foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, July 23, 2008

SARAN BUAT PEJUANG RAKYAT.....mengambil hikmah dari kejadiaan..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

24 Jun

Muzakarah atau muqabalah atau apa sahaja namanya yang punya kaitan dengan UMNO membawa erti besar kepada masa depan rakyat di Malaysia. Ianya mungkin sepele (simple) dari sudut istilah tapi membawa makna jangkauan strategi pemerintahan buat PR 13. Mungkin ada 3 hal yang patut menjadi inti persoalan sekarang:

1. Pimpinan PR perlu memahami dengan sohih siapa itu UMNO dan dasar perjuangan mereka. (maaf jika terlalu ke arah memberi nasihat tapi bukan itu maksud saya). Mengenali karektor musuh akan memunculkan idea baru ke arah bagaimana mengatasi taktik mereka. Jika perlu dikaji semula dasar mereka dan dimanakah kebobrokan perjuangan mereka. Ini memberi inti dan makna kepada perjuangan PR agar perbezaan selebar-lebarnya dapat dimunculkan ke khalayak. Menyamai mereka adalah sesuatu yang amat merugikan dan boleh menenggelamkan identiti PR. Ini soal "branding image" untuk pemilihan dan keputusan rakyat.

2. Pimpinan PR perlu punya kerangka kerja jangka panjang bagi memastikan hasrat rakyat dipenuhi bersesuaian dengan amanah yang diberi dari PR-12 yang lalu. Manifesto PR wajib menjadi ajenda utama melalui usaha kesepakatan komponen 3 parti utama dalam PR. Nilai bangsa, adat, kaum, budaya, ideologi dan apa sahaja nilai samping yang ada mesti mampu dicairkan dalam sebuah acuan Malaysia baru.

3. Pimpinan PR perlu fokus kepada bagaimana membina kekuatan dalaman PR bagi menangkis segala bentuk fitnah, strategi, taktik dan apa sahaja yang datang dari UMNO demi rakyat. Jangan terlalu berharap kepada atau pasrah kepada keadaan yang ada apatah lagi jika bersama mereka (UMNO) untuk melakar masa depan baru di Malaysia. Peta baru mesti ditampilkan buat rakyat supaya mereka semakin yakin dengan masa depan mereka bersama PR.

Sila renungkan beberapa kenyataan di bawah:

Kita berdiri teguh di belakang Nik Aziz

RANTAU PANJANG - Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pendirian Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berhubung pendiriannya yang tidak akan bermuzakarah dengan UMNO selagi parti itu tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam,” kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abdul Fatah Haron.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan itu dan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu terus mengadakan muzakarah dengan UMNO.

“Kita warga penggerak jentera pilihan raya Pas Kelantan, akan tetap menyokong segala cadangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh pemimpin kami iaitu Tok Guru.

Kita masih ingat lagi taktik kotor UMNO semasa muzakarah yang pernah diadakan dulu sehingga memecahbelahkan ahli parti sehingga Pas hampir terkubur,” katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan muzakarah dengan ahli Pas bagi DUN Bukit Tuku, di sini semalam.

Tambahnya, seramai 5,000 penggerak jentera pilihan raya bersetuju dengan pendirian MB yang enggan bermuzakarah dengan UMNO kerana takut ditipu dan takut dengan sejarah yang lalu.

“Kita bukannya pentingkan muzakarah, tetapi perjuangan Islam lebih memihak kepada Pas kerana Pas telah memperjuangkan Islam sudah sekian lama, malah UMNO yang memperjuangkan Melayu hanya sekadar retorik sahaja.

“Kita lihat sejauh manakah perjuangan UMNO untuk membela rakyat, kerana perjuangan mereka hanyalah untuk sesetengah kelompok sahaja, manakala Pas pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa dan budaya,” katanya.

Abdul Fatah berkata, sekiranya muzakarah diadakan ia akan memecahbelahkan parti dan ahli kerana kita tahu, perjuangan untuk menegakkan Islam perlu diutamakan kerana ia agama yang kekal hingga hari kiamat nanti.

“Kita yakin apa yang diperjuangkan oleh Pas telah memberikan kesedaran kepada semua pihak dan jika muzakarah ini tetap diteruskan akan menyebabkan ahli akan berkecil hati kerana sejarah lama pasti akan berulang,” ujarnya.



PR yakin hasrat terajui kerajaan semakin hampir

KUANTAN – Pakatan Rakyat (PR) Pahang yakin hasrat PR untuk menerajui kerajaan semakin hampir apabila dalam perkembangan terbaru memperlihatkan pengundi, penyokong dan golongan berkecuali lebih cenderung kepada gabungan tersebut.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Azan Ismail, berkata, dalam situasi kini, ada di kalangan pemimpin dan penyokong Barisan Nasional terutamanya UMNO sendiri mula menunjukkan sokongan secara terbuka.

Katanya, golongan ini mula bertindak sebagai pemikir dan pemerhati serta saling melengkapkan strategi Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sedar bahawa kaedah merakyatkan pembangunan ekonomi hampir tidak boleh tercapai dalam suasana percaturan politik UMNO masa kini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, golongan tersebut juga melihat kesibukan dalam pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian menyebabkan agenda kebajikan rakyat langsung tidak kedengaran semata-mata untuk memenangi jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berpendapat, pemimpin dan penyokong UMNO ini merasakan agenda nasib rakyat terutamanya orang-orang Melayu semakin terpinggir.

Beliau juga berkata, PKR dan PR mengucapkan syabas kepada golongan ini kerana menunjukkan peribadi sebenar perjuangan kepada orang Melayu yang ketinggalan.

“Kita yakin mereka ini menjadi golongan yang mempermudah dan mempercepatkan lagi proses dan langkah PR ke Putrajaya,” katanya.

Ditanya mengenai muzakarah antara UMNO dan Pas, Azan berpendapat tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan sebarang muzakarah itu adalah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana katanya, Nik Aziz mempunyai pengalaman yang luas dalam pertemuan beliau dengan UMNO sebelum ini di mana pertemuan tersebut merupakan satu helah UMNO untuk mengheret Pas kepada isu-isu yang lebih mendalam lagi yang akhirnya menyebabkan parti itu hilang keyakinan di kalangan rakat sekutunya dalam PR dan juga ahli-ahlinya sendiri.

“Saya yakin sejarah kerjasama Pas dan UMNO tidak banyak membantu memberi manfaat kepada Pas sedangkan kaedah ini amat penting kepada UMNO untuk menjadikan Pas sebagai jalan rentas mencari sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu beragama Islam kepada mereka,” katanya.




Khalid setuju dengan Nik Aziz

KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Abdul Samad yang merupakan antara tiga pemimpin tertinggi parti itu yang menyertai muzakarah pertama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mahu muzakarah itu segera dihentikan.

Khalid bersetuju dan senada dengan pendapat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa muzakarah tersebut hanya akan memporak-perandakan parti.

"Saya bersetuju dengan pendapat Nik Aziz. Memang ada usaha untuk memujuk Pas menyertai UMNO," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau antara tiga pemimpin Pas selain Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali yang terlibat dalam muzakarah yang didedahkan oleh Perdana Menteri kelmarin.

Khalid juga mendakwa muzakarah itu merupakan gimik UMNO semata-mata untuk menjatuhkan Pas yang merupakan anggota Pakatan Rakyat.

Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam turut mendedahkan apa yang berlaku dalam pertemuan pertama yang berlangsung sejurus selepas pilihan raya ke-12 pada 8 Mac lalu.

Semalam, dalam kenyataan kepada Sinar Harian, beliau berkata, pertemuan dengan Abdullah selepas pilihan raya umum lalu bukan bertujuan membincangkan isu kepentingan Melayu dan Islam semata-mata.

Malah katanya, isu tersebut hanya perkara sampingan yang dibincangkan kerana tumpuan utama adalah menjurus kepada tawaran penyertaan Pas dalam Barisan Nasional (BN) termasuk harapan Abdullah untuk menubuhkan kerajaan bersama di Selangor.

Sebelum ini Sinar Harian juga turut menyiarkan kenyataan tegas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, yang meminta sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara Pas dan UMNO perlu dihentikan dengan segera kerana bimbang akan berlakunya perpecahan dalam parti.

Nik Aziz menyatakan demikian sehari selepas Abdullah, yang juga Perdana Menteri mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan dengan tiga pemimpin Pas sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik pertemuan itu.

Dalam pertemuan tersebut, menurut Khalid, selain beliau, Pas diwakili Nasharudin dan Mustafa.

UMNO pula diwakili oleh Abdullah dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohammad Khir juga mendedahkan formula dan isu perbincangan dalam pertemuan tersebut menerusi blognya.



Cetak artikel
Cetak artikel