foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, March 3, 2010

MENGENALI PEJUANG PERLUKAN WAKTU

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.



2 Mac



Sudah hampir dua tahun UMNO BN menyerang PR dari berbagai sudut. Ada yang kena dan banyak yang sasar. Bagi saya untuk menganalisa jadi atau tidak strategi UMNO bukan urusan saya dan sejak dari zaman dulu saya tidak peduli. Tapi apabila melihat mereka bermain dengan Islam dan Allah demi sebuah kuasa, hati ini amat terasa sekali. Terasa sedih kerana mereka itu Islam secara zahir. Mengucap dua kalimah syahadah dll. Terasa marah, kerana mereka hanya bermain dan hipokrit.

Saudara para pejuang sekalian,

Seorang demi seorang gugur di depan mata kita akibat dunia dan ajakannya membuat semakin jelas akan siapa sebenarnya ikhlas berjuang. Inilah proses ta'ruf yang panjang. Saya ingin syer dengan sdr semua:

1. YB yang melompat bangga kerana dialah yang paling cerdik dari Yb yang lain. Rasa cerdik ini bukan sebenarnya mereka cerdik mereka tahu dan faham. Tapi mereka paksakan di depan khlalayak merekalah yang sebenarnya paling waras dengan memberi 1000 alasan. Jauh di sudut hati mereka yang sebenar, mereka tersesat dalam belukar dunia dan harapan.

2. Berdegar-degar ucapan bukan bererti mereka ikhlas tapi hanya sekadar servis bibir. Ada niat lain di samping itu semua. Beberapa orang yang saya kenal ketika kami meminta mereka agar tidak terlalu vokal dalam memberi pandangan politik kemudiannya beralih arah. Mereka hanyut dengan harapan dari sebuah janji.

3. Mereka adalah pejuang kulitan yang sangat tipis dan rapuh. Rasanya bagi sebuah gerakan rakyat, mereka sememangnya tidak layak untuk terus bersama dengan denyut nadi rakyat. Bahkan mungkin mereka tidak langsung merasakannya. Jadi biarkanlah mereka pergi dan beredar dari gelanggang perjuangan rakyat. Jangan ditangisi kerana itulah pilihan mereka.

4. Pemimpin PR, seharusnya tunduk ke bumi dan merenung diri serta insaf. Inilah rentetan dari sebuah ujian dalam perjuangan. Rasa kagum kepada kebolehan diri dan perasaan angkuh di hadapan Allah, hentikanlah serta merta!! Pilihlah sahabat yang sejati dan murni. Bukan kerana datuk atau gelarnya kita bersahabat. Bukan itu, itu hanya mainan perasaan dan harapan.

5. Pesan ikhlas dari rakyat kecil, jangan ditolak semuanya kerana adakalanya ia datang dari sebuah harapan murni untuk melihat PR membaik. Rangkullah rakyat kecil ini kerana rahmat Allah datangnya dari doa-doa mereka. Wahai pemimpin rakyat bertaubatlah dan dekatkanlah diri mu kepada sang khaliq yang maha segalanya!! Semoga Allah menerima doa-doa kita semua dan berharaplah semata-mata pertolongan dari Allah!!