foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, January 16, 2009

ISRAEL BENAR-BENAR GILA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

17 JAN
Selama beberapa minggu di Bandung dan Jakarta saya dapat belajar dari sdr-sdr kita di Indonesia tentang erti solidariti dari peringkat Presiden sehinggalah ke pengayuh beca.Saya kagum melihat anak-anak sekolah rendah sudah berani ke jalan untuk mengutip dana bantuan ke Palestin. ...Alhamdulillah terima kasih sdr ku kerana di Malaysia kami ditakutkan dengan air asid dari FRU..Tapi selepas ini air asid bukan lagi menjadi penghalang bahkan lebih dari itu aku sanggup..

Solidariti kepada Palestin wajib dihidupkan sepertimana Rasul menghidupkan semangat perjuangan kepada para sahabatnya sehingga mereka memahami benar makna solidariti sehingga di zaman beliau bukan sahaja yang Muslim mendapat pembelaan tapi seluruh umat manusia yang dizalimi pada zaman itu dibela oleh Rasul dan sahabatnya. Terhakisnya perhambaan, faham gender (lelaki dan perempuan), faham kebendaan dan apa sahaja yang merendahkan darjah kemanusiaan ridak dibiarkan oleh Rasul atau sahabatnya.

Inilah erti solidariti kepada sdr kita di Palestin. Kita bela mereka bukan sahaja kerana mereka Muslim tapi mereka juga adalah manusia yang berhak bahagia, damai, tenteram, makmur, tenang, memiliki hartabenda dan memerintah negara mereka sesuai dengan kehendak mereka bukan dijajah lagi oleh mana-mana kuasa di dunia ini. Penjajahan sudah berlalu sejak kita belajar dari makna merdeka yang diajar oleh Rasul kita Muhammad s.a.w. Manusia hanya layak menjadi hamba kepada satu itu Allah s.w.t. Inilah makna solidariti dan inilah skop yang harus kita perjuangkan.

Sdr,
Nasib sdr kita di Palestin bukan mustahil akan berlaku kepada kita seperti mana telah terjadi sebelum ini di Bosnia, di Selatan Thailand, di Mindanau, di Poso, di Ambon dan banyak lagi. Tapi bukan mustahil ianya akan terjadi kepada kita semua di Malaysia. Allah datangkan ujian yang amat berat ketika musuh kita menjadi pemerintah atau penjajah kepada kita ketika kita sudah lalai dan menjauhkan diri dari rahmat Allah. Palestin menerima nasib spt ini sejak puluhan tahun lalu dan ianya akan terus berulang ketika umat arab dan umat Islam lalai dari rahmah Allah. Mereka mengambil tuhan lain dalam muamalah dan lain-lain sehingga tanah Palestin sebelum ini milik mereka diambil sedikit demi sedikit oleh Zionis. Hampir 100 tahun tanah ini tergadai oleh majoriti nenek moyang bangsa Arab yang lupa nasib anak cucu mereka sekarang.

Alhamdulillah, masih ada walaupun kecil golongan yang masih ingat akan betapa pentingnya tanah Palestin sehingga mereka sanggup mati kerana mempertahankannya. Hamas dan beberapa taifah yang masih bertahan kerana solidnya iman dan perjuangan tidak sekali-kali mahu dijual beli oleh Zionis dan USA. Semoga Allah memberkati perjuangan mereka dan memberi kemenangan kepada mereka!!. Amin.

Gerakan anti Zionis dan Israel wajib disebar luaskan sehingga ianya menjadi kristal besar yang boleh melumatkan negara Israel satu ketika nanti. Ayuh kita bersama menjayakan kempen boikot produk Israel dan USA dll...Kita berhenti setelah israel ranap..!!!

Himpunan Solidariti Sejuta Umat, Jumaat 23 Januari
Ahmad Tajdid
Fri | Jan 16, 09 | 11:43:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh): PAS Pusat akan menganjurkan "Himpunan Solidariti Satu Juta Umat" di hadapan Kedutaan Amerika, pada Jumaat, 23 Januari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman berterusan tentera negara pengganas Israel di wilayah Gaza yang berlanjutan sejak 28 Disember lalu.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, program selepas solat Jumaat itu akan menggabungkan pelbagai pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan nasib umat Islam Palestin di Gaza yang terus diganyang tentera regim haram Israel.

Menurut Salahuddin, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengetuai perhimpunan tersebut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Amerika di Kuala Lumpur.

"Ini adalah kemuncak bantahan kita kepada regim haram Israel melalui sekutu rapatnya Amerika Syarikat yang setakat ini telah membunuh lebih 1100 penduduk Palestin yang tidak berdosa, 1/3 daripadanya kanak-kanak, dan mengakibatkan lebih 4500 orang awam cedera," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam khususnya ahli-ahli dan para penyokong PAS dari seluruh negara untuk bersama-sama hadir dalam perhimpunan tersebut bagi memberi isyarat jelas tentang bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman regim haram Israel di wilayah Gaza.

"Kita juga ingin menyatakan solidariti kita dengan rakyat Palestin dan mahu mereka mengetahui bahawa umat Islam seluruh dunia memberikan simpati yang mendalam terhadap musibah yang menimpa mereka kini," tegasnya.

Yayasan Amal pasukan pertama bantu mangsa Israel
Mohd Khalil Abdullah
Sat | Jan 17, 09 | 4:38:20 am MYT

KAHERAH, 17 Jan (Hrkh) - Misi Kemanusiaan ke Gaza oleh Yayasan Amal Malaysia hari ini mula mengorak langkah apabila menjadi pasukan bantuan pertama dari Malaysia yang meninjau dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa Israel.

Nasser Institut Hospital, yang menempatkan seramai 37 penduduk Palestin telah menerima kunjungan kemanusiaan daripada Yayasan Amal Malaysia.

ImagePresiden Yayasan Amal, Husin Ismail ketika memberikan taklimat kepada anggota misi menerangkan,hospital yang dikunjungi itu menempatkan sejumlah mangsa-mangsa keganasan Israel yang sukar untuk dirawat di Gaza.

"Kita mendapat maklumat,seramai 37 orang dirawat di hospital ini dan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU,"jelasnya.

ImageDalam kunjungan tersebut, Yayasan Amal Malaysia telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan hospital apabila memberikan kebenaran khas terutamanya kepada Harakah untuk merakamkan situasi sebenar keadaan mangsa.

Pihak Yayasan Amal Malaysia dalam kunjungan ini telah menyampaikan bantuan kepada mangsa Israel antaranya termasuklah makanan dan barang keperluan semasa.

ImageAntara yang dirawat di hospital ini adalah Yahya, anak saudara kepada Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh .

"Tanpa sebarang amaran,tiba-tiba rumah kami bergegar dan sesedar saya,saya mendapati diri tercedera.

"Saya pasti ini adalah tindakan untuk menghapuskan Perdana Menteri kerana beliau dijangka berkunjung ke situ,"jelasnya kepada Harakah.

Tambahnya, selain kakinya patah terdapat juga kecederaan di bahagian badan yang lain.

ImageKekejaman tentera Israel yang sudah dijangkakan turut terbukti apabila Harakah sempat merakamkan keadaan mangsa-mangsa di hospital tersebut.

Misalnya, terdapat penduduk Gaza yang menjadi mangsa senjata kimia yang dilancarkan secara serangan udara seperti yang terjadi terhadap Mohamed al-Jabbar,38.

Menurut adiknya,Abdul Rafar yang sedang menemaninya ketika ini, Mohamed menjadi mangsa serangan kimia.

"Kini doktor tidak dapat memberi jaminan,penglihatannya akan pulih. "Besar kemungkinan Mohamed akan hilang penglihatannya buat selamanya,"katanya dengan suara yang sayu.

ImageDalam pada itu, bagi diri Fatemah dan adiknya,Zaharah mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

"Israel kejam,kedua-dua suami kami terkorban kini adik saya pula menjadi mangsa,"katanya kepada Harakah sambil mengesat matanya beberapa kali.

Menurutnya, kedua-dua suami mereka gugur (terkorban) apabila Israel menyerang Gaza ketika hari pertama (3 minggu yang lalu.

"Kami sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Mana janji negara-negara lain.Mana bantuan antarabangsa...Israel laknatullah,"jeritnya. - mks._


Eksklusif: Temuramah Harakah dengan bekas imam Masjid al-Aqsa
Imran Al-Malizi
Fri | Jan 16, 09 | 11:50:56 am MYT

"PAS adalah lambang kemuliaan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana isu Palestin adalah perkara utama yang diberikan penekanan dalam parti yang penuh kemuliaan ini. Dari segi kemampuan mereka untuk menyebarkan maklumat melalui media, mereka tidak ketinggalan."

SYEIKH Dr Mohammed Mahmoud Siyam berasal dari Gaza, Palestin. Mantan imam dan khatib Masjid Al-Aqsa serta mantan Rektor Universiti Islam Gaza adalah seorang tokoh yang sangat dikenali di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam di Palestin. Beliau yang telah lebih 20 tahun diusir dari tanah airnya kini berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi, Institut Al-Quds Antarabangsa dan Presiden Pertubuhan Ikatan Ulama Palestin di Yaman. Untuk mendapatkan pandangan beliau berhubung serangan tentera Israel terhadap Gaza, wakil Harakah, IMRAN AL-MALIZI menemui beliau di kediamannya di Sana�a, Yaman baru-baru ini.

HARAKAH: Sejak lebih kurang setahun lalu, ketika bermulanya kepungan terhadap wilayah Gaza, adakah tuan sudah menjangkakan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel baru-baru ini? Mengapa sekarang? Kenapa tidak beberapa bulan yang lalu?

SYEIKH SIYAM: Bismillahir-Rahman ar-Rahim. Saya berterima kasih kepada akhbar Harakah dan saudara-saudara saya dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ya, memang benar. Kita tidak mengharapkan sesuatu daripada seteru melainkan hanya permusuhan. Tetapi kita tidak dapat menjangka kebengisan dan serangan seperti sekarang ini. Betapa dahaganya mereka menghirup darah. Sejak hari pertama serangan, beratus-ratus nyawa telah terkorban dan beribu-ribu yang tercedera. Serangan ini didukung oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara Arab. Seluruh dunia menyaksikan dengan telinga dan mata mereka. Benar, terdapat usaha yang sedang dijalankan, tetapi tidak sampai kadar yang sepatutnya.

Kenapa serangan dibuat sekarang ini? Terdapat dua sebab. Yang pertama, syarat yang diletakkan oleh Hamas kepada musuh untuk menghentikan serangan ialah supaya laluan-laluan di sempadan dibuka dan kepungan terhadap Gaza dihentikan. Akan tetapi, pihak Zionis tidak mahu menerima syarat itu sepanjang enam bulan yang lalu. Cukuplah! Hamas tidak mahu memperbaharui rundingan gencatan senjata dan sanggup menanggung akibatnya.

Sebab yang kedua ialah tempoh berakhirnya pemerintahan Mahmoud Abbas semakin dekat. Hamas tidak mahu menerima beliau lagi dan pihak Zionis masih mahu memperbaharui tempoh jawatan yang disandangnya yang berakhir pada 8 Januari 2009. Lalu berakhirlah kekuasaan beliau. Kerana itu mereka menyerang kedudukan Hamas, mereka mahu melanjutkan kuasa Mahmoud Abbas kerana dia berkhidmat bagi pihak mereka, mengikut arahan mereka. Dia bersama-sama dengan pihak keselamatan Palestin bertungkus-lumus mempertahankan kedudukan pemerintah Israel dan menangkap para pejuang Palestin. Ini adalah sebahagian sebab mengapa serangan dibuat pada masa ini.

Maksud tuan, usaha gencatan senjata yang terdahulu telah menemui kegagalan?

Gencatan senjata yang diusahakan dahulu tidak mendatangkan hasil dan gagal sepenuhnya. Ini kerana antara syarat yang dikenakan ialah pembukaan laluan-laluan di sempadan (Gaza). Bermakna membenarkan bantuan kewangan, bahan makanan, ubat-ubatan dan bahan api supaya dibawa masuk. Tanpa bahan api, janakuasa elektrik tidak dapat beroperasi. Pihak Israel tidak menerima syarat ini lalu Hamas juga menolak untuk memperbaharui tempoh gencatan senjata.

Mengapa mereka menyerang Gaza dan bukan Tebing Barat?

Permusuhan Zionis terhadap Gaza dan Tebing Barat sebenarnya sama sahaja. Akan tetapi di Tebing Barat, mereka berasa selesa kerana terdapat pemerintah (Fatah) yang sedia berbuat apa sahaja bagi pihak musuh. Akan tetapi, pemerintahan (Hamas) di Gaza adalah bebas dan tetap pendirian mereka. Oleh kerana itu, Gaza menjadi sasaran dalam serangan ini.

Terdapat dakwaan bahawa semua yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan Hamas dan ancaman Kataib Al-Qassam (sayap tentera Hamas) di Gaza. Akan tetapi, tragedi pembunuhan Deir Yassin (1948), penyembelihan Sabra dan Shatilla (1982) yang dilakukan oleh Yahudi Zionis berlaku sebelum penubuhan Hamas (1987) lagi. Apa pandangan tuan?

Bukan sekadar itu, terdapat wilayah di Tebing Barat yang tidak berada di bawah pemerintahan Hamas di mana tentera penjajah (Israel) menyerang rumah-rumah rakyat Palestin, membunuh orang awam, menangkap para pejuang dengan bantuan pihak keselamatan Palestin. Hamas tidak memerintah di wilayah itu dan tiada serangan roket Hamas yang dilancarkan di sana. Begitulah, pihak musuh tidak akan berdiam diri. Lalu mereka mencari hujah-hujah untuk mewajarkan serangan. Dahulunya, Amerika Syarikat, Zionis dan beberapa pemimpin Arab yang mengharapkan Hamas memasuki pilihan raya. Sedangkan Hamas tidak berhajat untuk itu. Kemudian Hamas memenangi pilihan raya tersebut (Januari 2006) lalu membentuk kerajaan.

Bagaimana pula ketika ini mereka mahu menolak kewujudan Hamas? Sedangkan mereka yang beriya-iya menuntut Hamas menyertai pilihan raya. Sebenarnya, mereka mahukan Hamas mengikut saduran mereka. Iaitu Hamas yang tunduk dan patuh seperti pemerintah Palestin yang lain. Saya tidak mengatakan parti Fatah keseluruhannya, akan tetapi orang-orang yang bersikap seperti Zionis dan Amerika yang berada dalam Fatah. Seperti Mahmoud Abbas dan Mohamed Dahlan dan sebagainya. Mereka mahukan kerajaan dan pemerintahan yang dibentuk itu cenderung mengikut kemahuan mereka.

Apakah jangkaan tuan selepas ini khususnya setelah tamat tempoh pemerintahan Mahmoud Abbas pada 8 Januari 2009?

Pada peringkat awal, kita melihat serangan tentera Israel adalah agresif. Namun kemudian itu, mereka mengundurkan sedikit langkah kerana serangan-serangan tersebut tidak memberi kesan untuk menjatuhkan Hamas. Alhamdulillah, telah gugur syahid daripada kalangan para pejuang seperti Dr Nizar Rayyan. Juga beratus-ratus orang lagi menemui syahid dan beribu-ribu yang tercedera. Akan tetapi, kehormatan Hamas masih kekal terpelihara dan sokongan rakyat masih kuat.

Oleh itu, pihak musuh dilihat cuba meminta campur tangan Amerika Syarikat dan Mesir agar rundingan gencatan senjata dapat dibuat dengan pihak Hamas. Bagi Hamas sendiri tiada masalah untuk melakukan gencatan senjata dengan syarat laluan-laluan di sempadan mesti dibuka. Mereka lebih rela mati dengan kemuliaan daripada mati kerana kelaparan dan kebuluran. Oleh itu, pembukaan laluan-laluan di sempadan adalah kunci supaya keadaan kembali seperti sedia kala.

Kita melihat sampai ke tahap sebegini, penduduk Gaza masih dapat bertahan. Apakah sebab utama yang mendorong mereka bertahan?

Sebabnya banyak. Yang pertama, mereka dapat belajar daripada penghijrahan penduduk yang terdahulu meninggalkan kampung halaman mereka. Akhirnya mereka yang berhijrah ini bertebaran di kem-kem pelarian dan sebagainya. Mereka mengatakan lebih baik mati di tanah air sendiri daripada keluar meninggalkannya. Yang kedua, adalah pendidikan yang diterapkan agar mereka dapat bersabar, bertahan untuk tempoh yang panjang dan mengerahkan segala kemampuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kamu boleh melihat, mana-mana bangsa di muka bumi ini, jika mereka ditekan, mereka akan menjatuhkan dan menggulingkan pemerintah mereka. Benar atau tidak? Akan tetapi, di Gaza keadaannya berbeza.

Lebih kuat tekanan yang dikenakan, lebih kuat sokongan rakyat kepada pemerintahan Hamas. Ini diakui sendiri oleh pihak musuh. Kerana penduduk Gaza mahukan pemerintah yang berani menghadapi musuh dan mereka tidak mahu menyerah kalah supaya hak-hak mereka tidak hilang. Oleh kerana itu, Hamas adalah simbol ketahanan dan mereka mengambil pelajaran daripada itu. Kamu dapat menyaksikan golongan kanak-kanak dan wanita melalui siaran televisyen dan media massa, mereka mengatakan walaupun rumah-rumah mereka hancur musnah, mereka tetap memohon agar Hamas dapat bersabar dan bertahan.

Sehingga kini berapakah bilangan mangsa yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut?

Sehingga hari kelapan serangan yang dilancarkan, jumlah mereka yang mendapat syahid (terbunuh) telah melebihi 430 orang dan lebih 2000 orang yang mendapat kecederaan.

Hamas telah mengumumkan 'intifada ketiga'. Adakah Hamas mempunyai persiapan dan strategi tertentu untuk peringkat ketiga dalam gerakan kebangkitan rakyat ini?

Hamas dalam keadaan menghadapi serangan yang bertalu-talu�maka persediaan dan persiapan pada setiap masa adalah suatu kemestian. Gerakan intifada ini juga menuntut penglibatan rakyat dalam menyemarakkannya. Penduduk Gaza sememangnya diketahui peranan mereka dalam kebangkitan ini dan begitu juga di rakyat Palestin di Tebing Barat sebagaimana yang dapat kamu lihat di Nablus, al-Quds, Khalil, Ramalah dan lain-lain selepas solat Jumaat.

Suasana di Tebing Barat penuh sesak dengan penduduk yang keluar berdemonstrasi. Sehingga terdapat khabar yang menyebut bahawa Mahmoud Abbas berkemungkinan akan menurunkan tandatangan untuk membebaskan tahanan-tahanan yang dipenjarakan dari kalangan pejuang Hamas. Memadailah kekuatan intifada ini dengan bertahannya saudara-saudara kamu dalam Hamas. Bahawa apa yang berlaku ini telah membangkitkan kesedaran dunia seluruhnya.

Termasuk di bandar-bandar utama di negara-negara Arab dan dunia Islam serta tidak terkecuali bandar-bandar di Eropah dan Amerika Syarikat yang penduduknya keluar berdemonstrasi. Iaitu seluruh dunia menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini seperti rakyat di negara China, Rusia dan kamu juga mengetahui suasana di Malaysia dan Indonesia serta tidak lupa juga negara Iran.

Apa pandangan tuan tentang sikap Presiden Republik Arab Mesir terutamanya berhubung dengan isu sempadan Rafah?

Presiden Hosni Mobarak cuba berdalih dengan hujah-hujah yang tidak berpijak di bumi nyata. Beliau menyatakan bahawa sempadan laluan Rafah adalah di bawah kuasa penjajah Israel. Timbalan Hakim Mahkamah Tinggi di Iskandariah telah menolak hujah tersebut. Katanya, hujah presiden republik tersebut adalah salah. Adakah sempadan negara kita menjadi milik penjajah Israel sedangkan sempadan tersebut terletak di negara Mesir dan Palestin. Kereta kebal Israel yang mengelilingi wilayah Gaza akan tetapi mereka tidak dapat sampai ke sempadan Rafah, seorang tentera mereka pun tidak dapat dihantar ke sana.

Jadi bagaimana pula pemerintah Israel dikatakan menguasai sempadan tersebut? Kerana itu, sebagaimana yang disebutkan oleh timbalan hakim tersebut bahawa semua ini adalah desakan dan tekanan dan Amerika Syarikat dan Zionis. Lalu Presiden Mesir hanya tunduk pada tekanan itu. Kerana itu terdapat desakan dari Turki, Malaysia dan negara-negara lain yang menuntut agar sempadan Rafah ini dapat dibuka. Kerana ia adalah satu-satunya jalan darat yang dapat digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza.

Kita mengetahui bahawa negara Qatar telah menghantar bantuan ke Gaza. Apakah yang dilakukan oleh negara-negara Arab yang lain?

Negara-negara Arab yang lain juga berusaha untuk menghantar bantuan, contohnya negara Yaman ini sudah tentu. Qatar telah dilihat mendahului dalam usaha ini. Negara-negara Teluk juga bersedia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan seperti itu. Iaitu kesemuanya berusaha untuk menghantar bantuan makanan dan ubat-ubatan. Akan tetapi, untuk menjamin bantuan ini pasti sampai adalah agak sukar. Kerana bantuan ini akan terkandas di lapangan terbang di negara Mesir yang berdekatan dengan Gaza. Sehinggakan negara Qatar sendiri menuntut untuk mengambil semula bantuan tersebut sekiranya tidak dibenarkan melepasi sempadan.

Malah Qatar juga ingin menghantar satu kelengkapan hospital bergerak dan sudah pun bersedia untuk berlepas dari Doha, akan tetapi membatalkan hasratnya itu apabila mengetahui ianya tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Kita tidak boleh mengkritik negara-negara yang tidak menghulurkan bantuan kerana hujah mereka juga kuat. Bahawa bantuan-bantuan ini tidak boleh dibawa masuk. Peristiwa bantuan yang dihantar melalui kapal laut yang kemudiannya disekat sudah ketahui umum.

Syeikh Abdul Majid al-Zindani telah menyeru rakyat Yaman untuk mengumpulkan derma dan bantuan yang akan dihantar melalui kapal laut. Adakah tuan menjangkakan bantuan ini akan sampai kepada penduduk Gaza?

Kalau tidak silap saya kempen tersebut diberi nama 'Bahtera Penghormatan Yaman untuk Rakyat Gaza'. Apapun, usaha ini akan memberikan tekanan kepada pemerintah Mesir jika mereka menyekatnya. Kerana ini menunjukkan secara jelas bahawa merekalah yang melakukan kepungan terhadap semenanjung Gaza. Adakah bantuan rakyat Yaman ini akan sampai ke sana melalui Terusan Suez? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Tuan pernah ke Malaysia baru-baru ini. Apakah pandangan tuan mengenai sokongan rakyat Malaysia kepada perjuangan Palestin daripada pihak kerajaan dan rakyat jelata?

Pertama sekali, rakyat Malaysia termasuk dalam barisan pertama dari kalangan dunia Arab dan Islam yang menyokong perjuangan rakyat Palestin. Jika saya mengatakan bahawa Malaysia mendahului beberapa negara Arab yang lain, saya rasa ia tidak keterlaluan. Itu jika dikira dari sudut sokongan dari rakyat dan masyarakatnya. Saya telah mengelilingi negeri-negeri di Malaysia dan anda pernah bersama dengan saya, kita merantau ke serata pelosok negeri di Malaysia dan jumlah dana bantuan yang diperolehi adalah memberangsangkan. Kita dapat mengumpulkan kutipan derma yang sangat besar dalam hanya beberapa hari. Alhamdulillah. Saya mewakili rakyat Palestin ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada umat Islam di Malaysia.

Manakala sokongan dari pihak kerajaan Malaysia pula adalah dari segi politik. Mereka menyatakan sokongan dalam persidangan-persidangan antarabangsa yang disertainya. Tidaklah ketinggalan sebagaimana para pemerintah negara-negara Arab dalam menyatakan pendirian berhubung isu Palestin. Sesungguhnya saya merasakan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada golongan yang berhaluan Islam, sekular dan sebagainya daripada pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat kesemuanya bersepakat menyatakan sokongan kepada isu Palestin.

Ini sangat jelas. Di sesetengah negara, sokongan hanya di pihak rakyat dan tidak daripada pihak pemerintah dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah, di Malaysia dari rakyat dan kerajaan bersatu dalam menyatukan pendirian mereka. Sama seperti di Yaman, Sudan, Syria dan kebanyakan negara yang lain. Sebagaimana Qatar, walaupun negaranya kecil, namun dari segi sokongan, sumbangan dan kesungguhannya adalah sangat besar.

Apakah pandangan tuan pada Parti Islam SeMalaysia, PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari segi memperjuangkan isu Palestin ini?

PAS adalah lambang kemuliaan bagi rakyat Malaysia. Ini kerana isu Palestin adalah perkara utama yang diberikan penekanan dalam parti yang penuh kemuliaan ini. Dari segi kemampuan mereka untuk menyebarkan maklumat melalui media, mereka tidak ketinggalan. Dengan infak harta benda juga mereka tidak berada di belakang. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga merupakan bekas Menteri Besar Terengganu adalah di antara pengasas Institut Al-Quds Antarabangsa bersama dengan para ulama lain (termasuk Dr Yusuf al-Qaradhawi) menganjurkan usaha membantu penduduk Palestin di Baitulmaqdis supaya tidak berganjak dari penempatan mereka di mana pihak penjajah Israel mahu menghapuskan kedudukan mereka di kota tersebut dan seluruh bumi

Palestin secara umumnya. Para pemimpin dalam PAS juga tidak ketinggalan dalam lapangan penulisan.

Sebagai contoh, Tuan Guru Haji Abdul Hadi pernah menulis sebuah buku dalam bahasa Arab yang sangat mendalam kesannya. Buku itu bertajuk 'Filastin: Min Qutto' al-Tariq ila Kharitoh al-Tariq' (Palestin: Dari Peta Perjalanan kepada Perompak Jalanan) daripada tajuknya sahaja kita dapat melihat keperihatinan beliau. Bukan sekadar itu, PAS juga melalui sebaran am, risalah dan sebagainya membantu memperjelaskan isu Palestin kepada rakyat Malaysia. Begitu juga dengan menganjurkan seminar, persidangan dan menjemput para ulama untuk berbincang mengenai isu ini dan banyak lagi. Saya juga tidak melupakan usaha yang bersungguh-sungguh oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul-Am PAS dan Menteri Besar Kelantan dalam pendiriannya, khutbahnya, ceramahnya dan bantuan kewangan yang dihulurkan. Tiada akhbar selain Harakah yang mampu untuk menyatakan pendirian rakyat Malaysia berhubung isu Palestin ini.

Akhir sekali, apakah pesanan tuan untuk rakyat Malaysia?

Saya mengharapkan untuk rakyat Malaysia sebagaimana yang saya harapkan untuk bangsa saya dan umat Islam. Ini kerana mereka adalah sebahagian daripada tubuh ummah. Segala perselisihan hendaklah dijauhi. Fitnah itu tidur dan Allah melaknat orang yang membangkitkannya. Rakyat Malaysia memang terdiri daripada pelbagai aliran bahkan juga berbeza pegangan agama. Akan tetapi dengan akhlak Islam, kita mampu mendekati mereka untuk kepentingan Islam dan kaum muslimin. Saya mendapat tahu agak ramai yang memeluk Islam dari kalangan mereka.

Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat seorang doktor perubatan yang merawat sebuah keluarga non-Muslim, lalu mereka kesemuanya memeluk agama Islam. Alhamdulillah. Suri teladan di Malaysia ini sangat cemerlang. Saya mendoakan semoga negara Malaysia dapat memantapkan pertumbuhan ekonominya juga. Saya juga ingin menyebut di negeri Terengganu suatu ketika dahulu dalam pemerintahan PAS, tidak berlaku penindasan, masyarakat dapat beriltizam dengan akhlak Islam, urusan perniagaan berjalan tanpa penipuan, kerajaan negeri tidak merampas hak rakyat dan keamanan yang berlaku di sana.

Lalu saya berpesan supaya umat Islam di Malaysia dapat mempamerkan suri tauladan yang baik, dengan itulah yang dapat mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam dan membawa negara kamu ke hadapan dari segi peradaban dan pembangunan. Wallahu'alam. - azm

(wawancara ini juga boleh diperolehi di dalam Harakah keluaran terbaru 16 Januari yang sudah berada di pasaran dan dapatkan juga kalendar percuma versi Harakah) _


Solidaritas Gaza, Pemilik Cafe Usir Dua Perempuan Israel

Jumat, 16/01/2009 18:16 WIB Cetak | Kirim

Seorang pemilik kafe di Invercargill, sebuah kota di Selandia Baru menolak melayani dua perempuan Israel yang datang ke kafenya.

Pemilik cafe, Mustafa Tekinkaya yang asal Turki mengusir dua perempuan Israel itu bahkan sebelum keduanya sempat memesan makanan.

"Dia (Mustafa) mendengar kami bicara dalam bahasa Ibrani, dia bertanya darimana asal kami. Saya bilang dari Israel dan dia langsung berkata 'keluar, saya tidak mau melayani Anda'. Kami sangat terkejut," kata Natalie Bennie salah satu perempuan Israel itu pada Southland Times. Bennie datang ke kafe bersama rekannya bernama Tamara Sheva Mevlana.

Tekinkaya mengatakan, ia menolak kehadiran Bennie dan Mevlana sebagai bentuk protes atas agresi Israel ke Jalur Gaza. "Sebagai protes, saya memutuskan untuk tidak melayani orang-orang Israel sampai perang dihentikan," ujarnya. Sikap Tekinkaya diikuti oleh pemilik warung kebab di sebelah kafe Tekinkaya yang juga asal Turki.

Atas sikap pemilik kafe itu, Bennie yang sudah menjadi warga negara Selandia Baru dan sudah tinggal di negara itu selama tujuh tahun menyatakan bahwa ia juga tidak setuju dengan kejahatan yang dilakukan Israel terhadap anak-anak di Gaza. Tapi ia merasa tidak nyaman dengan sikap Tekinkaya.

Insiden ini sampai ke telinga walikota Invercargill, Tim Shadbolt. Ia mengaku kaget mendengar peristiwa itu. "Oh Tuhan, Jalur Gaza sudah sampai di Invercargill," ujarnya. Shadbolt mengatakan, setiap orang punya hak untuk melakukan protes. Pada saat yang sama ia juga menyatakan simpati atas apa yang dialami oleh dua perempuan Israel itu.

Duta Besar Israel untuk Selandia Baru yang berkedudukan di Australia, Yuval Rotem ikut berkomentar atas insiden ini. Ia meminta pemerintah Selandia Baru memastikan bahwa insiden semacam ini tidak terjadi lagi. "Sentimen anti-Israel dan anti-Yahudi harus dihentikan," ujarnya seperti dikutip Southland Times.

Dengan arogansi seorang Yahudi Israel, Rotem mengatakan,"Sekarang ini, Anda jangan membawa Timur Tengan ke Selandia Baru, tapi Anda harus membawa Selandia Baru ke Timur Tengah."

Sementara itu, Presiden Federation of Muslim Association of New Zealand (FIANZ) Javad Khan, menyatakan memahami sikap Tekinkaya. "Tapi tindakannya menunjukkan pelanggaran terhadap hak asasi manusia, kita selayaknya tidak melanggar hukum di negara ini," tukas Khan pada Otago Daily Times.

Pada saat yang sama, kedubes Israel di Canberra membantah tuduhan aktivis perdamaian John Minto, yang menuding bahwa sebuah unit di kemiliteran Israel telah merusak situs-situs yang isinya memprotes agresi Israel ke Gaza.

Minto mengatakan, situs Global Peace and Justice tidak bisa diakses selama beberapa hari, begitus juga situs-situs yang berisi protes atas kekejian Israel di Jalur Gaza. Termasuk situs Minto sendiri, www.johnminto.org.nz yang berisi artikel-artikel tentang Gaza.

Minto mengungkapkan, newsletter Peace Movement Aotearoa dan halaman facebook yang berisi dukungan pada Gaza, juga ada yang menghapus. "Ini kelihatannya dilakukan sebuah unit di kemiliteran Israel yang memonitor dan berusaha keras untuk menutup yang dianggap efektif untuk mengorganisir sikap anti-Israel," jelas Minto.

Namun pernyataan Minto itu oleh kedubes Israel di Austrlia dijawab "nonsense". (ln/3news.nz)


Ketangguhan dan Keimanan Warga Gaza Menakjubkan

Jumat, 16/01/2009 15:04 WIB

Sungguh menakjubkan mental dan keimanan warga Gaza. Di tengah gemuruh pesawat tempur Israel yang menjatuhkan bom-bom mematikan, warga Gaza tetap melangkahkan kaki ke masjid begitu suara adzan berkumandang.

Pemandangan ini terlihat di kawasan Syaikh Radwan, di barat Gaza. Tatkala suara adzan berkumandang dari masjid Al-Taqwa yang sudah kehilangan menaranya akibat bombardir pasukan Zionis, warga kota itu langsung berkumpul di masjid untuk menunaikan salat berjamaah.

"Begitu mendengar suara adzan, mereka langsung berdatangan ke masjid. Setiap hari, kami salah diantara reruntuhan masjid kami," kata imam Masjid Al-Taqwa.

Lebih dari 50 masjid di Jalur Gaza hancur oleh bom-bom yang dimuntahkan pesawat-pesawat tempur Israel. Serangan terburuk menimpa Masjid Ibrahim Al-Maqadma. Masjid itu itu dibombardir saat warga Gaza menunaikan shalat, yang menyebabkan 16 jamaah syahid dan beberapa jamaah lainnya luka-luka.

Tapi, meski masjid-masjid mereka hancur, warga Gaza tetap berduyun-duyun ke masjid saat mendengar panggilan shalat dan pemandangan seperti ini hampir terlihat di seluruh Gaza.

"Warga Gaza dicekam kesedihan ketika melihat serangan Israel menghancurkan masjid-masjid mereka. Tapi, begitu mendengar suara adzan keesokan harinya, mereka kembali semangat," ujar Awad Al-Sha'er, imam Masjid Khulafa Rashidiin di utara Gaza.

"Apapun yang terjadi, masjid-masjid kami akan tetap penuh. Kami tidak akan pernah membiarkan penjajahan menjadikan masjid-masjid kami kosong," tukas Al-Sha'er.

Warga Gaza berani mengambil resiko terkena bom atau ditembak pasukan Israel setiap kali mereka berangkat ke masjid. "Diam di rumah pun, tidak membuat kami aman. Jika memang sudah saatnya bagi kami untuk mati, maka kami akan mati," ungkap Abu Anas Al-Zahama, salah seorang warga Gaza yang selalu shalat berjamaah di masjid.

Selain menjadi tempat ibadah, masjid-masjid di Gaza juga berfungsi untuk membantu meringankan penderitaan warga Gaza sepanjang agresi biadab Israel ke wilayah itu.

"Sejak perang dimulai, masjid-masjid mengintensifkan bantuan untuk warga. Bukan hanya bantuan makanan, kami juga memberikan pengobatan dan uang," kata Mohammaed Anshour, imam Masjid Al-Bukhari.

Masjid Yarmuk di Gaza City melakukan penggalangan bantuan untuk warga yang rumahnya hancur oleh serangan pasukan Zionis. Dan penggalangan dana itu disambut antusias oelh warga Gaza lainnya. Meski menderita akibat serangan pasukan Zionis, warga Gaza masih bisa memberikan sumbangan untuk menolong saudara-saudaranya yang lain. Satu lagi pemandangan menakjubkan di Gaza.

Ahmad, seorang bocah berusia 8 tahun misalnya, menyumbangkan semua uang yang berada di celengannya. Begitu pula Abu Ammar, seordang pedagang, menyumbangkan selimut dan pakaian untuk warga yang mengungsi di sekolah-sekolah yang dikelola UNRWA.

"Kita harus tetap bersatu dan masjid-masjid kami akan selalu menunjukkan sikap persatuan itu. Semangat semacam ini, membuat kami tidak mudah dikalahkan," kata seorang warga Gaza yang sedang menyumbangkan uangnya ke sebuah masjid. Subhanallah... (ln/iol)

Gencatan Senjata Buntu, Israel Minta Jaminan Perlindungan AS

Jumat, 16/01/2009 17:29 WIB Cetak | Kirim

Meski masih melakukan serangan massif di Jalur Gaza, Israel mengisyaratkan bahwa mereka akan mengakhiri perang. Mark Regev, juru bicara perdana menteri Israel mengatakan, pemerintah Israel sudah melakukan pertemuan singkat dan mengisyaratkan bahwa agresi ke Jalur Gaza sudah sampai pada "tahap final".

"Harapannya, kami sudah sampai pada tahap akhir serangan ketika kami di-briefing oleh Gilad (Amos Gilad, pejabat senior departemen pertahanan Israel) dan Livni (Tzipi Livni, Menlu Israel)," kata Regev.

Sementara PM Israel Ehud Olmert menambahkan, "Kemungkinan akan ada rapat kabinet lengkap dan keputusan akan ditentukan dalam rapat tersebut."

Israel tetap meminta penghentian penyelundupan senjata dari Mesir ke Gaza sebagai syarat gencatan senjata dengan Hamas. Dan Israel meminta peran AS dalam upaya penghentian penyelundupan senjata itu, disamping peran tim internasional.

Terkait hal ini, Olmert mengatakan bahwa Menlu AS Condoleezza Rice sudah berjanji bahwa AS akan menyiapkan bantuan untuk mengatasi masalah penyelundupan senjata yang diklaim Israel.

Israel menolak sejumlah persyaratan gencatan senjata yang ajukan Hamas, terutama persyaratan tentang jangka waktu gencatan senjata dan masalah siapa yang harus mengelola perbatasan.

Deputi Hamas, Mussa Abu Marzuk menyatakan, Hamas menawarkan jangka waktu satu tahun dan penarikan mundur pasukan Israel dari Gaza sebagai persyaratan gencatan senjata. "Kami sedang menunggu jawaban dari Mesir setelah Mesir membicarakannya dengan utusan Israel, Amos Gilad," kata Marzuk.

Surat kabar Israel, Haaretz dalam laporannya menyebutkan, setidaknya ada tiga poin penting persyaratan gencatan senjata yang diajukan Hamas, gencatan senjata segera dalam jangka waktu tertentu disertai pembukaan semua perbatasan agar bantuan kemanusiaan bisa masuk, pembahasan gencatan senjata jangka panjang disertai penghentikan blokade Israel di Gaza dan penjagaan keamanan di perbatasan, kemudian dilanjutkan dengan upaya rekonsiliasi antara Hamas dan Presiden Mahmud Abbas dari Fatah.

Pada saat yang sama, sejumlah politisi AS yang dinominasikan menjadi anggota kabinet pemerintahan Barack Obama, menyatakan komitmennya untuk mendukung Israel. Mereka antara lain Susan Rice, yang dicalonkan Obama sebagai duta besar AS di PBB. Susan mengatakan, AS sangat prihatin dengan apa yang dialami warga tak berdosa di Gaza. Di sisi lain, ia menuding bahwa "Banyak pihak yang ingin memanfaatkan PBB dengan cara yang tidak adil, agar mengutuk sekutu kami, Israel." (ln/aljz/aby/iol)

Israel Gagal Total di Perang Media

Jumat, 16/01/2009 15:28 WIB Cetak | Kirim
Dalam semua aspek dan persepektif yang ada, sangat sulit menerima dan memahami apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Jalur Gaza. Bahkan ketika seseorang menyampaikan empati terhadap “serangan balasan Israel” akan Hamas, siapapun tidak akan bisa menemukan pembenaran kelakuan bejat taktik militer Negara Zionis itu.

Tiga pekan, maka hampir seluruh Gaza punah. Lebih dari 1100 orang tewas, setengah di antaranya adalah anak-anak dan wanita, dan 5000 terluka, dan itu tampaknya tak sedikitpun mengendurkan Israel untuk menghentikan agresinya itu.

Sejak dari dulu sampai sekarang, ketika Israel tengah melakukan kejahatan kemanusiaan, maka dengan serentak, Israel menerapkan penguasaan media yang seragam. Ketika Israel membombardir Lebanon di musim panas tahun 2006 lalu, para model yang berkebangsaan Israel dengan berbikini ria membanjiri semua halaman majalah di AS. Mantan Miss Israel, Gal Gadot mengaku diminta langsung oleh konsulat Israel di New York untuk memperlihatkan tubuhnya tanpa sehelai benang pun sebagai bagian dari “pengalihan perang Israel”—demikian dilaporkan New York Post, Juni 2007. Dan sekarang ketika langit Gaza pekat oleh asap bom, taktik serupa juga diberlakukan. Majalah Maxim dan majalah serta tabloid bertiras tinggi di AS dan Eropa banyak memajang wanita bugil.

Tapi apakah sekarang Israel memenangkan perang media ini? Menteri Luar Negeri Israel, Tzipi Livni menyampaikan sebuah pesan di YouTube bahwa dengan membuat 1,5 juta orang Palestina di Jalur Gaza kelaparan, sekarat, terpenjara, dan dibom akan membuat dunia menjadi lebih damai, menjadi lebih baik, dan indah untuk demokrasi serta keamanan dunia. Namun, kenyataannya tidak selalu yang diharapkan para Zionis itu terwujud. Surat kabar di AS semakin hari semakin memperlihatkan obyektivitasnya. Selain memenuhi pesanan Tel Aviv, mereka juga menyisakan satu ruang kosong, dan membuat pertanyaan : 'Apa yang dimenangkan oleh Israel sebenarnya?

Kenyataannya, Israel sekarang tak bisa lagi memenangkan perang media di AS. Ribuan orang di negeri itu lebih berhati-hati dan memfilter semua berita yang masuk. Semua kenyataan perang yang ditimbulkan oleh Israel; potret bocah-bocah Palestina yang dibantai, sekolah PBB yang dihancurkan bom, gedung, rumah dan rumah sakit yang diratakan tanah, telah membuka mata semua orang di negeri itu.

Internet membuka semua kemungkinan bahwa Israel tak akan pernah bisa lagi menyembunyikan segala kelakukan barbarnya. Israel sekarang harus menghadapi kenyataan, strategi perang medianya tak berjalan. Warga AS dan Barat tak selamanya senang melihat paha mulus—sebaliknya, atas nama nurani, mereka bangkit ketika melihat bayi yang terkoyak karena bom.

(Sa/Plstin Thkn)