foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, November 7, 2009

PELANCARAN E-RELAWAN DIPEJABAT JAMA'IY..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


8 Nov

Alhamdulillah, telah sempurna pelancaran e-relawan semalam bersama dengan Dato' Hj. Zainal Abidin bin Hj. Omar, Pengarah Jab. Pembangunan Negeri Perak. Terasa lega dan terasa juga penat kerana persiapan untuk menjayakannya mengambil masa yang lumayan panjang hampir 3 bulan. Kehadiran calon relawan dan wakil-wakil ngo negeri Perak memberi gambaran bahawa potensi e-relawan yang amat cerah ke depan.

Dalam ucapan aluan dari Pengerusi Jama'iy, Dr. Khairudin banyak menjelaskan tentang KPI tertentu untuk ngo umat Islam. Difokus kepada masalah umat, perkara yang amat sukar untuk kita selesaikan ialah masalah remaja. Dan inilah cabaran yang menjadi aras penentu sukses atau gagalnya ngo Islam. Cyber cafe yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan yang dibuka 24 jam bagaikan sebuah fenomena baru kepada umat ini yang jika tidak dikendalikan dengan baik akan menjahanamkan masa depan umat. Selaku gerakan dakwah, Jama'iy mengambil sikap mendepani bukan menjauhkan diri dari anak remaja. Dan salah satu gerakerja kita ialah mewujudkan wadah untuk anak remaja ini agar selesa bersama kita. Maka e-relawan seharusnya dapat berperanan kerana ianya bukan sahaja global bahkan ianya aktif berfungsi dengan program mingguan, bulanan dan tahunan.

Dato' Hj. Zainal juga memberi pandangan dan pengalaman beliau turut bersama dalam kerja amal sukarela di darus syifa' di mana ujian untuk beramal amat tinggi. Hanya mereka yang faham sahaja akan menerima hakikat bahawa menjadi sukarelawan itu adalah amat menarik dan penuh cabaran. Kepada calon relawan beliau memberi nasihat ikhlas agar menimba ilmu yang berkaitan relawan dan senantiasa besiap sedia untuk beramal. Semoga dengan ilmu ini, relawan dapat melaksanakan amanah dengan baik dan ikhlas. Banyak kejadian pecah amanah dan salah guna dalam gerakerja amal begini kerana tidak kuatnya iman para relawan itu sendiri.Sehingga misalnya menjadi relawan pencegah ma'siat, akhirnya mereka tumpang sekaki pula. Jadi inilah realiti yang berlaku dan inilah juga perkara yang harus dijaga.

Sekitar jam 11 malam setelah sesi penerangan dari pihak pengarah e-relawan majlis selesai dan turun dewan Akademi Pertubuhan Islam Perak ke cafe kasih yang juga merupakan salah satu dari contoh gabungan konsep kerja dan bisnes yang sedang cuba dipromosikan oleh Jama'iy melalui Tijarah Jama'iy. Sebelah cafe kasih, akan diwujudkan kedai keperluan ibadah dan agensi yang diurus oleh Jama'iy Tijarah. Jika konsep begini dapat diduplikasi ke beberapa tempat lain maka akan wujud sebuah usaha baru di bawah Jama'iy Tijarah Group. Inilah hasrat Jama'iy dan alhamdulillah ianya telah pun bermula. Doa dan dokongan dari semua akan memudahkan lagi perlaksanaannya. Amin..

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!