foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, February 12, 2009

KULI UMNO dan BN ..CUBA CEROBOH BLOG HR9808...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

13 FEBR

Ada juga kuli UMNO dan BN yang berjam-jam sanggup tak tidur malam cuba menceroboh masuk ke hr9808..tapi alhamdulillah hajat mereka tak sampai. Yang sampai hanya penat lelah sahaja dan jika mereka berniat busuk untuk menutup kebenaran maka saya doakan kebenaran akan lama kelamaan akan masuk ke hati mereka. Wallahi..kebenaran takkan kalah dengan kebodohan dan kebahlulan. Kebenaran pasti menang sekalipun dihadapkan dengan balatentera berhati singa. Silakanlah untuk bertempur dengan kebenaran!! Terima kasih kepada semua pihak yang bersifat jengkel dan tidak demokratik..!!! Ini adalah sekolah yang harus anda ikuti samada di istana atau di jabatan pemerintahan.

Kami mendokong semua tindakan Nizar..takbir..!!! Semoga Allah memberi kemenangan dan menundukkan kemungkaran melalui tangan-tangan pejuangnya. Syabas YAB MB Perak..!!

Nizar saman MB baru, pekarangan mahkamah penuh sesak
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Feb 13, 09 | 11:11:43 am MYT

Terkini:|KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) -Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi sebentar lagi.

Pekarangan kawasan mahkamah di Jalan Duta penuh sesak dengan para penyokong Pakatan Rakyat ketika ini.

Para peguam yang dijangka mewakili Nizar juga turut kelihatan sedang menanti kehadiran Nizar.

Turut kelihatan di pekarangan Mahkamah Tinggi itu adalah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Kalng, Charles Santiago dan pimpinan KeADILan antaranya,Kamarul Baharin.

Sebelum ini, Nizar dalam satu kenyataannya kepada akhbar online berkata, beliau kemungkinan besar akan memfailkan kes memohon pengisytiharan untuk mengisytiharkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak sebagai tidak sah pada pukul 11.30 pagi hari ini.

"Kemungkinan besar saya akan failkan. Jika tidak, panel peguam kita yang akan memfailkannya.

"Kita akan memfailkan kes bagi memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerajaan BN di Perak sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah," katanya.

Beliau berkata, Pakatan akan melaksanakan mengikut prosedur dan panel peguam mereka yang terdiri daripada 12 orang sedang melaksanakan tugasan termasuk menyediakan dokumen yang diperlukan mengenai kes itu. - mks. _


Laungan takbir iringi Nizar di Mahkamah!
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Feb 13, 09 | 11:26:08 am MYT

Terkini: 11.25 pagi|

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) -Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin tiba di Mahkamah Tinggi di Jalan Duta sambil disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketika ini, beliau sedang dikerumi oleh wartawan. Nizar yang segak memakai baju kuning sedang menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh wartawan ketika ini.

Dianggarkan lebih 200 orang berada di sekitar kawasan mahkamah.

Turut kelihatan adalah Hanipa Maidin yang merupakan salah seorang daripada panel peguam yang akan mewakili Nizar. - mks._


Umno guna 'talian hayat' istana, polis
Mohd Sabri Said
Fri | Feb 13, 09 | 1:23:53 am MYT

TASEK GELUGOR, 13 Feb (Hrkh)- Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggangap 'talian hayat' Umno kini bergantung pada pasukan keselamatan dan pihak istana ketika membantu peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Iklan

Tambah beliau, Umno sebenarnya takut berhadapan dengan realiti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di mana rakyat yang menjadi hakimnya.

Pakatan Rakyat seperti PAS, KeADILan dan DAP senantiasa menanti untuk bersemuka dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatakan yang hak untuk rakyat menilai yang mana betul dan yang mana dikatakan rakus, katanya

"Tragedi yang melanda Kerajaan Perak minggu lalu adalah pintu untuk Umno menuju ajal sebenar dalam masa singkat.

"Jika mereka tidak bertindak merampas kemungkinan usia Umno lebih panjang tetapi kini nak bernyawa pun dah tersekat-sekat, " ujarnya dalam program ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Baginya, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut untuk direnungi bersama umpamanya lebih berhati-hati ketika memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kelak, jentera Pakatan Rakyat hendaklah diperkuatkan dan mesti mempunyai jiwa kental untuk melawan BN bukan seperti 'kambing takutkan air'.

Fenomena yang melanda Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak harus teladani oleh Pakatan Rakyat sekiranya mahukan kekuatan terbina, semua parti dalam gabungan wajar menanamkan semangat perjuangan yang tinggi di kalangan ahli dan kepimpinanya.

"Jika tidak dapat merenggangkan bilangan kerusi yang banyak pasti sukar untuk BN mencari kesempatan maka tugas kita mulai sekarang memastikan kekuatan terbina sesama sendiri, " jelasnya.

"Najib sengaja atur strategi sebegitu untuk meningkatkan graf dirinya menjelang Mac ini tetapi dia silap sasaran yang mana silap-silap haribulan parti Umno dan BN terus hilang kuasa di beberapa negeri lagi, " katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Menyentuh mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi kononnya PAS diperkudakan oleh KeADILan dan DAP beliau berkata, tidak berlaku sebegitu sebaliknya sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program atau merangka strategi menjatuhkan BN.

"Tidak timbul siapa memperkudakan siapa dalam Pakatan Rakyat tetapi yang penting ialah pergantungan sesama sendiri untuk menjatuhkan BN.

"Itulah yang ditakuti oleh BN selama ini sehinggakan membuat mereka terpaksa mengerakkan aktiviti terancang merampas kembali Perak dengan cara yang tidak beradap, " tegasnya.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Choong Eng dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man. - azm_


HR9808: Amaran di bawah adalah amaran perkauman bukan amaran sebagai bangsa Malaysia yang berakhlak mulia dan merdeka. Rakyat dari mana kaum juga punya hak yang sama dari segi menikmati kesejahteraan dan keamanan melalui lunas undang-undang yang digunapakaidi Malaysia. Kenapa persatuan Melayu terlalu emosi sehingga melupakan asas bernegara. Fahaman ini bukan sahaja bahaya bahkan amat mundur ke belakang. Hak istimewa selama ini siapa yang lahap? Bukankah orang Melayu elit samada di barisan kerajaan atau di istana? Tolong cerdiklah bro!!! Jika ada rakyat yang bersetuju dengan Karpal bukan bermakna kita setuju Islam dan mana-mana bangsa diperlekehkan. Ini asas yang seharusnya bangsa Melayu sedar. Karpal persoalkan ketidakadilan sultan terhadap Nizar? Nizar tu siapa? Dia jawake atau banjarke? Please ..buka mata wahai kaum ku..!!! Jangan jadi bingung. Jika siapa juga yang dirampas haknya maka jika dibela oleh mana-mana peguamg itu dianggap sebagai derhaka atau ? Ini fahaman kunu dan tak lojik langsung. Begitu juga dengan Nizar pertahankan kerajaan PR adalah mewakili kerajaan yang berada di bumi Malaysia bukan berada di bumi China atau India. Nizar pertahankan hak rakyat yang memilih beliau semasa 8 Mac lalu. Soal ramai DAP dalam Exco PR di perak bagi saya isu ini sudah menjadi perkauman dan merendahkan sebuah parti yang resmi terdaftar di Malaysia. Bagi saya yang perkauman adalah NGO Melayu, media perdana dan pimpinan UMNO.

Amaran kepada Karpal Singh

ALOR SETAR 12 Feb. - Jangan cabar orang Melayu. Itu amaran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin tertentu bukan Melayu yang cuba menghina institusi raja-raja Melayu di negara ini.

Dengan merujuk kepada tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dianggap biadab kerana mahu menyaman Sultan Perak, Presiden BBPM, Osman Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan cabaran sedemikian.

Beliau berkata, segenap lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini harus menghormati kedaulatan raja-raja Melayu pada setiap masa sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Pepatah Melayu menyebutkan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. BBPM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menderhaka terhadap raja Melayu dan mahu institusi ini dipertahankan.

"Ingin kita nyatakan bahawa orang Melayu jangan dicabar. Cabaran ini akan kita jawab dengan penuh berani," katanya pada sidang akhbar bersama Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) di Istana Kuning di sini hari ini.

hr9808: Makna DERHAKA bukan itulah ..kerana terlalu sempit..Macamana kalau sebat duit rakyat tanpa emmberi kontribusi kepada negara dan rakyat? Bagi saya ini juga "DERHAKA" Bahkan jika ini berlaku di Indonesia ada yang mengusulkan untuk digantung aje..!!

Turut hadir Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya.

Dalam pada itu Osman berkata, dalam situasi semasa, bangsa Melayu perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik demi mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu dan hak istimewa kaum itu serta agama Islam dalam Perlembagaan negara.

Pada saat-saat mencabar seperti sekarang, ujarnya, orang Melayu perlu menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan kaum itu, tetapi kepentingan bangsa lain tetap dihormati dengan saksama.

"Demi kelangsungan bangsa Melayu maka kesinambungan citra ketuanan Melayu dalam bidang politik, agama, ekonomi, sosial dan kebudayaan mesti dipertahankan.

"Ia mesti dilaksanakan tanpa perlu berlakunya kemusnahan jati diri dan mengelakkan kesejahteraan negara dimusnahkan oleh bangsanya sendiri," katanya.

HR9808: Berlangsungnya Melayu mesti berdasarkan kepada asas nilai Islam yang kukuh dan kuat. Bukan menindas dan menidakkan kemampuan bangsa lain. Melayu kuat jika jatidirinya pegangan agamanya kuat dan ampuh sebanding bangsa lain di dunia. Jika macam pemimpin UMNO dan Raja-raja Melayu yang ada sekarang memang Melayu akan musnah dan ghuyub. Yang dapat dibanggakan dari mereka hanya hal yang rendah dan jijik.Jjadi apa yang boleh dicontohkan dari hal yang rendah dan jijik?? Rasuah no wahid, menipu no wahid, betine no wahid, judi no wahid, manipulasi no wahid, bom orang juga no wahid.....??? Bukalah mata dan telinga...!!!