foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, June 21, 2008

RIBUAN RAKYAT MEMBANJIRI STADIUM SHAH ALAM SEMPENA 100 HARI PR DI SELANGOR

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

20/21 JUN.
Stadium kemegahan rakyat Malaysia mungkin terpegun melihat ramainya rakyat dari seluruh ceruk kampung berhimpun di kerusi yang sebelum ini hanya untuk peminat bola sahaja. Kali ini stadium bergema dengan laungan suara pemimpin rakyat dan disambut oleh ribuan suara rakyat sehingga ianya benar-benar berbeza. Sekalipun memang anasir peninggalan UMNO sedaya upaya untuk menggagalkan acara unit ini dengan bermacam cara.

Anasir yang ditanam oleh UMNO di MBSA dan agensi yang sudah biasa dengan upah dan tips hilang punca bagaimana nak cari wang dari urusan dan pentadbiran stadium ini. Inilah dilema yang mereka tanggung dan inilah yang membuatkan mereka tidak selesa dengan kehadiran PR. Inilah juga tanda derita para penghisap darah rakyat di seluruh Malaysia jika PR memerintah. Aduhai UMNO apakah tidak cukup penderitaan yang kamu lakukan sejak puluhan tahun terhadap keturunan dan saudara mu sendiri.??

Jam 11 malam rakyat mula keluar dari stadium dengan wajah puas dan megah. Akhirnya stadium yang selama ini dimonopoli oleh UMNO dapat dihampiri oleh rakyat tanpa ada sekatan. Rakyat memang terkejut dengan peninggalan UMNO terutama kemudahan dan tandas yang amat menyedihkan. INilah bukti mereka tidak perihatin kepada harta milik rakyat dan mereka hanya mahukan hasil dan pangkat dari harta rakyat..Kepada PR..tolong ambil segera tindakan agar harta rakyat ini dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang!! Mana-mana pegawai yang asyik mengumpul wang dari stadium dengan cara yang salah..jangan diberi maaf kerana ianya bukan sahaja membazir wang rakyat bahkan mereka juga adalah pengkhianat kepada harta serta hak rakyat.

Kami tiba di rumah jam 4 pagi...

Dapat berehat sebentar. ..

Jam 9 malam kami ke Kuala Pilah. Tiba di Kuala Pilah jam 11 malam. YB Yusmadi sedang rancak memberi penjelasan tentang isu-isu semasa yang berkaitan tentang tanah, air dan politik yang diselewengkan oleh UMNO selama ini. Sekitar jam 11.30 malam saya diberi kesempatan untuk memberi ucapan. Mesej saya hanya memfokus kepada betapa perlunya rakyat menunjukkan sikap kepada kezaliman kabinet BN yang semudah-mudahnya menaikkan harga minyak tanpa memikirkan nasib rakyat. Inilah perhimpunan terbesar dalam sejarah politik Malaysia yang mengumpulkan 1 juta orang secara aman di sebuah padang permainan berdekatan AMCORP MALL PJ dari jam 10 pg pada 6 July 2008.

Semoga mesej mengajak ke PJ dapat diterima dengan baik dan mereka akan datang seramai mungkin pada hari tersebut.
Setelah makan malam bersama Ketua AMK NS sdr Halim, ajk Bhg. Kuala Pilah dan beberapa pegawai polis yang tidak diundang kami berangkat pulang. Kami sempat berehat di tempat perhentian Seremban sehingga subuh. Setelah minum pagi kami bertolak ke KL dan 10 pagi kami tiba di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.