foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, May 22, 2008

EZAM DAN PERJUANGAN...??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22 May,

Sekitar jam 5 petang (waktu Malaysia) saya tiba di Bandara Sukarno Hatta (airport) setelah bertemu dengan beberapa pihak sejak malam semalam di Jakarta. Agak letih juga tapi alhamdulillah ada beberapa kerjasama dengan pihak Indonesia semakin cerah untuk dilaksanakan dengan IKRAR. .
Keletihan membuatkan mata terlena sepanjang perjalanan dari Jakarta ke airport dan sewaktu turun dari bas di terminal, terpandang bekas KPN D Rahim Noor dan rombongan sedang menurunkan beg dari sebuah kereta. Kelihatan masih ok bertopi..tapi hairan juga mereka ni ..semua sudah tak peduli lagi dengan bos mereka dulu..Mahathir yang sedang bersilat atau mungkin juga sedang turut sama bersiap sedia untuk disilatkan di mahkamh bersama bosnya jika BN tersungkur....Tapi isteri beliau juga ada sama..mungkin tak nampak sangat ada meeting penting jika ada yang follow mereka...Dunia dah terbalik..dulu depa follow orang la ni..depa pula kene follow..Dah selesai checkin...saya terus ke tempat menunggu...ternyata mereka juga naik flight yang sama..KLM.

Sampai di KLIA...onkan HP biasalah...berdering-dering sms. salah satunya..berita Ezam dari sdr Syed..Ada juga teman reformis dari Johor yang berminat nak buat cabang di Johor..Tapi sayang bateri dua-dua HP dah habis..maka tak sempat nak buat apa-apa sampai balik ke rumah baru boleh balas sms tadi..

Bila buka internet...alamak banyak betul cerita Ezam dan cerita Mahathir..Semua bicara hal yang hampir sama..Setelah merenung saya ingin paparkan pandangan seperti di bawah:

1. Ezam ada hak untuk buat apa yang dia putuskan..sama juga dengan Mahathir..Masa dulu dia buat apa itu dulu..tapi sekarang dalam hal Ezam malas nak komen panjang.."Harapan kita agar beliau bangun di kala malam hari dan mintalah petunjuk dari Allah..semoga ada petunjuk yang lebih baik..".....Tapi hal Mahathir..kita doakan aje spt kata Allahyarham Ust. Fadhil Noor.."Jika Mahathir panjang umur sampai 100 tahun dia akan lihat sendiri satu demi satu apa yang dia buat dulu kembali kepada beliau"...

2. Pemimpin yang baik, berwibawa dan konsisten pasti mengambilkira soal akibat dari kenyataan mereka. Mahathir dia sudah tua dia peduli apa kerana sejak muda dulu pun dia dah macam tu..dia takkan berubah sehingga dia mati..style dia sama cuma mungkin dari segi tenaga dah kurang. Anak-anak beliau tidak ada yang mengikut sifat agresif bapaknya tapi lebih banyak menurut..Memang di waktu hujung umur para diktator seperti Mahathir akan dilanda penyakit gelisah yang amat sangat kerana mereka sebenarnya kecewa dengan apa yang mereka bina satu persatu diruntuhkan oleh pengganti mereka..Inilah saat kekeciwaan yang akan meranapkan kredibiliti mereka di mata rakyat..Yang lebih ngeri lagi ialah..jika BN tumbang..maka tidak ada lagi siapa yang boleh menyekat dari mahkamah mengambil keputusan..Mereka tidak biasa dengan cara open begini. Sama juga dengan Pak Lah..jika BN jatuh..maka dia dan kroninya juga menerima nasib yang sama..Rakyat tidak boleh maafkan mereka jika terbukti benar yang mereka telah mencuri wang rakyat kecuali wang tersebut semuanya dikembalikan..Najib dan kroni juga takut hal ini begitulah semuanya..Maka yang mereka pertahankan bukan nasib Melayu tapi nasib MEREKA sendiri..

3. Sejarah UMNO akan berulang lagi..yang jelas mereka makin menipis. Inilah akibat dari salah menentukan dasar dan tidak ikhlas dalam semangat memperjuangkan nasib rakyat. Melayu semakin kecewa dengan sikap Mahathir dan pemimpin Melayu yang ada. Satu persatu terbukti yang perjuangan mereka bukan jujur untuk rakyat tapi untuk perut mereka dan keluarga mereka. Selepas ini jika ada lagi pemimpin Melayu nak jadi hero..silakan dengan syarat KEMBALiKAN HAK RAKYAT YANG KAMU RAMPAS sebelum ini.

4. Jika Ezam lebih selesa dengan perjuangan seperti pemimpin Melayu yang ada ini..terpulanglah kepada beliau. Tapi jangan salahkan rakyat jika panggilan hormat selama ini akan bertukar menjadi segudang kebenciaan sampai bila-bila. Rakyat tidak lagi mahu mendengar celoteh tapi kerja real..Nak berkelompok dengan BN-UMNO..dan memalukan pemimpin PR dengan apa cara yang terdaya adalah seperti membunyikan isyarat perang dengan rakyat..Sila renungkan sedalam-dalamnya!!

"HR9808 berprinsip sama seperti pada tahun 1998 iaitu terus menegakkan keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman" Sekalipun dengan Raja kita tetap brepegang kepada prinsip..."Raja yang adil disembah, raja yang zalim disanggah" ..."Begitulah juga kepada siapa sahaja yang tidak berpegang kepada prinsip maka akibatnya juga sama.." Namun kami memilih jalan negosiasi atau mesyuarah dlam semua hal agar keadilan dan kezaliman dapat ditegakkan secara benar..

Media Perdana seperti mendapat berita dari syurga tentang isu ini kerana dilihat dapat menguntungkan UMNO-BN..soal betul atau tidak no 2..yang penting manipulate dulu...

PKR terkejut Ezam 'masuk' UMNO

KUALA LUMPUR 22 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terkejut dengan berita kemasukan semula bekas pengasas parti itu, Ezam Mohd. Noor (gambar) ke dalam UMNO.

Beliau berkata, walaupun telah dimaklumkan ura-ura mengenainya sebelum ini, namun secara peribadi tidak pula menyangka bahawa akhirnya Ezam memilih UMNO.

"Perasaan ini timbul kerana Ezam menyertai semula institusi yang beliau sendiri lantang mengkritiknya sebelum ini.

"Memang pelik apatah lagi beliau telah banyak berkorban termasuk bersumpah setia sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dan turut dipenjarakan kerana perjuangannya.

"Apa pun itu pilihan beliau, Ezam sendiri telah keluar PKR dua tahun yang lalu, jadi selamat maju jaya sahajalah jika berita ini benar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini bahawa Ezam akan menyertai semula UMNO setelah hampir dua tahun bergerak di atas platform pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut Wan Azizah, tindakan Ezam yang masih mempunyai hubungan baik dengan beliau itu sebagai satu ujian daripada Allah dalam perjuangan parti yang dipimpinnya.

''Apa sumbangannya kepada PKR, itu saya ucapkan terima kasih," ujarnya.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, tindakan Ezam itu tidak akan sesekali menjejaskan kekuatan parti itu kerana Ezam tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PKR.

Kata beliau, cuma tindakan ini agak dikesali kerana Ezam telah mengorbankan perjuangannya selama ini apabila akhirnya bertindak bertentangan dengan arus semasa.

Sementara itu di Pulau Pinang, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan penyertaan semula Ezam dalam UMNO sekiranya benar, adalah satu perkembangan yang amat tidak sihat.

Menurut beliau, situasi itu seolah-oleh memberi ruang kepada bekas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai semula UMNO.

''Kita sudah melihat unsur-unsur bekas penyokong Anwar mahu masuk UMNO, apa yang berlaku ini lebih bahaya daripada apa yang Tun lakukan.

''Ini seolah-olah memberi peluang kepada Anwar masuk ke dalam UMNO. Ini satu keadaan yang amat tidak sihat," katanya mengulas mengenai hasrat Ezam untuk menyertai semula UMNO.

Alahai UMNO....Nak hilangkan kesan kecewa kepada Melayu apabila Mahathir keluar UMNO, maka gosip tentang Ezam dapat meredakan kekecewaan rakayt...Soal benar atau tidak tak penting asalkan...ianya boleh menarik beberapa persen ke isu baru...

Kita renungkan pula kenyataan dari Najib...

Ezam bukan ‘trojan horse’ kata Najib

AGENDA DAILY - Dalam suasana politik negara diwarnai cerita lompat parti dan perang saraf pembangkang mereka akan menubuhkan kerajaan baru, orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor semakin hampir kembali menyertai UMNO.

Walaupun sebelum ini beberapa media dan laman berita membuat spekulasi kemasukan Ezam ke dalam UMNO, Agendadaily petang Khamis berkesempatan menemui Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanyakan mengenai perkara berkenaan.

Menurut Najib, UMNO sedia untuk menerima Ezam menyertai UMNO semula.

Bagi saya Ezam adalah friendly party dan saya yakin dengan keikhlasannya untuk menyertai semula UMNO,” kata beliau.

Menurut Najib, kesediaan Ezam menyertai semula UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan sepenuhnya terhadap Anwar, PKR dan pakatan pembangkang.

Najib menjelaskan, walaupun ada pihak yang khuatir Ezam akan menjadi ‘tojan horse’ kepada pembangkang apabila menyertai UMNO, beliau tidak yakin perkara itu akan berlaku kerana percaya dengan niat ikhlas untuk kembali semula ke pangkuan UMNO.

Ungkapan ‘trojen horse’ dalam politik sering digunakan bagi menggambarkan seseorang itu akan menjadi musuh dalam selimut kepada sesebuah parti. Ini bermakna jika seseorang itu berasal dari parti lawan dan kemudiannya menyertai parti lain, orang itu dikhuatiri akan menjadi musuh dalam selimut.

Najib menyatakan demikian ketika ditanya desas-desus kemungkinan Ezam menyertai semula UMNO selepas mengambil keputusan meninggalkan PKR dan kini bergerak aktif melalui GERAK, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertujuan banteras rasuah.

Ekoran desas-desus , pelbagai pihak telah memberikan komen termasuk Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pelik dengan keputusan Ezam untuk sertai semula UMNO kerana berpendapat Ezam adalah orang yang sama-sama bertanggungjawab tubuh PKR serta pernah masuk penjara kerana perjuangannya.

Namun, Ezam sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini berhubung cerita beliau akan kembali ke pangkuan UMNO.

Bagaimanapun setelah Agendadaily menghubunginya yang kini berada di luar negara bagi meminta komen kenyataan terbaru Najib itu Ezam memberikan komen seperti berikut:

Saya menghargai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dan mengucapkan terima kasih,” ujarnya ringkas.

Beliau bagaimanapun berkata, akan membuat kenyataan berhubung dengan isu berkenaan sekembalinya dri luar negara/////////////////////////////

Pandangan saya hanya memfokus kepada makna ikhlas yang diungkap oleh Najib..Ikhlas dari perfektif adat Melayu mungkin boleh jadi seperti Najib katakan... tapi jika dilihat dari sudut Islam ianya salah...ikhlas kepada perkara yang salah adalah salah...sama seperti jika seorang mencuri ikhlas mengaku maka ianya tetap salah. Dari sudut kemanusiaan ikhlas lebih dilihat dari kesan sesuatu untuk manusia ..Jika UMNO yang penuh dengan perjuangan perkauman dan rasuah maka ianya amat malang dan jauh dari makna sebuah keikhlasan....Pemimpin Hadhari memang tak mahu lihat dan merujuk kitab yang betul tapi masih taklid dengan ucapan sang PM dan kuncunya.
Saya tidak berminat membicarakan sesuatu yang belum jelas tapi tidak juga mengabaikan perkembangan yang berlaku sekarang. Sayang sekali pemimpin Melayu tak mahu belajar lebih dalam tentang agamanya dan masih sombong kononnya mereka mematuhi agamanya.
Melayu mulia bukan kerana bangsanya tapi kerana budi, akhlak dan aqidahnya yang murni. Inilah erti ketuanan Melayu..bukan sekadar tuan kepada BN-UMNO dan Malaysia tapi ketuanan Melayu yang berasaskan kepada kemurniaan aqidahnya kepada pencipta bangsa dan bahasanya Melayu. .

Saya mencadangkan agar AJK IKRAR dapat mengadakan training tentang istilah "IKHLAS" agar tidak terpesong fahaman rakyat tentangnya....

2 Jun
Komentar tentang Ezam masih ada dan kami simpan komenatar ini untuk pelajaran kepada generasi pejuang akan datang....

Ezam jangan hanyut dalam arus deras 'kerajaan tiga beranak'
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Jun 01, 08 | 11:13:50 am MYT

Sejak laporan mengenai tindakan bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor menyertai semula Umno, telefon bimbit saya tidak sunyi dari panggilan dan sms rakan-rakan yang bertanyakan sebab Ezam menyertai parti lamanya.

Ramai yang menyatakan bahawa mereka terperanjat dengan laporan tersebut kerana bagi mereka Ezam adalah antara Ketua AMK yang paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Ini termasuk membuat laporan terhadap Abdullah dan anak-anaknya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai pengagihan kontrak kerajaan sekitar akhir tahun 2006 yang mengejutkan ramai pihak.

Ramai juga yang tidak menyangka Ezam yang dahulunya dihujani dengan pelbagai tindakan ke atasnya oleh kerajaan Umno/BN sewaktu membela nasib, Dato' Seri Anwar Ibrahim kini menyertai kerajaan yang menganiayanya suatu ketika dahulu.

Selepas menerima sms demi sms dan panggilan demi panggilan dari rakan-rakan yang bertanyakan mengenai Ezam, saya mula mengirimkan sms kepada Ezam dan rakan karibnya, Abdul Ghani Haroon bertanyakan status Ezam.

Ghani ketika mula membalas sms saya hanya menyatakan 'tunggu' penjelasan Ezam mengenai kemasukan semula ke dalam Umno.

Saya mengirimkan sms kepada Ghani kerana beliau adalah orang yang paling hampir dengan Ezam selain Badrul Hisham Shaharin dan sanak saudara Ezam.

Hari berikutnya (sehari selepas Ezam masuk Umno) saya ikuti lagi perkembangannya, dan laporan dalam Buletin Utama TV3 mendedahkan Ezam menyertai Umno kerana merasakan kini beliau berada pada landasan yang betul untuk terus berjuang.

Namun sms tidak putus-putus mengunjungi telefon bimbit saya hingga lemas percutian saya bersama keluarga tatkala berada rumah dan di rumah sanak saudara.

Kisah seorang ayah

Paling kecewa dengan keputusan Ezam menyertai semula Umno ialah ayah saya (Wan Yaacob) yang dahulunya cukup meminati ceramah-ceramah Ezam termasuk pernah menganjurkan ceramah di markas berhampiran rumahnya dan menjadikan rumahnya sebagai rumah tempat tetamu kehormat termasuk Ezam menjamu selera.

Ketika menonton laporan dalam Buletin Utama berhubung kenyataan media Ezam, ayah saya dengan spontan menyebut 'apa lah dulu kata lain sekarang dah kata lain, ini orang yang tak ada prinsip'.

Namun saya melegakan kemarahan ayah saya dengan berkata ' mungkin Ezam ada agendanya yang tersendiri'.

Begitupun bapa saya membalas selamba 'apa yang nak diperjuangkan kalau kita dah tahu parti yang kita sertai itu sendiri penuh dengan rasuah, penyelewengan, kronisme dan menipu rakyat'.

Terdetus di hati saya dengan kata-kata bapa saya seorang ahli PAS seumur hidup yang cukup cekal dengan perjuangan PAS sejak muda lagi.

Ayah penulis adalah antara penduduk terawal yang menjadi pendokong utama PAS di kawasannya bersama teman-teman seperjuangannya antaranya Ahmad Reduan Ashaari dan Allahyarham Ali Ashaari.

Perjuangannya tidak pernah luntur malah semakin membara walaupun usianya kini sudah menjelang senja.Tiap kali ada ceramah di Seremban, Johol, Batu Kikir, Jempol, Rembau mahupun Tampin, beliau tetap akan pergi.

Jika dalam keadaan uzur sekalipun jiwanya tetap meronta mahu mendengar ceramah apatah lagi jika penceramah 'favourite' nya yang berceramah.

Antara penceramah yang diminati termasuklah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan tidak ketinggalan Ezam Mohd Noor yang kini telahpun menyertai Umno.

Bertanyakan Ezam

Semasa pilihan raya umum lalu, ayah berada dalam keadaan yang sangat tidak mengizinkan beliau untuk bergerak ke sana ke mari mendengar ceramah mahupun berkempen bersama teman-temannya kerana keuzurannya.

Beberapa kali beliau menelefon penulis bertanyakan tentang jadual-jadual ceramah PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sekitar Negeri Sembilan.

Namun ayah tidak pernah lupa bertanyakan sama ada Ezam ada berceramah atau tidak untuk pilihan raya umum ke-12.

Penulis hanya mampu menyatakan kepada ayah bahawa Ezam ketika itu bukanlah pemimpin KeADILan atau mana-mana parti politik sebaliknya memimpin Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) satu badan yang menjalankan agenda menggempur rasuah.

Ayah cukup memberi penghargaan kepada Ezam apabila Gerak dalam satu laporan Harakah menganugerahkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar paling bersih.

Katanya, jika Ezam tak berceramah sekalipun tak mengapa, tetapi memberi sumbangan sedemikian sudah cukup memadai bagi membantu perjuangan rakyat menggempur kezaliman Umno/BN selama ini.

Secebis kisah

Demikian kisah ayah penulis yang cukup prihatin ke atas sebarang perkembangan Ezam.Namun mungkin ini secebis kisah (kisah bapa penulis) dari seorang peminat Ezam yang tidak membawa kesan kepada tindakan Ezam menyertai semula Umno.

Ramai lagi di luar sana yang sebenarnya meminati ceramah-ceramah yang disampaikan Ezam sebelum ini yang cukup lantang dan bermaklumat mengenai kepincangan urustadbir negara.

Apakan daya Ezam kini berada dalam parti yang peranh dikritiknya dahulu yang mengamalkan dasar kronisme, yang melahirkan kepimpinan 'kerajaan tiga beranak' dan yang memperbodohkan rakyat dengan cabaran 'saya pantang dicabar'.

Persoalannya mampukan Ezam yang katanya dalam sms kepada penulis pada 29 Mei lalu antaranya berbunyi "matlamat akhirnya adalah untuk perjuangan ummah" terus menelan arus deras 'kerajaan tiga beranak' yang terus diungguli menantu Presiden Umno, Khairy Jamaluddin?Renungkanlah. - mks.


Komentar Nik Abduh....

Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Mon | Jun 02, 08 | 12:51:22 pm MYT

Salam Kamunting, kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Semasa saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hishamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam Islamis macam budak 'usrah'.

Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.

Saya bayangkan itu adalah kemuncak pencarian beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama - sama menumpang orang - orang hebat sepertinya.

Ada pun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti, dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada Umno.

Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku Risalah Usrahnya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua - duanya bagi saya adalah betul belaka.

Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh.Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini.Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.

Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dahulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman.

Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.

Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam Umno. Dia budak baik, bagi saya.

Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif 'islah' Pak Lah membaiki negara yang nampak betul-betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.

Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh - sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru - baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji-janji Umno.

Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata-mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.

Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.

Beberapa ketika selepas pilihan raya, Ezam diberitakan membayangkan betapa Malaysia tidak mungkin sama sekali berPMkan Dato Seri Anuar Ibrahim. Itu kerana senario politik selepas pilihan raya baru-baru ini seperti membenarkan telahan yang sukar itu mungkin bakal menjadi kenyataan. Ezam tidak dapat menerima hakikat ini.

Adalah jelas Ezam telah bertindak keluar daripada parti Keadilan atas sebab tidak berpuas hati dan tidak lagi mempercayai kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dan kepada orang - orang tertentu, Ezam seperti membongkar apa yang baginya dia tahu dan orang lain tak tahu mengenai Anwar. Kenyataan umum Ezam, Dato Seri adalah hipokrit.

Justeru beliau tidak segan untuk menyatakan betapa beliau menyesal tak sudah-sudah berjuang mempertahankan 'hak' bekas pemimpin idolanya itu. Ia tak tertebus sehinggalah beliau kena kembali berpatah arang menentang idolanya itu.

Ezam masuk Umno kerana mahu menghalang Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Inilah sebab utama. Justeru Pak Lah yang leceh sangat janjinya itu menjadi lebih baik di sisi Ezam berbanding Dato Seri Anuar Ibrahim.

Ini ketenangan yang saya rasai, mengapa Ezam melakukan apa yang disifatkan sebagai terjunan maut terhadap karier politiknya oleh kebanyakan pengamat politik hari ini. Tidakkah Umno hari ini bagai bumi dilanda gempa? Siapa masuk, maut menanti. Kerana itu, Tun Mahathir yang selalu cerdik itu keluar dari bumi Umno dengan lompatan bergalah.

Betulkah Ezam, saya tinggalkan perbahasan untuk andalah. Tak salah anda membahaskan.

Berjayakah Ezam, kita nantilahm tak salah kita menanti.

Bagaimana jika menang dan bagaimana jika kalah, anda ulaslah sendiri. Tak salah saya malas nak ulas.

Biarlah apa pandangan anda, saya tetap kata Ezam budak bagus dan budak baik.Budak baik tak semestinya betul tindakannya selalu, apatah kalau baik jenis betul bendul. Tapi Ezam bukan jenis ini. Jenis betul bendul tak mungkin diberi kepercayaan memimpin, apatah dalam dunia politik yang penuh mangsa dan pemangsa. Ezam adalah pemimpin yang ada karisma. Dulu.

Saya tinggalkan anda di sini. Cuma, pakailah yang terakhir ini.

Berjuanglah untuk Islam. Anda akan beroleh petunjuk yang betul. Berjuanglah untuk akhirat. Anda akan diberi kehidupan yang benar dan abadi. Berjuanglah di belakang RasuluLlah, anda akan menikmati perjuangan anda selama-lamanya.

Ezam telah berjuang habis-habisan untuk Dato Seri Anwar Ibrahim. Dia cuba menikmati perjuangannya itu. Dia gagal. Dato' Seri Anwar juga tak pun membela dan menyayanginya. Lama dia merana. Hari ini, Ezam cuba keluar daripada dukanya.

Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada Anwar Ibrahim itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi.

Mengapa?

Allah berfirman, "Dan orang - orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami."

Banyak-banyak jalan tuhan, Umno 'confirm' jalan thaghut.

Bila Ezam pilih Umno, Ezam budak baik yang tersesat lagi. Ezam kena patah balik. Seribu kali patah balik ke jalan Allah lebih baik daripada istiqamah terus di jalan Umno. Semoga Allah mengekori Ezam dengan rahmatNya yang luas. Semoga PAS sentiasa memimpin kepada politik Islam yang bersih dan tulus.

Pengarang: Artikel ini dipetik dari laman web (nikabduh.wordpress.com). Penulis adalah anak Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat./wann.

Komentar lain....

Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'

Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jun 02, 08 | 1:57:17 pm MYT

Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".

Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.

Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.

Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.

Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.

Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.

Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.

Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.

Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.


KOmentar lagi.......
Kemasukan Ezam tambah kusutkan Umno

Mohd Sabri Said
Mon | Jun 02, 08 | 2:01:44 pm MYT

PULAU PINANG, 2 Jun (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Zahrin Hashim yakin kemasukan bekas Ketua Angkatan Muda KeAdiLan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno boleh mempercepatkan pembentukan Kerajaan Baru Malaysia tidak lama lagi.

Ezam katanya, bukan menjadi kebanggaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahkan bakal menambah kekusutan dalam Umno apabila beliau dikatakan menjadi ayam tambatan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk menyaingi atau menyekat kemaraan pengaruh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Biarlah dia pergi dengan politiknya. Pemergianya langsung tidak memberi kesan pada KeAdiLan sebaliknya menambah kekuatan apabila kemasukan beramai-ramai ahli baru sebagai generasi baru yang lebih cemerlang, " tambahnya ketika berucap di majlis penyerahan borang dan perasmian cawangan baru KeADILan di Kampung Teluk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua semalam.

Menurutnya, bila penyertaan Ezam ke dalam Umno semula sebenarnya menimbulkan kemarahan sebahagian Ahli Parlimen Umno khusunya kerana khuatir mengundang padah yang lebih dahsyat setelah BN tertekan teruk lepas pilihan raya umum lalu.

Bagi Kerajaan Pakatan Rakyat kata beliau, isu kemasukan Ezzam tidak menjadi perbincangan tetapi lebih kepada memberikan penumpuan pada pengtadbiran kerana dalam masa tiga bulan pembentukan Kerajaan PR banyak pelabur mula datang melabur di kelima-lima negeri.

Kerajaan PR mula berkembang walaupun terpaksa mengharungi berbagai dugaan yang antaranya sengaja dicipta oleh ejen-ejen BN untuk memburuk-burukan Kerajaan PR.

"Siapa kata pembangkang tidak boleh memerintah. Terbukti sudah ia hanya pembohongan BN yang selama ini mengatakan Umno dan BN sahaja layak mengtadbir, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sebelum itu beliau diiringi Timbalan Pengerusi KeAdiLan Negeri, Law Choo Kiang, Pengarah Pilihan raya KeAdiLan, Mustaffa Kamal, Ketua Bahagian KeAdiLan Tasek Gelugor, Haji Mohamad Hashim, Ketua Wanita KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Noorsiah Md Arshad dan Setiausaha KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Haji Azhar Ahmad memotong riben tanda pembukaan sebuah pejabat KeAdiLan cawangan Kampung Teluk, Sungai Dua.

Seramai 64 orang ahli berbangsa tionghua diketuai Quak Ah Hee menyerahkan borang kemasukan KeADILan kepada Dato' Zahrin. - mks.

Mungkin jika dikumpulkan semua..komentar boleh dijadikan sebuah buku...

Ezam's credibility shattered
Hamdan Ibrahim | Jun 2, 08 3:29pm

I refer to Malaysiakini report PM's anti-graft agenda won Ezam over.

Strange things do happen in politics. Just when the public is watching with bathed breath on when BN MPs, especially those from East Malaysia, will jump ship to the opposition front, Ezam Mohd Noor, a former stalwart of PKR, had to steal the thunder by rejoining the party that he left more than a decade ago.

Whatever reasons Ezam can give to rejoin his former political party, his credibility is shattered as people won’t trust a person who jumps ship just because he cannot get along well with his former comrade Azmin Ali of PKR. Ezam Mohd Noor is a man without principals.

As the dictum goes, there are no permanent friends or permanent enemies in politics. Ezam, ever since resigning from his former party PKR, had been in a political limbo. The former blue-eyed boy of Anwar Ibrahim had to find another political platform to continue his political struggle and ambitions.

Him rejoining Umno - which he had openly criticised for corruption and a lack of transparency - can be likened to an old Malay proverb ‘dah ludah dijilat balik’. The former strongman of PKR had to eat his own words in order to be admitted back to his old party Umno.

Nobody likes a turncoat in politics. By burning his bridges with PKR, he will lose whatever support he has from his loyal supporters while those in Umno - especially the youth wing - will be suspicious of his real intention in rejoining their party. Their exalted positions might be affected if Ezam decides to fight for the top political post in the Umno youth wing.

Whether Ezam is an asset for Umno is yet to be seen. But judging from incidents in the past where several stalwarts of PKR rejoined Umno but are now in the political wilderness, only time will tell whether Ezam can go far in Umno.

A small coup of sorts can be claimed by the embattle premier and Umno president Abdullah Ahamad Badawi in snaring Ezam. Ezam is supposed to help recapture Selangor back from Pakatan Rakyat and being privy to all the strengths and weaknesses of PKR, one cannot discount the possibility that he just might be an asset to Umno towards reclaiming their past glory.

Ezam can claim that he rejoined Umno because our premier had taken several steps towards implementing reforms and in trying to stop corruption and abuse of power by having anti-graft measures in place. But after fighting Umno from the outside, one wonders if he is strong enough to fight the party’s bigwigs who are well-entrenched in their high positions for personal gain.

Ezam will have to step on several big toes if he insists on reforming Umno from the inside. While our politicians from both side of the aisle are fighting like cats and dogs to win over power by any means, one tends to wonder who is minding the ship at the present. The weak premier - with grassroots supporters asking him to resign and political enemies trying to lure party members to jump ship - really does not instill confidence in the public or that all is well in this country.

Snap polls might be held if rumours are to believed. BN MPs will have to think twice about switching camps if Pak Lah uses his last gambit to stay in power by having another general election to stop the exodus of BN MPs from jumping ship.

Really, this is an interesting time to watch our politicians who will do and say anything to stay in power. Let’s hope the dust will be settle and hopefully our country can be on the right track towards being a better nation than before.


Will Ezam be the next Zaid?

So Li Tsin published some good interviews of Ezam, and the walk on Sunday seemed to have gone pretty well (congrats!).

I’m intrigued by the content of the articles.

Zaid is the poster boy for many of those who pin some hopes on BN. Clearly the line he took on Sunday was.. less than inspiring to say the least.

Surprisingly, he hasn’t been butchered in detail online yet for the nonsense he was spouting, but I think he certainly deserves to be. If I get more time and no one else does it, it may be worth it - just to have it on record.

In short, it looks like he has to spend some energy pandering to the Umno buddies with whom he’s thrown his lot.

Anyway. So Ezam wants to go in and see how many times he can repeat the word ‘reform’ in a single interview :)

Both these guys point towards the recurring question: can Umno be reformed from within?

Historically, varied dramatic decisions were made based on how one perceived this question. I too have written about how this doesn’t seem possible, given the long term structural damage and corruption the party has endured over a very extended period of time.

These two recent events give us an opportunity to compare and contrast.

Some are convinced by Zaid’s good intentions, and he’s certainly said some of the right things in the past.

The comments he made on Sunday are shocking however, and perfectly in keeping with any typical Umno/BN stooge or lackey. Some of his criticisms may have had some foundation, but it sounded like there was a major underlying unwillingness to take responsibility and stay committed to reform.

One can only wonder if Ezam will turn out the same way.

Again, I don’t know the guy, but something I’ve always thought about his situation: people like Ezam have but one profession. Just based on my own experience and other observations, I can tell that a life in this industry generally prepares you very little for a career in anything else.

This is a tough situation for any man to be in. One perceived to have such talents needs a platform (and badly, for to be without one is to be irrelevant), and there are only so many to choose from. It seems to me Ezam chose one and now just has to readjust everything and fit his every spin to his decision.

I can’t comment on the depths of his heart, but I think the fate of many others should give some cause to make certain informed guesses as to whether good intentions get anywhere in Umno.

I thought I would quote this section, because I think there is another significant line in it:

There is a smear campaign to discredit me and I have friends in PKR, they too know that my strength is in my morality and integrity. I have no money unlike many other leaders. I still stand by what I have said previously. When I met Abdullah, we did not discuss about retraction of any reports I had made (against him). He did not ask and I did not offer. I have done my job and the reports are now with the police and the Anti-Corruption Agency (ACA).

Sila renungkan .....Kenyataan Ezam dari Malaysiakini.com...

Pengakuan Ezam Mohd Nor
Jun 1, 08 11:25am
Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.

Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.

ezam joins back umno 280508Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.

Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.

anwar hadi awang harun din germany 140904 gesturingDalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.

Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.

Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding… saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.

Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.

Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.

Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.

Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.

anwar khairy 150807Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.

Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.

Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).

Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: “saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu”.

Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.

ezam interview 310508 5Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.

Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.

Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.

Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar… (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.

Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.

ezam interview 310508 1Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.

Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.

Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar

ezam interview 310508 4Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.

Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.- Malaysiakini


'Curiga alasan Ezam'

PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.

''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT).

''Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Mohamad Ezam.

''Ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli S46 dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais bagaimanapun yakin ahli-ahli MT yang akan bersidang selama dua hari di Shah Alam minggu ini akan membincangkan secara serius keputusan sama ada untuk menerima atau sebaliknya permohonan Mohamad Ezam dan beberapa bekas pemimpin muda PKR ke dalam UMNO.

Menurut Rais, beliau sebenarnya berasa curiga dengan sebab-sebab yang dikemukakan oleh Mohamad Ezam untuk menyertai semula UMNO.

''Dia pun sudah cakap 'lebih' (kononnya) hendak corakkan kepimpinan UMNO pada masa depan dan sebagainya.

"Justeru, MT perlu buat keputusan secara konsensus sebelum menerima dia dan rakan-rakannya," katanya.

Khamis lalu, Mohamad Ezam mengumumkan kembali kepada UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada PKR pada April tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertindak keluar parti setelah kecewa dengan corak kepimpinan PKR yang dikatakan dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu yang berkepentingan peribadi.

Tindakan Ezam paling silap dalam karier politiknya - KeADILan Temerloh
Hashim Abdullah
Fri | May 30, 08 | 12:44:01 pm MYT

TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor telah melakukan tindakan paling silap dalam karier politik seumur hidupnya apabila menyertai semula Umno, kata Ketua Bahagian KeADILan Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabatnya di sini, baru-baru ini, Ahmad Nizam berkata adalah mengelirukan jika Ezam menyertai semula Umno untuk meneruskan misi membasmi rasuah yang pernah diperjuangkannya kerana sehingga kini pemimpin rasuah yang pernah dikecamnya masih bergelumang dalam Umno.

"Ezam pernah dipenjarakan selama dua tahun kerana mendedahkan salah laku rasuah Rafidah Aziz. Rafidah masih ada lagi dalam Umno. Kita tak Nampak Ezam boleh meneruskan perjuangan anti rasuah dalam Umno," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Nizam berkata sepatutnya Ezam sedar bahawa Umno yang disertainya itu adalah sebuah parti politik perkauman Melayu beroreantasikan feudal yang semakin ditolak rakyat terutama pasca pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini. Image

"Kalau kita tengok parti-parti yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum lalu, semuanya parti berbagai kaum. Macam PAS dia parti berbilang kaum walaupun majoritinya Melayu. Begitu juga KeADILan, KeADILan bukan parti perkauman tetapi Ezam memilih parti perkauman. Apakah ada pemahaman feudal dalam pemikirannya?

"Sebab itu pada pandangan saya tindakan Ezam menyertai semula Umno adalah tindakan paling silap dalam kehidupan politik seumur hidupnya," katanya.

Sementara itu Ketua KeADILan Pahang, Zakaria Abdul Hamid dalam kenyataan yang disiarkan media tidak terkejut dengan tindakan Ezam menyertai semula Umno.

"Itu hak dia (Ezam) dan kami masih meneruskan perjuangan kami dalam KeADILan dan tiada masalah bagi kami sekiranya dia mahu masuk Umno atau sebaliknya. KeADILan Pahang tidak terkejut keputusannya kerana tidak meninggalkan sebarang kesan terhadap parti," katanya. - mns


Kemasukan Ezam tidak beri 'kredit' pada Umno

Basiron Abdul Wahab
Fri | May 30, 08 | 11:18:02 am MYT

TEMERLOH 30 Mei (Hrkh) - Pemanku Ketua KeAdilan Bahagian Temerloh, Ahmad Nizam Hamid menyifatkan kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam Umno tiada kaitan dengan KeAdilan kerana individu berkenaan sudah lama meninggal parti.

Katanya, Ezam sudah dua tahun meninggalkan KeAdilan walaupun dahulu dia adalah di antara pemimpin KeAdilan yang turut terlibat dalam 'sumpah keramat'.

Menurutnya, kemasukan Ezam tidak memberi 'kredit' kepada BN kerana Ezam tidaklah sehebat tokoh yang meninggal Umno, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar umno diikuti 300 orang penyokongnya.

Ezam tiada penyokong kecuali beberpa orang, tetapi beliau percaya dia akan diguna Umno/BN untuk menyerang Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, katanya.

"Kemasukan Ezam tidak banyak memberi kredit kepada Umno berbanding Tun Mahathir yang meninggal Umno diikuti 300 penyokongnya di Kedah," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

"Dulu Ezam menemplak Tun Mahathir dan umno sebagai �perasuah, korup dan sebagainya tetapi kini dia sendiri telah memasuki parti yang diburuk-burukkanya sejak 1998," ujarnya.

Beliau berkata, antara sebab Ezam menyertai Umno kononnya untuk survival Melayu, tetapi dakwaan itu tidak munasabah kerana sebelum ini dia telah menolak parti perkauman.

Ditanya pendapatnya apakah Ezam akan diberi jawatan dalam kerajaan oleh presiden Umno, Abdullah Badawi, beliau lebih suka jika Ezam dilantik sebagai menteri.

"saya suka jika Ezam diberi jawatan menteri dalam kabinet Abdullah, dahulu dia dedahkan rasuah membabitkan Rafidah Aziz, kini dia bersama Rafidah dalam satu kapal," ujarnya. - mns