foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, June 5, 2009

BERITA PANAS SOAL AMBALAT SEHINGGA MAHU PERANG DENGAN MALAYSIA..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

5 JUN

Isu Manohara seperti memercikkan api pada kolam petrol yang sememangnya sudah panas sejak beberapa tahun lampau tentang Ambalat. Tapi sayang sekali di media Malaysia langsung tidak kedengaran soal isu yang lebih berat dari Manohara dan pimpinan Indonesianya dengan tegas mahu perang jika tidak ada solusi. Saya ingin syer soal ini:

1. Kenapa sampai sekarang masih belum ada solusi yang membuatkan perkara ini selesai dan kedua pihak tenang? Saya kira jika ada niat baik dari kedua pihak khasnya Malaysia maka sudah tentu isu ini tidak memanas sampai mahu perang. Istilah perang mungkin sahaja sebagai suatu strategi ugutan politik tetapi pengaruhnya sangat dahsyat.

2. Jika berlaku perang diakibatkan oleh kebodohan pimpinan Malaysia dari segi diplomatik maka yang paling rugi ialah rakyat Malaysia. Jadi seharusnya pimpinan Malaysia lebih peka soal kedaulatan negara lain dan jangan ambil mudah soal ini.!!!

3. Kata-kata perang amat mudah diresapi oleh rakyat Indonesia kerana memang watak bangsa Indonesia yang lebih berani dan terbiasa dengan ungkapan itu tersebut. Berbeza dengan rakyat Malaysia soal persepsi ini kerana perang amat menakutkan mereka khasnya kaum Tionghua di Malaysia. Jadi rasanya jaln terbaik adalah jalur diplomatik dan kesepakatan bersama yang saling menguntungkan kedua pihak.

4. Perang bermakna akan menimbulkan masalah besar kepada ekonomi khasnya hasil dari TKW yang berada di Malaysia. Impak yang lain juga akan berlaku kepada majikan di Malaysia di mana produktiviti dengan sangat drastik merudum jatuh. Untuk membaikinya amat sukar dan mungkin mengambil puluhan tahun.

Renungkan...!!!


Komisi I Bertolak ke Malaysia untuk Ambalat
Patroli kapal TNI AL di Ambalat, Kaltim.

Jumat, 5 Juni 2009 | 14:48 WIB
Laporan wartawan KOMPAS.com Inggried Dwi Wedhaswary

JAKARTA, KOMPAS.com — Sebanyak lima orang anggota Komisi I DPR RI akan bertolak ke Malaysia pada hari Senin (8/6) pekan depan untuk melakukan pembicaraan guna penyelesaian permasalahan perbatasan, khususnya di perairan Ambalat, Kalimantan Timur.

Mereka yang akan berangkat adalah Yusron Ihza Mahendra (PBB), Happy Bone Zulkarnaen (Golkar), Andreas Pareira (PDI Perjuangan), Sidqi Wahab (Demokrat), dan Joko Susilo (PAN).

Yusron Ihza Mahendra yang akan memimpin delegasi mengatakan, keberangkatan ke Malaysia merupakan inisiatif dewan, bukan permintaan Presiden. Di Malaysia, mereka akan melakukan pertemuan dengan parlemen, menteri pertahanan, menteri luar negeri, dan dijadwalkan akan bertemu PM Malaysia.

"Masalah Ambalat sangat penting, bukan hanya wilayah negara tapi harga diri. Maka, kami menganggap perlu pelibatan DPR," ujar Yusron, sebelum mengisi diskusi mengenai Ambalat, di Jakarta Media Centre, Jakarta, Jumat (5/6).

Kunjungan kali ini, menurutnya, untuk menegaskan kepada Malaysia bahwa Ambalat masuk dalam wilayah Indonesia. "Kita ingin mengklarifikasi dan mengonfirmasi tentang manuver-manuver yang terjadi, baik oleh pihak Malaysia dan pihak lain, kenapa ada pelanggaran seperti itu. Kalau mereka klaim Ambalat, kita clear-kan," ujar Yusron.

Ia mengatakan, tak ada kecaman yang akan disampaikan dalam pertemuan tiga hari di Malaysia. Sebelumnya, tim yang akan berangkat dijadwalkan menemui Presiden SBY pada hari Sabtu (6/6) besok.

HR9808: Sayang sekali kenapa tidak kita promot bersama sehingga rakyat Nusantara siap berperang ke GAZA menentang Israel bukan hanya ugut mengugut sesama kita..!!!

HR9808: Rakyat Malaysia mahukan perdamaian cuma memang berita di media Malaysia tidak diangkat isu ini. Untuk perang memang mudah tapi akibatnya yang perlu dihalusi lebih jauh..!!

Minggu, 07/06/2009 14:12 WIB
Sengketa Ambalat
Yusron: TNI Kita Kuat, Tak Perlu Cemas
Iin Yumiyanti - detikNews

Jakarta - Indonesia tidak perlu merasa rendah diri menghadapi negara lain bila menghadapi sengketa wilayah. TNI cukup kuat dan memiliki kekuatan dan alat perang yang hebat. Kekuatan bersenjata Malaysia pun kalah.

"Kalau mau dihitung kita memiliki 113 kapal perang dari berbagai jenis. Malaysia hanya punya 32-34 biji saja. Kuantitas kita 4 kali lipat jumlah kapal perang Malaysia," kata Ketua Tim Komisi Pertahanan DPR Yusron Ihza Mahendra dalam perbincangan dengan detikcom, Minggu (7/6/2009).

Yusron pun meyakini TNI AD dan AU kuat. Dengan kekuatan ini, warga Indonesia diimbau tidak perlu cemas bila jalan damai dalam konflik Ambalat terpaksa ditinggalkan.

"Tak perlu menyepelekan diri sendiri. Kemarin-kemarin itu memang ada Fokker jatuh, Hercules jatuh, tapi secara umum TNI kita kuat. Tidak perlu cemas," tegas adik Yusril Ihza Mahendra ini.

Namun ditegaskan Yusron, kekerasan fisik dalam menyelesaikan konflik Ambalat akan menjadi prioritas untuk dihindari. "Kita memang akan keras terhadap Malaysia, tapi mari sama-sama menghindari kekerasan fisik," kata Yusron.

Tim Komisi Pertahanan DPR akan terbang ke Malaysia, Senin (8/6/2009) besok untuk memprotes manuver kapal perang Malaysia di blok Ambalat, Kalimantan Timur.

8 jun...(HR9808: respons dari Malaysia...Yang penting selesai sampai tuntas...!!!)

Selesaikan isu Ambalat


Mohd. Hassan Marican (kiri) mengiringi Najib Tun Razak untuk menghadiri perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia kali ke-14 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu menyelesaikan isu tuntutan bertindih di perairan Ambalat sebelum sebarang usaha penerokaan minyak di kawasan tersebut dilakukan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Hassan Marican berkata, semua kerja-kerja penerokaan di Blok Ambalat telah ditangguhkan sehingga kedua-dua kerajaan menyelesaikan pertikaian tersebut.

''Di pihak kami, kita masih menghormati penangguhan itu,'' katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-14 di sini hari ini.

Persidangan selama dua hari itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disertai kira-kira 1,125 delegasi dari 35 buah negara.

Petronas telah menganugerahkan konsesi penerokaan kepada Shell di dua blok minyak dan gas di Laut Sulawesi empat tahun lalu namun sehingga hari ini kerja-kerja tersebut masih tertangguh.

Sementara itu, Mohd. Hassan berkata, permintaan minyak mentah dunia pada tahun ini dijangka jatuh kepada kira-kira 2.6 juta tong sehari, kejatuhan yang menghampiri tahap pada awal tahun 1980an.

Beliau berkata, krisis kewangan yang berlaku juga membawa era campur tangan kerajaan yang lebih baik bagi memperbaiki kecacatan dalam sistem pasaran sedia ada.

Katanya, berikutan itu kerjasama yang baik diperlukan untuk melaksanakan polisi tenaga yang bijak, kekal dan terbaik selaras dengan keutamaan industri seperti akses kepada sumber, kestabilan fiskal, kedapatan modal, kecekapan tenaga, penyelidikan dan pembangunan serta perubahan iklim.

Dalam pada itu, katanya, kapasiti lebihan minyak pula diramal meningkat kepada 6.4 juta tong sehari, bersamaan lapan peratus bagi permintaan minyak dunia.

Mohd. Hassan berkata, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Barclays Capital mendapati perbelanjaan pelaburan bagi industri tenaga dan petroleum dijangka menyusut kepada hampir 12 peratus atau AS$400 bilion (RM1.4 trilion) pada tahun ini.

Jelas beliau, meskipun pasaran menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekoran harga minyak yang mula mengukuh sejak beberapa minggu lalu, namun kenaikan itu masih belum pasti.

''Mungkinkah (kenaikan) tersebut disebabkan tanda-tanda pemulihan ekonomi atau spekulatif baru dalam komoditi atau kelemahan dolar Amerika Syarikat,'' katanya.

Abdul Aziz ke Indonesia

BANGI 8 Jun - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar) akan ke Indonesia esok bagi membincangkan kemelut di perairan Ambalat yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Aziz juga antara lain akan berunding mengenai cadangan Malaysia agar tentera laut kedua-dua negara tidak melakukan rondaan di kawasan itu bagi mengelakkan sebarang konfrontasi.

"Beliau akan ke Indonesia esok bagi berunding mengenai isu rondaan di perairan Ambalat.

"Rundingan ini adalah sebahagian daripada perbincangan antara Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang telah dipersetujui antara kedua-dua buah negara,'' katanya.

Beliau mengulas usaha terkini kerajaan bagi mengatasi kemelut Ambalat yang kembali panas selepas media Indonesia melaporkan apa yang didakwa sebagai kapal ronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menceroboh perairan kawasan tersebut baru-baru ini.

Semalam Ahmad Zahid memberitahu, Malaysia mencadangkan kawasan perairan Ambalat berhampiran Sabah ditutup kepada kapal peronda Malaysia dan Indonesia sehingga isu tuntutan bertindih perairan itu diselesaikan.

Tambah beliau, isu Ambalat mampu diatasi secara rasional dan bukannya mengikut emosi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, isu dakwaan pencerobohan tidak seharusnya dihebohkan sehingga menjadi isu sensasi di media.

Katanya, masih banyak isu yang lebih penting membabitkan Malaysia dan Indonesia yang patut diselesaikan.

Katanya, antara yang perlu diberi perhatian ialah isu lanun di perairan Selat Melaka dan pendaratan haram warga Indonesia yang menyusup masuk ke negara ini melalui jalan laut.

"Sedangkan isu Ambalat memang telah dipersetujui untuk dibincangkan dalam GBC yang sepatutnya berlangsung dua tahun sekali,'' katanya.