foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, May 25, 2008

NILAI MULIA YANG WAJIB DI PERTAHANKAN DALAM BERPOLITIK...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 May

Awal pagi sempat hantar komentar ke chedet.com atas tajuk "The rule of law"...kebetulan petangnya baru ikut serta buat laporan polis bersama Ketua AMK di Dang Wangi.Komentar saya dimunculkan juga oleh Mahathir di blog beliau ....(dari ratusan komentar yang menjilat ..)

Tun, Selamat menemui era baru yang lebih mencabar dan bersedia dengan akibat the rule of law..Sejak tahun 1998 kami telah menunggu dan menuntut agar undang-undang dapat ditegakkan.tapi sayang sejak zaman Tun sehinggalah sekarang belum ada perubahan? Tidak ada kata manis yang mahu diungkapkan kerana sememangnya pahit sejak UMNO memerintah Malaysia.Semua hal perut, anak beranak dan adik beradik UMNO-BN.ZALIM sejak dulu.. Ini betul-betul dilema dan memang Melayu dalam dilema kerana pemimpin UMNO termasuk Tun juga dalam dilema. Kami dari himpunan reformis 9808@IKRAR menyampaikan mesej jelas kepada Tun dan suku sakat Tun serta raja Melayu..kembalilah ke pangkal jalan sebelum mati!!!Sila berkunjung ke blog kami- www.hr9808.blogspot.com

May 25, 2008 1:33 AM

9 pagi.

Setelah minum pagi di Bilal, saya, Zairi (Bendahari), Abang Jalil (Naib Pengerusi) dan Mior Syafie (Bhg.Keselamatan) berangkat menuju ke Ipoh dengan harapan dapat bertemu dengan Ust. Zulkifli sebelah petang seperti yang telah dijanjikan oleh Ust melalui telepon kemarin.

Dalam kereta sambil melihat keindahan pepohonan sepanjang highway KL - Ipoh kami sempat berbincang beberapa perkara:

1. IKRAR harus memantapkan lagi keahlian melalui training internal yang berterusan. Secara bertahap dari peringkat pusat sehingga ke cabang/cawangan di seluruh Malaysia. Tanpa training yang jelas dan konsisten kita akan hanyut bersama arus yang ada sekarang yang rata-rata pemimpin yang dilahirkan dari sebuah gerakan akhirnya tidak mampu bertahan dalam perjuangan atau habis minyak di pertengahan jalan. Soal dalam politik atau tidak bukan soal utama tapi soal kelanjutan perjuangan untuk memertabatkan kebaikan, keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman. Perjuangan yang mulia pasti akan bertentangan dengan perjuangan yang hina. Perjuangan keadilan pasti berlawan dengan perjuangan kezaliman. Dan inilah inti dari training yang hendak kita lakukan secara bertahap dan berterusan.

2. Ramai yang menganggap traning tidak penting setelah PR dapat memerintah Malaysia. Tapi harus kita renungkan lebih dalam lagi sehingga kita dapat mengambil contoh dari sejarah perjuangan rakyat Palestin yang terbukti HAMAS masih konsisten dan menguat, rakyat Selatan Lebanon amsih ada Hizbullah dan di Utara masih ada Ikhwan Muslimin dan beberapa gerakan yang lain. Begitu juga di Indonesia, perjuangan PKS walaupun baru muncul akhir 10 tahun ini tapi sudah punya tempat di hampir seluruh pelusok Indonesia. Ambillah di mana sahaja negara yang sanggup bertahan pergerakannya hanyalah dari group yang konsisten dengan agenda perjuangan yang diisi ahlinya dengan ilmu dan konsep perjuangan yang jelas. Malaysia amat menarik untuk direnung dan semakin kita merenung ternyata ada beberapa alamat jelas yang menunjukkan bahawa yang lebih penting dari itu semua ialah GERAKAN YANG BERSISTEM DALAM SELURUH AKTIVITINYA DAN DIMULAKAN SEJAK DARI AWAL.

3. Soal memilih gerakan mana yang paling baik dan sempurna rasanya kita harus fair dengan jawapan yang diberi dari bukti nyata yang ada tanpa prejudis. Ada yang tidak sanggup menerima sebab kekalahan seperti UMNO sekarang dengan hanya beralasan bahwa mereka lebih awal berjuang untuk Melayu dan negara dan seribu macam alsan. Tapi realitinya perjuangan mereka ditolak oleh majoriti rakyat dan semakin hari semakin jelas bahwa tokoh=tokoh mereka sudah tidak bergigi lagi termasuk Mahathir. Ini adalah akumulasi akibat menafikan betapa pentingnya sistem organisasi yang berpaksi kepada KEBENARAN DAN BERSISTEM TRAINING yang tepat. Mereka asyik dengan hasil mahsul perjuangan dan bagaimana mensistemkan agihan hasil mahsul tadi.

4. IKRAR mesti mengambil pelajaran dari kejayaan, kekalahan dan kebodohan UMNO selama ini dan berikrar jangan mengulangi kesilapannya . Begitu juga dengan PR kami berharap prinsip utama dalam perjuangan yang dipertahankan sebelum ini harus dipertajamkan dengan lebih banyak mengadakan training internal agar tidak ada lagi unsur virus perosak dalam gerakan tersebut. Hanya melalui sistem yang betul sahaja dapat menyisihkan virus dari sistem perjuangan. Jika tidak sistem perjuangan akan kecundang lagi apabila berdepan dengan masalah kritikal yang memerlukan komitmen 100%. AJK pusat jangan ambil mudah hal training dan sistemnya dari smua peringkat.

Sampai di Ipoh jam 2 petang, singgah sebentar di kedai Kak Mi dan terus ke Chepor. Dapat bertemu dengan ayahanda yang masih AJK UMNO bahagian tapi agak sedikit keletihan dengan UMNO. Memang orang kampung dan pemimpin kampung memang susah nak terima yang selama beberapa tahun sebelum ini saya perkatakan hal yang sama iaitu perjuangan UMNO itu salah dan sesat. Semasa ada ibu dulu, dia sering suruh saya join UMNO sebab pemimpin UMNO semuanya kaya raya. Usahkan MB, YB UMNO tapi yang jadi ketua bahagian juga kaya. Mungkin dia kesian melihat anaknya yang biasa-biasa aje. Saya faham perasaan itu tapi saya sejak sekolah menengah sudah punya fahaman yang UMNO adalah sesat dari semua sudut kerana asasnya perkauman. Masih teringat semasa saya mencuci kereta sengaja saya pasangkan kaset Allahyarham Ust. Ibrahim Libya..agar ibu saya mendengarnya..Semoga dia kembali ke hadrat Allah dalam redhaNya dan fahaman beliau yang terlalu pekat sebelum mati telah mencair. Dia seorang ibu yang baik, tidak tinggal ibadah khasnya dan sebelum mati juga dia terus konsisten ibadahnya. Dia sudah tidak membicarakan lagi soal UMNO atau tidak ketika saya sempat menziarahinya di hospital dan sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir sempat saya ungkapkan sesuatu " Mak, jangan bimbangkan anak-anak mak dan kami redha mak pergi bertemu Allah..." keluar airmatanya sampai menitis ke pipi tapi memang sudah tidak bersuara sejak beberapa hari sebelumnya. Inilah kenangan dan kenangan ini akan berulang pula di suatu hari nanti kepada kita semua.

Sekitar jam 4 ptg..saya cuba menghubungi Ust. Zul..sayang sekali ..Ust dah berangkat ke Parit kerana menziarahi bapanya..Beliau mintak bertemu pada hari Isnin tapi kami tidak dapat kerana mesti pulang malam itu juga. Kami sepakat akan datang lagi ke Perak.....

Berangkat pulang sebelum maghrib setelah makan petang di kedai Atikah (anak sulung saya)..Walaupun dia masih muda tapi sudah pandai bisnes dan mencari rezqi. Semoga sukses dan mereka tidak menyokong sampai bila-bila UMNO dan parti yang sejenis dengannya...

Jam 12 malam kami tiba di KL..