklimat mengenai isu-isu semasa kepada ahli-ahli UMNO di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
HR9808: Ini bukan lucu YB..tapi ini kantoi namanya. Dia masih sah sebagai sebagai speaker jadi dia jalankan kerja speakerlah..Lucu ape pula???
Beliau mengulas keputusan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang merujuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak kerana didakwa telah menghina Dewan.
Tujuh ADUN berkenaan ialah Zambry yang juga ADUN Pangkor , Hamidah Osman (Sungai Rapat), Datuk Ramly Zahari (Manong), Dr. Mah Hang Soon (Chenderiang), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd. Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).
Ditanya sama ada beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan hadir memberi keterangan di hadapan jawatankuasa berkenaan pada Rabu ini, Zambry berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada pakar perundangan berhubung perkara itu.
HR9808: SEPATUTNYA YB PERLU TANYA SEBELUM TERIMA PERLANTIAKAN MB..BUKAN SETELAH SEGAK BERGAYE...LEPAH TU BARU TANYE...KANTOI...KANTOI. Ini undang-undang pentadbiran negeri yop bukan undang-undang main seremban bawah dango. Apeke he nye..ni...