foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, July 17, 2008

KARAKTERISTIK SEORANG PEMIMPIN ADALAH ANUGERAH... SANG PENCIPTA KEPADA HAMBANYA DI DUNIA....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

19 JUN

Kita sedar atau tidak senario politik di Malaysia sudah semakin berbeza. Ada semacam gelombang yang sedang membawa sesuatu dari aksi kesedaran rakyat sama seperti tahun 1998. Ini bermakna arus kesedaran reformasi dan cintakan perubahan dalam negara kita sebenarnya masih berlaku dan ianya tetap akan terus berlaku sekalipun dihalang oleh apa sekalipun. Sekarang ianya makin kuat dan deras kerana dokongan bukan hanya dari reformis Melayu tapi semua kaum...Pemerhatian saya ketika DSAI ditahan di IPK..yang hadir ribuan hardcore reformis yang datangnya dari seluruh negara dan berlatang belakangkan pelbagai kaum. Nada inginkan perubahan yang sama mampu meranapkan impian BN untuk bertahan lebih lama. Ini realiti dan mari kita tinjau beberapa pandangan dan sambutan simpati hormat dari PR. Apa yang BN dan konspirator harapkan berkecai sekali lagi...

1. Konspirator berharap fitnah terhadap DSAI dapat melupakan rakyat dari masalah tekanan hidup sebenar, masalah kes Najib dan kes rasuah pimpinan BN. Malangnya rakyat menolak itu semua dan menjadi serangan boomerang maut.

2. BN dan UMNO berharap pada DEBAT ..sayang sekali kerana hasil menjadi sebaliknya. Rakyat makin yakin yang lebih perihatin terhadap nasib rakyat adalah PR bukan BN.

3. Insiden tangkapan DSAI mendapat liputan luas sehingga ke seluruh dunia. Jadi termenunglah Pak Hamid dan Najib. Pasti mereka tidak akan berpuas hati dan mereka akan merancang ke tahap yang lebih parah...Kepada para pejuang kebenaran dari seluruh negara
sila bersiap sedia untuk melakukan bantahan aman sekiranya terjadi sesuatu yang diluar kewajaran hukum oleh pemerintah hari ini. Tindakan bodoh dan gila konspirator bukan sahaja telah merosakkan makna demokrasi bahkan mereka telah dengan terbuka menyatakan perang terhadap rakyat. Inilah semboyan yang perlu kita perteguhkan sehingga segala bentuk penindasan dan kezaliman dapat dibenam di bumi Malaysia.
Dengarkan komen dari Mahathir......

Shabery gementar, Anwar jaguh - Mahathir
Azamin Amin
Fri | Jul 18, 08 | 10:07:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Debat di antara Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil.

"Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

"Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata Mahahtir dalam blognya.

Baginya Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya malah Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terkini terhadap Anwar adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu rata-rata pemerhati dan responden melihat persembahan pembukaan Menteri Penerangan itu sebagai berjalan lancar dan berada di landasan yang betul dalam mempertahankan dasar kerajaan.

Namun setelah agak lama, beliau kelihatan agak tersasar dan lebih tertumpu kepada serangan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim malah dengan tidak semena-mena cuba membangkit nostalgia lama Anwar memperjuangkan isu Baling pada 1974.

Shabery serang peribadi, Anwar pertahan nasib rakyat

"Saya lihat Anwar tidak berubah. Masih lagi mengambil kesemepatan atas kesempitan hidup rakyat," begitulah kira-kira antara ungkapan Shabery kepada Penasihat KeADILan itu.

Shabery terus menerus mengungkit latar belakang Anwar sebagai Timbalan Perdana Mneteri yang tidak berbuat apa-apa semasa berada di dalam kerajaan tetapi 'pandai bercakap' bila berada di luar dan menjadi pembangkang.

"Senanglah cakap. Dulu masa saudara menggerakkan massa, berdemostrasi Baling kata yang kaya menjadi kaya, yang miskin papa kedana," kata Menteri Penerangan itu dan dijawab secara seloroh dan sinikal oleh Anwar :"Betul tu."

Pemerhati debat juga kesal isu fitnah terhadap Anwar yang kononnya menjadi 'pak turut' IMF dalam krisis ekonomi negara ditimbulkan semula dalam debat tersebut malah menuduh Anwar membawa rakyat ke jalan raya demi mencapai matlamatnya.

"Kenaikan harga minyak sekarang adalah mengikut perskripsi IMF," begitulah bidasan tajam Anwar kepada Shabery.

Malah Anwar juga mencuit dan meruntun rasa rakyat apabila menyatakan perbezaan antara subsidi dan insentif yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini.

"Kalau untuk menyelamat dan bantu pedagang-pedagang, korporat dipanggil insentif tetapi kalau untuk rakyat dipanggil subsidi. Perkataan subsidi itu seperti negatif," antara petikan kata-kata Anwar

Rata-rata pemerhati politik dan rakyat bawahan yang memberi maklum balas menyatakan berpuas hati dengan perdebatan semalam khususnya hujah Anwar yang dilihat tertumpu dan menekankan isu membela nasib rakyat berikutan kenaikan mendadak melampau harga minyak di negara ini.

Ini berbeza dengan Shabery yang menyenaraikan 'kesalahan' lampau Anwar dan menyerang secara peribadi tanpa sebarang hujah dan fakta yang jelas demi menjatuh kredibiliti tokoh yang telah membuat 'come-back' dalam landskap politik negara.

Malah lebih mengejutkan dan dikagumi ramai ialah tindakan Anwar yang tidak menyerang balas hujah dangkal Sahbery tersebut.

"Biarlah dia serang peribadi saya. Saya tak akan balas kerana ini bukan platformnya. Malah Shabery ada banyak ruang media lagi untuk berbuat demikian, saya selepas ini tidak ada peluang," demikian antara kata akhir Anwar dalam Debat tersebut.

Tidak syak lagi, sesiapa pun mengakui Anwar ternyata hebat dalam berpidato beserta dengan nada, intonasi, retorik dan kecekapannya mencantas hujah lawan manakala Shabery pula dilihat boleh berhujah tetapi mula terbawa-bawa dengan emosi dalam mengemukakan hujah.

Perdebatan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam dianjurkan oleh Agendadaily atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" menyaksikan kehadiran kira-kira 300 hadirin dengan moderatornya Dato'Johan Jaafar.

Pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 telah merakamkan serta menyiarkan secara langsung debat itu untuk tontonan 27 juta rakyat Malaysia yang terhimpit berikutan kenaikan harga minyak ini. Syabas untuk semua! _


Pemuda PAS kutuk cara polis menangkap Anwar
Salahuddin Ayub
Fri | Jul 18, 08 | 10:03:22 am MYT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis menahan pemimpin pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tengah hari 15 Julai lepas.

DPP Pusat berpandangan bahawa polis tidak perlu menggunakan pendekatan yang begitu keras terhadap beliau memandangkan peguam beliau telah memaklumkan untuk hadir ke balai polis pada hari semalam.

Anwar Ibrahim pada pagi semalam telah hadir ke pejabat BPR untuk memberi keterangan berkaitan isu membabitkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Dan Anwar ditahan oleh polis dalam perjalanan dari pejabat BPR ke rumahnya dan ini adalah satu tindakan di luar batas kemanusiaan kerana Anwar patut diberi peluang untuk hadir sendiri ke balai polis dan menyelesaikan satu persatu siasatan tersebut.

DPP Pusat melihat bahawa Kerajaan BN sengaja memanipulasikan isu liwat ini untuk menyekat Anwar daripada meneruskan usahanya mengambil alih kerajaan daripada BN.

BN kini benar-benar tergugat kerana Anwar telah mengumumkan beberapa lagi wakil rakyat BN akan melompat dan beliau sendiri akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa terdekat ini.

BN hanya mencari helah supaya Anwar tidak dapat bertanding dan menggunakan isu liwat ini untuk menahan Anwar, sekali gus menyekat gerakan pembaharuan politiknya. Ini adalah satu pendekatan yang kotor dan tidak bermaruah, bahkan sama sekali menyalahi semangat demokrasi.

DPP Pusat tidak melihat sebarang kewajaran untuk polis menahan Anwar kerana beliau telah menyatakan kesediaannya untuk hadir memberikan maklumat kepada polis berkaitan isu liwat tersebut.

Kita tidak menafikan masalah kegagalan Anwar hadir semalam kerana mungkin pada tarikh itu Anwar mempunyai jadual lain yang telah ditetapkan lebih awal. Tetapi peguam Anwar sudah mengumumkan bahawa Anwar akan hadir pada hari ini.

Polis nampaknya begitu tegas dalam isu Anwar sehingga kelewatan 1 minit pun diambil kira untuk melaksanakan waran tangkap, sedangkan berpuluh ribu orang termasuk menteri yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah akibat kesalahan jalan raya tidak ditangkap.

Anwar bukannya lari daripada polis, bahkan semalam beliau hadir dalam program debat bersama menteri dan polis tidak perlu risau dengan kemungkinan beliau melarikan diri.

DPP Pusat juga kesal apabila cara tangkapan yang dibuat ke atas Anwar seolah-olah beliau seorang penjenayah besar.

Apakah polis menganggap Anwar telah bersalah kerana satu laporan polis. Bukankah berpuluh-puluh laporan polis sudah dibuat ke atas Abdullah Badawi dan Dr Mahathir, tetapi mengapa polis tidak menangkapnya?

Beliau bukan sahaja belum dibuktikan bersalah, tetapi menjadi tanggungjawab pendakwa untuk membuktikan tuduhan tersebut benar, bukannya tugas orang yang didakwa.

Ini adalah perbuatan qazaf yang memerlukan empat saksi mengikut kaedah Islam, sedangkan penuduh tidak membawa saksi.

Sekarang ini bukan soal Anwar bersalah atau tidak, tetapi masalah polis diperalatkan oleh BN sebagai jentera politik mereka. Musa Hasan sendiri mungkin mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap Anwar, kerana itu tindakan dibuat ketika beliau berada di luar negara.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. - mr _

Komplot matikan karier politik Abdullah, Anwar?
Azamin Amin
Fri | Jul 18, 08 | 9:20:48 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali menyifatkan seolah-olah wujudnya satu komplot dalam Umno dan kerajaan yang dilihat cuba untuk mematikan karier politik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kata Mustafa secara lojiknya adalah apabila tindakan dibuat terhadap Anwar maka kelemahan dan kesalahan akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

Berdasarkan maklumat yang beliau ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar.

"Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burung serentak.

"Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa.

"Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara," katanya dalam blog peribadinya.

Kata Mustafa oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang.

Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak.

"Tanpa suruhanjaya sebegini rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan." kata Mustafa yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.


PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.

PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.

Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam.

PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau./wann _

Debat buka minda awam kepada perjuangan PAS/KeADILan
Saidah Hairan
Thu | Jul 17, 08 | 3:23:33 pm MYT

Di sini izinkan penulis menceritakan perihal seorang penjual nasi lemak dan seorang suri rumah tangga sepenuh masa marah dengan kaedah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek menyerang peribadi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam program Debat 'Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak' yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani dan TV9.

Suri rumah dan penjual nasi lemak tersebut mendakwa sebelum debat, mereka mengundi calon PAS atau KeADILan di peringkat DUN manakala peringkat Parlimen undi diberikan kepada calon Umno.

Minda mereka berubah 100 peratus menyokong perjuangan PAS dan KeADILan setelah mendengar hujah atau penerangan Anwar berhubung alasan kenaikan harga minyak wajar diturunkan.

Penjual nasi lemak yang hanya mahu dikenali dengan nama Timah menyelar Shabery Cheek yang tidak menjawab soalan berkenaan dengan kenaikan harga minyak sebaliknya terus menyerang peribadi Anwar.

"Anwar Ibrahim bagus penjelasannya, itu yang kita hendak," luah beliau sambil membungkus nasi lemak kepada penulis. "Apabila membangkitkan kisah silam Anwar, itu tidak betul sebab semua orang buat silap. Buat apa ungkit kisah lama. Sekarang kita mahu bahas isu harga minyak bukan kisah lampau Anwar," katanya.

Selepas menghadiri program debat malam itu, telefon bimbit penulis sentiasa dihujani dengan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada kawan dan saudara-mara di kampung.

Kebanyakannya gembira dengan kejayaan Anwar berhujah serta membidas pendirian Shabery, ahli Parlimen Umno-BN serta penyokong setia mereka.

Seorang suri rumah, Nurul Yaqin Rosli mengkritik persembahan Shabery yang tidak matang langsung. Beliau langsung tidak menyampaikan hujah yang bernas dan berfakta, dakwanya. "Asyik cerita kisah lama Anwar saja."

"Ini ke seorang menteri yang mahu dicontohi oleh generasi muda. Apa kaitan serangan peribadi Anwar dengan tajuk debat 'Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak'," katanya.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan dapat berhujah secara meyakinkan, beliau tahu bagaimana dan mengapa perlu harga minyak boleh diturunkan, katanya.

Hujah merapu Shabery sebenarnya menambahkan sakit hati dan meluat rakyat khususnya golongan wanita yang menjadi suri rumah kerana mereka tahu harga barang dapur melambung tinggi.

Penulis rasa pelik mengapa ahli Parlimen dan penyokong setia Umno-BN boleh menyokong langkah Perdana Menteri menaikkan harga minyak selepas pilihan raya, 8 Mac lalu.

Apa yang mereka perolehi daripada sokongan membuta tuli kepada PM? Tentu ada udang di sebalik batu.

Setelah mendengar hujah Anwar orang awam tersedar bahawa selama ini mereka telah tertipu dengan sikap hipokrit pimpinan Umno-BN.

Debat malam itu juga mengundang kemarahan orang ramai apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kecuali mereka yang mempunyai pas khas.

Di luar dewan, ramai yang tidak berpuas hati kerana pas khas itu hanya dikeluarkan 50 keping untuk penyokong Pakatan Rakyat dan 50 lagi untuk Umno-BN.

Penulis dibenarkan masuk kerana menggunakan kad media tetapi kesal dengan sikap polis yang meragui kesahihan kad tersebut kerana mereka mendakwa gambar dalam kad itu kelihatan lebih muda.

Lima minit penulis bersama suami berada di luar pagar kerana menanti penelitian dan pemeriksaan rapi pihak polis pada kad jemputan suami.

"Mana dapat kad jemputan ini, tadi kata tak ada kad jemputan tapi sekarang dia boleh dapat pula kad jemputan...," sergah beberapa orang polis yang menjaga pintu pagar.

Penulis dengan baran menjawab; "Ahli Parlimen tak datang, kad ni diberikan kepada suami saya, salah ke...tadi tanya kad sekarang saya dah ada kad, tidak boleh masuk pula?"

Selama lima minit penulis terpaksa melayani karenah birokrasi pihak polis di luar pagar. Selepas dapat masuk ke dalam kawasan DBP penulis berasa lega dan mahu terus naik ke dewan.

Malangnya ada lagi satu sekatan terpaksa dihadapi. Penulis serta para jemputan terpaksa menjalani pemeriksaan rapi daripada pihak polis yang menggunakan 'alat pengimbas' untuk meloloskan diri ke dewan utama debat.

Beg tangan penulis diambil oleh seorang polis wanita lantas dibuka dan diperiksa dengan rapi.

"Tidak ada apa dalam beg tangan saya ni. Cuma beg duit, kad media, pen, buku catatan itu je...," penulis memberitahu kepada polis wanita tersebut.

Aduh! begitu ketat hendak menonton program debat yang hanya disiarkan secara langsung dalam Astro dan NTV9.

Kawalan dan pemeriksaan polis macam pelawat yang hendak menemui pesalah dalam penjara.

Mungkin lebih teruk lagi pemeriksaan yang dijalankan bagi penonton dan tetamu program debat malam itu.

Kenderaan pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan DBP.

Polis mengadakan sekatan jalan menuju ke DBP. Penulis terpaksa berhujah sekali lagi dengan pihak polis mengapa kereta media tidak dibenarkan masuk.

Polis berkenaan menjawab sambil berlalu, "Arahan semua kereta tidak dibenarkan masuk." - lanh _

International support for Anwar Ibrahim

The attempt to smear and defame Anwar Ibrahim has been thoroughly rejected by the international community. Statements condemning the arrest of Anwar Ibrahim and stating concerns over the credible dispensation of justice have been made by groups which view they entire conduct of this case as suspiciously, similar to the fraudulent allegations made in 1998.

Open letter by prominent Muslim leaders in support of Anwar Ibrahim
We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes.
Signatories include: Prof. Dr. Akbar Ahmed, Amina Rasul, H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić, Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal, Prof. Dr. Ingrid Mattson, Yusuf Islam
[read entire letter] [SIGN THE LETTER]

International Crisis Group
The International Crisis Group condemns the arrest of our Board member, Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia. Anwar Ibrahim was arrested outside his home in Kuala Lumpur on 16 July 2008 on charges that are obviously politically motivated, relating to his position as an opposition leader. Though released on bail the following day, the allegations against him remain and are clearly a deliberate attempt to smear him. We call on the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim and for its leaders not to improperly use the police and judiciary for their partisan purposes.
Signatories include Gareth Evans, Ambassador Thomas R Pickering, and Lord Patten of Barnes
[read entire statement]

AccountAbility
AccountAbility’s Chief Executive, Simon Zadek: “We are seeing declines in almost every international indicator of good governance and citizens’ confidence in the democratic process. Malaysia has a unique opportunity to lead the way, in Asia and globally, in demonstrating how complex societies should manage their affairs”…

AccountAbility asks that the Malaysian Government provide exemplary global leadership at this pivotal moment in the nation’s history - by advancing the principles and practice of good governance and accountability advocated by our Honorary President, Anwar Ibrahim and so many other global leaders.
[read entire statement]

Senator Joe Biden
“A decade ago, the spectacle of Mr. Anwar’s mistreatment and imprisonment on transparently political grounds greatly discredited Malaysia in the eyes of the world community. The action tarnished the reputation of then-Prime Minister Mahathir Muhammad. I certainly hope that the current Prime Minister, Abdullah Badawi, does not repeat the mistakes of the past. I urge him to drop this political attack on a respected opposition figure, and commit himself to rule of law and good governance in Malaysia.”
[read entire statement]

National Democratic Institute and International Republication Institute
“The arrest of political leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 16 is of great concern to us and the international community. A similar charge that was filed against him 10 years ago was ultimately overturned by the Supreme Court. The timing of the current charge is of particular concern given his re-emergence on the national political scene since the ban on his involvement in politics expired in April 2008. We hope that the investigation into the allegation is not used as a political tool to silence an outspoken government critic. It is essential that the investigation is conducted in a transparent and fair manner that upholds the rule of law, and affords Mr. Ibrahim full protection of his legal rights. We also urge the citizens of Malaysia to remain calm and pursue resolution of their concerns over his arrest in a peaceful manner.”
[read entire statement]

Selanjutnya…

Nik Aziz tegur media

19/07/08 66 comments

nik-aziz.jpg

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.

Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.

“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA


KAREKTORISTIK SEORANG PEMIMPIN ADALAH ANUGERAH

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

ANWAR DITAHAN DAN DIBEBASKAN..RAJA PETRA..????

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15/16/17/18

Maaf agak lambat update kerana sibuk dengan beberapa insiden tidak terjangka berlaku. Paling tidak enak adalah berita tentang DSAI ditahan polis dipertengahan jalan. Detail telah banyak yang ditulis oleh beberapa pihak tapi saya hanya ingin berkongsi sedikit tentang beberapa hal yang berlaku.
1. KPN tidak dapat menerima hakikat bahawa ketegasan dan keberanian DSAI melaporkan kes rasuah melibatkan Musa Hassan (KPN sekarang)
2. Kondisi Najib yang sudah tercungap-cungap akan bertindak mengebom apa sahaja yang dia fikir sesuai dari dirnya se4ndiri...
3. Debat membuktikan DSAI lebih bersedia dan mampu berhujjah dengan perwakilan BN...Road show diteruskan!!

Kami balik ke rumah jam 3 pagi...esuknya sudah ada berita DSAI dibebaskan pagi.


Kenyataan Media Pasca Penahanan 16hb Julai 2008( edisi Melayu)

Hari Sabtu yang lalu, 12-07-2008, polis datang ke rumah saya untuk menyerahkan notis di bawah peruntukan Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah, mereka juga mengganggu keluarga saya dan meminta saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL) pada jam 2 petang, 14-07-2008, hari Isnin. Walaupun peguam saya sudah memberi jaminan bahawa saya akan hadir ke IPK KL pada hari Isnin 14-07-2008. Hari berikutnya, Ahad, polis telah menyerahkan satu perintah mahkamah ex-parte, menghalang saya dari berada di kawasan sekitar 5 kilometer dari Parlimen pada hari Isnin 14-07-2008. Akan tetapi kita semua sedar bahawa rumah saya sebenarnya berada dalam radius 5 KM dari Parlimen. Berdasarkan perintah mahkamah itu mereka sebenarnya meletakkan saya dalam tahanan rumah pada hari Isnin tersebut sekaligus menghalang saya dari hadir ke IPK KL.

Hari Isnin, 14-07-2008, kehadiran anggota polis di luar kediaman saya menguatkan jangkaan kami bahawa mereka bersedia untuk
menahan saya sekiranya saya keluar dari kediaman saya dengan alasan saya sudah melanggar perintah mahkamah tersebut. Maka timbul persoalan perintah mahkamah mana yang saya harus patuhi, perintah ex-parte ataupun notis di bawah Seksyen 111 dari polis?
Continue reading ‘Kenyataan Media Pasca Penahanan 16hb Julai 2008( edisi Melayu)’



Anwar: Sex claims are 'vendetta'

Anwar has called the sodomy allegations against him a government conspiracy [EPA]

Malaysia's de facto opposition leader, Anwar Ibrahim, has said police have no case against him to prove that he sodomised a male aide, saying the allegations are part of a "personal vendetta" against him.

Speaking at his Kuala Lumpur home on Thursday shortly after he was freed on bail, Anwar called on the Malaysian prime minister to ensure the investigation against him was conducted professionally.

Anwar, 61, has repeatedly denied the sodomy accusation, which he says is a political conspiracy to prevent him from challenging the government.

It is the second time in a decade that his political career has been jeopardised by such allegations.

He was arrested on Wednesday and questioned for eight hours over the case. He was not formally charged, but police say he remains a suspect in the case.

Speaking to reporters Anwar said he was treated like a "major criminal" and needed medical treatment after a night in a bare cell at Kuala Lumpur police headquarters which aggravated a back injury.

"Dumped in a cell to sleep on a cold cement floor with nothing... that has exacerbated the pain," he said.

He added that he was subjected to an examination which included the measuring of his genitals.

"They have seen all my private parts. Of course I refused to be photographed, it could be on YouTube very soon! You mean I can trust the system?"

'Vengeneance'

Anwar supporters gathered outside police headquarters to protest his arrest [EPA]
He described his arrest on Wednesday and his detention overnight as "absolutely unnecessary" saying the police actions were "an act of personal vengeance" against him.

Police officials have said he received fair treatment during his almost 24 hours in custody during which he was allowed two visits by family members.

Speaking to Al Jazeera Syed Hamid Albar, the Malaysian home affairs minister, denied that there were any political motivations in the case, saying it was a purely criminal investigation.

"There is no political motivation for us to bring a case just because we fear we are under political threat by him – I don't think we fear that," he said.

Anwar was arrested an hour before a police deadline for him to voluntarily answer charges that he sexually assaulted a young male aide, the second time he has faced sodomy accusations in a decade.

He has described the sodomy allegations as a "fabrication" and a "malicious" attack by his political enemies.

Sodomy is illegal in Malaysia and carries a jail sentence of up to 20 years if convicted.

US concerns

Responding to news of Anwar's arrest on Wednesday the US State Department said the case raised "serious questions and concerns" over the rule of law in Malaysia.

"We urge Malaysian authorities to resolve this matter in a manner that builds confidence in the impartial rule of law in Malaysia," Sean McCormack, a department spokesman, said in a statement.

In 1998 Anwar faced similar charges when he was accused of sodomising a male assistant.

The accusation led to his sacking from his posts as finance minister and deputy prime minister and an eventual jail sentence, sparking massive street protests by supporters.

His conviction on sodomy charges was later overturned by Malaysia's high court, but he served six years on a related corruption charge.

Anwar has said repeatedly that both charges were trumped up by political opponents and the police.

With the Anwar case once again stirring political tensions in Malaysia, police have implemented road blocks and security checks around Kuala Lumpur in an effort to prevent fresh protests.



Anwar masih belum terima salinan report
Anis Nazri dan Salmiyah Harun Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jul 17, 08 | 7:00:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Walaupun disiasat melebihi lima jam dan ditahan reman semalaman, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan salinan laporan polis bekas petugas sukarela pejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

ImageAnwar berkata, setiap kali beliau bertanya berkaitan salinan laporan polis itu, pihak polis memberikan pelbagai alasan dan mengelak untuk memberikannya.

"Apabila bertanya perkara itu, polis hanya menjawab bahawa mereka diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar). Siapa yang arah? Timbalan Perdana Menteri atau isterinya, atau ketua polis negara?" soal beliau sambil diringi tawa dari pihak media.

Anwar menegaskan kecurigaan pihaknya terhadap ketulenan laporan polis itu jika salinannya diserahkan polis kepadanya hari ini.

"Mereka mungkin pinda, pinda, pinda. Sampai tak tahu betulkah itu salinan asal si penuduh," kata beliau di hadapan kira-kira seratus wakil media dari dalam dan luar negara, di rumahnya di Segambut Tengah, petang tadi.

Kesal dengan Bakri

Anwar juga kesal dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini bahawa polis terpaksa memintas keretanya kerana didakwa enggan menyerah diri dan mengubah haluan kereta di saat-saat akhir.

Image"Ini merupakan pembohongan besar Bakri bagi menutup malu atas salahguna kuasa polis. Sedangkan saya sudah bersedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan seperti mana pada masa yang ditetapkan," kata beliau.

Anwar turut mendakwa Bakri bertugas atas desakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ada kepentingan sendiri.

"Beliau (Musa) mempunyai kepentingan sendiri yang bermaksud untuk menganiayai dan membuat fitnah terhadap saya kerana saya mempunyai bukti yang cukup kukuh tentang apa yang dilakukan beliau terhadap saya dalam kes 98-99 dulu," kata beliau.

Enggan serah DNA, ambil darah

Dalam pada itu, Anwar enggan diambil darah dan melakukan ujian DNA atas nasihat peguam kerana kedua-duanya (DNA dan darah) sudah berada dalam simpanan HKL, selain bimbang berlakunya penipuan.

"Dalam kes 98-99, darah saya telah diambil secara paksa atas arahan Musa dan saya percaya ia masih dalam simpanan HKL," kata beliau.

Anwar dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan, malam tadi dan dibebaskan pagi tadi selepas mendapat jaminan bon polis.

Beliau juga telah memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak HKL yang menjalankan pemeriksaan di seluruh badannya, termasuk alat sulitnya dan 'mengukur apa yang perlu'.

Lokap untuk penjenayah berat

ImageMenceritakan pengalamannya ditahan semalaman, Anwar memberitahu media bahawa beliau diletakkan di dalam lokap bagi penjenayah berat dan diletakkan berbaring di atas simen tanpa sebarang alas.

Bagaimanapun, isterinya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa sehelai tuala untuk dijadikan alas tidur, pada jam satu pagi.

"Kesan yang dialami itu agak berat, kerana memang dimaklumi saya mengalami sakit belakang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit sejurus tiba di rumah pagi tadi," tegas beliau.

Utusan, Kosmo dihalang masuk

Sementara itu, satu jam sebelum sidang media bermula, para wartawan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara diperiksa kad media masing-masing sebelum dibenarkan memasuki perkarangan kediaman Anwar.

Wakil dari Utusan dan Kosmo tidak dibenarkan membuat liputan sidang media tersebut, walaupun wakil Kosmo pada awalnya berjaya memboloskan diri.

Anwar turut menyatakan kekesalannya terhadap laporan Utusan Malaysia dan NST berhubung kes beliau yang dianggap sengaja dibesar-besarkan.

Image"Saya lihat Utusan dan NST tiada keinsafan dalam membuat laporan sejak 10 tahun lalu mengenai kes saya. Mengapa tidak desak kerajaan menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kes pembunuhan Altantuya?

Apabila sesuatu kes itu melibatkan saya, media cuba menjadikannya satu isu besar. Kenapa meletakkan saya sebagai mangsa? Hanya kerana saya berada di pihak pembangkang," kata beliau lagi.

Sementara itu, di perkarangan kediaman Anwar dipenuhi para penyokong dan rakan-rakan perjuangan bagi menyatakan sokongan padu terhadap Anwar.

Antara pemimpin Pakatan Pakyat yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS, Dr Mariah Mahmud; Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.- tajdid_

LUCU DAN BERBEZA DARI BAHAN MEDIA BN.....

Anwar ditahan ikut prosedur

KUALA LUMPUR 17 Julai - Penahanan yang dilakukan oleh polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut prosedur dan protokol yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkau bidang kuasa sebaliknya ia dilakukan secara telus bagi mengelakkan timbul sebarang syak wasangka.

Beliau berkata, Anwar berhak mendapat layanan dan penghormatan yang sewajarnya selama berada dalam tahanan polis.

"Inilah yang berlaku. Polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkaui kuasa tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang. Oleh itu segala tindakan yang diambil wajib mengikut prosedur dan protokol yang tertentu,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran Pendidikan dan Karier 2008 serta Logo Kejohanan Dunia F500 Powerboat 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada penahanan oleh pihak polis terhadap Anwar ekoran dakwaan tersebut memberi kesan kepada rakyat dan negara ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya pukul 1 tengah hari iaitu sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengikut berita terkini, Anwar telah pun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil semalam.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan polis menahan Anwar sejam lebih awal Najib berkata, polis telah pun memberi jawapan mengenai perkara tersebut.

Berhubung dengan tindakan sepasukan polis memakai topeng semasa menahan Anwar, beliau berkata, segala tindakan polis dibuat atas budi bicara mereka.

"Segala urusan termasuk cara untuk menahan (Anwar) kita serahkan kepada budi bicara pihak polis kerana mereka yang lebih mengetahui iaitu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Kita tidak akan menyentuhnya secara terperinci kerana tindakan seumpama itu merupakan tanggungjawab polis sepenuhnya,'' katanya.

PEMIMPIN JEPUN JUGA MEMBERI SOKONGAN....(TERIMA KASIH)


Jepun mahu dapat penjelasan penangkapan Anwar
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jul 17, 08 | 6:38:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Agensi berita AFP melaporkan kenyataan Menteri Luar Jepun, Masahiko Komura yang mahu mendapatkan penerangan berhubung penangkapan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

ImageMasahiko dijadual menghadiri mesyuarat menteri luar negara anggota ASEAN di Singapura, minggu depan.

Dalam satu kenyataan yang dipetik AFP di Tokyo, ketua jurucakap Kementerian Luar Jepun, Nobutaka Machimura berkata, Jepun berharap menggunakan kesempatan mesyuarat itu untuk mendapat maklumat situasi yang berlaku sebelum membuat sebarang reaksi.

Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi setelah ditangkap sepasukan anggota polis bertopeng di hadapan rumahnya petang semalam; kurang sejam sebelum tempoh beliau menyerah diri untuk disiasat polis tamat.

Bukit Aman memberi tempoh sehingga jam 2.00 petang semalam untuk Anwar memberikan keterangan secara sukarela di Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur.

ImageBagaimanapun, Anwar ditahan polis dalam perjalanan balik ke kediamannya di Segambut Dalam selepas memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya.

Anwar menafikan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap tuduhan terbaru itu sebagai konspirasi kedua (selepas 1998) untuk menghalang rancangannya mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Jepun melihat rantau Asia Tenggara sebagai penting dan memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia Julai tahun lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat pada Rabu, lapor AFP menyatakan keprihatinan serius terhadap insiden penangkapan Anwar.- tajdid _

Anwar tidak benar HKL ambil sampel DNA

Nyza Ayob
Thu | Jul 17, 08 | 4:04:50 pm MYT

KUALA LUMPUR 17 Julai (Hrkh) - Peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyatakan Anwar tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana dikhuatiri ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa.

Sankara yang ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) selepas Anwar dibebaskan pada jam 9.45 pagi tadi menyatakan, Anwar melahirkan kebimbangan sekiranya sampel DNA itu diambil, ia akan dimanipulasi pasukan penyiasat yang turut terlibat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan kenapa perlu DNA Anwar diambil lagi kerana sampel DNA telah diambil sewaktu kes 1998 dahulu.

Semalam, Penasihat Parti KeADILan Rakyat itu menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela.

Anwar dibebaskan pukul 9.45 pagi ini dengan ikat jamin polis.

Menurut Sankara juga, bagaimanapun Anwar diarahkan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini.

Dalam pada itu, Sankara menegaskan, Anwar terus dibawa ke rumahnya di Segambut memandangkan beliau mengalami masalah kesihatan.

Katanya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen sewaktu ditahan malam tadi. - mns_



Iklan Teks