foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, March 19, 2010

APCO MILIK ZIONIS BERTAPAK DI BUMI MALAYSIA?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
APCO MILIK ZIONIS BERTAPAK DI BUMI MALAYSIA?
Alangkah konyolnya pemimpin Malaysia yang tanpa malu dan sensetif sehingga sanggup bekerjasama dengan sebuah syarikat milik Zionis bertapak di bumi Malaysia. Umumnya dunia dan umat Islam telah menolak Zionis tapi amat malang ianya menjadi peneraju strategi di Malaysia.Inilah realiti yang amat pahit untuk ditelan oleh umat Islam khasnya oleh sdr kita di GAZA yang masih terkepung di balik tembuk maut bikinan Zionis. Mungkin derita ini belum sampai ke telinga para tirani di negara Malaysia?? Ajib..? Atau hati mereka sudah tertutup untuk merasakannya. Umat Islam wajar menuntut pemimpin Malaysia yang bertanggungjawab dalam kes ini melupakan semua perancangan mereka atau akan bersedia untuk berdepan dengan gelombang kemarahan rakyat?

APCO Tidak Wajar Campur Tangan Urusan Negara
3:13pmDari TV Selangor

APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu juga menyifatkan tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen berikutan pendedahan slogan Malaysia dan Isreal, sebagai jenaka basi.Anwar apabila diminta menjawab penafian Apco terlibat dalam mengilhamkan Satu Malaysia semalam, mempersoalkan untuk apa Apco dibayar jika bukan untuk membantu menasihati parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak.Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, semalam, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar Apco terletak di bahu pimpinan Umno.Mengikut Malaysia Insider, APCO dibayar dengan nilai kontrak yang bernilai 20 juta ringgit.APCO juga disyaki terlibat dalam pengaturan beberapa keputusan politik selain mendalangi beberapa isu politik bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.Pada 10 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif APCO, Margery Kraus mengumumkan syarikat akan membuka pejabat baru di Malaysia pada September dengan Paul Stadlen sebagai pengarah urusan.