foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 30, 2008

DEMO BANTAHAN "ANWAR DIFITNAH" dan kenyataan media dari berbagai pihak...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

30 JUN - 1 JULY

Ribuan penyokong bersiap sedia untuk dipanggil jika ada sebarang info baru berkaitan DSAI terutama dari segi keselamatan beliau. Petang Isnin jam 6.30 ptg beliau dibawa keluar dari Kedutaan Turki menuju tempat yang tidak diketahui. Tindakan ini adalah untuk memastikan beliau selamat dan terjamin dari sebarang cubaan membunuh yang sedang dilakukan oleh pihak tertentu.

Jam 9 malam kami berkumpul di Pejabat Keadilan Pusat. Beberapa siri ceramah dari beberapa pimpinan PKR dan NGO. Semua memberi pandangan yang sama iaitu tuduhan terhadap beliau adalah konspirasi kedua setelah sepuluh tahun berlalu. Inilah jijiknya UMNO dan inilah kualiti yang ada pada pemimpin kita. AMAT MEMALUUUUUUUKAN sesiapa sahaja yang memilih mereka menjadi pemimpin negara ini...

Sdr/sdri bertaubatlah!! kamu sesat dan kamu semua akan terhina di dunia dan di akhirat. Ingatlah dosa dan pahala dan dunia selepas ini!!!


Umno/BN tidak lagi boleh dipercayai


Suhaimi Taib Tue Jul 01, 08 11:28:11 am MYT
Siapa mahu percaya dengan ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin Umno yang ada dan peneraju negara sekarang? -->
Saya berpendapat orang berkenaan adalah bodoh dan tidak mengerti politik. Manusia yang cerdik dan pandai berpolitik, tidak akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan pemimpin Umno hari ini kerana mereka sebelum ini beratus-ratus kali bahkan lebih dari itu sering berbohong kepada rakyat.
Ketua pembohong ialah Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Dalam kes tarikh pilihan raya umum ke-12 yang lalu sebagai satu contoh nyata bagaimana pembohongan itu dibuat.
Benar, kenyataan pembohongan itu perlu dibuktikan tetapi bagi penulis pembohongan itu bukan sahaja perlu dibuktikan tetapi sejarah pembohongan itu perlu diteliti dan mereka perlu diajar dengan sikap dan ketegasan rakyat sendiri.
Pemimpin pembohong seperti ini di negara maju sudah lama disingkirkan dari persada politik bukan pemimpin-pemimpin yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan dan membela nasib rakyat disingkirkan sebagaimana berlaku di negara ini.
Bagaimanapun dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Barisan Nasional (BN) tidak merancang untuk berkonspirasi dengan Anwar merupakan satu cakap-cakap yang tidak boleh diterima.
Walaupun ia belum berjaya dibuktikan (masa boleh menentukan siapa dalang di sebalik konspirasi kedua ini) namun rakyat perlu mengambil sikap memperkukuhkan politik mereka dengan memberi pembelaan dan sokongan sewajarnya kepada pemimpin mereka (pemimpin rakyat) apabila semua sistem dan undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia hari ini tidak boleh memberi ruang seadil-adilnya kepada rakyat untuk menikmati keadilan dan keselesaan politik dan ekonomi apabila Umno yang menguasai segala-galanya di negara ini.
Bahkan sekiranya Anwar sekali lagi ditangkap dan dibicarakan dipercayai beliau akan berada di situasi lebih teruk dari dahulu.
Ini kerana dipercayai jentera keselamatan negara khususnya jentera gerak khas ('inteligent team' dalam pasukan keselamatan) merancang untuk mengadakan konspirasi politik terhadap Anwar tidak lama dulu.
Apabila ruang keadilan dibuka sedikit ia dapat dijengok oleh hakim dan keputusannya menyebelahi Anwar sehingga beliau dibebaskan dari penjara.
Mutakhir ini sekali lagi konspirasi itu dirancang seolah-olah semacam sama dengan konspirasi lalu termasuk dakwaan liwat dan ditambah pula dengan ugutan membunuh yang disampaikan kepada beliau sendiri sekali gus merupakan suatu kes jenayah negara yang tidak boleh dimaafkan.
Kumpulan pemimpin Umno dan 'team' konspirasinya termasuk anggota keselamatan terbabit perlu diberi pengajaran secukup-cukupnya agar di masa hadapan mana-mana pemimpin rakyat dijaga oleh pihak berwajib dan undang-undang yang diluluskan di parlimen dengan adil dan saksama.
Lainlah sudah ada bukti yang cukup jelas tanpa berselindung lagi sehingga orang awam sendiri mempunyai bukti itu maka pemimpin seumpama itu bukan lagi pemimpin tetapi ia seorang penjenayah rakyat.
Bagaimanpun apa yang boleh rakyat menaruh harapan dan kepercayaan hari ini kepada Umno sekiranya mereka sering ditipu dan pemimpin parti itu sering mengulangi kesilapan dan sikap tidak bermoral termasuk membohongi rakyat dengan pelbagai cara.
Contoh pembangunan yang dibuat dikatakn untuk rakyat tetapi sebenarnya untuk mereka membolot kekayaan negara dan meninggalkan rakyat papa kedana di setengah tempat khususnya di Sabah dan Sarawak sehingga kemajuan yang dijanjikan tidak pernah menjengok halaman rumah mereka.
Tidak ada kemudahan jalan raya, elektrik dan paip air yang memuaskan untuk penduduk Sarawak dan Sabah khususnya di kawasan pendalaman.
Keadaan kemudahan asas mereka masih lagi seperti kehidupan rakyat di semenanjung dalam tahun 1970-an walaupun era Teknoligi Maklumat (ICT) sudah melanda dunia.
Justeru, rakyat tidak perlu lagi menggadai maruah mereka untuk memberi kepercayaan kepada pemimpin dan parti tersebut yang sering menipu mereka.
Rakyat perlu mendesak ahli-ahli parlimen mereka membuat perubahan termasuk paling penting menukar kerajaan yang ada di masa terdekat kepada sebuah kerajaan yang mempunyai aspirasi dan jiwa untuk berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat dan negara dalam semua aspek. - mns_

Kepada semua reformis dan pejuang rakyat sila betulkan niat anda dan betulkan barisan anda!! Malam ini adalah malam yang penting dan malam yang menjadi saksi kepada diri anda bahawa anda masih setia dengan perjuangan menegakkan keadilan dan membenci kezaliman. Buktikan diri kita bahawa kita adalah pejuang sejati!!!

Dengarkan arahan seterusnya dan berdisiplinlah dengan arahan itu!!!


Anwar di Stadium Malawati Shah Alam malam ini
Harakahdaily Tue Jul 01, 08 12:20:30 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berceramah dalam satu perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, malam ini 1 Julai 2008. -->

Menurut Naib Presdien Keadilan, Azmin Ali, dalam ceramah tersebut, Anwar akan menjelaskan kedudukan dirinya dan situasi politik semasa.
Katanya lagi, semua pimpinan KeADILan Pusat akan hadir pada majlis tersebut dan beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak runsing mengenai keselamatan.
"Dato' Seri Anwar Ibrahim sehingga kini masih lagi menjadi Ketua Umum Parti KeADILan," kata Azmin yang ditemui di lobi Parlimen pagi ini.
Mengenai pilihan raya kecil yang melibatkan Awar, Azmin berkata ia masih belum diputuskan oleh parti tersebut berhubung bila ia akan diadakan.
Namun demikian katanya, beberapa orang ahli parlimen KeADILan telahpun bersedia memberikan laluan kepada Anwar. - mns_

Kes liwat: Dewan Ulama PAS Pahang seru rujuk al-Quran dan Hadith
Basiron Abdul Wahab Tue Jul 01, 08 11:14:02 am MYT
TEMERLOH, 1 Julai (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Pahang mahu semua pihak merujuk kepada al-Quran dan Hadith dalam menghadapi isu tuduhan liwat kali kedua membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan), Dato? Seri Anwar Ibrahim. -->
Setiausahanya, Ustaz Ahmad Najmi Abdul Rahim berkata, semua pihak sama ada individu yang menuduh, para penyiasat dan tertuduh perlu bermusabah dan merujuk kepada agama sebagai jalan terbaik untuk berhadapan dengan kes berkenaan.
Beliau berkata, semua pihak perlu merasa gerun kepada azab Allah sebelum membuat apa-apa tindakan berkaitan kes berkenaan.
Menurut Najmi, Dewan Ulama menentang segala bentuk kezaliman dan akan mempertahankan kebenaran tanpa mengira ia membabitkan mana-mana individu termasuk Anwar.
"Kami menentang semua bentuk kezaliman dan akan mempertahankan kebenaran tanpa mengira mana-mana individu termasuklah Anwar," ujarnya.
Beliau berkata, pengajaran daripada kes liwat pertama membabit Anwar wajar dijadikan teladan oleh semua pihak terbabit.
Kesengsaraan, penderitaan penyiksaan yang dialami individu terbabit tetap menjadi mimpi ngeri kepada semua pihak terlibat, katanya.
Walaupun kes berkenaan telah dibuang oleh mahkamah tetapi apakah kesengsaraan saksi semasa di dalam tahanan dan sebagainya sudah ditebus? solanya.
Justeru, Najmi berkata, Dewan Ulama tegas mahu kes liwat ini diselesaikan berdasarkan hukum syariah. _


'Datangkan empat saksi, bersumpah dengan nama Allah' - PKPIM

Azamin Amin Tue Jul 01, 08 8:06:58 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Tuduhan liwat terhadap Dato? Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan dan membuka ?luka lama? sepuluh tahun lepas yang mana tuduhan yang sama turut dikaitkan ketika tahun 1998 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. -->
Senario ketika itu sudah cukup membangkitkan situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada beliau dan tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganaiya seseorang individu.
Demikian pendapat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru-hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar sekali lagi.
"Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," kata Presidennya Mohd Hilmi Ramli dalam satu kenyataan media.
Kata beliau perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat sekaligus perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah yang menjadi ?permainan? politik pemimpin politik.
"Kita menggesa kepada pihak berwajb supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar.
"Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan," katanya
PKPIM katanya menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana ketidakamanan dalam negara. _


Dakwaan liwat Saiful ulangi pertuduhan 1998 - Pakatan Rakyat

Roy Rasul dan Nuha Rahim Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue Jul 01, 08 10:17:52 am MYT
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat percaya laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya meliwat pembantunya tidak lebih daripada pengulangan pertuduhan tahun 1998. -->
Dakwaan tersebut dakwa mereka bertujuan menghancurkan kerier politik Anwar sebagai tindak balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.
Presiden KeADILan, Datin Wan Azizah Wan Ismail yang bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Lobi Parlimen semalam berkata, skandal 1998 memperlihat seluruh institusi negara dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.
"Kredibiliti Kerajaan Pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nam Malaysia di mata dunia akan tercemar," kata Wan Azizah yang membaca kenyataan media di sidang media berkenaan.
Beliau berkata, proses membangun semula negara akan terganggu dan memakan masa.
Oleh kerana itu katanya, mereka menyeru pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan itu.
"Oleh kerana kredibiliti polis sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Anwar semasa skandal 1998, kami menuntut agar satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini," katanya.
Beliau berkata, Anwar yang juga suaminya percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar.
Pihak berkuasa juga katanya, perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan Anwar dan memberi peluang sewajarnya untuk beliau pertahankan dirinya kali ini.
Dalam pada itu sidang media tersebut turut dihadiri dua anak Anwar, Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Nurul Iman.
Sidang media tersebut mendapat liputan daripada pelbagai media dalam dan luar negara.
Sementara itu menjawab satu soalan Wan Azizah berkata, Anwar dalam keadaan sihat.
Dalam perkembangan sama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semasa menjawab soalan dalam sidang akbar selepas pembentangan RMK-9 tentang wujudnya hubungan beliau dengan pembantu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat, Saiful Bukhari B Azlan , Najib dengan pantas menafikannya.
Tambahan pula, sehingga saat ini, heboh di kalangan pengguna internet tentang gambar pegawai khas Dato' Seri Najib dan tiga menteri lain bersama Saiful.
"Gambar itu diambil tiga bulan lalu. Dia datang untuk mengambil biasiswa. Dia juga bergambar dengan pemimpin-pemimpin lain, bukan dengan pegawai saya sahaja," kata Najib.
Beliau mendakwa Saiful, berjumpa dengannya atas tiket sebagai mewakili pelajar dalam urusan biasiswa.
Berkaitan perlindungan yang diperolehi mantan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan oleh Kedutaan Turki pula, beliau menyatakan bahawa kerajaan akan bertindak mengikut undang-undang antarabangsa.
"Kawasan itu adalah milik kawasan kedutaan. We leave it to the international law," ulasnya.
Beliau turut mempersoalkan status perlindungan yang diterima oleh Anwar yang diberikan oleh Kedutaan Turki itu sama ada ia bersifat perlindungan politik ataupun perlindungan untuk mengelak daripada tindakan undang-undang Malaysia. - mns_ -->