foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, January 8, 2010

Kes KALIMAH ALLAH mula jadi keliru dan dikuda oleh UMNO..

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

8 Jan 2010

Setelah Jumaat di Sg. Petani saya dihantar oleh Hj Ismail ke setesyen bas. Ketika melalui dataran jam besar di Sg. Petani terdapat beberapa orang berhimpun dan melaungkan takbir. Ada beberapa orang anggota polis yang menunggu di tepi jalan dan memberi arahan agar para pemandu tidak berhenti di tepi jalan. Ada bermacam-macam warna bendera diangkat dan dikibarkan.

Saya merenung dan membaca gerakgeri mereka ini sepintas lalu dengan perasaan sayu. Sayu kerana mereka adalah alat kepada vvip UMNO dan mereka tidak tahu apa-apa yang mereka laungkan. Hanya kerana mereka dapat wang dan dimotivasi oleh ketua mereka lalu mereka berhimpun. Kedua saya rasa sayu kerana ada sebahagian mereka ini belum pernah solat dan bertakbir membesarkan Allah. Jadi mereka hanya ikut dan patuh kepada tuan-tuan mereka. Bukan patuh dan takut kepada azab Allah. Ya Allah berilah mereka petunjuk!!

Bila saya melihat di FB dan beberapa media online ternyata perancnagan mereka sudah berjalan sejak beberapa bulan yang lalu dan kemuncaknya semalam ketika beberapa gereja dibakar dan dilempar bom melotov. Jadi inilah strategi baru musuh islam untuk merosakkan citra Islam di mata dunia. saya sempat berhujah di FB dan dari sini saya lihat kes ini sudah hilang kendali dan merembet kepada hal lain. Oleh itu saya menyeru kepada semua gerakan Islam,,agar jangan mengikut rentak musuh Islam. Islam ada jalur dan salurannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.


Khairi Jalalluddin dalam perbincangan tadi, ada pendapat yang mengatakan Umar al-Khattab melarang golongan Nasrani menggunakan kalimah Allah SWT. Harap rakan2 lihat kitab2 yang berkaitan. Ana akan confirmkan hal ini. harap maklum.

Today at 1:31am ·  · 
Halim Balqis
Halim Balqis 
org kristian kat mesir (ortodok) pun guna perkataan Allah. tapi Allah yg ada anak isteri laa
Today at 2:07am
Rozman Hazim
Rozman Hazim 
anak i dah keliru.. temgok perkataan ALLAh je.. dia dah tanya ni tuhan sapa punya... kalu 1 tuhan napa nama agama lain2.. napa tempat ibadat lain2 ..mcm2 lg.. jawablah jg tp letih... budak2 katakan asyik menanya je..
Today at 8:35am
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin 
Pengarang The Herald tu apabila ditanya kenapa majalah itu hendak di tulis perkataan Allah..di jawab kerana yang bacanya ramai anak2 muda Melayu yang educated.. itu tujuannya. So berhati2.
Today at 11:35am
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
ALLAH MAHA TAHU SIAPA YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK AGAMANYA..!! JADI JGN HANYA JADIKAN ISU UTK POPULARITI SEMATA BRO NANTI BURUK PADAHNYA!! IKHLASKAN NIAT ANDA SEMUA DAN SERAHKAN KEPADA ALLAH YG MAHA BERKUASA..!! Selesaikan secara jujur dan beretika.
Today at 11:51am · 
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
Misi ke Langkawi selesai semalam tapi resolusinya perlukan penglibatan semua pihak khasnya Kerajaan Pusat.!! Jika benar-benar jujur menangani isu nama ALLAH maka bertindaklah segera di semua tempat yang menjijikkan nama Allah..Jgn hanya berpolitik dgn nama NYA sahaja tapi hipokrit dgn arahan NYA!!
Today at 12:25pm · 
Nasri Abdul Rahim
Nasri Abdul Rahim 
saudara Mustapa, kita semua memandang serius perkaraini dan impaknya pada akidah generasi muda kita nanti.. tetapi di manakah pihak-pihak yang selalu mencanang diri sebagai jaguh Islam di negara ini? Senyap saja..

saya tak kisah langsung nama Allah di pakai oleh agama mana di negara mana, yang penting di negara kita ni, kita seharusnya lindungi kesucian nama Allah..

apa gunanya kita berucap, "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad pesuruh Allah" jika kita benarkan nama Allah di sekutukan oleh orang lain?...See More
9 hours ago
Saiful Bahari
Saiful Bahari 
Yang penting adalah definasi mereka tentang Allah......kalau Allah yang mereka maksudkan dalam iktikat mereka adalah nabi Isa, patung toghut , satu dari trinity dan sebagainya...adalah tidak boleh kerana defininasi mereka tidak tepat.....Allah adalah tuhan yang menciptakan segala galanya..bukan makhluk...
7 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
sdr Nasri, Islam dtg di tengah umat arab untuk mentauhidkan Allah dan proses ini berlangsung panjang sehingga para shbt memahami makna dan kontaks tauhid ini dan menumbangkan sgl bentuk perhambaan yg lain selain Allah. Kurun yg kemudian umat islam makin jauh dari hakikat ini. akhirnya umat Melayu menjadi keliru dan menolak Allah dlm kehidupan mereka. Allah hanya sebutan dibibir saja dan upacara resmi. Jd isu ini bukan skrg tetapi sjak pemimpin Melayu menerima arahan dan undang-undang Inggeris 50 tahun dulu. Raja, pemimpin nasionalis Melayu dan ulama nasionalis Melayu tidak peduli hal keagungan ALLAH bahkan Alquran dipermainkan oleh mereka. Jd nak salahkan siapa? tlg bersikap jujur !!
7 hours ago · 
Marzuki Kadir
Marzuki Kadir 
dalam realiti /pijak di bumi yang nyata...di negara kita ini...masing2 berusaha memertabatkan islam...kemampuan yg bersub-sub itu perlu digabungkan...andai masa ini seakan masih orang islam mendominasikan masyarakat m'sia (pandangan dari sudut undang2 n p'lembagaan; dalam mengemukan usul dn enakmen atau akta2; dalam meluluskan rang undg2 dan kuasa meluluskan 2/3 masyarakat islam dalam parliman) dan masih tidak saling melengkapkan..sehingga suatu ketika...Allah akan buang kedominasian masyarakat islam di tanah air ini...?..dan masa itu baru semua pihak bergegas dan bersemangat...?...jawapannya tidak resional wahai masyarakat muslim yg miskinnya hingga yang kayanya, yg kurang ilmunya hingga ke ahli cendikiawannya,..rakyatnya hingga ke semua umara'nya (sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna)

berpijak bumi yang nyata (pandangan dari sudut undang2 n perlembagaan lagi)...semenjak merdeka hingga ke saat ini..masyarakat islam telah mendominasikan masyarakat m'sia..dan ternyata keamanan dan kebebasan untuk semua masyarakt di m'sia..rebut lah peluang yang ada...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna...(saranan untuk semua masyarakat muslim)...

"A"satu pihak tidur bantalnya lain-lain tapi mimpinya sama......See More
6 hours ago
Abdullah Mas'od
Abdullah Mas'od 
mantop betul tu saudara MM! ha tolong jawab la...
6 hours ago
Khairi Jalalluddin
Khairi Jalalluddin 
itu bukan hujah, itu spin... MM :), mereka nak kristiankan orang Melayu kita, itu patut kita sedar, jangan cerita pasal nak laksanakan hudud sebab PAS pun sendiri dah gugurkan dalam pakatan.
5 hours ago
Nasri Abdul Rahim
Nasri Abdul Rahim 
saya pernah dengar satu hadis dalam masjid, nabi muhammad s.a.w. menegur sahabatnya kerana menyimpan injil, walaupun niat sahabatnya hanyalah untuk mengkaji kitab tersebut.

sahabatnya itu di tegur kerana al-quran itu lengkap dan risau akan terselewang ilmu aqidahnya..

jika rasul pun tak benarkan sahabat di bawah bimbingannya menyimpan injil kerana ingin melindungi agamanya, kenapa pula kita harus menutup mata dan membiarkan akidah ummah dicelarukan dengan menggunakan Allah dalam injil? betulkan saya kalau saya salah.

saya baru 23 tahun, janganla pula saudara MM nak suruh saya bertanggung jawab untuk apa yg berlaku 50 tahun lalu.. undi pun baru 3 kali (PRU12/Pilihanraya Kecil Permatang Pauh/Pilihanraya Kecil Dun Penanti).. bukan saya yang setuju menerima undang2 sedia ada.. ianya ada sejak saya lahir.. apa pula yang saudara buat sejak saudara sedar dan mampu memperjuangkan hak Allah dalam negara ini? sepanjang saudara hidup, apa yg saudara buat? saya baru nak memulakan perjuangan... janganlah bagi kritikan tak membina lagi berat sebelah..

isu di sini bukan pasal tolak hukum Allah, tetapi melindungi kesucian Allah dan islam sebagai hambaNYA..

kalau isu mcm ni pun kita nak bepecah ikut mazhab politik, malu saya nak mengadap Allah di padang mahsyar kelak
3 hours ago
Ahmad Farihan
Ahmad Farihan 
Allah utk 1Malaysia
35 minutes ago
Ahmad Farihan
Ahmad Farihan 
Perjuangan mempopularkan Allah lebih utama daripada perjuangan mengeksklusifkan Allah.
34 minutes ago
Ahmad Farihan
Ahmad Farihan 
agenda politik murahan
33 minutes ago
Ahmad Farihan
Ahmad Farihan 
kain rentang "Allah hanya utk org islam" bersalahan dgn makna ayat 2 surah al-fatihah
30 minutes ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor 
sdr marzuki..saya tak nampak UMNO perjuangkan Islam sejak dari dulu dan sampai saat ini juga hanya mainan semata. jadi soal di parlimen bagaimana nasib umat Islam dan Melayu akan datang tdk berpengruh langsung krn selama ini mereka yg menjoriti di PArlimen pun tidak mampu berbuat apa-apa? Nak harap pada yg tidak mampu sy kira sangat naif sekali. Mengharap kpd burung kakak tua utk berbicara macam manusia rasanya umat ini dungu sekali. Jd sekarang bukan sahaja mimpi yg berbeza bahkan katilnya juga berbeza. sekarang baru nak hebuh soal kenapa raja dan vvip Melayu takut ? Tlg lebih realistik bro..selama ni raja Melayu dan vvip Melayu ada peduli ke dgn keesaan Allah? Jika tlg tunjukkan kpd umat ini!! Yg ada perhambakan kpd botol arak, judi dan betina betul ada..Jd di mana uluhiah Allah itu? Sorok bawah katil ke?
Sdr Nasir, Allah yg maha segalanya bukan berharap kpd slogan dan hipokrit tapi bukti real perhambaan kita kpd NYA> Tauhid Uluhiah inilah yg tidak berlaku tapi yg rububiah semua mengaku termasuk org arab jahiliah bahkan perkataan Allah menjadi sumpahan harian mereka..Wallahi dll. Tauhid yg kosong diamalkan oleh kaum nasionalis membuat umat jauh dari Islam sebenar. Soal isu ini sudah diserahkan kpd raja buat apa nak dipanjangkan lagi? Cukuplah yg lebih penting sekarang ialah kerisauan kita tentang umat Islam tidak menyembah Allah sebagai RAbb dan Ilahnya termasuk para raja Melayu, pemimpin Melayu dan umat Melayu. sy bukan nak mengajar tapi tlg fokus kpd hal yg lebih utama!! Jgn habiskan umur kita dgn hal yg dizoom oleh golongan politik murahan bagi melenyapkan isu sebenar negara..Malaysia yg nak bangkrut akibat dr rasuah, curi wang rakyat dll. Isu ini adalah tabirnya..ini politik Melayu hutan yg mahu terus menghambakan umat Melayu Islam..UMNO nak perintah juga sekalipun rakyat dah muak..!! Ini hujungnya bro.Mereka berharap akan berlaku huru hara dan darurat...Lalu mereka tarik hidung umat Islam Melayu se abad lagi..Sy tidak mahu jadi bodoh beberapa kali Nasir..cukuplah !!
a few seconds ago ·