foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, November 7, 2009

WAHABI jadi isu hangat pula..

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


8 nov

23 minutes ago
Write a comment...
Khairi Jalalluddin
Hide
Khairi Jalalluddin
Debat antara ahlus sunnah (serban besar) dan wahabi (janggut panjang), ada masa nanti ana terjemah.. mereka berbincang pasal menyeru Nabi .. Ya Muhammad.., wahabi mengkafirkan orang yang menyeru " Ya Muhammad" , sedangkan Ibn Taimiyyah dalam Kitabnya ada disebutkan.. " Ya Muhammad". Untuk makluman Ibn Taimiah adalah ul...amak tunggal rujukan wahabi, selain muridnya ibn Qoiyim, buku Ibn Taimiyyah banyak yang diselewengkan oleh Syeikh al-Abani.Read More
الشيخ سليم علوان يفضح دمشقية 1
Source: www.youtube.com
الشيخ سليم علوان يفضح دمشقية 1
8 hours ago · Comment · Like / Unlike · Share
DrMasjuki Musuri and Yeop Zarul like this.

Taufik Yusoff
Siapa wahhabi dalam PAS?
8 hours ago

Khairi Jalalluddin
PAS ... aqidah mereka pelbagai ada wahabi, ada syiah, ada khawarij, terekat.. dll mereka tak tekan bab aqidah, yang penting bagi mereka hancurkan UMNO.
8 hours ago

DrMasjuki Musuri
syukron. kami menunggu hasil terjemahan :)
8 hours ago
Iqbal Idham
Iqbal Idham
Dalam Umno pula?
8 hours ago

Zulkefly Bin Ibrahim
oh ye kee ustaz KJ..? kisahnya, so Ibn Taimiah, ibn Qoiyim, dan Syeikh al-Abani tu aqidah dia org ape? ahli sunnah gak ke?
8 hours ago

Khairi Jalalluddin
Ibn Taimiah kurun ke-9 hijrah... al-Bani tak silap ana tahun sekitar tahun 2000 dia meninggal di Jordan..., wahabi pula wujud pada kurun ke-12 pengasasnya Muhammad bin Abdul Wahab.
8 hours ago

Amerezal Azmi
sedang memahami ini fahaman........
7 hours ago

Abu Miqdad Shaarani
Ramai yang tak tahu pasal wahabi tapi nak bercerita pasal wahabi...... org yang dituduh wahabi pun tak mengaku dia wahabi..... Fitnah Islam Sedang Melanda.... berhati hati wahai sedara seislam ku....
7 hours ago
Antapanis Ruslan
Antapanis Ruslan
Soal Wahabi, AlBani, Ibnu Taimiyah atau sesiapa saja, apa kena mengena dgn kita? Kubur dia kubur dia, kubur kita, kubur kitalah. Yg kita dok sibuk jaga kubur org, apake halnya!

Sabda Rasulullah SAW, "Telah aku tinggalkan kpd umatku 2 perkara yg apabila kamu berselisih (pendapat) hendaklah kamu merujuk kepadanya, iaitu Al Qur'an dan sunnahku"

Fahami betul2 maksud hadis tersebut. Beruilmulah dlm beragama. Jgn jadi Islam baka. Fahami Qur'an dan belajarlah utk memahami hadis Rasulullah SAW. Maka, selamatlah kubur kita. ... Read More

Islam yg macam manakah kita ini, kalau kitab hadis pun tak ada dalam rumah? Bukan setakat tak ada, tengok kitab hadis pun tak pernah seumur hidup. Rasulullah SAW pun malu nak mengaku umat!
6 hours ago

Dato Seri Shahidan Kassim
Saya sendiri dituduh menteri besar wahabi,selama 12thn..Sekarang pun masih dicop macam tu...Sama seperti org Islam Perlis yg lain ,kami tak tahu apa tu wahabi..Yang kami tahu kami mengikut amalan Makkah n Madinah..Tokoh reformis Muhammad Abd Wahab tidak membawa ajaran baharu.Dia bersama King Abd Aziz cuba melaksanakan amalan Nabi SAW dengan ... Read Moresewajarnya dan menyatukan umat Isalam yg berpecah masa tersebut.
Contohnya merika menyatukan Umat Islam agar solat dgn satu imam,yg mana sebelumnya merika bersolat dgn 4 imam tiap waktu...
6 hours ago

Antapanis Ruslan
Masalahnya Dato' Seri, apabila ada org yg mahu merujuk kpd Qur'an dan hadis, mereka otomatis akan dilabelkan WAHABI. Kalau begitu para sahabat di zaman Rasulullah SAW salahlah kerana mengikut ajaran Rasulullah SAW (yg dianggap WAHABI) ????

Alasan golongan penentang apabila ada usaha utk kembali ke akar umbi Islam yg benar yakni kembali kpd Qur'an ... Read Moredan sunnah Rasulullah SAW, ialah....mengelirukan umat slam. Macam mana tak keliru kalau ilmu yg sebenarnya yg wajib mereka belajar, tidak diberikan dengan jelas.

Mereka seolah-olah tiada pilihan - wajib berpegang teguh kpd mazhab Shafi'e. Padahal mereka sendiri pun tak pernah tahu apa yg diajarkan oleh Imam Shafi'e. Astaghfirullah....Kita sebenarnya jauh menyimpang dari ajaran sebenar Rasulullah SAW.
5 hours ago

Hisham Abdullah
Ustaz tak pakai serban besar, dan janggutpun tak sampai sejemput. Ustaz dalam golongan mana?
5 hours ago

Zulfikar Hazri
Dato seri, jangan bimbang, anak2 muda, rakan2 saya, dan ramai lagi golongan profesional yg saya kenal menyokong Dr Asri dan gerakan Tajdid yg dilakukan, ketakutan dan kebimbangan zaman dahulu yg dimomokkan oleh org2 tua bahawa mempersoalkan mazhab dan keluar mazhab itu sesat sudah tidak memberi kesan, kerana zaman canggih skrg, org awam sudah senang dan boleh mencari ilmu seluas2nya.
3 hours ago

Mustapa Mansor
iznikan mencelah sedikit ye ust dato' dan teman fb..perbahasan hari ini baik dan cerdas dari semua..(tak macam sebelum ..sorry ust). saya melihat realiiti ketika berada di negara arab, di eropah dan di asean..masalah umat ini sama sahaja. Bukan wahabi atau tidak wahabi bukan itu masalahnya..Yang jelas kata rasul ialah kita sedang berada di zaman "... Read Morealmulkan jabbariyun".."pemerintah yang zalim atau memaksakan"..di era ini..fahaman islam sangat dipengaruhi oleh siapa yang memerintah bukan siapa yang paling benar dalilnya (alquran atau hadis atau ijma'). JADI WAHABI ATAU TIDAK..SIAPA MAHU TAHU..ASAL PEMERINTAH YANG ZALIM TETAP MEMERINTAH..kontak zalim bukan hanya referke aspek pemerintahan tapi semua yang bercanggah Islam itu zalim..maaf ust jangn terlalu sensetif ke Malaysia sahaja..seluruh dunia sama selepas kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki 1924..inilah fenomena umat Islam ..
2 seconds ago · Delete

PELANCARAN E-RELAWAN DIPEJABAT JAMA'IY..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


8 Nov

Alhamdulillah, telah sempurna pelancaran e-relawan semalam bersama dengan Dato' Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omar, Pengarah Jab. Pembangunan Negeri Perak. Terasa lega dan terasa juga penat kerana persiapan untuk menjayakannya mengambil masa yang lumayan panjang hampir 3 bulan. Kehadiran calon relawan dan wakil-wakil ngo negeri Perak memberi gambaran bahawa potensi e-relawan yang amat cerah ke depan.

Dalam ucapan aluan dari Pengerusi Jama'iy, Dr. Khairudin banyak menjelaskan tentang KPI tertentu untuk ngo umat Islam. Difokus kepada masalah umat, perkara yang amat sukar untuk kita selesaikan ialah masalah remaja. Dan inilah cabaran yang menjadi aras penentu sukses atau gagalnya ngo Islam. Cyber cafe yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang dibuka 24 jam bagaikan sebuah fenomena baru kepada umat ini yang jika tidak dikendalikan dengan baik akan menjahanamkan masa depan umat. Selaku gerakan dakwah, Jama'iy mengambil sikap mendepani bukan menjauhkan diri dari anak remaja. Dan salah satu gerakerja kita ialah mewujudkan wadah untuk anak remaja ini agar selesa bersama kita. Maka e-relawan seharusnya dapat berperanan kerana ianya bukan sahaja global bahkan ianya aktif berfungsi dengan program mingguan, bulanan dan tahunan.

Dato' Hj. Zainal juga memberi pandangan dan pengalaman beliau turut bersama dalam kerja amal sukarela di darus syifa' di mana ujian untuk beramal amat tinggi. Hanya mereka yang faham sahaja akan menerima hakikat bahawa menjadi sukarelawan itu adalah amat menarik dan penuh cabaran. Kepada calon relawan beliau memberi nasihat ikhlas agar menimba ilmu yang berkaitan relawan dan senantiasa besiap sedia untuk beramal. Semoga dengan ilmu ini, relawan dapat melaksanakan amanah dengan baik dan ikhlas. Banyak kejadian pecah amanah dan salah guna dalam gerakerja amal begini kerana tidak kuatnya iman para relawan itu sendiri.Sehingga misalnya menjadi relawan pencegah ma'siat, akhirnya mereka tumpang sekaki pula. Jadi inilah realiti yang berlaku dan inilah juga perkara yang harus dijaga.

Sekitar jam 11 malam setelah sesi penerangan dari pihak pengarah e-relawan majlis selesai dan turun dewan Akademi Pertubuhan Islam Perak ke cafe kasih yang juga merupakan salah satu dari contoh gabungan konsep kerja dan bisnes yang sedang cuba dipromosikan oleh Jama'iy melalui Tijarah Jama'iy. Sebelah cafe kasih, akan diwujudkan kedai keperluan ibadah dan agensi yang diurus oleh Jama'iy Tijarah. Jika konsep begini dapat diduplikasi ke beberapa tempat lain maka akan wujud sebuah usaha baru di bawah Jama'iy Tijarah Group. Inilah hasrat Jama'iy dan alhamdulillah ianya telah pun bermula. Doa dan dokongan dari semua akan memudahkan lagi perlaksanaannya. Amin..