foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, October 3, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP SISTERS IN ISLAM..



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


4 OKT
Dari berita di SINAR Harian, Sisters In ISlam dengan berani seperti biasa mempertikaikan beberapa perkara berkaitan dengan syariah dan beberapa undang-undang Islam. Sebelum ini, ya tidak ada siapa yang menghiraukan kerana masih dilihat ada ruang untuk dibaiki. Tetapi kali ini mereka semakin tidak keruan terutama atas kes Kartika.
Pada hari Jumaat yang lalu,setelah mengadakan mesyuarat ringkas kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berdasarkan kenyataan tersebut. Setelah solat Jumaat kami langsung ke balai polis di sebelah Masjid Negeri Perak. Turut serta bersama ialah Cigu Azmi, Ust. Zulkifli,saya, Nazri dan beberapa teman dari Kedah.

Di bawah adalah kenyataan lengkap:

Laporan polis:Menghina agama Islam dan mencabar kuasa Raja-raja Melayu


Pada 1 hb Oktober 2009, kami telah membaca berita yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 1 hb Oktober 2009 mukasurat N5 Edisi Perak. Berita tersebut berkaitan dengan sebuah kumpulan bergelar kumpulan tindakan bersama untuk persamaan jantina (JAG) telah membuat sidang akhbar berkenaan memorandum menuntut kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas Kartika Dewi Sukarno.
Kumpulan ini mendakwa bahawa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah Syariah Kuantan mencabuli prinsip Hak Asasi Manusia antarabangsa.
Malah kumpulan tersebut menuduh bahawa hukuman syariah yang dijatuhkan ke atas Kartika sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.
Salah seorang anggotanya Dr. Hamidah Marican, Pengarah Eksekutif sisters in Islam mendakwa ramai yang memeprsoalkan kesesuaian hukuman denda RM 5,000 dan enam sebatan yang dikenakan biarpun Kartika seorang pesalah kali pertama.
Kami dengan ini membuat laporan polis mengenai tuduhan kumpulan ini. Tuduhan yang dinyatakan oleh kumpulan ini merupakan suatu hasutan yang melanggar undang-undang Akta Hasutan yang ada.
Kami mendapati kumpulan ini telah melakukan suatu pernghinaan terhadap kedudukan agama Islam di negara ini dan menyentuh sensitiviti umat termaktub dalam perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwaan Kumpulan ini boleh membawa kesan yang merbahaya kepada keselamatan dan keamanan awam kerana ianya menyentuh kedudukan Polis melakukan sisatan mengikut peruntukan undang-undang akta hasutan terhadap kumpulan ini.

Kami seperti nama-nama di bawah melaporkan..

Mohd Nazri Sahat
Penolong Setiausaha Agung.
Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri perak (Jama'iy).

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Teras

Zulkifli Ibrahim.
Timbalan Pengerusi Jama'iy

Mustapa Mansor
Pengerusi Ikrar

Tandatangan Pengadu,

...........................