Tiba di Kl hampir jam sebelas malam. Badan agak segar kerana sempat rehat selama lebih dua jam dari Ipoh ke KL. Alhamdulillah. Saya ingin mengajak sdr/sdri melihat fakta di bulan Syawal ini antara dua darjat dan dua keadaan yang sangat ekstrim di dunia Islam. Di Arab, pemimpin mereka sibuk berkopentensi membeli klub bole sepak dengan harga berbillion RM dan di waktu yang sama saudara mereka di GAZA sengsara di kepung Israel? Di Malaysia, pemimpin Melayu Islam berlumba-lumba dengan rumah terbuka dan tertutup serta di waktu yang sama bersepah fakir miskin, rakyat yang tidak berumah, rakyat yang merana akibat kos hidup melambung tinggi? Jadi di mana salahnya keadaan ini?;Saya bukan anti kekayaan atau kebendaan tetapi alangkah zalimnya jiwa ini jika kemungkaran begini di depan mata dibiarkan sahaja. Ngomong atau menulis begini enggak mahu ,,ya mahu diharap apa lagi dari puasa yang lalu? Dua darjat yang ekstrim muncul di negara umat Islam meungkin akibat dari beberapa hal:
1. Sistem kapitaslisma, kronisma dan nepotisma yang mendominasi apa juga sistem yang lain. Projek ratusan juta atau berbilion RM tetapi hanya dibahagi kepada beberapa orang di sekeliling pemimpin itu sahaja. Arab atau Melayu tidak ada bezanya. Betul-betul macam cerita P Ramli..cuma ubah ayat sedikit sahaja" 1 bilion untuk aku...dan 1 untuk kamu"...Rakyat yang kemaruk atau yang kaki penjilat melutut sujud kepada pemimpin yang bagi dia satu dari 1 billion. Inilah intipati rakyat didahulukan..didahulukan dalam kesengsaraan. Pencapaian diutamakan untuk diri, keluarga dan kaum kerabat mereka. Inilah pemimpin yang sedang umat Islam ikuti di mana sahaja.
2. Kesedaran rakyat tentang nasib mereka dan hak mereka dari sebuah negara masih cetek. Kecetekan ilmu, kesedaran dan faham ini dimanipulasi oleh pemimpin dan pemerintah sehingga jika rakyat meahu menyuarakan sesuatu yang benar demi untuk masa depan mereka dan anak cucu mereka dilihat rendah oleh pemimpin yang ada. Bahkan lebih teruk lagi dianggap mengancam keselamatan negara. Rakyat dipastikan lemah, miskin dan beku dari semua hal yang boleh membangkitkan kesedaran mereka. Akta ISA dan beberapa nama akta lain di dunia Islam hari ini adalah alat paling ampuh untuk memastikan rakyat melemah. Soal benar atau tidak bukan menjadi agenda utama bagi pemimpin umat tetapi kuasa dan pemaksaan terhadap kuasa tersebut untuk kepentingan mereka.
3. Paling celaka dalam sinerio ini ialah golongan pengampu yang terdiri dari golongan intelek, ulama dan penyokong pemerintahan tersebut. Mereka rela diperalat asalkan nama, jawatan dan fulus keduniaan mereka perolehi. Bercakap atau berbincang dengan golongan ini hanya membuang masa sahaja kerana setting idea mereka adalah fULUS bukan kebenaran. Pemimpin dianggap suci selagi fulus mengalir macam sungai Nil ke kantong mereka. Maka sampai bila pun, dua darjat ini akan terus berkembang dan semakin hari semakin jauh. Rakyat yang sengsara tidak akan ada siapa yang membelanya dan golongan yang kara raya akan terus berperanan mengembangkan empayar mereka. Robert Kok, Ananda, Vincent Tan, Nazri Razak akan terus di atas dan pak Mamat di hujung kampung akan terus dengan rezeki ciputnya..5 tahun sekali golongan ini memberi sumbangan yang amat besar tetapi untuk siapa?..Semua rakyat tahu..untuk kekalkan pemerintah yang ada. Begitu juga di Mesir, Syria dan beberapa negara arab yang lain. Jadi kepada para ulama yang menjilat, kamu benar-benar akan meenmpah sengsara di dunia ini dan juga di akhirat nanti di atas kebiadapan kamu terhadap umat ini. Pilihan ada di tangan kamu, renungkanlah samada mahu ke kiri atau ke kanan?
4. Semoga dua darjat akan selesai jika semua rakyat di semua negara Islam ini bersatu dengan kredibiliti dan izzah untuk menuntut peruabhan dengan memilih pemimpin yang lain dari golongan zalim ini. Inilah jihad yang paling awal sebelum jihad yang lain. Mimpi dari golongan bersemangat semata-mata tidak akan meruntuhkan dinding kezaliman di mana sahaja di bumi ini kecuali kita semua bersatu merubah dengan tangan-tangan kecil ini. Inilah senjata yang dibekalkan oleh sistem demokrasi yang ada setakat ini. Tetapi jika diatur dengan bijak ianya dapat menguasai balatentera dan segala isi negara sehingga dua darjat dapat kecilkan jurang perbezaaannya dan keadilan buat semua akan tercapai..Masanya akan tiba dan ianya pasti tiba jika setiap hari seorang demi sorang kita fahamkan tentang hak mereka dalam menentukan masa depan sesebuah negara.
Mengapa Penguasa dan Pengusaha Arab suka Membeli Klub Sepakbola Dunia? Selasa, 29/09/2009 17:05 WIB
Satu lagi berita yang cukup menghebohkan datang dari tanah atau orang Arab. Setelah Syeikh Mansour membeli Manchester City, dan Sulaiman Al Fahim mengakuisi Portsmout, kini pangeran Faisal bin Fahd bin Abdullah asal Saudi yang berniat membeli sebagian besar klub sepakbola elit Eropa, Liverpool.
Membeli sebagian besar saham berarti memiliki, dan itu artinya menyangkut uang ratusan juta dollar. Jika Manchester City dilega dengan harga Rp, 2,8 trilyun, dan Portsmouth ditebus dengan uang Rp. 986,7 milliar, maka Liverpool diperkirakan akan dialih-tangan dengan kisaran harga Rp5,15 triliun! Jumlah yang fantastis, dan jika terjadi, maka uang sebanyak itu bisa membayar utang-utang Indonesia yang tengah krisis.
Di pihak yang lain....
Karena Agresi Israel, Bayi-Bayi Palestina Terancam Cacat Sejak Lahir
Ada bom waktu lain yang sekarang telah menggilas rakyat Palestina di Jalur Gaza sekarang ini. Delapan bulan setelah agresi Israel pada Januari 2009 silam, bayi-bayi yang lahir di Gaza sekarang terancam cacat sejak lahir.
Menurut Dr Mowaiya Hassanen, Israel yang menggunakan senjata terlarang internasional, yaitu menggunakan fosfor putih dan uranium, telah mengakibatkan serangkaian kelainan pada bayi yang baru lahir di Gaza, mulai dari cacat jantung sampai kelainan otak.
Ahli medis sebelumnya meramalkan bahwa penggunaan ilegal senjata kimia di daerah berpenduduk padat akan berefek dalam jangka waktu yang lama dan memengaruhi perkembangan fisik generasi masa depan.
Dalam serang itu, pasukan Israel menewaskan lebih dari 1.400 orang Palestina, termasuk lebih dari 900 warga sipil. Laporan HAM PBB menuduh Israel sengaja melanggar hukum humaniter internasional dan menggunakan kekuatan yang tidak sepadan selama "Operasi Cast Lead" terhadap rakyat Gaza pada awal tahun ini.
"Operasi Israel direncanakan dengan hati-hati dalam semua fase sebagai serangan yang tidak seimbang, dengan sengaja dirancang untuk menghukum, menghina dan meneror penduduk sipil," Richard Goldstone , salah satu tim pencari fakta berujar. Semoga saja, bayi-bayi di Palestina tetap dilindungi dan dijadikan generasi masa depan yang tangguh dan sehat. (sa/qmh)hr9808: dI MALAYSIA.....(YANG KORUP MASIH DIJULANG..JADI RAKYAT YANG BAIK DI MANA?)..