foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, November 14, 2009

PIDATO ANWAR DI IPOH PERAK...


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


19 nov


Selepas mendengar ceramah DSAI di Pejabat PKR Perak saya sempat bertemu dengan beberapa teman dari Selangor. Rami juga yang hadir malam tadi termasuk beberap pimpinan dari PAS dan DAP. Lokasi bagus kerana semua berpusat di kawasan yang sama dan tidak jauh dari SUK perak. Mesej yang dapat dimbil dari ceramah Anwar:

1. Pemimpin PR harus tegas dengan barisan pimpinannya dan tinggalkan segala bentuk perselisihan faham antara mereka. Jika ada yang tak sabar dengan strategi PR, maka mereka boleh memilih jalan mereka sendiri.

2. Pemilihan calon pemimpin dalam PRU 13 nanti sangat ketat pemilihannya dan semua pihak mesti bersiap sedia untuk patuh dengan arahan parti. Mereka semua mesti melalui proses modul kepimpinan dan mahu akur dengan tahapan yang ditetapkan. Saya kira ini suatu perkembangan yang amat baik buat rakyat khasnya di Perak yang luka dengan perangai du orang wakil dari PKR sebelum ini yang melompat.

3. Dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi di negeri Selangor, pelabur dari Arab akan datang selepas Aidil Adha.

4. Nasib orang Melayu tidak dilupakan bahkan menjadi agenda utama dalam pemerkasaan kuasa rakyat di Malaysia. Di waktu yang sama kaum lain tidak diketepikan.

5. Nasihat buat kaum India, tolong jangan mudah terpengaruh dengan idea UBN yang sekarang sedang membeli para pemimpin pemimpin India.

Saya kira pidato Anwar malam tadi amat berkesan sehingga ada makcik di belakang setiap Anwar bicara dia ulang ayat Anwar. Lucu pun ada tapi begitulah hebtanya seorang pemimpin yang karesmatik. Saya tidak taksub tetapi ini adalah fakta. Semua kaumterkedu dan terkelu dengan pidato beliau. Saya kira untuk mencari pengganti beliau, amat sukar kecuali melalui suatu proses yang amat panjang.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!