IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
15/16/17/18
Maaf agak lambat update kerana sibuk dengan beberapa insiden tidak terjangka berlaku. Paling tidak enak adalah berita tentang DSAI ditahan polis dipertengahan jalan. Detail telah banyak yang ditulis oleh beberapa pihak tapi saya hanya ingin berkongsi sedikit tentang beberapa hal yang berlaku.
1. KPN tidak dapat menerima hakikat bahawa ketegasan dan keberanian DSAI melaporkan kes rasuah melibatkan Musa Hassan (KPN sekarang)
2. Kondisi Najib yang sudah tercungap-cungap akan bertindak mengebom apa sahaja yang dia fikir sesuai dari dirnya se4ndiri...
3. Debat membuktikan DSAI lebih bersedia dan mampu berhujjah dengan perwakilan BN...Road show diteruskan!!
Kami balik ke rumah jam 3 pagi...esuknya sudah ada berita DSAI dibebaskan pagi.
Hari Sabtu yang lalu, 12-07-2008, polis datang ke rumah saya untuk menyerahkan notis di bawah peruntukan Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah, mereka juga mengganggu keluarga saya dan meminta saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL) pada jam 2 petang, 14-07-2008, hari Isnin. Walaupun peguam saya sudah memberi jaminan bahawa saya akan hadir ke IPK KL pada hari Isnin 14-07-2008. Hari berikutnya, Ahad, polis telah menyerahkan satu perintah mahkamah ex-parte, menghalang saya dari berada di kawasan sekitar 5 kilometer dari Parlimen pada hari Isnin 14-07-2008. Akan tetapi kita semua sedar bahawa rumah saya sebenarnya berada dalam radius 5 KM dari Parlimen. Berdasarkan perintah mahkamah itu mereka sebenarnya meletakkan saya dalam tahanan rumah pada hari Isnin tersebut sekaligus menghalang saya dari hadir ke IPK KL.
Hari Isnin, 14-07-2008, kehadiran anggota polis di luar kediaman saya menguatkan jangkaan kami bahawa mereka bersedia untuk
menahan saya sekiranya saya keluar dari kediaman saya dengan alasan saya sudah melanggar perintah mahkamah tersebut. Maka timbul persoalan perintah mahkamah mana yang saya harus patuhi, perintah ex-parte ataupun notis di bawah Seksyen 111 dari polis?
Continue reading ‘Kenyataan Media Pasca Penahanan 16hb Julai 2008( edisi Melayu)’
Anwar: Sex claims are 'vendetta' | |||||
| |||||
Malaysia's de facto opposition leader, Anwar Ibrahim, has said police have no case against him to prove that he sodomised a male aide, saying the allegations are part of a "personal vendetta" against him. Speaking at his Kuala Lumpur home on Thursday shortly after he was freed on bail, Anwar called on the Malaysian prime minister to ensure the investigation against him was conducted professionally. Anwar, 61, has repeatedly denied the sodomy accusation, which he says is a political conspiracy to prevent him from challenging the government. It is the second time in a decade that his political career has been jeopardised by such allegations. He was arrested on Wednesday and questioned for eight hours over the case. He was not formally charged, but police say he remains a suspect in the case. Speaking to reporters Anwar said he was treated like a "major criminal" and needed medical treatment after a night in a bare cell at Kuala Lumpur police headquarters which aggravated a back injury. "Dumped in a cell to sleep on a cold cement floor with nothing... that has exacerbated the pain," he said. He added that he was subjected to an examination which included the measuring of his genitals. "They have seen all my private parts. Of course I refused to be photographed, it could be on YouTube very soon! You mean I can trust the system?" 'Vengeneance'
Police officials have said he received fair treatment during his almost 24 hours in custody during which he was allowed two visits by family members. Speaking to Al Jazeera Syed Hamid Albar, the Malaysian home affairs minister, denied that there were any political motivations in the case, saying it was a purely criminal investigation. "There is no political motivation for us to bring a case just because we fear we are under political threat by him – I don't think we fear that," he said. Anwar was arrested an hour before a police deadline for him to voluntarily answer charges that he sexually assaulted a young male aide, the second time he has faced sodomy accusations in a decade. He has described the sodomy allegations as a "fabrication" and a "malicious" attack by his political enemies. US concerns Responding to news of Anwar's arrest on Wednesday the US State Department said the case raised "serious questions and concerns" over the rule of law in Malaysia. Anwar has said repeatedly that both charges were trumped up by political opponents and the police. With the Anwar case once again stirring political tensions in Malaysia, police have implemented road blocks and security checks around Kuala Lumpur in an effort to prevent fresh protests. |
Anwar masih belum terima salinan report
Anis Nazri dan Salmiyah Harun Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jul 17, 08 | 7:00:19 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Walaupun disiasat melebihi lima jam dan ditahan reman semalaman, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan salinan laporan polis bekas petugas sukarela pejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar berkata, setiap kali beliau bertanya berkaitan salinan laporan polis itu, pihak polis memberikan pelbagai alasan dan mengelak untuk memberikannya. "Apabila bertanya perkara itu, polis hanya menjawab bahawa mereka diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar). Siapa yang arah? Timbalan Perdana Menteri atau isterinya, atau ketua polis negara?" soal beliau sambil diringi tawa dari pihak media. Anwar menegaskan kecurigaan pihaknya terhadap ketulenan laporan polis itu jika salinannya diserahkan polis kepadanya hari ini. "Mereka mungkin pinda, pinda, pinda. Sampai tak tahu betulkah itu salinan asal si penuduh," kata beliau di hadapan kira-kira seratus wakil media dari dalam dan luar negara, di rumahnya di Segambut Tengah, petang tadi. Kesal dengan Bakri Anwar juga kesal dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini bahawa polis terpaksa memintas keretanya kerana didakwa enggan menyerah diri dan mengubah haluan kereta di saat-saat akhir. "Ini merupakan pembohongan besar Bakri bagi menutup malu atas salahguna kuasa polis. Sedangkan saya sudah bersedia memberi kerjasama untuk memberi keterangan seperti mana pada masa yang ditetapkan," kata beliau. Anwar turut mendakwa Bakri bertugas atas desakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang ada kepentingan sendiri. "Beliau (Musa) mempunyai kepentingan sendiri yang bermaksud untuk menganiayai dan membuat fitnah terhadap saya kerana saya mempunyai bukti yang cukup kukuh tentang apa yang dilakukan beliau terhadap saya dalam kes 98-99 dulu," kata beliau. Enggan serah DNA, ambil darah Dalam pada itu, Anwar enggan diambil darah dan melakukan ujian DNA atas nasihat peguam kerana kedua-duanya (DNA dan darah) sudah berada dalam simpanan HKL, selain bimbang berlakunya penipuan. "Dalam kes 98-99, darah saya telah diambil secara paksa atas arahan Musa dan saya percaya ia masih dalam simpanan HKL," kata beliau. Anwar dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan, malam tadi dan dibebaskan pagi tadi selepas mendapat jaminan bon polis. Beliau juga telah memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak HKL yang menjalankan pemeriksaan di seluruh badannya, termasuk alat sulitnya dan 'mengukur apa yang perlu'. Lokap untuk penjenayah berat Menceritakan pengalamannya ditahan semalaman, Anwar memberitahu media bahawa beliau diletakkan di dalam lokap bagi penjenayah berat dan diletakkan berbaring di atas simen tanpa sebarang alas. Bagaimanapun, isterinya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa sehelai tuala untuk dijadikan alas tidur, pada jam satu pagi. "Kesan yang dialami itu agak berat, kerana memang dimaklumi saya mengalami sakit belakang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit sejurus tiba di rumah pagi tadi," tegas beliau. Utusan, Kosmo dihalang masuk Sementara itu, satu jam sebelum sidang media bermula, para wartawan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara diperiksa kad media masing-masing sebelum dibenarkan memasuki perkarangan kediaman Anwar. Wakil dari Utusan dan Kosmo tidak dibenarkan membuat liputan sidang media tersebut, walaupun wakil Kosmo pada awalnya berjaya memboloskan diri. Anwar turut menyatakan kekesalannya terhadap laporan Utusan Malaysia dan NST berhubung kes beliau yang dianggap sengaja dibesar-besarkan. "Saya lihat Utusan dan NST tiada keinsafan dalam membuat laporan sejak 10 tahun lalu mengenai kes saya. Mengapa tidak desak kerajaan menyiasat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembabitan mereka dalam kes pembunuhan Altantuya? Apabila sesuatu kes itu melibatkan saya, media cuba menjadikannya satu isu besar. Kenapa meletakkan saya sebagai mangsa? Hanya kerana saya berada di pihak pembangkang," kata beliau lagi. Sementara itu, di perkarangan kediaman Anwar dipenuhi para penyokong dan rakan-rakan perjuangan bagi menyatakan sokongan padu terhadap Anwar. Antara pemimpin Pakatan Pakyat yang hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS, Dr Mariah Mahmud; Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.- tajdid_ LUCU DAN BERBEZA DARI BAHAN MEDIA BN..... Anwar ditahan ikut prosedurKUALA LUMPUR 17 Julai - Penahanan yang dilakukan oleh polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut prosedur dan protokol yang telah ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkau bidang kuasa sebaliknya ia dilakukan secara telus bagi mengelakkan timbul sebarang syak wasangka. Beliau berkata, Anwar berhak mendapat layanan dan penghormatan yang sewajarnya selama berada dalam tahanan polis. "Inilah yang berlaku. Polis tidak akan mengambil tindakan yang melangkaui kuasa tetapi berdasarkan peruntukan undang-undang. Oleh itu segala tindakan yang diambil wajib mengikut prosedur dan protokol yang tertentu,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran Pendidikan dan Karier 2008 serta Logo Kejohanan Dunia F500 Powerboat 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Beliau ditanya sama ada penahanan oleh pihak polis terhadap Anwar ekoran dakwaan tersebut memberi kesan kepada rakyat dan negara ini. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya pukul 1 tengah hari iaitu sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Sementara itu, mengikut berita terkini, Anwar telah pun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil semalam. Sementara itu ketika ditanya mengenai tindakan polis menahan Anwar sejam lebih awal Najib berkata, polis telah pun memberi jawapan mengenai perkara tersebut. Berhubung dengan tindakan sepasukan polis memakai topeng semasa menahan Anwar, beliau berkata, segala tindakan polis dibuat atas budi bicara mereka. "Segala urusan termasuk cara untuk menahan (Anwar) kita serahkan kepada budi bicara pihak polis kerana mereka yang lebih mengetahui iaitu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. "Kita tidak akan menyentuhnya secara terperinci kerana tindakan seumpama itu merupakan tanggungjawab polis sepenuhnya,'' katanya. PEMIMPIN JEPUN JUGA MEMBERI SOKONGAN....(TERIMA KASIH) |
Jepun mahu dapat penjelasan penangkapan Anwar
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Jul 17, 08 | 6:38:07 pm MYT | |||||
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Agensi berita AFP melaporkan kenyataan Menteri Luar Jepun, Masahiko Komura yang mahu mendapatkan penerangan berhubung penangkapan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Masahiko dijadual menghadiri mesyuarat menteri luar negara anggota ASEAN di Singapura, minggu depan. Dalam satu kenyataan yang dipetik AFP di Tokyo, ketua jurucakap Kementerian Luar Jepun, Nobutaka Machimura berkata, Jepun berharap menggunakan kesempatan mesyuarat itu untuk mendapat maklumat situasi yang berlaku sebelum membuat sebarang reaksi. Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi setelah ditangkap sepasukan anggota polis bertopeng di hadapan rumahnya petang semalam; kurang sejam sebelum tempoh beliau menyerah diri untuk disiasat polis tamat. Bukit Aman memberi tempoh sehingga jam 2.00 petang semalam untuk Anwar memberikan keterangan secara sukarela di Bahagian Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Anwar ditahan polis dalam perjalanan balik ke kediamannya di Segambut Dalam selepas memberi keterangan kepada BPR di Putrajaya. Anwar menafikan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya dan menganggap tuduhan terbaru itu sebagai konspirasi kedua (selepas 1998) untuk menghalang rancangannya mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Jepun melihat rantau Asia Tenggara sebagai penting dan memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan Malaysia Julai tahun lalu. Sementara itu, Amerika Syarikat pada Rabu, lapor AFP menyatakan keprihatinan serius terhadap insiden penangkapan Anwar.- tajdid _ Anwar tidak benar HKL ambil sampel DNA
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!