foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, November 14, 2009

APAKAH KAEDAH PERUBAHAN /ISLAH YANG PALING BENAR..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
19 NOV..

Menarik membaca beberapa komen tentang beberapa perkara soal uslub dakwah dan perubahan. Saya bukanlah pakar didalam bidang ini, saya hanya insan biasa yang mahu berdakwah. Masih perlu belajar dan diajar oleh bro-bro yang lebih senior dalam perjuangan ini. Cuma apabila ada kesempatan membaca pandangan dari beberapa temn FB yang rasanya dari jemaah tertentu yang terlalu memaksakan pandangan mereka sehingga pandangan dari jemaah lain itu tidak syar'i saya kira wajib kita terbuka dengan mereka. Lalu saya bentangkan di bawah perbahasan ini.

Lebih parah lagi, setiap Jumaat ada risalah yang terus menerus menghentam semua pihak samada kawan atau lawan. Takkan sampai begitu ta'sub sekali dan kenapa ini? Jika umat yang sudah keliru sekarang akibat diracun oleh perang fikiran dari barat ditambah pula dari grup Islam sendiri rasanya amat malang sekali. Hal ini telah berulang kali berlaku dan nampaknya ia berulang lagi..Gayanya musuh Islam senang dengan fenomena ini kerana memberi keuntungan kepada mereka. Solusinya bagaimana?

Mari kita dekati pemikiran mereka..:



Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
BENDERA INI TELAH LAMA DILUPAKAN,
BENDERA INI TELAH LAMA DI TINGGALKAN,
BENDERA INI TELAH LAMA DI BUANGKAN OLEH KAUM MUSLIMIN,

KALAU MEREKA TAHU HAMZAH SI SINGA ALLAH PERNAH MERANGKUL BENDERA INI,... Read More
JAAFAR PERNAH MEMEGANG BENDERA INI,
ALI ABI THALIB PERNAH MENJADI PEMEGANG BENDERA INI,
KHALID AL WALID PERNAH DI BERI TANGGUNGJAWAB UNTUK KIBARKAN BENDERA INI,
QUTUZ PERNAH MEMBAWA BENDERA INI,
SALAHUDDIN AL AYUBBI PERNAH MEMBAWA BENDERA INI..

KINI SETELAH BERATUS TAHUN IA TELAH KEMBALI LAGI, KINI SETELAH KEJATUHAN KEDAULATAN UMMAT ISLAM SELAMA 85 TAHUN IA TELAH KEMBALI. DIKIBARKAN DARI TIMUR INDONESIA HINGGA KEPADA BENUA AMERIKA!!!

MAKA MASIHKAH MEREKA INGIN BERDIAM???
HANYA MENJADI PEMERHATI,MENJADI PENUNGGU, KERANA SEBUAH KETAKUTAN TERHADAP HAMBA, HAMBA YANG MERKE JUGA AKAN MATI. KERANA SEBUAH KEEGOAN DI DALAM DIRI DISALUTI EMOSI YANG TIDAK MENGENAL APA ITU KACA DAN APA ITU CAHAYA, KERANA SEBUAH KEDENGKELAN MEREKA TIDAK MENERIMA HUJAH SELAIN DARI RAHIB2 MEREKA,

WALAU MEREKA TAHU DENGAN BERJUANG IKHLAS SEMATA2 KERANA SANG MAHA PENCIPTA MEREKA PASTI AKAN PEROLEH KEMULIAAN, MERAIH KETENANGAN DAN HATI YANG PUAS IAITU

MATI SYAHID ATAU KEMENANGAN!!!

ALLAHUAKBAR!!!
Yesterday at 5:47am
Secu Code
Secu Code
Yaa.. Inilah bendera Kita Umat Islam.. Bukan bendera Merah Putih.. Bukan bendera Bulan.. Bukan Bendera Dacing.. Bukan Bendera 14jalur merah putih dengan bulan bintang.. Tetapi yang inilah bendera Kita..!! Bendera yang pernah dipertahankan 3 serangkai panglima Islam termashur dengan darah dan nyawanya..
Yesterday at 6:28am
Secu Code
Secu Code
Panji Hitam inilah yang juga pernah disebutkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah Hadith Bisyarah

"Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-HarisHarras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis."

"Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)... Read More

Jadi mengapa perlu malu dan gentar untuk berbangga mengibarkan bendera kita ini, walhal kelak imam mahdi juga yang akan menyambung apa yang sedang kita perjuangkan ini. Kerana Perjuangan Ini Bukan Untuk Menunggu, Tetapi Perjuangan Ini Untuk Bergerak..!
Yesterday at 6:36am
Pemuda Pas Kelantan
Pemuda Pas Kelantan
Allahuakbar!!
Yesterday at 10:51am
Abi Gembul
Abi Gembul
Kemenangan Islam pasti segera terwujud !!!
Yesterday at 11:47am
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
ALLAHUAKBAR!!!

AMIN YA ALLAH AMIN YA RAHMAN
Yesterday at 11:50am
Secu Code
Secu Code
Kaum Kuffar, Lihat ar-Rayah saja sudah gentar.. Apa lagi liat Khilafah bersama bala tenteranya nanti membebaskan tanah2 kaum muslimin yang terjajah..
Yesterday at 1:58pm
Ardiannur Ar-Royya
Ardiannur Ar-Royya
All : ana ingin jdi amirul jihad ssuai nama ana..doakn?
Yesterday at 2:09pm
Secu Code
Secu Code
InsyaAllah swt.. Yang penting usaha & istiqamahnya khi..
Yesterday at 2:36pm
Al Khawarizmi Al Khawarizmi
Today at 2:25am
Prince Al-Ayubbi Yahya
7 hours ago
Al Khawarizmi Al Khawarizmi
Al Khawarizmi Al Khawarizmi
SAMBUTLAH KHILAFAH...SAMBUTLAH KHILAFAH...ALLAHHUAKBAR!!!!
6 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
alhamdulillah semoga semangat kita tdk hanya retorik ye..!1 Kerja nak mencapainya masih jauh dan panjang..Nak dapat perak aje susah..inikan pula alam ini..sdr ku marilah melihat realiti..dan berfatwalah dgn syara' dan realiti..mohon maaf jika komentar saya agak datar..yang penting sekarang kita harus perkuatkan barisan dan susun sebaik mungkin. jgn hanya tegakkan bendera tapi melupakan semangat ukhuwwah sesama kita dan bertolerasnsi dengan sesama manusia..!!
6 hours ago · Delete
Secu Code
Secu Code
Kerana itu Allah swt melalui Rasulnya Rasulullah saw meletakkan "Khilafah" itu sebagai kefardhuan keatas setiap individu muslim yang muqallaf. Ianya bukan retorik seperti halnya DemoCrazy..

Maka dengan itu juga Thariqah/Jalan/Cara untuk mendapatkan keKhilafahan ini adalah "wajib" dengan apa yang Islam tunjukkan, bukan dengan thariqah2 lain ... Read Moreselainnya seperti halnya PRU..

Tidak mungkin-kan deenullah yang dikatakan sempurna ini tidak menyiapkan umatnya dengan kaedah untuk memerintah serta kaedah untuk meraih pemerintahan (kekuasaan), sehingga umatnya terpaksa mengambil cara2 bathil sebagai thariqahnya dengan alasan sebagai wasilah.. Jika benar begini, bererti ada sesuatu yang tidak sempurna pada Islam ini, sedangkan Allah swt telah menetapkan kesempurnaan deen ini..
5 hours ago
Secu Code
Secu Code
Kerana itu untuk mendapatkan kekuasaan diperak itu menjadi sesuatu yang susah, mustahil, penuh penipuan, penuh syubhat dan penuh kontroversi, kerana kaedah/thariqah/cara yang digunakan untuk mendapatkannya juga adalah cara yang kotor atau bathil.. Sedangkan kita umat Islam punya kaedah/thariqah/cara sendiri yang jelas dan gamblang, bahkan ianya... Read More ... Read Moredilakukan oleh tubuh(perbuatan) Rasulullah saw sendiri dan terbukti berjaya mentadbir 2/3 alam ini.. Kenapa tidak kaedah/thariqah/cara yang pernah terbukti keberhasilannya ini sahaja yang kita ambil..? kenapa masih berharap2 lagi kepada kaedah/thariqah/cara bathil, bahkan ianya sekalipun tidak pernah terbukti berjaya mendaulatkan Islam..!
5 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
khair..ana setuju 100% dengan hujah ini. Cuma boleh antum tolong bagi fakta realiti !! ini saja yang ana minta. Hujah bro tidak salah cuma tidak realistik ..maaf jika an open saja..kaedah yang rasul bawa di mana sekarang? nak tunggu semua selesai baru nak laksanakan ana tidak nampak itu realistik. Musuh sekarang bukans ahaja sudah makan diotak dan ... Read Morejiwa umat bahkan sudah sampai ke tulangnya bro..umat ini sudah tidak bertubuh lagi..yg tinggal hanya bangkai hidup atau jika kata abu ala maududi, seperti roket yang terbuat dari kayu yang sudah beranai,,Mahu tunggu samapi semuanya bersih apakah ini kaedah atau fiqh yang jelas bro?..mohon maaf an abukan mahu jidal dgn antum tapi tidak masuk akal..ghair ma'qul..afwan..
5 hours ago · Delete
Secu Code
Secu Code
Kerana itu Islam ini bukan diletakkan berdasarkan realistik, bukan berdasarkan logik aqal dan bukan berdasarkan ukuran manfaat/tidak bermanfaat. Aqal hanya berfungsi untuk memahami hukum syara' dan mengimplimentasikannya kedalam realiti.

Kerana Islam ini bersifat dengan sifatnya yang tersendirilah (bukan bergantung kepada realistik & logik) maka ketika Rasulullah saw didatangi sekelompok golongan Quraisy yang menawarkan "Pangkat, Harta dan Wanita dengan syarat meninggalkan urusan da'wah" maka Rasulullah saw lebih rela menolaknya dan lebih rela bersakit-sakitan menemui Bani Tsaqif kemudiannya ditolak, menemui Suwaid bin Shamit kemudiannya ditolak, menemui bani Amr bin Sha'sha'ah kemudiannya ditolak dan dipermalukan, dan berpuluh2 bani yang lainnya sehinggalah baginda menemui Aus dan Khazraj yang tanpa baginda sedaripun akan nasrullah tersebut..

Kalau ini semua dinilai dengan logik aqal dan realistik, mengapa baginda saw perlu bersakit2an melakukan perkara tersebut, kenapa baginda tidak menerima sahaja "Pangkat dan Harta" yang ditawarkan, kemudian dengan pangkat(kekuasaan) tersebut baginda boleh dengan sewenang2nya melanggar perjanjian tadi dan menyebarkan pengaruhnya serta menegakkan kekuasaan dengan mudah, cepat dan selamat.. Dengan harta yang diberikan, baginda boleh sahaja mengunakannya untuk melancarkan urusan da'wahnya.. Tetapi kenapa baginda tidak melakukan yang ini, kenapa baginda lebih rela bersakit2an, rela diembargo, rela dipermalukan sedangkan tawaran sudahpun didepan mata.. ... Read More

Tidak mungkin Rasulullah saw kekasih Allah ini bodoh..! Ternyata apa yang dilakukan kekasih Allah ini adalah ini:-
“Katakanlah (Muhammad) : ‘Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku’” [TMQ Al Araf : 203]

Walaupun apa yang diperintahkan Allah ini tidak bisa diterima logik aqal, tidak realistik, tidak rasional, tidak menguntungkan tetapi yang inilah yang digunakan Rasulullah ketika membina umat, meraih kekuasaan dan menjalankan pemerintahan Islam..
4 hours ago
Secu Code
Secu Code
Mungkin untuk ana menjelaskan Thariqah/Kaedah/Cara didalam Islam diWall yang serba terbatas ini tidak mencukupi.. Jadi ana linkkan sahaja ke http://www.mykhilafah.com/analisis/762-thalabun-nusrah-perubahan-sistem-dengan-tareqah-rasulullah-saw
4 hours ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
afwan..rasulullah menyernag dalam semua peperangan beliau dgn kaedah dan stratgei pernag ya akhi..sampai seluruh kekuatan dipersiapkan bukan hanya spiritual tapi semua..elemen. jadi bagaimana antum dapat meyakinkan ana jalan ini sahaja yg sunnah dan yg lain tidak sunnah?..antum terllau ta'sub dgn idelaisma antum akhi..sila baca buku sirah..ana ... Read Moretidak mahu menafikan kehebatan beberapa rujukan syekh antum..tetapi sayang sekali..jika antum begerak sediirian dan menolak jemaah yg lain ana kira ini sudah tidak sunnah. Rasul tidak pernah bernuat begini akhi..!!!Di malaysia ada beberapa jemaah dan mereka apa pandangan sendiri dan begitu jg di Indonesia dan di dunia lain..jadi alangkah baik kita bersua dan mencari forum kerjasama dan dialog yg sihat untuk berdepan dgn musuh..ini adalah sunnah akbar yg seharusnya kita semua amalkan..!!
3 hours ago · Delete
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
bagaimana ukuran sunnah untuk dirimu Ya akhi mustapha. bagaimana caranya atau apakah yang menjadi kayu ukur sebuah perjuangan, dan apakah yang bisa menjadikan sesebuah kerjasama itu di bolehkan?

mengikot pandanganmu akhi mustapha?
yalah mungkin kerana kita berbeza persepsi menyebabkan pandangan kita berbeza. jadi sebelum memulakan perbincangan yang lebih mendetail ana rasa perlunya ana untuk mengetahui persepsi dari dirimu akhi?
... Read More
semoga ada kebaikkan yang terlahir di dalamnya nanti....
2 hours ago
Secu Code
Secu Code
Afwan juga.. Apa yang cuba ana bawakan disini sebenarnya bukan masalah "SPIRITUAL" yang anta maksudkan.. Tetapi apa yang ingin ana kedepankan adalah persoalan THARIQAH/KAEDAH/METHODE Islami dalam melakukan perubahan..

Kerana itu, dari af'alnya Rasulullah saw yang ana bawakan sebelum ini bukanlah untuk menceritakan "spiritual" Rasulullah saw semata2, tetapi ada sesuatu yang lebih penting didalamnya, iaitu perintah Allah swt atau Hukum Syara' untuk digunakan umatnya dalam melakukan perubahan. Dan perkara inilah yang ingin ana kedepankan.

Kerana itu juga dari af'alnya Rasulullah saw ini, terdapat Qarinah (petunjuk kuat) bahawa dari sikap baginda yang tidak pernah berganjak dari apa yang telah beliau kerjakan walaupun diberikan tawaran Istimewa yang pada logik aqalnya lebih menguntungkan da'wah baginda, menunjukkan bahawa apa yang sedang dilakukan baginda adalah sebuh perintah dari Rabnya, dan ianya adalah sesuatu yang begitu mustahak.... Read More

Bersumberkan dari dalil inilah mujtahid mengistinbath hukum bahawa melakukan perubahan atau meraih kekuasaan WAJIB dengan kaedah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw ini, dan kewajipan ini datang dari Qarinah atas sikap dan af'al baginda Rasulullah saw tersebut. Ianya bukan hanya sunnah (mandub) atau mubah, apa lagi spiritual, tetapi ianya adalah hukum syara'. Dan sebagai seorang muslim, ketaatan kita hanyalah kepada hukum syara' seperti apa yang anta perkatakan sebelum ini, walaupun hukum tersebut tidak diterima oleh logik aqal. Wallahua'lam..
about an hour ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
afwan..ana faham maksud sunnah dan syara'. dari sini ana dapat melihat muyul antum ke arah menafikan tafsiran dari ulama lain yang ana kira faham ishlah mereka tidak salah bahkan syari'. Menurut ana jika antum berfaham begini bisa jadi tidak syari' kerana menolak ayat alquran..tentang wajibnya menerima ISLAm kaaffah..(Islam sebagai suatu sistem ... Read Morehidup..) albaqarah 208. Thariqah yang antum ketengahkan ini amat bercanggah dengan kontaks ayat ini!! Apa hujah antum yang menolak gerakerja dari jemaah lain? yang ana kira lebih senior dan pemula gerakan setelah jatuhnya khilafah di Turki? Ana membaca sejarah tentang wujudnya faham ini kemudian setelah beberap syekh dari puak ini tidak sehaluan..TOLONG CEK SEMULA HADAF KITA SEMUA DALAM BERAMAL dan ISHLAH? Apa salahnya mendokong gerakan Islam yang ada dan menghormati hujah mereka? Berlapang dada bukankah anjuran rasul..Kenapa fiqh yang begitu luas dipersempitkan dalam perjuangan menegakkan makruf nahi mungkar ini? Ana tidak mahu simpan spy ada kejelasan ..Ana dapati setiap Jumaat risalah dari HT tersebar luas dan menolak semua jemaah? Ini dari kaedah syara' atau emosi nak tunjuk hebat? Afwan akhi..antum sdr ana tapi cara begini adalah cara memenangkan musuh bukan mengalahkannya. Antum hanya syok sendiri sahaja nanti..Ayuh kita bersatu dan buat jkerja islam bersama!! Jangan berhujah secara sempit. Syara' bukan sesempit itu akhi!!
2 minutes ago · Delete


Khilafah Trooper
afwan Syari' diganti Syar'i biar tak meleset maknanya.
6 hours ago
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
bukankah adanya sebuah jemaah adalah bersandar kepada nas ini:

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.... Read More
(QS Ali Imran :104)

lantas begitu juga dengan keberadaan kami kerana nas inilah kami terwujud di seluruh dunia dengan satu perjuangan yang sama, satu pemikiran yang sama, satu perasaan yang sama, satu peraturan yang sama kerana kami hanya punya satu tuhan, hanya punya satu rasul, satu kitab (al quran), satu aqidah, satu ummat, dan hanya mengiktiraf satu negara Al Khilafah. yang mana keberadaan kami di muka bumi ALlah ini adalah untuk mengembalikan kehidupan islam ditengah kehancurannya (Isti'naf hayatul islam),

dan kami percaya keberadaan antum juga adalah bersandar kepada nas yang sama. untuk menyeru kepada kebaikkan dan mencegah dari kemungkaran. lantas patutkah faktor seniority itu menjadi sebuah kayu ukur? mengapa faktor selain dari faktor2 yang dibenarkan syara' menjadi kayu ukur? itulah yang menjadi perbezaan antara kita.

sebelum ana mengulas dengan lebih lanjut izinkan ana untuk mengharapkan daripada antum dalam sebuah perbincangan letakkanlah Al-Quran dan SUnnah di hadapan, buangkan hujah dari akal dan emosi, kerana dalam apa yang kita perbuat di situ adanya hisaban untuk mennetukan kehidpan kita setelah kematian.

OK Begini DALAM MENCARI KEBENARAN ATAU MENYATAKAN SESUATU ITU BENAR ATAU SALAH, ADAKAH IANYA DIBUKTIKAN DENGAN AKAL MANUSIA??? dengan faktor seniority sebuah pertubuhan?? dengan faktor keberadaan ramainya manusia yang mendokongi??? dengan faktor tafsiran ulama kontemporari??? dengan faktor kepentingan??? dengan faktor buruk baik???

ATAU HANYA DENGAN AL QURAN DAN SUNNAH.

SEBAGai seoranga muslim beriman, dimanakah letaknya sebuah kebenaran adakah dengan hujah manusia? atau dengan panduan dari qUran dan sunnah nabinya?

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَا تَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ وَأَنتُمۡ تَسۡمَعُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)
(QS AL ANFAL:20)

وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ تِبۡيَـٰنً۬ا لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ
dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam. (QS An-Nahl:89)
41 minutes ago
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ لَا يَہۡدِيہِمُ ٱللَّهُ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada mereka dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya(QS AL NAHL:104)

وَمَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ ٱلَّذِى ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِۙ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يُؤۡمِنُونَ
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. ... Read More
(QS AL NAHL:64)

seperti mana yng dinyatakan di atas terlalu banyak nas-nas yang bisa di perolehi untuk menyatakan WAJIBNYA meletakkan al Quran dan SUnnah sebagai satu tolok ukur apa itu benar atau salah. apa itu sebuah perbuatan benar atau salah..

bukan kepada manusia duhai saudaraku fillah. manusia siapa sahaja diri mereka walau dia saidina omar, walaupun dia adalah Imam ibnu Kathir apathlagi manusia di hari ini ulama kontemporeri namun dia tetap juga manusia biasa yang tidak punya sifat atau tidak punya kelebihan seperti mana Rasulullah Saw yang kita ketahui dialah manusia maksum yang ada diciptakan Allah di muka bumi ini. tidak ada selainnya. lantas fitrah manusia biasa walau siapapun jua dirinya pasti kesalahan dan kemungkaran bisa terukir dalam perbuatannya. sudah menjadi fitrah manusia sentiasa melakukan kesilapan.

kerana itu kita saling memerlukan antara satu sama lain. kita perlukan saling tegur menegur adanya sebuah pertubuhan, adanya beberapa buah jemaah di muka bumi Allah ini tiadalah masalahnya. selagi pertubuhan atau jamaah atau hizb atau qutlah itu bersandar kepada nas yang nyata, bersandar kepada nas yang qati'e. berjuang dnegan meletakkan nas2 syara' khitab syari'e sebagai ukuran perjuangnnya.

ini bersandarkan juga kepada dalil fiqh

AL ASHLU AF'AL AT TAQIYADU FIL HUKMI SYARI'E
setiap satu perbuatan perlunya bersandar atau terkait kepada hukum syara'

yalah sebagai seorang beriman masakan dia mahu menzhalimi tuhannya. kerana orang beriman yakini dan fahami bahawa segala apa permasalahan, segala apa pertelingkahan, segala apa yang berlaku, tragedi atau apa jua punya JAWAPAN DARI ISLAM.....

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬اۚ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu
(QS AL MAIDAH:3)

kemudian dengan nas dan dalil dari Muhammad Saw Nabi kita yang tercinta.

TARRAKTU FIKUM AMRAINI LAN TADHILLU MA TAMASSAKTUM BIHIMA KITAB ALLAHI WA SUNNAH NABI'YA

"kalian telah aku tinggalkan dengan dua perkara, kalian tidak akan tersesat selagi mana kalian berpegang teguh kepadanya itulah quran dan sunnah nabinya."

khabar ini telah membuktikan kepada kita bahawa islam itu telah dilengkapkan dan tiada satu permasalahan di atas muka bumi Allah ini tidak dapat di selesaikan dengan islam. dan dengan memegang teguh kepaa al quran dan sunnah bisa menghindari diri kita dari tersesat.

kerana keyakinan dan keimanan terhadap al quran dan Rasulnya inilah kami mengoreksi segala kemungkaran yang dihadapkan yang di perbuat baik itu di hadapan kami atau di belakang kami, dan usaha ini adalah sebuah usaha yang kami teladani dari Rasul kami. Muhammad Saw. adakah ianya salah untuk melaksanakan sebuah usaha menyambung Risalah Rasulullah, sebarkan nasyrah? melakukan syiarul fikri (pergulakan pemikiran) atau ghazwul fikri (pertarungan pemikiran) untuk ummat pertimbangkan di mana sebuah kebenaran adakah dengan nas atau hujah akal? salahkah kami melaksanakn kifayahus siyasi (aktiviti plitik)???? salahkah kami mencari nusroh (thalab an nusroh) di tengah ummat mahupun pemerintah untuk mendukungi islam kaffah yang menyebabkan Pemerintahan Islam AL Khilafah Islamiyah Ala Minhajin Nubuwwah ini terwujud yang akan kembali mentadbir dunia ??? yang kesemua perbuatan ini kami contohi dari tauladan kami Rasulullah.

sedang Allah menyeru kami berbuat sedemikian:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (QS AL IMRAN:31)

lantas adakah kami punyai kesalahan dan punyai kesilapan apabila kami meletakkan kayu ukur kami hanya kepada Allah (segala perintahnya dan cegah larangnnya) dan rasulnya??

sungguh kami yakini ianyalah satu2nya kayu ukur terbaik untuk kami jalani hidup di dunia ini yang hanya sebagai sebuah jambatan untuk kami bertemu dengan kekasih dan cinta kami di Akhirat.

dan kami yakini firman ALlah

ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (QS AL- Baqarah:147)

dan kami tidak pernah akan ragu2 dalam usaha ini dan akan sentiasa bersabar menantikan bantuan dari Allah untuk memenangkan ummat islam dengan kemenangan berlandaskan thariqah perjuangan Rasulullah,

ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
"AKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MANHAJ KENABIAN" (HR AHMAD)

kemenangan sebuah perjuangan yang hanya mencontohi Rasulullah dalam perjuangannya, bukan dengan mengkompromikan islam, bukan dengan jalan yang bukan islami dan bukan dnegan jalan yang meletakkan akal sebagai tarifan perbuatannya.

wallahualam
37 minutes ago
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
ya akhil karimm, semua dalil dan hujah antum itu sah..jzkallah khair..ana tidak pertikaikan semua itu. yang ana pertikaikan ialah tindakan strategi antum untuk menyebarkan fiktrah antum ya akhi..ana ada koleksi buletin jumaat dari pihak antum. Dalam pemerhatian ana..hak yang tidak tersusun pasti kalah dengan batil yang tersusun akh.!! Antum ... Read Moresemangat alhamdulillah,, mungkin antum lebih muda dari ana..alhamdulillah..ana senang mendengarnya apatah lagi dgn hujah-hujah bernas tersebut. Cuma sayang..contohnya kami di Perak di bawah Jama'iy ada 25 ngo Islam bergabung dan banyak amal Islam yang kita dpt laksanakan,dan di bulan Disember nanti akan ada pertemuan se malaysia ngo Islam yg sanggup berkorban melupakan titik bengik perbezaan dan duduk bersama mencari solusi bagaimana mahu meemnagkan Islam di muka bumi ini..Apakah niat mereka salah ya akhi? sila renungkan sedalam lautan, musuh kita terlalu besar untuk kita kita hadapi sendirian maka alangkah baik jika pihak antum turut samberganding bahu berfikir dan bekerja. Cari titik temunya bukan titik bedanya!! bahkan dari 200 ngo Islam di seluruh Malaysia pasti punya dalil dan nass yang jelas dalam perjuangan mereka dan mereka sanggup berlapang dada. Mari kita duduk bersama dan mencari solusi ok!!
2 seconds ago ·


Secu Code
Secu Code
Gerakan Islam hanya dapat bersatu dengan naungan al-Quran & as-Sunnah.. Soal kaedah siapa yang paling benar memang benar ianya perkara lapuk, tetapi soal kaedah paling syar'i & wajib tidak pernah lapuk ditelan zaman..
7 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
lapuk sbb sudah dibahas oleh banyak pihak dan ulama besar dunia..jadi berlapang dadalah wahai sdr ku!!
7 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Kami menyeru dengan ikhlas kepada semua pihak khasnya dari semua gerakan Islam agar bersatu!! Kami akan mengadakan rapat tahunan hampir 200 ngo Islam kali kedua dari seluruh Malaysia di Kedah bulan Disember (18 dan 19) bg mencari titik temu dan menyegarkan semula arah tuju perjuangan semua ngo Islam. Ayuh sdr ku khasnya dari bendera rasulullah agar ... Read Moreturut berlapang dada dan memanjangkan tangan bersama kami sdr mu dalam perjuangan ini. Sila hubungi kami!! Kami tidak melarang risalah sdr di mana yg sdr sebarkan tapi tolong sama hormati perjuangan dari seluruh gerakan Islam yg ada di muka bumi ini.!! semoga Allah memberi kejayaan atas kebersamaan ini. amin,
2 seconds ago ·




Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
huhu, akhi, benar ht tidak pernah menyangkal akal itu konsep sejatinya adalah memahami nas, memahami Al quran dan sunnah, lantas di mana salahnya. bukankah akal telah diberikan untuk memilih, antara hukum kufur dan hukum islam. kalau diberikan dua timbangan ini mana satukah yang akan menjadi pilihan antum wahai saudaraku fillah Masri dan Mustapa Mansor. ana percaya pasti sahaja antum akan memilih hukum islam. kerana itu antum berjuang benar?

lantas ana berikan satu lagi pilihan sebagai ummat Muhammad SaW yang mengaku cintakan nabinya, dan mengaku bahawa nabinya itu adalah contoh tauladan yang baik, lantas ana berikan antum satu masalah untuk berjuang di atas jalan yang ditempuh oleh rasulullah sebagai jalan perjuangan atau memilih jalan dari manusia yang diproduksi oleh akal sebagai jalan perjuangan.

ini bukan menghentam duhai saudaraku mustapa mansor. ini adalah pergolakan pemikiran, memberitakan kepada antum bahawa islam punya jalan sendri untuk di ambil sebagai jalan perjuangan. islam punya penyelesaian terhadap segala permasalahan... Read More

sebagai seorang beriman, di manakah ukuran kita dalam mengatasi segala permasalahan, adakah mengambil jalan yang jelas bukan dari islam yang diproduksi oleh akal semata, atau mengambil islam sebagai jalan penyelesaian, kesedaran ini amat penting kerana sebagai seorang muslim apalah adanya nikmat solat nikmat haji kiranya aturan kehidupan tidak di ambil dari islam, tinggal akan sebuah aturan islam sebahagian tiada bezanya dengan meninggalkan seluruhnya.

tetap akan pulang bertemu Allah kelak dengan azab yang berat.

firman Allah ini sudah cukup untuk menerangkan seadanya.

ۚ أَفَتُؤۡمِنُونَ بِبَعۡضِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَتَكۡفُرُونَ بِبَعۡضٍ۬ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفۡعَلُ ذَٲلِكَ مِنڪُمۡ إِلَّا خِزۡىٌ۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ

Apakah kalian beriman terhadap sebagian dari kitab dan meninggalkan sebagian lainnya. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (QS AL BAQARAH:85)

tidakkah ayat ini bagi orang yang menggunakan akal untuk memahaminya bisa peroleh maksud siapa sahaja yang beriman (iman tentu sahaja bisa kita fahami, ianya perlu tasdiqul jazim dengan pembenaran dari hati dengan keyakinan yang tidak meragukan dan sehingga terlihat dengan sebuah amal) akan sebahagian dari kitab akan menempuh sebuah kehidupan yang dinistakan hidupnya di dunia, dan di akhirat kelak ia akan kembali dnegan azab yang sangat berat.

lantas islam kita percayai segalanya telah dilengkapkan sehingga keyakinan itu membuatkan kita semua yang disini ingin akan tertegaknya ingin untuk melihat islam itu kembali mewarnai dunia, namun dnegan jalan yang tidak diperoleh dan tidak diredhai islam bukankah kita juga tergolong dengan diri mereka yang tidak inginkan islam.

ya lah apa bezanya mereka yang mengkufuri islam yang tidak inginkan islam, dnegan mereka yang tidak mengambil islam sebagai penyelesai segala permasalahan, dengan mereka yang tidak mengambil islam sebagai jalan yng punya segala jawapan. nah disini timbangannya di mana.

disinilah pilihan untuk memastikan siapa itu orang yang benar beriman, benar muslim dan mereka yang tetap dengan mengambil keislaman itu hanya sebagian dan meninggalkan sebagian lainnya...

wallahi, ana menyatakn ini bukan kerana untuk membangga diri, bukan untuk merosakkan aktiviti perjuangan lain, bukan untuk mengkritik mencari kesalahan, namun ini hanyalah terlahir dari rasa cinta dan kasih terhadap saudara semuslim lainnya, cinta dan kasih ini untuk melihat saudara2 lainya semuslim seaqidah agar kembali bersatu, agar kembali berjuang dengan satu perjuangan, dengan satu pemikiran, dengan satu perasaan, dengan satu peraturan.

kerana kita punya satu tuhan, satu rasul, satu quran, satu ummat dan satu negara,

mengapa mereka yang telah hidup di dalam era keagungan era perubahan, era hijrah, era inqilab, era penerapan hukum di zaman Rasulullah bisa merasakan pentingnya pemersatuan ummat, pentingnya akan sebuah kehidupan yang segalanya di atur dengan islam. namun di hari ini, di hari semua badan dan gerakan berjuang bermatian, bersungguhan, tidak pentingkan jalan tidak pentingkan sebuah perjuangan tidak pentingkan sebuah kehidupan yang segalanya di atur dengan islam.

maka benarlah kata rasulullah.
awalnya islam itu asing dan ia akan kembali asing berbahagialah mereka yang keterasingan.

saudaraku fillah,
niat tidak akan pernah menghalalkan cara,
niat yang murni bersih suci tulus, tidak akan pernah menghalalkan sebuah keharaman, niat untuk makan tidak akan pernah bisa mengizinkan khinzir itu dimakan, niat yang suci untuk mencari nafkah tidak akan pernah mmbenarkan pelacuran sebagai sumber nafkah.

serupalah dnegan hal lainyya. selagi islam punya jalan penyelesaian selagi itu katakan tidak pada lainnya...

Allahuakbar!!!
Thu at 9:45pm · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
sdr prince..maaf ada beberapa yg perlu saya tanyakan dari lubuk hati yg terdalam:

1. Jika sdr yakin benar kenapa sdr tak berfoto?sama jg dgn teman yg lain. Ini ada naskah berdakwah dlm gelap?
2. Di mana nama sdr yg indah pemberian ibu bapa sdr?
3. Semua hujah sdr sudh terjawab dalam sebuah kitab yg masyhur karangan Dr. yusuf Al Qardhawi- "Fiqh Daulah". Sila baca dahulu kemudian teruskan hujah kita lagi ya!! Maaf bukan ana mahu perkecilkan kebolehan sdr cuma ana perlu mendengar dulu hasil pembacaan dari kitab itu dahulu.... Read More
Supaya dengan semangat yg berkobar-kobar antum sekarang akan dingn ketika memahami seluas lautan makna Islam dan penghayatannya. Hasan Al Bannaa tidak banyak menulis buku tetapi rijaluddakwahnya hidup sampai di mana sahaja ada tanah di bumi ini. Inilah barakah perjuangan dari panduan usul isyrin (usul dua puluh) yg beliau titpkan kpd generasi penerusnya.Usul 20 yg sarat dengan dalil quran dan hadis telah menyelamatkan perpecahan umat sejak 1928 setelah 4 tahun Khilafah islamiah runtuh di Turki. Silakan antum mahu berhujah tidak ada siapa yg melarang tapi alangkah sopan sebuah gerakan spt Ht tahu menghargai perjuangan senior di Indonesia, Malaysia dan di mana sahaja. Hormatilah perbezaan pandangan selagi ianya masih di korido Tasawur Islam.
Thu at 11:46pm · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Sungguh, saya pun sebenarnya hendak menyoal kejujuran sdr Prince, mengapa tak pakai nama sebenar. Apakah berdakwah dengan menyembunyikan nama ini juga sunnah ? Dan Sayang sekali, jika menyebut akal, Sdr Prince senantiasa mengaitkannya dengan sesuatu yang diluar sunnah atau bahkan produk kafir. Di situlah kelirunya Sdrku Prince. Padahal, taklah ... Read Morebegitu. Kalau dah Msulim, maka akal yang kita maksud adalah akal yang berlandaskan aqidah Islam. Membuang semua produk akal tidaklah tepat, sebab akal juga adalah instrument untuk mencari kebenaran yang memang diberi ALlah. Contoh soal : Adakah hukum yang berkaitan dengan traficlight (hijau jalan, kunging hati2 dan merah berhenti?) dalam sunnah? pernahkah dicontohkan nabi yang sedemikian ? Lalu, kalau tak ada dan tak pernah, bolehkah kita langgar begitu saja aturan yang dibuat akal itu ? atau haramkan mengikuti aturan itu ? Cubalah sdr Prince jangan patuh terhadap aturan itu, apa jainya ? Di Indonesia, orang berjalan di sebelah kiri. Hadits nabi menganjurkan mengerjakan yang baik-baik dari sebelah kanan. Apakah aturan lalu lintas di Indonesia sekarang harus diganti dan orang berjalan di sebelah kanan ? Itu artinya stir kereta semua harus dirubah. Berapa banyak orang yang akan celaka dijalan dalam masa uji coba dll.
Lain soal lagi, kalau antum tak setuju dengan pemimpin hasil dari democrasi melalui PRU, maka jangan turut pemimpin itu, janganlah turut aturan-aturannya, lawanlah ia. Tapi sepanjang yang saya tahu, HT tidak pernah menentang Pemerintah di mana pu, bahkan di negeri yang sedang perng, HT taktampak ikut perang. Wallau a'lam bishshawab.
Yesterday at 2:04am · Delete
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
erm. maafkan ana dan berikan ana sedikit kesempatan untuk menerangkan persoalan2 di atas, soalan pertama dan keduanya,
ana rasa perlukah ana untuk menjawabnya, huhu, adakah salah untuk ana meletakkan gambar yang bermaksudkan ALLAH IS PREPAIRING US FOR VICTORY, adakah menjadi sebuah kesalahan bagi ana tidak meletakkan gambar ana di sini, dan tidak meletakkan nama sebenar ana di sini, untuk menyatakan kebenaran, begitu banyak manusia2 di luar sana menyatakan kebenaran tanpa memperlihatkan nama sebenarnya, begitu ramai manusia di luar sana miliki nama samaran dan gambar yang mereka letakkan di fb dalam melaksanakan aktiviti dakwah, adakah ini salah mengikut aturan islam??

yang sebenarnya salah atau tidak itukan dilihat dari segi halal haramnya, selagi ianya halal ya apa masalahnya untuk ana meletakkan nama sebagai Prince AL ayubbi. sejujurnya ana memnag kagumi keberanian salahuddin Al ayubbi, tidak ana menafikan panglima islam yang lain, namun pada diri ana dia amat hebat, dan nama prince al ayubbi ini adalah di ambil untuk memberitahukan umum bahawa di sini ada seorang cucu cicit kepada panglima islam salahuddin al ayubbi berbicara. mencontohi mereka yang baik2 itukan bagus...
... Read More
ini bukan soalnya takut, dah ternyata ramai warga fb mengenali ana dengan nama samaran ini. apa salahnya dalam islam?? bukankah ini dinamakan tauriah. bukan sebuah penipuan...

bagi persoalan ketiga Alhamdulillah nampaknya perbincangan ini bertambah menyeronokkan. ana harap jangan salah tanggapi pernyataan ana ini saudaraku. ianya tambah menyeronokkan kerana kita sama2 sedang dalam situasi berhujah dengan ilmiah demi mencapai sebuah kebenaran. Demi Allah ana amat cintakan sebuah kebenaran, ana amat cintakan sebuah kebenaran yang lahirnya dari islam.

namun pengharapan ana kepada antum sebelum kita meneruskan perbincangan ini, letakkanlah Al-quran dan sunnah di hadapan, letakkanlah nas yang rajih di hadapan dalam waktu perbincangan, jangan sesekali kita meletakkan akal dan emosi yang memandu perbincangan, jangan sesekali meletakkan manusia sebagai kebenaran, jangan sesekali meletakkan pacuan perbincangan ini dengan ramainya orang dibelakang kita, jangan sesekali letakkan dalam perbincangan ini tahap kesenioran sebagai sebuah kebenaran, demi Allah tuhan yang menggenggam hamba2nya. tiada kebenaran selain dari Al-quran dan Sunnah nabinya... jika tidak kebenaran itu pasti tidak akan bisa ditemui...

seraya menepati perintah Allah:

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً

Jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (as-Sunnah). (Qs an-Nisaa’ : 59).

ya benar dr yusof al qardhawi ada menyatakan dalam kitab fiqhnya Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam bahawa perlunya sebagai seorang muslim melihatkan maslahat yang boleh diperolehi dengan menggunakan sistem yang diasaskan oleh kaum bukan Islam dengan memasukkan unsur Islami dalam pelaksanaannya.

dia juga ada menyatakan bahawa gagasan demokrasi ini adalah menyerupai syura Rasulullah yang memungkinkan ianya juga dari islam. dengan dalil2 ini beliau telah menyatakan bahawa boleh untuk ummat islam mengambil demokrasi (melakukan musyarakah dalam sistem pemerintahan sekular) untuk menegakkan syiar islam dengan syarat memasuki ironi-ironi yang islami dalam perlaksanaannya...

ini membuktikan pendapatnya bahawa dengan sebuah matlamat niat itu di dahulukan untuk sesebuah cara itu dibolehkan atau tidak. walau sesebuah cara itu adalah beridentikan kebaratan, berideologikan kekufuran namun dengan niat yang baik untuk islam, demi mendaulahkan islam, cara itu dibenarkan, kerana 4 faktor menurutnya iaitu pertama tuntutan meminimumkan kejahatan dan kezaliman adalah menurut kesanggupan yang kedua ianya dilakukan untuk memilih kemudharatan yang paling ringan yang ketiga kerana melepaskan nilai tertinggi lalu turun ke realiti terendah dan yang terakhir ada prinsip pentahapan (tadarruj). bisa di rujuk kembali di dalam kitabnya (Min Fiqh Ad Daulah fi Al Islam)
Yesterday at 4:03am · Delete
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
kesemua ini bisa terlihat bahawa ianya di ambil dari kaedah fiqh tatabbu’ ar-rukhash iaitu memilih jalan yang ringan, dr az Zuhaili memberikan maksud bahawa ikhtiyâr al-aysar (memilih pendapat termudah). Namun di sini perlu di fahami bahawa bisakah untuk menggunakan tatabbu'ur ar-rukhsah ini dalam soalnya ijtihad. dalam soal ini kita ungkai pandangan para ilmuan islam seperti Imam Ahmad (dalam satu riwayatnya), Abu Ishaq al-Marwazi, Imam asy-Syatibi, Imam al-Ghazali, ulama Hanabilah, dan ulama Malikiyah (Az-Zuhaili, 1996: 40). mereka semua melarang untuk mengambil kaedah fiqh ini iaitu tatabbu’ ar-rukhash ini adalah kerana ianya merupakan kecenderungan berdasarkan hawa nafsu, sedangkan syariat melarang mengikuti hawa nafsu. Selain itu, jika ada perbedaan pendapat, wajib dikembalikan pada syariat dengan jalan tarjîh (memilih pendapat dengan dalil terkuat), bukan memilih sesuka hati, sesuai dengan firman Allah SWT sepertinya di atas:

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً

Jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (as-Sunnah). (Qs an-Nisaa’ : 59).... Read More

lantas apabila kita singkapi masalah demokrasi ini, yang di akui sendiri oleh Syeikh Yusof al Qardhawi bukan dari islam masihkah bisa di ambil untuk dijadikan sebuah jalan bagi membangun kembali islam yang telah tumpas dan mundur ini.

kita ungkai dengan lebih dalam apa itu demokrasi. demokrasi berasal dari perkataan greek (Demos) yang berarti rakyat dan (kratos) yang berarti hukum atau dari istilahnya kekuasaan membuat aturan (tasyrii'). Jadi terjemahan harfiyyah dari kata demokrasi adalah:
Hukum rakyat, atau kekuasaan rakyat atau tasyri' rakyat.
bagaimana sebagai seorang muslim beriman bisa menyatakan ini yang ternyata jelas bercanggahan sekali dengan firman-firman Allah:

وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir
(QS Al Maidah:44)

ۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
(QS Al Maidah:45)

وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
(QS Al Maidah:47)

إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِۚ أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
Sebenarnya penentuan hukum hanyalah milik Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(QS Yusof:40)

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan
Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."
(Qs: Al-Ahzab:36)

nas2 diatas cukup membuktikan kepada manusia yang berakal dan beriman bahawa larangan kerasnya Allah dalam persoalan2 yang telah punya ketetapan dari Allah kita mengambil aturan dan ketetapan dari selainnya, lantas di sini bermaksud tujuan tidak akan bisa menghalalkan segala cara
(al-ghayah laa tubarrir al-wasithah). perlunya kitai mengetahui setiap satunya permasalahan, dan mencari segalanya penyelesaiannya dari islam.

lantas islam telah mensyariatkan untuk berjuang menegakkan agama Allah adalah dengan menusuri tahapan atau peringkat2 perjuangan Rasulullah, bagaimana Rasulullah berjuang begitulah yang sepatutnya di perjuangkan untuk mengembalikan kehidupan islam.

وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.”
(Qs. Al-Hasyr : 7)

lantas salahkah bagi mereka Hizbut Tahrir menyatakan sebuah kebenaran dan mengajak ummat agar kembali bersatu dalam satu perjuangan yang telah di syariatkan islam yang hanya mencontohi Rasulullah sebagai suri tauladannya sebuah perjuangan berbanding dengan mengambil idea2 kufur untuk di perjuangkan.

sebagai muslim manakah timbangan antum bila diletakkan jalan Rasulullah dan jalan yang kalian rasakan mudah untuk diperjuangkan yang di ambil dari barat untuk kalian perjuangkan. walhal secara realitynya perjuangan di atas jalan demokrasi ini yang diperjuangkan tidak pernah berjaya dalam proses mendapatkan sebuah negara yang benar islami 100% islam terterap. di manapun ianya diturutkan.
Yesterday at 4:27am · Delete
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
memikirkan maslahat sehinggakan sanggup mengenepikan hukum Allah, bisakah ini terjadi bukankah sejak mengenali islam kita yakini Allah itu maha segalanya, Allah maha menciptakan, Allah maha mengetahui segala permaslahatan, zalim bagi Allah menciptakan hukum tanpa memikirkan maslahat sedang DIA berjanji kepada kita:

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ
Apakah kalian mengira bahwa kami menciptakan kalian secara main-main (saja)dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(QS MUKMINUN:115)... Read More

أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(QS AL-MULK:14)

ini bukan soalnya ana menafikan kredibility seorang ulama, tapi seperti ana nyatakan sebelum2nya, Islam tidak meletakkan manusia sebagai orang yang benar kerana manusia yang paling benar dalam segala halnya itu hanyalah Rasulullah SAW, tetapi kebenaran itu datangnya dari Allah dan rasulnya semata yang mempunyai sifat rajih kuat qati'e baik itu qati'e tsubut mahupun qati'ie dalalah. dan untuk pengetahuan antum terdapat banyak ulama yang membahaskan kembali hujah yang dilontarkan oleh syeikh Yusof Al qardhawi ini untuk kitab tersebut.

ana seringkali di hujahkan dnegan tahapan kesenioritian, ya syeikh mustapha manshor yang kucintai fillah, sebuah kebenaran itu tidak diukur saudaraku dengan tahapannya ramainya ummat bersama, dengan tahapannya kesenioritian persatuan, tetapi kebenaran itu diukur dari kebenaran dalil dan nashnya yang dibawakan. itulah dakwah bil hikmah yang dimaksudkan Rasulullah SAW.

dan untuk saudaraku fillah masri sitanggang untuk persoalan traffic light benar islam tiada aturannya, namun ada qaedah fiqh yang bisa digunakan keatasnya, itu termasuk dalam perhukuman dalam islam kategori mukhallafat. kerana perhukuman dalam islam bukan sahaja hudud bukan shaja qisas, bukan sahaja takzir mukhallafat juga termasuk dalam perhukuman tersebut. dan isu traffic light ini adalah berkenaan dengan perkara2 furuk dalam islam. yang bisa jadi perintah seorng khalifah nanti ingin menukar warnanya dari hijau kuning merah kepada warna2 lainnya, dan ianya wajib di patuhi, namun secara amnya Insya'allah dalam unsur traffic light ini akan warnanya tidak akan di ubah dalam waktu pemerintahan khilafah nanti. kerana ianya telah menjadi tabi'at ummat mematuhi warnanya hijau untuk jalan, kuning untuk sedia berhenti dan merah untuk berhenti, begitu juga dalam undang2 halaju maksimum panduan kereta, undang2 pembakaran sampah, kesemuanya masuk dalam hukum mukhallafat.

dan ana rasa antum masih tidak mengenali hizbut tahrir, apabila menyatakan ht tidak bersuara di hadapan pemerintah. cuba antum lihat beberapa bukti yang ana ingin tunjulkan ini...

http://www.mykhilafah.com/dalam-negara/1751-pak-lah-dan-chandra-terperangkap-dengan-jerat-pluralisme

http://www.mykhilafah.com/hizb-worldwide/1759-syabab-hizbut-tahrir-tampil-secara-langsung-dalam-sebuah-rancangan-televisyen-di-ukraine

http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/970-htm-serah-buku-bantahan-kenaikan-harga-minyak-kepada-menteri

http://www.hizb.org.uk/hizb/press-centre/press-release/london-conference-calls-for-zardari-to-go-and-a-new-leadership-and-system-for-pakistan.html

http://hizbut-tahrir.or.id/2009/11/10/5000-massa-hti-dan-ormas-islam-lain-desak-pemerintah-kerahkan-tentara-selamatkan-al-aqsha/

http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2009/11/kaum-muslimin-disembelih-tanpa-belas.html

maafkan ana duhai abang2ku yang dikasihi sekalian, maafkan daku duhai saudara2ku yang kucintai fillah, ana berhujah bukan bertujuan untuk sebuah kemenangan, ana berhujah bukan untuk memperlihatkan selain dari soal kebenaran, demi Allah ana berhujah hanyalah untuk sebuah kebenaran, dan sebuah penyatuan kembali seluruh ummat islam duhai saudaraku,

sudah tiba masanya kita kembali berjuang di atas manhaj kenabian, kita berjuang dengan satukan pemikiran, satukan perjuangan satukan perasaan, satukan peraturan dengan thariqah rasulullah dengan kesatuan yang mendasar Aqidah islam yang benar. brsatu di bawah panjinya Rasulullah, ini bukan seruan untuk antum bersama ht, tidak sama sekali, setahu ana ht juga menyeru ummat islam agar kembali kepada islam yang kaffah, kembali kepada perjuangan yang menusuri thariqah Rasulullah walau mungkin kita berbza nama, tiada masalahnya namun perlunya satu perjuangan satu pemikiran satu perasaan satu peraturan dan satu ummat demi satu negara....

AL KHILAFAH ALA MINHAJIN NUBUWWAH...

insya'allah segera hadhir dengan lebih ramai yang mendokongnya... amiin...
Allahuakbar!!!

wallahua'alam bi ash-shawab..
Yesterday at 5:08am · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Alhamdulillah, saya bangga dengan semangat saudaraku Prince (bolehlah kita panggil dengan nama yang lebih disukainya "prince..." daripada nama yang diberi ibunya). Tidaklah salah memakai nama samaran, itu jelas, saya setuju. Tapi semua kita juga faham bahawa Rasulullah tak pernah pakai nama samaran, bukankah begtitu ? Ertinya, ada perbuatan yang ... Read Moretak pernah dicontohkan rasulullah tetapi ianya bukanlah otomatically perkara yang salah, yang berarti juga boleh diikuti. Kalau saya pakai cara berfikir Sdr Prince bahwa setiap yang tidak dicontohkan rasul tak boleh diikut, maka memakai nama samaran, tentulah salah. Begitu juga aturan-aturan rakyat, tak semuanya salah sekalipun tak ada nasnya dalam qur'an dan sunnah. Sebagai warga Indonesia, saya mesti punya Identity Card Indonesia (rasul tak punya IC apa pun); kalau nak ke Malaysia sya harus punya Pasport, kalau tidak punya, saya tak boleh entry malaysia (aturan siapa ni ? rasul tak anjurkan ada pasport Beliau pergi ke Yaman, madina dll tempat, tak ada Paspor). Nah, Sdr Prince kalau nak ke Indonesia atau lain tempat, ikut aturan memiliki pasport tak ? Atau Sdr Prince boleh katakan pada pemerintah, ini aturan tak Islami, sebab Islam semua bersaudara, dimana ada muslim di situlah tanah air saya. Boleh ? Mestinya, kalau Sdr Prince consistence dengan hujjahnya, maka ia akan tolak hukum pasport ini. Begitu juga soal Traffic light. Rasul dengan untanya tak perlukan traffic light, kita perlu maka kita, rakyat, buat aturan soal lalu lintas supaya tak ramai yang celaka di jalan. Aturan itu tak ada nasnya. Lalu kita sebutkah itu aturan kafir ? sila langgar aturan itu, niscaya bala yang didapat. Begitu juga di Indonesia (ini belum dijawab oleh Sdr Prince) berjalan disebelah kiiri, sedang rasul menganjurkan berbuat baik dari yang kanan, haruskah saya jalan sebelah kanan sementara yang lain kenderaan sebelah kiri ? Kalau saya celaka, adakah hukum yang membenarkan ?
Sdrku Prince, kita semua maklum bahwa pemerintahan di dunia ini belumlah Islami. Oleh karena itulah kita perlu bersatu padu berjuang untuk menjadikan Islami. Soalannya, memang, bagaimana cara memperjuangkannya. itu saja. Prinsip kita sama. Ayat-ayat yang antum sampaikan sudahlah kita fahami bersama. Tetapi caranya memerlukan akal cerdas untuk memahami ayat-ayat itu dalam menerapkannya. Bahwa kita memerlukan khilafah, ya ! tetapi cara yang ditempuh perlu ijtihad dengan pandangandan ilmu yang luas. luas.
Yesterday at 1:03pm · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Hanya ada dua cara untuk merubah keadaan ini supaya menjadi Islami. 1) dengan revolusi, atau 2) dengan evolusi (evolution). Sila pilih, cara mana hendak ditempuh oleh HT. Ikut Demokrasi berarti merubah dengan cara evolusi. Tidak ikut, maka lakukanlah cara revolusi. Jangan pula demoksari tak mau karena dianggap tak Islami, tapi revolusi pun tidak ... Read Morepula, haaaaaa. Jadi sila declare sekarang Daulah Islamiyah, dan hadapi negara-negara kafir ni...ye.. Sayangnya HT tak mahu menjadikan orang di luar HT menjadi Amirul Mukminin,mungkin HT menganggap orang di luar HT tak Islamilah. Buktinya, Di Afghanistan dah lahir Amirul mukminin tapi HT tak sokong; di Irak dah lahir daulah Islamiyah, HT pun tak sokong juga. Jadi, cuma HT lah mungkin yang patut jadi AmirulMukminin, karena merekalah yang merasa paling Islami,. Wah, kalau begini, orang Indonesia bilang "Repotlah"!
Yesterday at 1:16pm · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Alhamdulillah,ana mohon maaf tdk dapt segera merespons perbincangan ini. menarik sekali hujah-hujah yg diberikan oleh Pak Masri dan jg Prince. Inilah ruang yg ada untuk kita saling terbuka dan merasa lapang dada. Ana turut tertanya-tanya di saat israel menghentam setiap detik ada shj sdr kita di Palestin syahid, di Fatani, Di Mindanao, di ruhingya... Read More, di Afghan di Iraq dan hampir seluruh dunia ..tapi di manakh sdr kami yang kami hormati berada? Dimana HT? di mana?,,setiap kali memutarkan soalan ini di depan para jemaah yg hadir di masjid ketika saya bicar soal nasib umat..kita semua mnangis. Tapi apakah ini sahaja kemampuan kita atau kita tunggu dulu sehingga setelah habis semua sdr kita di Gaza syahid baru kita bertindak?..Ghair ma'qul ya akhi!! Jgn smapai pernah terjadi ketika musuh Islam penjajh masuk ke negara umat Islam di seluruh dunia hampir sama ..yg menjadi hantu rayanya ialah golongan yg masih asyik bicara sunnah atau tidak? Hasan Ali Annadwi..dalam buku kecilnya afwan lupa nama bukunya tapi berkaitan "Tatar masuk ke Baghdad.." ada menyentuh kekeliruan ini sehingga umat tidak bermaya utk menentang tatar sehingga Baghdad jatuh ke tangan tatar.Marilah kita merenung sejauh tingginya langit ke tujuh..Sejarah tidak meungkin dipungkiri kerana ianya tertulis maka apakah kita bisa menafikannya atas sbb kita sok geer dgn pandangan kita?..2, Yang kedua..ana hanya ingin meinfokan jika sdr princ terlupa bahawa Dr. yusuf Qardhawai adalah ketua asiosiasi Ulama sedunia yang biasanya segala pandangannya dan
Yesterday at 4:35pm · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Segala pandangannya adalah pandangan yang dihalusi dalam syuro majlis ulama tersebut. Apakah dengan begitu mudah kita mahu menolaknya oleh kerana Dr. Yusuf Qardhawi tdk dari golongan HT? Afwan,, ana tdk berniat langsung untuk mencederakan pandangan sdr tapi ana faham di belakang sdr prince ramaiustnya yg memberi input. Ayuh mari kita duduk dan ... Read Moreberbincang dari hati ke hati.!! Manusia ada 4 fakulti utama " Fizikal, aqal, ruh dan emosi"..jadi jgn sampai kita menafikan aspek-aspek ini..semua org bisa emosi dan sebagainya kerana inilah insan. Saya akan marah ketika sy melihat ada yg berkata semua jemaah lain selain DT itu salah dan sesat kerana ianya merosakkan ukhwah dan daya juang semua gerakan Islam. Ana tidak marah jika HT ajak berbincang secara baik dan tahu menghormati jemaah yg ada.!! Inilah yg diajrkan oleh Rasulullah, sahabat dan tabiin. Mereka sangat berhati-hati sehingga pernah rasulullah minta seorang Yahudi menjadi penunjuk jalan kerana dia yg paling arif di tempat tersebut. Apakah ini tindakan konyol dari rasul yg fatanah?..smg ada kebaikan buat semua..Amin
Yesterday at 4:43pm · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
aku pantas memanggil ustadz untuk sdrk Mustafa Mansor.
Yesterday at 4:48pm · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
enggak pak,,ana org biasa aja..cuman Allah bg kesempatan belajr sdikit di sekolah yg integrasi..ana bersyukur krn Allah bagi ana peluang belajar di tempat begitu..Islam tidak dipisahkan sekalipun belajar sains..dan matematik..ana bimbang melihat adik-adik skrg mereka mahu terus melompat..jadi kami skrg sdg cuba mengajak kembali mendekati fqh dakwah dan fiqh yg lain agar generasi ke depan faham yg aulawiyat..
24 minutes ago · Delete

Masri Sitanggang
ya, memang itulah cabangaran utama sekarang ini. Saya juga sedang berupaya ke arah itu.
20 minutes ago · Delete

Mustapa Mansor
bagus lah pak...kt berbuat aja..i allah..
4 minutes ago · Delete

Prince Al-Ayubbi Yahya
salam
duhai kekandaku dalam islam barakallahu alaikum ya akhi...
maaf sahaja kiranya ana lewat membalas kerana punya beberapa urusan dan turut sertaan dalam program.. membuatkan ana gagal untuk membuka facebook..
huhu
... See More
dan setelah pulang di hari isnin ana punya urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, walauapapun jzkk di atas jawapannya...

erm...
pertama2 soalnya nama, ingin sekali ana menyangkal Rasulullah tidak pernah memakai nama samaran, ya nama samarannya di tengah kaum quraisy ada terlalu banyak ada yang memanggilnya al-amin setelah baginda berjaya memberikan jawpan tepat terhadap peletakan hajar aswad di ka'abah dan banyak lagi nama2 panggilannya, rujuk balik kitab sirah duhai saudaraku masri, kitab sirah ada menyatakan nama2 samarannya rasulullah ditengah ummat, atau nama2 jolokan ummat kepadanya, begitu juga sahabat, as-siddiq itukan gelaran bagi abu bakar, al muqriy itu gelaran bagi mush'ab bin umayr. tiada salahnya saudaraku... namun benda seperti ini jika dibincangkan panjang lebar tidak akan bisa menjayakan sebuah kebangkitan, hal2 remeh, bukankah ukuran kita sebagai muslim itu adalah halal dan haram, lantas sekiranya ia halal atau dibolehkan syara' silakan sahaja dilakukan. tidak ada masalahnya... namun kiranya dinyataknan haram jika dilakukan bukankah munafik atau bisa jadi kufur, LANTAS FIKIRKANLAH...

ya akhiku saudara masri kembali kedalam reality akhi, realitynya hari ini adalah perlunya akan identity kad untuk urusan administrasi, gak ada salahnya dalam urusan administrasi ingin diambil dari akal selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syara'. contoh lain ingin membeli kereta untuk mengenalpasti kereta itu milik siapa lantas urusan administrasi perlu akan no flat dan segala butiran untuk disimpan sebagai hak diri, itukan sahaja sebatas urusan administrasi, untuk membuatkan sebuah keadaan itu lebih sistematik, itukan tiada maslaahnya kerana islam itu juga adalah sebuah agama yang sistematik. namun kerana adanya sempadan negara yang dibuat oleh barat ini yang membuatkan kita sentiasa di bungkam oleh perasaan asobiyah, kerana negara wataniah ini ummat islam telah di pecahkan oleh barat kepada 58 buah negara, ana tidak bersetuju akan perpecahan ini, kerana itu ana berjuang mendirikan khilafah islamiyah yang nanti apabila seluruh negeri2 kecil kaum muslimin ini kembali bersatu Insya'allah hamparan tanah air kaum muslimin ini seluas 58 buah negara, bisa saja mereka pergian bermusafir dan berhijrah dari satu negeri ke negeri lainnya, pada waktu itu passport mungkin sahaja ada namun tidak perlunya akan visa, bukankah indah waktu itu, berbisnes dan bermuamalat tanpa ada batasan negeri...

dan ukurna kanan dan kiri,
serasa ana antum perlu fahami apa itu sunnah nabi terlebih dahulu,
apa itu sunnah sunnah itu diamnya nabi, perbuatannya nabi, dan percakapannya nabi,
dari sunnah kita bisa perolehi 4 jenis hukum iaitu, wajib, sunat/mandhub, haram, mubah, makruh.

ya wajib diikoti itulah methode perjuangan nabi, dan segala perkara yang rasulullah tidak pernah tinggalkan dalam apa yang dia perbuat,
contohnya berjuang menegakkan islam menusuri 3 tahapan: marhalah tatsqif,marhalah tafaul maal ummah, dan marhalah istilam al hukmi, peristiwa ini wajib diikuti oleh seluruh ummat islam bukan sekadar cerita, dan nasihat, tapi hukumnya wajib.
kerana apa RASULULLAH PERNAH DI BERIKAN KEKUASAAN OLEH ORANG2 QURAISY UNTUK MENINGGALKAN JALAN PERJUANGANNYA NAMUN NABI KITA MENYATAKAN KEPADA MEREKA " PAKCIKKU DEMI ALLAH JIKA SEANDAINYA MEREKA MELETAKKAN MATAHARI DI TANGAN KANANKU, DAN BULAN DI TANGAN KIRIKU AGAR AKU MENINGGALKAN URUSAN INI, AKU TIDAK AKAN MENINGGALKANNYA, SAMPAI ALLAH MEMENANGKAN AGAMA INI ATAU AKU HANCUR KERANANYA" bukankah kata2 ini terpacul dari seorang RASUL yang kalian juga imani, dan kerana itu hukum untuk menerapkan islam menuruti thariqah RASULULLAH ITU WAJIB, kemudian mandhub/sunat apabila suatu perkara itu umpama imej terpamer oleh nabi, contohnya berjanggut, berserban, dn juga termasuk mendahulukan perkara dan perbuatan dengan arah kanan, haram itu sepertinya sifat khusus nabi contohnya bernikah lebih dari 4 itu sifat khusus nabi, solat khusus nabi, dan perkara len yang di halangi nabi atau hanya sebatas perbuatan khusus bagi seorang nabi,
mubbah adalah perkara2 harus yang bisa di buat dan bisa ditinggalkan, contohnya perolehi laptop dulu tiada laptop namun kini sudah punya. memakai lapotp itu mubbah hukumnya,

dan selennya...
nah itu adalah perkara sunnat wahai saudaraku fillah, tidak apa2 jika diikot menambah pahala jika ditinggalkan tidak berdosa lantas (teruskan sahaja berjalan dengan kereta memandu di sebelah kanan) namun jalannya dikiri. tidak berdosa, tiada masalah dalam halnya itu.

namun dlam soal membangkitkan kembali islam tidak perlunya akan hukum2 kufur, hadharah2 kufur seperti mana yang ana nyatakan di atas jalan RASULULLAH ITU WAJIB DI CONTOHKAN, WAJIBNYA ITU SAMA DENGAN WAJIBNYA SOLAT, WAJIBNYA BERPUASA, dan jalan itu adalah jalan revolusi @ taghyir @ inqilab namun jangan di samakan dengan jalan revolusi berdarah revolusi bersenjata yang diigaukan oleh para pejuang revolusi, kerana revolusi RASULULLAH hanya sebatas revolusi pemikiran, dan ia kini sedang berjalan ditengah ummat merevolusikan pemikiran ummat yang jauh dari islam agar kembali kepada islam yang kaffah itu methodenya RASULULLAH...
sangat panjang akhi untuk ana ceritakan episode perjuangan RASULULLAH ini, namun ianya terbukti berhasil dan terbukti wajib...

apalah dyaa pemikiran manusia bisa menentangi RASULULLAH YANG TIDAK BERCAKAP MELALUI HAWANYA HANYA SEMATA WAHYU DARI ALLAH...

itukan yang terbaik sebagai muslim keimanan kita kepada nabinya bagaimana persoalkan di dada tepuklah dan tanyakan iman gimana bila di padang mahsyar nanti ingin meminta syafaat dari seorang nabi, namun segala cirinya segala kewajiban yang diperintahnya tidak ingin diikuti malah mengagungkan sistem buatan akal si barat yang bodoh lagi dungu yang meresapi jiwa kaum muslimin hari ini. bagaimana nanti kita ingin meminta syafaat kepadanya...

WALLAHI KIRANYA DITANYA PADA ANA SUNGGUH TIDAK ANA SANGGUP MELEBIHKAN SIBARAT DARI CINTA ANA KEPADA SEORANG YANG SENTIASA MENCINTAI ANA YANG DI WAKTU WAFATNYA MENYATAKAN KECINTAANNYA "UMMATI, UMMATI,UMMATI" ANA MENCINTAINYA LEBIH DARI DIRI INI, KERANA ITU KAMI BERJUANG DI ATAS JALANNYA...
November 24 at 4:56pm · Delete
Prince Al-Ayubbi Yahya
Prince Al-Ayubbi Yahya
MAAFKAN DAKU DUHAI SAUDARA2KU FILLAH SEKALIAN,
ana rasa perlu ana singkapi dan perkenalkan siapa itu ht? erm antum rasanya belum mengenali apa itu ht dengan lebih lanjut ini merupakan apa yang dilakukan ht di malaysia menyeru para pemerintah komprador / para pemimpin pengecut dan zalim,

http://www.youtube.com/watch?v=30ICfoGu7oE
... See More
http://www.youtube.com/watch?v=sBN50NndLLM&feature=related

dan upaya hizbut tahrir menentang penjajah israel amerika bukan sekadar berdemonstrasi, mungkin suka cita ana menyatakan di sini bahawa ana punya surat terbuka dari ummu taqiy dari palestin sendiri mengharapkan bantuan dari seluruh ummat agar mendokong perjuangna ht demi menegakkan kembali khilafah yang akan melaungkan seruan jihad kepada israel dan sekutunya yang lain...

kerna hanya jihadlah penyelesai masalah bagi penindasan berupa terror dari si bangsat dan si laknat dari barat juga bapanya si israel itu...

namun bisakah jihad terlaksana kini...?? jihad yang di pelopori oleh negara islam bukan jihad yang disertai secara sukarelawan. tidak ada saudaraku, darah kaum muslimin hari ini umpamanya seperti gula2 dibunuh dan di injak tanpa ada pembelaan sedang kata rasulullah "darah kaum muslimin lebih mulia dari runtuhnya ka'bah dan kawasan sekitarnya" namun apa yang bisa kita perbuat, adakah dengan membantu dengan bantuan berupa wang ringgit dan makanana bisa membuatkan mereka si israel dan amerika itu berhenti dari terus melapah saudara kita di palestin dan seluruh negara islam yang ditindas dnegan tentangann fizik???
tentu sahaja tidak,

http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2009/09/khutbah-dari-al-aqsa-kita-merayakan.html

http://syabab-uridu-khilafah.blogspot.com/2009/01/rintihan-dari-gaza-daripada-ummu-taqi.html

sila luangkan masa untuk membacanya, disitu nanti anta lebih bisa mengenali ht dengan lebih dalam lagi, INSYA'ALLAH...

erm soalnya yusof al qardhawi, ya ana tidak menyangkal dia merupakan ketua ulama sedunia, dan ana bukan menyatakan itu kepadanya kerana bias terhadap kedudukannya sebagai ulama yang bukan dari ht, SAUDARAKU SEDARLAH TIADA NABI LAGI SESUDAH MUHAMMAD SAW. NABI MUHAMMAD SAHAJALAH NABI KITA, DAN SYARIATNYA TELAH LENGKAP DAN JELAS, DIA JUGALAH SEORANG YANG MAKSUM, TIADA LAGI SELAINNYA, EVEN ULAMA, ATAU UMARA, TIADA SELAIN NABI MUHAMMAD, lantas kerana itu setiap manusia bila mana dia masih bergelar manusia dia tidak pernah akan bisa melarikan diri dari kesalahan, termasuk ana, anta, dan seluruh manusia laiinya, kerana itu perlu kembali kepada AL QURAN DAN SUNNAH, DAN SERASA ANA ini ana pernah nyatakan kalau kebenaran itu diletakkan kepada orang, diletakkan pada akal sampai kapan pun ianya tidak bisa di lihatkan, tidak bisa diketemui, namun bila kebenaran itu diletakkan kepada nas, kepada kekuatan nas, maka di situ akan terlihat sebuah kebenaran. dan yang menyatakan nas2 yang ana bawakan itu bukanlah calang2 orang mereka juga bukan dari ht malah sewaktu mereka hidup pun ht tidak wujud lagi, mereka contohnya imam ahmad, imam al ghazali, imam hanbali, imam syaitibi, hujah2 mereka mengapa bisa sama dengan hujah kami, kerana mereka berpegang kepada nas yang kuat dan rajih, bukan bertaqlid kepada seseorang untuk menjadi pelepas segala dosa dan noda, adakah kerana hujah mereka ini sama dengan hujah para pejuang islam bersama ht maka hujah mereka itu tertolak??? sekiranya ya, maka ini baru dinamakan bias,

salahkah mereka para ulama muktabar dan kami berpegang kepada nas:

وَمَآ ءَاتَٮٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَہَٮٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.”
(Qs. Al-Hasyr : 7)

dan takut menjadi orang yang sesat yang menyatakan diri sudah cukup beriman namun perbuatan tidak berupa seperti orang yang beriman:

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan
Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan
barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."
(Qs: Al-Ahzab:36)

sebagai seorang muslim saudaraku ikhwah fillah,
kita akan dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang di perbuat,
sungguh ana tidak sanggup dilakukan seperti itu menjadi orang YANG SESAT SESAT YANG NYATA,

dan salahkah ana mnyatakan apabila terdapat kesalahan dan pertelingkahan pendapat

فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً

Jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (as-Sunnah). (Qs an-Nisaa’ : 59).

dan jawapan dari quran dan sunnah adakah salah bagi kami orang yang ingin menyatakan diri beriman mengamalkannya???

KALAU PANDANGAN SYEIKH AL QARDHAWI INI menepati jumhur syura ulama? kenapa masih terlalu banyak ulama? lain yang mengkritik pandangannya? ada yang datang dari ht, dari pasukan jihad, dari gerakan2 islam lain berkenaan demokrasi ini? sekiranya mendpat kesepakatan ulama, pasti sahaja pandangannya itu akan diterima baru di namakan pandangan ijmak ulama. namun itu tidak pernah terjadi, dan hanya sebatas pandangan peribadinya, dan beberapa orang lain, yang menenggelamkan pandangan ulama lain yang bertebaran di muka bumi ini, atas faktor mereka bukan ketua persatuan ulama sedunia.. adakah ana salah dlam berkata?

wallahu'alam...
November 24 at 5:41pm · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Alhamdulillah, hari ini saya dapat melanjutkan muzakarah kita. Saya memang terlambat memberi komentar terhadap pokok-pokok pikiran Sdr.Prince, disebabkan dua hal :
1) Seperti yang dianjurkan Sdr Prince, saya menelaah buku-buku sirah berkenaan dengan nama samaran : apakah Rasulullah pernah menggunakan nama samaran. It took time.
2) Saya berfikir bagaimana mengunakan bahasa yang sederhana dan mudah dimengerti, agar Sdrku Prince boleh faham apa sesungguhnya yang saya maksudkan. Boleh jadi karena ada sedikit perbedaan bahasa Indonesia dan Malaysia, Sdr Prince menjadi kurang mengerti maksud saya, atau Sdr. Prince tak boleh tangkap maknanya.
Ada tiga kesimpulan utama yang saya peroleh dari argumen-argumen Sdr. Prince: 1. Argumen-argumen yang diberikan Sdr Prince hanya bersifat normatif, bukan nilai Islam yang aktual yang hari ini dapat kita laksanakan sesuai realitas kekinian. Dalam kata lain, Sdr Prince hendak berjuang menegakkan Islam tanpa melihat reality kondisi yang melingkupi ummat Islam saat ini dan juga keadaan musuh-musuhnya. Padahal, yang diperlukan sekarang ini adalah menjawab pertanyaan “bagaimana nilai normatif itu dapat diterapkan dalam kehidupan nyata sekarang ini”, sebab nilai normatif ini, saya kira, semua sudahlah difahami sangat oleh orang harakah (haraki).
2. Sdr. Prince meletakkan Al-qur’an/hadits dan akal pada tempat yang berbeda dan terpisah (Alqur’an/hadits di satu tempat, akal di tempat yang lain), yang sepertinya tidak boleh bersatu dan berjalan seiring, sehingga terlihat Sdr Prince dalam memahami dan mengamalkan Islam ini terlalu sempit, atau terlalu cetek (boleh juga disebut terlalu kaku),... See More
3. akibat semua itu, Sdr Prince menjadi tidak konsisten (inconsistent) dalam membangun kerangka pemikiran (argument)nya dan dalam mengamalkan Islam itu sendiri.
Saya kutipkan beberapa argumen Sdr Prince seperti ini :
“… ana berikan satu lagi pilihan sebagai ummat Muhammad SAW yang mengaku cintakan nabinya, dan mengaku bahawa nabinya itu adalah contoh tauladan yang baik, lantas ana berikan antum satu masalah untuk berjuang di atas jalan yang ditempuh oleh rasulullah sebagai jalan perjuangan atau memilih jalan dari manusia yang diproduksi oleh akal sebagai jalan perjuangan.”(?)
“.Letakkanlah Al-quran dan sunnah di hadapan, letakkanlah nas yang rajih di hadapan dalam waktu perbincangan, jangan sesekali kita meletakkan akal dan emosi yang memandu perbincangan, jangan sesekali meletakkan manusia sebagai kebenaran, jangan sesekali meletakkan pacuan perbincangan ini dengan ramainya orang dibelakang kita, … demi Allah tuhan yang menggenggam hamba2nya. tiada kebenaran selain dari Al-quran dan Sunnah nabinya... “
“…. manusia siapa sahaja diri mereka walau dia saidina omar, walaupun dia adalah Imam ibnu Kathir apatahlagi manusia di hari ini ulama kontemporeri namun dia tetap juga manusia biasa yang tidak punya sifat atau tidak punya kelebihan seperti mana Rasulullah Saw …, … fitrah manusia biasa walau siapapun jua dirinya pasti kesalahan dan kemungkaran bisa terukir dalam perbuatannya.”
Prince Salahuddin Al ayubi adalah nama samaran, adakah dicontohkan Rasul berdakwah (berjuang) dengan menggunakan nama samaran ? Sdr. Prince menjawab seperti ini : “…adakah menjadi sebuah kesalahan bagi ana tidak meletakkan gambar ana di sini (maksudnya di Facebook—pen), dan tidak meletakkan nama sebenar ana di sini, untuk menyatakan kebenaran, begitu banyak manusia2 di luar sana menyatakan kebenaran tanpa memperlihatkan nama sebenarnya, begitu ramai manusia di luar sana miliki nama samaran dan gambar yang mereka letakkan di fb dalam melaksanakan aktiviti dakwah, adakah ini salah mengikut aturan islam??”
Disini Sdr Prince masih menyandarkan argumen pada ramainya orang yang menggunakan nama samaran di facebok. Bukankah Sdr Prince katakan”…jangan sesekali meletakkan manusia sebagai kebenaran, jangan sesekali meletakkan pacuan perbincangan ini dengan ramainya orang dibelakang kita,”? Bukankah Sdr Prince “sedang berjuang” menegakkan Islam yang menurut Sdr Prince harus secara total ikut apa yang dicontohkan Rasul dan jangan ambil cara yang tidak dicontohkan ? Itulah yang disebut inconsistent ! tidak istiqomah !
Lalu, di hari berikutnya Sdr Prince menjawab lagi :
“pertama2 soalnya nama, ingin sekali ana menyangkal Rasulullah tidak pernah memakai nama samaran, ya nama samarannya di tengah kaum quraisy ada terlalu banyak ada yang memanggilnya al-amin … dan banyak lagi nama2 panggilannya, rujuk balik kitab sirah duhai saudaraku Masri, kitab sirah ada menyatakan nama2 samarannya rasulullah ditengah ummat, atau nama2 jolokan ummat kepadanya, begitu juga sahabat, as-siddiq itukan gelaran bagi abu bakar, al muqriy itu gelaran bagi mush'ab bin umayr. Tiada salahnya saudaraku...”
Saya coba membaca beberapa buku sirah, termasuk tulisan Martin Link yang cukup terkenal itu. Juga bertanya pada ustadz-ustadz yang saya kenal faham sirah. Hasilnya, tak ada yang dapat saya fahamkan bahwa Rasulullah pernah menggunakan nama orang lain (samaran) dalam hidupnya. Yang ada, adalah : Beliau digelar, atau diberi nama panggilan oleh orang lain semisal Al-amin itu. Jadi, Al amin, bukanlah nama samaran, tapi nama yang diberi orang lain karena kebaikannya, sama seperti Siddiq untuk Abu Bakar, Faruoq untuk Umar dan lain-lain. Begitu juga nama-nama seprti Aba Qoyis atau Abu Qoyis, Abu Fulan dan semacamnya, adalah panggilan yang biasa dikenal masyarakat untuk memenggil seorang yang telah punya anak. Jadi, bukan Samaran. Rasul tak pernah pakai nama orang lain seperti Prince memaki nama Prince Salahuddin Al Ayubi. Kalau Sdr Prince consistent dengan hanya akan melaksanakan sesuatu jika ada contoh dari Rasul, maka tindakan Sdr Prince ini jelas salah. Jikalau Sdr. Prince menganggap hal semacam ini tidak salah, maka semestinya Sdr Prince membuka pandangan dan pemikiran : Bahwa ada sesuatu pekerjaan yang tidak dilakukan oleh Rasul atau tidak ada nash nya, dalam ajaran Islam, masih boleh dilakukan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Begitu, supaya tidak kaku dan cenderung menyalahkan orang lain sebagai tidak syar’i.
Lagi pula, Prince mengakui nama samarannya itu bukan yang diberikan orang lain, tapi Sdr Prince sendiri yang ingin dipanggil seperti itu. Terlepaslah apa niat dalam hati Sdr Prince, tapi jelas ini tidak dicontohkan oleh Rasul. Ini jawaban Sdr Prince: “…sejujurnya ana memang kagumi keberanian salahuddin Al ayubbi … pada diri ana dia amat hebat… dan nama prince al ayubbi ini adalah di ambil untuk memberitahukan umum bahawa di sini ada seorang cucu cicit kepada panglima islam salahuddin al ayubbi berbicara…” Ha…, Sdr Prince ingin dianggap sebagai pemberani seperti Salahuddin Al Ayubi (padahal belum pernah berkelahi sekalipun)? Seandainya Sdr Prince cinta dan kagum akan Salahhuddin, sebenarnya baik sangat kalau memberi nama anak atau adik dengan Salahuddin Al Ayubi, bukan Sdr Prince mengganti nama yang telah diberi oleh ibu. Sekedar info, saya juga kagum dan ingin semangat panglima-panglima perang Islam itu tertanam di diri saya dan keturunan saya, maka karena itulah dari sepuluh orang anak saya di antaranya ada yang saya beri nama Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Alfatih, dan yang lahir di India saya beri nama ia “Thariq Binziyad Sitanggang”. Tetapi saya tak perlu ganti nama, tetap saja Masri Sitanggang sepertimana yang diberikan ibu saya (saya hargai pemberian ibu saya itu, meski apapun maknanya dalam lain bahasa). Mestinya tak pantas lah kita sembunyikan apa yang menjadi kebanggaan ibu kita.
10 hours ago · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Sdr Prince melakukan kritik-kritik pedas terhadap tokoh-tokoh yang ingin memperjuangkan Islam seperti Mustafa Mansur dan yang lain-lain di Facebook yang boleh dibaca sesiapa saja, tetapi Sdr Prince tak menunjukkan foto dan nama asli. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Tulisan yang tidak dikenal siapa pembuatnya, atau dibuat oleh orang yang tidak bertanggungjawab, di Indonesia disebut “surat kaleng”, tak ada harganya. Kalau nama saja Sdr Prince tak jujur, bagaimana pula isi tulisannya ? Jangan-jangan Sdr Prince pun bukanlah orang HT, cuma menyamar pula. Kalau argument Sdr tak kuat, orang HT akan kata itu bukan anggota kami. Wah.
Mari kita renungkan kalimat Sdr Prince ini : “…kerana keyakinan dan keimanan terhadap al quran dan Rasulnya inilah kami mengoreksi segala kemungkaran yang dihadapkan yang di perbuat baik itu di hadapan kami atau di belakang kami, dan usaha ini adalah sebuah usaha yang kami teladani dari Rasul kami Muhammad Saw.”
Kalau saja kata-kata ini diucapkan kepada orang kafir, cukup tepat. Tetapi ini disampaikan oleh Sdr Prince ketika berhujjah dengan tokoh-tokoh yang dikenal ingin memperjuangkan Islam. Maka boleh diartikan bahwa lawan berhujjah Sdr Prince, yakni Sdrku Mustafa Mansur dan tentu termasuk saya, dianggap sedang melakukan kemungkaran yang perlu dikoreksi. Sungguh keterlaluan ! Apakah benar Sdr Prince dan HT saja yang betul-betul beriman secara benar kepada Al Qur’an dan Sunnah Rasul, orang atau kelompok lain tidak ? Harakah lain (yang tidak seperti HT) tidak mengikuti meneladani rasul, tak Islami, dan karenanya Sdr Prince ingin mengoreksi mereka.? Luar biasa ! Tetapi bagi saya ungkapan ini pun menjadi tidak memiliki makna, sebab Sdr Prince sendiri telah menyatakan “…jangan sesekali meletakkan manusia sebagai kebenaran.., … manusia siapa sahaja diri mereka walau dia saidina omar, …. apatahlagi manusia di hari ini ulama kontemporeri namun dia tetap juga manusia biasa yang tidak punya sifat atau tidak punya kelebihan seperti mana Rasulullah Saw…, …. fitrah manusia biasa walau siapapun jua dirinya pasti kesalahan dan kemungkaran bisa terukir dalam perbuatannya.” Sdrku Prince masih berupa manusia, bukan ? Artinya masih melakukan kesalahan. Artinya lagi, Sdr Prince pun masih perlu dan patut untuk dikoreksi. Terlampau sombonglah kalau hendak mengoreksi harakah Islam lain yang merujuk pada tokoh-tokoh seperti Imam Hasan Albanna dari IM, Mohammad Natsir dari Indonesia, Ali Hasan Nadwie dari India, Al Maududi dari Pakistan, atau Ulama yang masih hidup seperti Yusuf Qardhawi
SOAL Memperjuangkan (Syari’at) Islam melalui sistem Demokrasi, Sdr Prince menulis : “…kita semua yang disini ingin akan tertegaknya islam itu kembali mewarnai dunia, namun dengan jalan yang tidak diperoleh dan tidak diredhai islam bukankah kita juga tergolong dengan diri mereka yang tidak inginkan islam. Ya lah apa bezanya mereka yang mengkufuri islam yang tidak inginkan islam, dengan mereka yang tidak mengambil islam sebagai penyelesai segala permasalahan, dengan mereka yang tidak mengambil islam sebagai jalan yang punya segala jawapan. nah … Disinilah pilihan untuk memastikan siapa itu orang yang benar beriman, benar muslim dan mereka yang tetap dengan mengambil keislaman itu hanya sebagian dan meninggalkan sebagian lainnya...”
“…niat tidak akan pernah menghalalkan cara. niat yang murni bersih suci tulus, tidak akan pernah menghalalkan sebuah keharaman, niat untuk makan tidak akan pernah bisa mengizinkan khinzir itu dimakan, niat yang suci untuk mencari nafkah tidak akan pernah mmbenarkan pelacuran sebagai sumber nafkah. serupalah dengan hal lainyya…”... See More
Demokrasi memang lahir dari Barat. Di dunia ini, Demokrasi digunakan untuk menentukan kepemimpinan negara dan atau untuk menentukan hukum yang mengatur masyarakat. Sdr Prince dan HT menolak sistem ini, karena dianggap sebagai bertentangan dengan Islam dan sekalipun untuk memperjuangkan Islam demokrasi tidak boleh diikuti : “…“…niat tidak akan pernah menghalalkan cara…” Dengan merujuk Qur’an Surah Almaidah ayat 44, 45 dan 47 dan lain-lain ayat yang menjelaskan bahwa Allah-lah yang berhakmembuat hukum.
Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada nash (baik Qur’an mau pun hadits) yang melarang atau mengharamkan Demokrasi (mengikuti pemilu di Indonesia atau PRU di Malaysia) sebagaimana Allah mengharamkan khinzir (babi) dan zina. Jika ada yang berpendapat bahwa demokrasi tidak ada dicontohkan Rasul, boleh-boleh saja. Tetapi, kembali kepada soal : apakah jika tidak pernah dikerjakan Rasul kemudian tidak boleh kita lakukan? Seperti soal nama samaran ?
Maha benar Allah yang telah menetapkan hukum-hukumnya di dalam Alqur’an untuk ditepati manusia yang beriman. Tiada hukum yang lebih baik selain hukum Allah bagi orang yang yakin (QS 5:50). Tidak patut bagi laki-laki beriman dan perempuan beriman, jika Allah dan rasulnya telah menentukan satu ketetapan, masih adalagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka (QS 33:36) dan lain-lain ayat. Sahabat-sahabat haraki tentu sudah hafal ayat-ayat ini. Yang menjadi soal adalah, bahwa :
1) Dalam reality sekarang ini, ummat Islam belum dapat menjalankan semua hukum yang ada dalam Alqur’an, oleh karena itu diperlukan perjuangan untuk menegakkan Syariat Islam
2) Apakah hukum-hukum dalam Alqur’an/sunnah nabi itu begitu saja langsung dipakai, atau masih dibolehkan menfasirkannya (menggunakan akal, tentunya)
Kedua persoalan ini menyebabkan timbulnya ijtihad yang pada gilirannya, tak dapat disangkal, menimbulkan perbedaan (dalam ijtihad).
Dalam memperjuangkan Syariat Islam ada yang menerima jalan demokrasi atau menggunakan jalur demokrasi sambil memperbaiki nilai demokrasi itu sendiri. Kaidah yang dipakai antara lain adalah : a) kalau tidak dapat melaksanakan semua (hukum Islam), jangan tinggalkan semua b) Kalau kita dihadapkan kepada dua pilihan yang masing-masing mengandung mudarat, maka pilihlah yang memiliki mudarat yang lebih kecil. Artinya mengikuti demokrasi memang mengandung mudarat, tetapi tidak ikut pemilihan lebih banyak mudaratnya, sebab parlemen akan dikuasi oleh bukan tokoh-tokoh Islam. Dan alasan lain-lain. Di sini juga banyak ulama yang memberi fatwa.
Yang menolak demokrasi termasuklah Sdr Prince dengan HT-nya. Mereka pun cenderung tak ingin menafsirkan lebih jauh teks-teks hukum dalam Alqur’an. Terapkanlah apa adanya, begitu kira-kira. Tetapi HT juga menyadari, bahwa hukum-hukum Islam belum dapat dilaksanakan seluruhnya di masa sekarang, seperti yang ditullisnya di website HT bertajuk ISTI'NAF HAYATUL ISLAM : “Kita ketahui menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara'. Kini Khilafah tidak wujud.”
Kalau nilai Islam belum dapat diterapkan seluruhnya sekarang ini, bagaimana boleh mengharap memperjuangkan Islam dengan cara islam yang total seperti yang diharapkan HT? Atau sebaliknya, kalau memang sudah dapat dilaksanakan Islam secara total, termasuk cara memperjuangkannya, lalu apa lagi yang akan diperjuangkan? Kalau kita gunakan nilai Islam sedaya yang kita mampu lebih dhulu, Sdr Prince menuduh itu sama dengan orang yang kufur. Membingungkan cara berfikir Prince !
dikunjungi meski ianya tidak diatur dalam Islam) Aturan lalu lintas seperti traffi light, bahkan berjalan di sisi kiri pun diikuti, padahal hadits menganjurkan agar melakukan yang baik-ba
10 hours ago · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Coba kita renungkan baik-baik kasus (kes) ini. HT menolak demokrasi sebagai satu cara memperjuangkan nilai-nilai Islam, sehingga tidak ikut PRU atau Pemilu karena dianggap barang haram (oleh HT). Tetapi anehnya, pemerintah yang terpilih atau terbentuk dari hasil PRU atau Pemilu diakui oleh HT sebagai pemerintah yang sah. Buktinya, peraturan-peraturan atau undang-undang yang dibuat oleh pemerintah hasil PRU/Pemilu, ditaati oleh HT di semua negara di dunia ini (contohnya, HT jika keluar negara urus pasport, visa dan ikuti aturan negara yang dikunjungi meski ianya tidak diatur dalam Islam) Aturan lalu lintas seperti traffi light, bahkan berjalan di sisi kiri pun diikuti, padahal hadits menganjurkan agar melakukan yang baik-baik dari kanan; kata nabi, iblis suka melakukan sesuatu dari kiri. Bagaimana ini ? Mungkinkah barang haram dapat menghasilkan sesuatu yang halal ? Demokrasi haram, hasil demokrasi berupa pemerintah dan undang-undangnya halal ?
Kita lihat jawaban Prince soal ini. “…untuk persoalan traffic light benar islam tiada aturannya, namun ada qaedah fiqh yang bisa digunakan keatasnya, itu termasuk dalam perhukuman dalam islam kategori mukhallafat…secara amnya Insya'allah dalam unsur traffic light ini akan warnanya tidak akan di ubah dalam waktu pemerintahan khilafah nanti. kerana ianya telah menjadi tabi'at ummat mematuhi warnanya hijau untuk jalan, kuning untuk sedia berhenti dan merah untuk berhenti, begitu juga dalam undang2 halaju maksimum panduan kereta, undang2 pembakaran sampah, kesemuanya masuk dalam hukum mukhallafat” Saolanya, siapa yang membuat fiqh itu ? rasulkah, atau manusia biasa ? dengan apa fiqh itu dibuat ? wahyukah atau aqal ? Apa bedanya dengan hukum mashlahat yang dikatakan Yusuf Qardhawi, yang Sdr Prince tolak itu ?
Terlalu banyak yang perlu dikoreksi dari cara berfikir dan sikap berislam Sdr Prince. Teapi coba sekali lagi renungkan. Indonesia dengan Sistem Demokrasi telah berjaya melahirkan “Nangro Aceh Darussalam” yang berlaku Syariat Islam, begitu juga sudah dilahirkan peraturan-peraturan daerah berazas Islam. Ada juga undang-undang Pendidikan Nasional, undang-undang Peradilan Agama, undang-undang Bank Syariah, undang-undang Porno aksi dan porno grafi, semuanya merujuk nilai-nilai Islam. Lalu, karena sistem demokrasi bukan dari Islam maka hasil yang telah dicapai Indonesia ini pun harus kita tolak ? Dan mereka yang berjuang mengikuti demokrasi untuk Islamisasi undang-undang negara itu kita sebut melakukan kemungkaran kah ? Tak faham betul saya.
HT ingin menerapkan Islam seluruhnya, tetapi karena tidak ada khilafah maka ianya belum dapat terlaksana. Artinya, tegakkan lebih dulu khilafah, baru nilai Islam semuanya dapat dilaksanakan. Persoalannya adalah : bagaimana mengamalkan Islam masa sebelum ada khilafah sekarang, juga bagaimana mendirikan khilafah dengan cara Islam yang belum dapat diamalkan seluruhnya ? Bagaiman dapat memenuhi keinginan HT memperjuangkan Islam dengan cara seluruhnya mengikuti apa yang diajarkan dan dicontohkan Rasul ? Realistik kah ? Saya kira, boleh kita declear sekarang khilafah. Tetapi sebagai konsekuensinya, agar Islam berjalan sepenuhnya, tolak keberadaan negara-negara yang dibentuk barat ini; artinya, kita tidak akui ada negara lain selain khilafah. Kalau tak begitu, berarti kita masih mengmbil hukum selain hukum Allah (berhukum kepada hukum Thoghut, lihat surah Annisa 60) dan melakukan sesuatu yang tidak dcontohkan Rasul. Tetapi realistik kah melakukan hal semacam ini ?
Lain dari itu, kita perlu bertanya : bagaimana mendirikan khilafah menurut contoh Rasul, adakah ? Ketika beliau wafat, Abu Bakar Siddik diangkat hanya oleh beberapa sahabat (waktu itu, tentu sudah tidak ada rasul, ayat alqur’an untuk itu pun tidak ada). Abu Bakar wafat, beliau menunjuk Umar ibnu Khattab. Lalu Utsman diangkat secara musyawrah. Lalu pada pemilihan Saidina Ali terjadi perpecahan. Kemuadian Bani Umayyah… seterusnya Bani Utsmaniyah….ini semua sistem kerajaan, khilafah berdasarkan keturunan. Mana yang dicontohkan Rasul ? Yang mana dari sistem yang telah berlaku itu yang Islami dan mana yang tidak ? Tidakkah kita akui khilafah Utsmaniah yang berdasar keturunan itu ? cara mana yang akan ditempuh HT? apakah cara lain di luar cara HT boleh kita sebut tak Islami dan tidak mengikuti manhaj rasul ? ... See More
Syekh Yusuf Qardhawi, ketua Ulama sedunia, membolehkan sistem demokrasi untuk dipakai saat ini, karena banyak pertimbangan mashlahat. Tetapi anda menolak pandangan Syekh Qardhawi dengan alasan pendapat beliau belum jumhur ulama (masih ada yang mengkritik). Kalau begitu, maka saya perlu katakan bahwa : HT bahkan dikritik orang di seluruh dunia. Mengapa Prince ikut HT ?
Terkahir, saya kutip lagi kata-kata Sdr. Prince berikut :
“…kerna hanya jihadlah penyelesai masalah bagi penindasan berupa terror dari si bangsat dan si laknat dari barat juga bapanya si israel itu...namun bisakah jihad terlaksana kini...?? jihad yang di pelopori oleh negara islam bukan jihad yang disertai secara sukarelawan. tidak ada saudaraku, darah kaum muslimin hari ini umpamanya seperti gula2 dibunuh dan di injak tanpa ada pembelaan sedang kata rasulullah "darah kaum muslimin lebih mulia dari runtuhnya ka'bah dan kawasan sekitarnya" namun apa yang bisa kita perbuat, adakah dengan membantu dengan bantuan berupa wang ringgit dan makanana bisa membuatkan mereka si israel dan amerika itu berhenti dari terus melapah saudara kita di palestin dan seluruh negara islam yang ditindas dnegan tentangann fizik??? tentu sahaja tidak.”
Apa artinya kata-kata ini. Inilah kata-kata yang tak bermakna sama sekali. HT (seolah-olah) sedih dan pilu menyaksikan penderitaan kaum Palestina diteror Israel dan sekutunya. Tetapi HT tidak mau berbuat untuk membela berjihad hanya karena belum tegak Khifah. Bahkan orang yang membantu dengan dana (ringgit) dikecam sebagai tak berguna. Orang yang pergi berperang membantu Palestina disebut bukan jihad karena belum ada khilafah. Apakah harus kita tunggu khilafah, baru setelah itu kita ke Palestina, dan itulah yang disebut sebagai jihad, hai Sdr Prince ? Bila Khilafah itu akan hadir, mengapa tak sekarang dideclear ? Apakah ada lagi artinya khilafah bagi Sdr-sdr kita di Palestina
jika mereka telah habis nantinya dibantai Israel ?

jika mereka telah habis nantinya ? ena ingatkan Ayat ini :
Wallahu a’lam bishshawab.
10 hours ago · Delete
Masri Sitanggang
Masri Sitanggang
Sdr Prince seperti seorang lelaki melihat seorang wanita yang celaka di jalan ditabrak kereta, terkapar merintih hampir mati, Sdr Prince hanya mengatakan : “Aduhai... See More… kasihan betul si ibu ini, malang betul nasibnya, sedih sekali penderitaannya, aduhai ibu…betapa sakitnya deritamu…” Sdr Prince berurai air mata menangisi nasib si wanita tetapi tak berupaya mengangkatnya ke Hospital hanya karena ada mazhab yang tidak boleh menyentuh wanita yang bukan mukhrim” .Apa arti tangismu wahai saudaraku?
Lebih dari itu, akhirnya saya patut curiga, jangan-jangan HT adalah bagian dari Ghazwul Fikr, memang di bina untuk melemahkan ummat Islam. Wallahu a’lam bishshawab.
10 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
jazakallah pak Masri..atas hujah yg panjang dan details. !! semoga kita semua dapat manfaat darinya..amin..sy sekarang di Bandung dan esuk lusa ke Jawa tengah..kali ini nampaknya belum sempat ke Medan. I allah bulan depan saya usahakan..komentar ini akan sy muatkan di blog..jzkallah
17 minutes ago · Delete