foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, July 13, 2008

USUL TIDAK PERCAYA AMAT MENAKUTKAN BN-UMNO & para macai mula beraksi desperado........?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11/12/13 JUN

Mohon maaf kerana PC saya sejak 10 Jun malam telah dicuri oleh seseorang. Semoga dia dapat menggunakan PC tersebut sebaik mungkin untuk kebaikan rakyat.

Dalam beberapa hari ini polis terus mengadakan sekatan jalan raya di mana-mana sahaja di sekitar KL. Tak jelas kenapa tapi yang pasti usul tidak percaya sudah memberi isyarat jelas dari Parlimen. Inilah yang membuatkan suasana politik Malaysia makin panas. Sila semak fakta -fakta di bawah...

PAS tetap sokong usul di parlimen esok - Mahfuz
Nyza Ayob
Sun | Jul 13, 08 | 10:22:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - PAS akan tetap menyokong usul ketidakpercayaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinetnya, yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat esok.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sewaktu diminta mengulas mengenai perkara tersebut dalam sidang media selepas perasmian Ibu Pejabat PASTI Pusat di Taman Samudera hari ini.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, mengulangi kata-kata Presiden PAS, hakikat dalam struktur Pakatan Rakyat persetujuan dicapai bahawa tidak ada siapa yang menjadi ketua dalam pakatan tersebut.

Malah katanya, sesiapa tidak boleh menghalang persepsi yang menganggap Anwar sebagai ketua.

"Kita tidak boleh halang persepsi masyarakat. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua,"katanya.

Dalam sidang media itu juga, beliau menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan wartawan mengenai isu politik yang melanda negara hari ini.

(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)

Wartawan: Sebuah akhbar tempatan hari ini menyatakan Pakatan Rakyat semakin retak apabila PAS dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut.

Akhbar tersebut juga menyatakan usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu PAS. Respons YB mengenai kenyataan ini?

Mahfuz: Bagi saya ini merupakan satu permainan media. Sejak akhir-akhir ini media banyak menimbulkan keraguan masyarakat terhadap PAS. Dan cuba menimbulkan perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini TV3 cuba mengeksploitasi terhadap isu penggunaan jet oleh Menteri Besar, Kedah.

Tetapi akhirnya mereka sedar itu bukan urusan Menteri Besar tetapi urusan istana, yang mana Menteri Besar hanya mengiringi Tuanku Bendahara untuk menjemput Sultan Brunei bagi menghadiri sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

Kini Utusan Malaysia pula memainkan isu yang saya sifatkan tidak ada apa-apa pun yang berbangkit dengan isu perbalahan mahupun seolah-olah PAS terpinggir dan di pinggir.

Dalam kerajaan negeri yang kita perintah, kita memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat. Semua yang kita putuskan berdasarkan persetujuan dalam perbincangan yang dibuat di peringkat kerajaan negeri atau parti.

Jadi, tidak timbul soal PAS terpinggir. Kenyataan ini merupakan satu fitnah. Malah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini, kita mengambil ketetapan untuk memperkasakan parti dan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sebarang bentuk masalah yang berbangkit sama ada bagi pihak PAS, KeADILan atau DAP harus diselesaikan di meja perbincangan. Jadi, saya tidak nampak ada masalah besar yang melanda Pakatan Rakyat.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku hari ini, kita melihat parti komponen Barisan Nasional ditimpa dengan pelbagai masalah seperti MIC dan MCA. Begitu juga yang dihadapi Umno sehingga memaksa Perdana Menteri mengumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010. Dan tidak timbul mengatakan PAS dipinggirkan dalam membuat usul tidak percaya.

Semua itu juga hasil cadangan daripada PAS. Malah pimpinan PAS, YB Salahuddin Ayub merupakan orang pertama yang mendraf usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.

Jadi, tidak timbul seperti yang tersebar melalui SMS mengatakan PAS diperalatkan. Dan kita bersetuju untuk menyokong usul tersebut.

Isu juga ditimbulkan media bahawa Pakatan Rakyat tidak mencadangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dinyatakan Presiden. Respons YB?

Itu persepsi orang dan kita tidak boleh menghalang persepsi orang yang menganggap siapa ketua. Persepsi orang menganggap Anwar sebagai ketua. Tapi hakikatnya dalam struktur Pakatan Rakyat Persetujuan kita bersetuju bahawa tidak ada siapa ketua.

Anggapan Anwar sebagai ketua atau siapa ketua itu adalah persepsi rakyat. Kita tidak boleh halang. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua.

Mengenai amaran polis kepada Dato' Seri Anwar dan para penyokong supaya tidak meneruskan perhimpunan yang dikatakan berlaku di pekarangan bangunan Parlimen esok, adakah PAS mengetahui mengenai perhimpunan tersebut?

Semalam baru saya tahu bahawa tidak ada orang luar dibenarkan melawat ke Parlimen kerana dikatakan akan berlaku perhimpunan. Sekatan polis juga telah bermula hari ini.

Saya juga terkejut. Bila perkara ini dirancang? PAS tidak merancang dan apabila kita hubungi KeADILan mereka katakan juga tidak merancang. Jadi tiada siapa yang merancang.

Jadi saya katakan bahawa ini satu suasana yang sengaja dicipta oleh pihak kerajaan sendiri seolah-olah satu kebimbangan di kalangan masyarakat di negara kita terhadap proses peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat.

Walhal jika dikaitkan dengan isu usul yang akan dibawa esok, itu usul biasa iaitu usul di bawah Perkara 18 (1) dan (2) yang tidak pun ada usul 'voting' yang boleh direkodkan untuk menentukan usul itu menang atau kalah. Jadi saya menganggap jika laporan itu sampai kepada kerajaan sehingga kerajaan terpaksa membuat keputusan sedemikian, mungkin pelapor itu salah.

Saya ingat dia dapat daripada 'koperal Mat Saman' mana... wallahua'llam. Tapi bagi saya, apabila mereka melakukan perkara ini, ia akan menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, apa jadi dengan politik Malaysia?

Saya percaya keadaan sebaliknya akan berlaku, iaitu daripada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat yang mana orang melihat memang kerajaan BN akan jatuh. Ia satu perkara yang tidak patut digembar-gembur.

Bagaimana dengan hasrat Pakatan Rakyat yang ingin menguasai Malaysia?

Kenyataan saya yang kuat dan mewakili parti ialah kita berhasrat untuk menarik perhatian Ahli Parlimen sama ada BN atau parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dan semenanjung untuk bersama Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Malaysia baru ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

Jika hasrat tersebut tidak berjaya?

Ada usaha daripada BN untuk menghalang penghijrahan Ahli Parlimen komponen BN. Malah saya sendiri telah didatangi rakan-rakan yang bersedia untuk berhijrah.

Mereka menyatakan mereka sering diekori oleh SB di mana sahaja mereka pergi dan ada yang pihak tertentu yang menjanjikan sesuatu untuk mereka. Jadi gambaran tersebut menunjukkan terdapat usaha menghalang mereka daripada berhijrah.

Saya ingin mengatakan, jika perkara ini tidak jadi, saya tidak mengalami apa-apa kerugian. Kita tetap seperti biasa dan akan terus memperkasa Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU- 13.

Jika tidak berjaya sebelum September ini, kita masih mempunyai waktu sebelum menjelang Jun 2010 untuk berusaha bagi apa yang kita ingini tercapai.

Mengenai perdebatan Dato' Seri Anwar dengan Menteri Penerangan, Dato' Shabery Chik pada 15 Julai ini.

Saya menyokong penuh debat tersebut. Dan saya percaya Dato' Seri Anwar akan menggunakan ruang tersebut mewakili Pakatan Rakyat bagi menyatakan pendirian terhadap isu berkaitan kenaikan harga minyak ini.

Dan saya harap debat tersebut akan disiarkan secara langsung supaya masyarakat dapat menilai boleh atau tidak untuk menurunkan harga minyak.

Ini satu ruang yang harus diambil bagi membuktikan keupayaan kita mengurus sumber kekayaan di negara kita untuk kesejahteraan rakyat.

Umno menganggap tindakan debat ini merugikan kerana saya percaya apabila diberi peluang Dato' Seri Anwar akan menjelaskan keupayaan Pakatan Rakyat membawa sesuatu yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Dan persepsi rakyat tentu akan berubah kerana apa yang dinyatakan itu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan yang menguruskan dana negara.

Jika saya menyatakan perkara tersebut dalam rancangan Hujjah di TV9, mungkin orang mengatakan saya tidak mempunyai latar belakang mengenai perkara itu serta bukan berpengalaman.

Saya percaya mungkin Umno akan berusaha untuk menggagalkan perkara tersebut tetapi ketelanjuran persetujuan yang dibuat Shabery Chik mungkin debat tersebut diteruskan.

Ezam Mohd Noor 'menegur' PAS supaya tidak membuat pakatan dengan KeADILan. Wajar atau tidak 'tegurannya' itu?

Saya tidak menghalang untuk sesiapa memberikan pendapat dan pandangan. Pemerhati politik juga mungkin mempunyai pandangan. Kita menyokong kebebasan demokrasi sesiapa untuk beri pandangan. Tetapi yang membuat keputusan adalah pimpinan parti sama ada PAS, KeADILan atau DAP.

Kenyataan Ezam itu juga seolah-olah menggambarkan KeADILan tidak betul.

Isunya adakah dia menganggap Umno betul? Jika dia menganggap keADILan ini tidak betul, adakah dia boleh menganggap Umno dan BN, kepimpinan Pak Lah dan Najib yang dia sendiri 'telanjangkan' selama ini adalah sesuatu yang betul.

Negara kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan adakah mereka ingin menganggap bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan hari ini sesuatu yang betul.

Pendirian PAS mengenai dakwaan kes liwat yang menimpa Dato' Seri Anwar?

Kita berpendirian bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Dan beban bagi membukti kes itu berlaku bukan atas diri Anwar, tapi beban harus dipertanggungjawab pada orang yang menuduh Anwar.

Komen YB mengenai Perjanjian Pangkor II yang katanya wujud oleh kerajaan Perak?

Apa yang dinyatakan oleh MB Perak dan kepimpinan DAP Perak memang tidak wujud. Apa benda Perjanjian Pangkor ini? Pulau Pangkor memang ada di jajahan takluk Perak (tersenyum).

Jadi, saya menganggap apa yang diketengah oleh media adalah usaha untuk 'divert' isu daripada tumpuan masyarakat terhadap kelemahan Pak Lah dan Najib.

Dan untuk mengalih perhatian daripada orang berbincang kenapa Pak Lah beri tempoh 10 tahun baru hendak tukar jawatan PM. - mks._

PIMPINAN PR SEPAKAT DALAM HAL PENERUSAN PERJUANGAN PR....


Jika ditangkap - Anwar mahu PAS, KeADILan dan DAP teruskan perjuangan
Izwan Abdul Halim
Sun | Jul 13, 08 | 2:40:23 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu PAS, KeADILan dan DAP untuk meneruskan agenda perjuangan Pakatan Rakyat sekiranya apa-apa terjadi kepada beliau.

ImageBeliau juga mahu agar rakyat turut sama meneruskan agenda perjuangan bersama pemimpin Pakatan Rakyat seandainya kemungkinan beliau dipenjara semula.

Perkara itu ditegaskannya semasa menyampaikan ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' bersama-sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.

Menjawab pertanyaan media bahawa wujud khabar angin yang mengatakan pihak keselamatan akan melakukan sesuatu ke atasnya, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.

Image"Kita tidak tolak kemungkinan itu sebab kita pernah lalui dan watak yang sama juga masih main peranan, saya tidak tahu. Tetapi saya tidak tolak kemungkinan.

"Dulu kita tolak kemungkinan perkara itu berlaku, jadi kemungkinan itu ada. Saya cuma harap harap kali ini mereka hormat proses undang-undang,"ujarnya pada sidang media selepas ceramah tersebut.

Ditanya media mengenai jaminan keselamatan ke atasnya, beliau menegaskan tidak melihat adanya perubahan dari segi kawalan keselamatan sebagaimana yang mereka lakukan terhadap Balasubramaniam dan juga Saiful.

Pada ceramah tersebut, Anwar turut menyentuh mengenai debat antara beliau dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang disambut hadirin dengan laungan 'lawan, lawan'.

"Saya nak lawan Menteri Penerangan buat apa? Saya nak lawan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Jadi saya hendak ulang, saya tunggu 15 haribulan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau kedua-duanya sekali! Tetapi setakat ini dia tidak mahu, dia tidak mahu tidak mengapa,"ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, selepas beliau berbincang dengan pimpinan PAS dan DAP, beliau setuju meneruskan debat itu dengan tujuan mengambil peluang untuk jelaskan mengenai kesediaan Pakatan Rakyat untuk memerintah. - mks. _

PIHAK YANG MEMFITNAH BAHAWA KONONNYA PAKATAN RAKYAT AKAN BERPECAH ADALAH SALAH....

Pakatan berpecah hanya gimik politik � Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Sun | Jul 13, 08 | 8:55:17 pm MYT

KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya Pakatan Rakyat bakal berpecah tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, pelbagai andaian dibuat pihak terbabit semata-mata mahu memburukkan imej Pakatan Rakyat yang semakin mantap sekarang.

�Kerajaan Pakatan baru dibentuk setelah lima negeri termasuk Kelantan dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Usianya baru berusia lebih 100 hari.

Image�Pakatan yang begitu besar sudah tentu ia tidak dapat berfungsi secara sempurna dalam waktu yang singkat,� katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kononnya Pakatan Rakyat yang dianggotai KeADILan, PAS dan DAP semakin retak apabila PAS dikatakan akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno sudah beberapa kali kali bertukar dalam pakatan yang dibentuk bersama beberapa parti lain.

Menurutnya mula-mula gabungan dikenali sebagai Perikatan dan lepas itu Barisan Nasional (BN).

�Kenapa perkara tu boleh berlaku kalau tidak ada sebarang masalah. Walhal Umno sudah lama wujud kenapa sering bertukar nama pakatan kalau tidak kerana ada sebarang masalah.

�Sedangkan kita baru lagi, saja pihak musuh hendak khianat aje,� ujarnya. Menurutnya Allah Taala sewaktu mencipta dunia mengambil masa enam hari dan bukannya dalam tempoh 24 jam.Image

�Mana boleh sempuna dengan sekaligus, berlaku sedikit sebanyak tu perkara biasa dalam pakatan baru, apa lagi baru berusia lebih 100 hari,� ujarnya.

Ketika berucap sebelum itu beliau berkata, harapan kerajaan negeri untuk melahirkan pendakwah di kalangan Orang Asli akan menjadi kenyataan 10 tahun lagi apabila anak-anak mereka diambil belajar di sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang tidak lama lagi.

Menurutnya, sebelum ini begitu sukar mendapatkan pendakwah untuk berdakwah di kalangan masyarakat Orang Asli.

�Namun InsyaAllah hasrat itu akan menemui kejayaan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi apabila anak-anak mereka belajar di sekolah berkenaan yang akan dinaik taraf lengkap dengan pelbagai kemudahan,� ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Yik, Haji Ahmad Mahmood. - mj _

Wan Azizah alu-alukan banyak anggota sokong usul

PULAU PINANG 12 Julai - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan lebih banyak Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, beliau tidak mengharapkan suatu perubahan dalam kerajaan, sebaliknya perwakilan bagi suara rakyat didengar di Parlimen.

"Proses itu tidak akan membabitkan sebarang pengundian dan kami tidak akan memfailkan usul itu buat kali kedua sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak memberi kebenaran kali ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, sempena sambutan ulang tahun ke-70 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini. Dr Wan Azizah berkata beliau menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

- Bernama

WAHAI SDR EZAM...orang dok sebuk nak tukar kerajaan..hang dok sebuk nak buka kain orang..sudahlah..buka kain sendiri aje..dan suruh mat macai hang tenguk..!! Yang julin, yang tuli dan berhati plastik tidak akan merubah apa-apa melainkan kerendahan jatidiri sdr.....sudahlah...ambillah pendekatan politik cara baru yang lebih sehat...lebih berwibawa dan berhaluan...Sdr semakin desperado dan kelihatan sangat pendekatan kemacai an UMNOnya..Kenapa seorang pejuang boleh merendahkan darjah perjuangannya sampai ke tahap ini? Sila renungkan masa depan politik sdr dan pendokong sdr!!!

Ezam sedia bongkar rahsia Anwarjika dikaitkan dengan konspirasi politik

SHAH ALAM 12 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) berkata, beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerusi tuduhan liwat."Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran UMNO Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan 'Alam Free Speech' di Seksyen 19 di sini malam tadi.

Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.

Katanya berkata, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam UMNO dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

Mohamad Ezam berkata, beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

Mohamad Ezam berkata, dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lepas sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!