foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, June 1, 2008

BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN MALAYSIA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

1 Jun

Bersesuaian dengan resolusi IKRAR kami turut serta dalam gesaan ini dan menyeru seluruh rakyat agar turut sama memboikot akhbar UM dan MM....

Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan memboikot Utusan dan Mingguan Malaysia sebermula 27hb Mei lepas.

Sebelum ini saya melalui nukilan di blog ini telahpun memikirkan gesaan yang sama.

Akhbar tersebut terkait dengan pendekatan perkauman melampau, meneruskan kempen tidak beretika dan mempertahankan rasuah dan kezaliman pimpinan Umno-BN.

Kita berupaya memberikan tamparan kuat terhadap media picisan sebegini dan saya menyeru pengertian dan sokongan sdr/i sekalian.

ANWAR IBRAHIM

PERJUANGAN DAN TUNTUTANNYA......

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

1 Jun

Hari Ahad bagi ramai orang adalah hari balas dendam untuk qadho tidur yang tak cukup selama 6 hari. Tidak dinafikan bahawa badan dan indera kita ada hak yang wajib dipenuhi tapi kita harus pandai meletakkan prioritasnya pada setiap ketika. Samalah juga dengan perjuangan yang kita yakini.
Perjuangan menuntut masa, komitmen, keyakinan, disiplin, konsisten, kesabaran, kearifan dan ketenangan. Maka berlakukalah pertembungan antara yang memerlukan hal yang sama. Di sinilah krisis bermula dan di sinilah juga adanya solusi.
Mari kita renungkan:

A. Perjuangan dan diri kita
- Diri kita perlu rehat.
Setelah penat berjuang maka penuhilah tuntutan diri untuk berehat di malam hari agar ia kembali segar. Berlebihan dalam menggunakan waktu akan membuat diri jemu dan keletihan.
- Diri kta perlu makan.
Dari pagi ambillah makanan yang berzat dan sekadar mencukupi untuk keperluan hari itu.