foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, February 24, 2010

Semalaman Mengikuti ceramah dan dakwah Habib Riziq di Jakarta..







IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

widget










25 Febr..

Setelah selesai program UJN di UI Jakarta, saya berpeluang bersama Cikgu Azmi dan rombongan Malaysia Thailand bersua muka dengan sebahagian pimpinan MPP PKS dan para ahli sokongan di bidang ekonomi PKS di bangunan baru mereka yang tersergam indah. Mabruk ..semoga bangunan baru ini menjadi penguat daya usaha merealisasikan program umat di Indonesia. Dengan beberapa sesi saling tukar maklumat dan idea, terasa bagitu besarnya amanah umat di pundak ini. Banyak lagi yang belum berjalan dan diselesaikan. Belum dan masih jauh perjalanan ini dirasakan setelah kami bersurai.

Selepas zohor rombongan terbahagi dua. Satu ke Tanah Abang bertemu dengan Ust. Ferry Noor yang merupakan ketua KISPA (salah sebuah ngo penggerak aktiviti kordinasi bantuan Palestin) di Jakarta. Rombongan kedua terus ke restoran untuk makan tengahari.

Kami tiba di pejabat KISPA sekitar jam 4 petang kerana jalan yang macet dan alamat yang tidak jelas. Alhamdulillah dengan pertemuan singkat tersebut kami dapat mengutip beberapa idea untuk menjayakan program viva Palestin dalam tempuh waktu terdekat kerana program itu dianjak ke depan pada akhir Mac 2010.

Alhamdulillah, program untuk berkunjung ke Islamic Qaddafi Centre ditangguhkan pada hari esuknya dan begitu juga pertemuan dengan Habib Riziq (Ketua FPI..Front Pembela Islam).

Seperti yang direncanakan setelah balik dari IQC di Sentul, saya dan Ust Ferry Noor terus ke rumah Habib. Sekitar jam 5 kami tiba dan dapat melihat ruang kamar yang di penuhi kitab-kitab serta ruang taman yang segar di depan sebuah rumah yang di diami oleh Habib dan keluarganya. Dari sms yang diterima, saya teruja dengan pelawaan Habib untuk membawa saya bersama melihat aktiviti dakwah yang beliau lakukan di sekitar Jakarta. Jadi semasa pertemuan ta'ruf awal, saya dapat menyerahkan sebuah cd dan buku panduan e-relawan sebagai cenderamata.


Sekitar jam 5.30 petang saya memilih untuk turut sama melihat aktiviti dakwah Habib dan menunda ke esuk paginya ke Bandung. Saya teringin sekali untuk memahami apakah bentuk dan sistem dakwah yang dilaksanakan beliau sejak beberapa tahun yang lampau. Saya dibawa bersama ke pentas utama dan diperkenalkan dengan tokoh utama dari para habaib. Setelah ketiga tempat undangan selesai kami balik ke rumah Habib dengan menyediakan kamar istimewa buat istirehat.

Sebelum memejamkan mata, ceramah, pesan dan hujah Habib berligar di kepala. Mungkin boleh menjadi bahan pemikiran kita bersama:

1. Masyarakat Indonesia umumnya masih menerima dan sangat menghormati institusi Habaib. Dibandingkan dengan Malaysia dan di beberapa negara lain rasanya Indonesia masih kuat mempertahankannya.

2. Ketokohan Habaib bagaikan sesuatu yang amat istimewa sehinggakan ianya melebihi dari struktur rasmi kenegaraan terutama dari segi adat istiadat dan upacara sambutan rasmi dalam Islam.

3. Karesmatik yang dibangun oleh para Habaib juga hebat kerana ianya dari keperibadian yang dibina turun temurun oleh sistem adat, keluarga dan Islam itu sendiri. Tidak mudah bagi seseorang untuk menirunya jika tidak dari root (akar tunjang) yang jelas.

4. Realiti medan dakwah di bumi Indonesia masih luas dan keberkesanannya sangat erat dengan pengaruh dari para Habaib. Jika Habibnya soleh maka umatnya akan mudah mengikutinya!!

Sepanjang malam bertemu dengan para jemaah di kota Jakarta dan para pendokong Habib, saya terasa amat bertuah kerana aura semangat dari Habib serta FPI meresap ke dalam jiwa. Dengan laungan takbir yang bermakna, laungan militan dan selogan jiwa yang tertidur pasti akan bangun menyatakan pendiriannya.. Cara ceramah, hujah dll juga merupakan faktur pembantu kenapa beliau berjaya menarik ramai anak muda bersama FPI. Hebat..Allahuakbar..

Saya hanya ingin menyatakan bahawa..seribu Habib perlu dilahirkan agar lebih ramai lagi umat yang terbela...(foto menyusul..)