foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, September 11, 2008

PAK MAIL KENA 3 TAHUN AJE???

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11/12 SEPT

Sempat berbincang dengan beberapa teman soal perjuangan Melayu dan gengster Melayu. Tapi dihujungnya yang pasti kewibawaan pemimpin utama Melayu sudah hilang taring. Dengan Pak Mail pun takut atau sengaja bermain wayang dengan rakyat, rakyat umumnya makin yakin yang Pak Lah sudah tidak berada atas trek yang kuat. Pak Lah semakin hari semakin hilang kendali dan beberapa interview dengan TV dan media juga kelihatan sekali yang beliau sudah hilang aura kepimpinan. Mahyuddin desak dan komen dari Singapura tentang beliau dan Mukhriz juga memberi tekanan yang jelas di Aljazeera sehingga Pak Lah...benar-benar lost. Yang perkuatkan beliau hanya semangat anak menantu dan kroni aje . Bimbang beliau tumbang berdiri ketika berucap nanti..Najib dah tak boleh nak kata apa lagi...Ya inilah akibat tekanan 16 Sept yang sebelum ini dibuat mainan dan sendaloka. Mereka bernafas dalam lumpur sekarang adalah akibat dari olah mereka sendiri. Tolonglah sedar diri ...!!!

Muhyidin..lawan...Pak Lah..adalah petanda yang baik...bagi PR dan amat menakutkan BN..jangan sampai kena ISA pula???...

Muhyiddin sedia hadapi risiko

12/09/2008 12:00pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dan sanggup berhadapan risiko berhubung kenyataannya bahawa proses peralihan kuasa perlu disegerakan.

Beliau berkata, kenyataannya itu adalah pandangan ikhlas yang berasaskan kepada pendapat umum.

Beliau ditemui pada Persidangan Perniagaan China Guandong-Malaysia di sini hari ini. - Utusan




Mahathir masuk semula UMNO sebenarnya membawa rebah. Beliau nak jadi superman lagi atau cornman tak relevan di waktu sekarang kerana kapal BN sudah dipenuhi air yang menanti waktu sahaja akan karam tenggelam bersama harta karun yang dibawa selama ini melebihi kemampuan. Kapal megah UMNO sudah dibocorkan oleh ahli UMNO-BN sendiri. Rakyat di pesisir pantai melihatnya dengan rasa hiba tapi benci kerana harta dan kuasa selama ini diberi kepada mereka hanya diurus untuk kepentingan sendiri bukan untuk kebajikan rakyat. Benar kata Tok Guru, biarkan mereka tenggelam supaya mereka serik dan mahu bertaubat. Mereka akan belajar dari peristiwa ini sehingga 7 keturunan dan mereka mengajarkan makna nilai berkuasa secara adil. BUku keadilan akan ditelaah siang malam agar ianya benar-benar difahami.

Soal mereka tenggelam atau selamatkan diri dengan menggunakan pelampung yang ada, sebenarnya sudah memberi erti yang besar kepada perubahan diri jika sekiranya mereka mahu berubah. Tapi jika masih berdegil bermakna mereka akan ditenggelamkan sekali lagi ke dasar lautan yang berpuaka. Inilah akibat kedurjaan 51 tahun dan satu persatu akan tenggelam juga akhirnya.

Sdr, MP BN yang pergi ke Taiwan dengan apa juga alasannya sudah tidak memberi kesan kepada desakan perubahan rakyat. Jika 51 tahun sanggup bersabar, takkan dalam sebulan dua tidak boleh? Yang penting agenda perubahan telah pun berjalan dan semakin dekat ke tujuan. Jika ada wujud qaul yang berbeza...maka itu adalah hal biasa sebab di zaman nabi juga sama ketika diinformasi tentang Israk dan mi'raj Nabi ke Sidratul Muntaha. Namun Nabi tetap bersabar dan konsisten. Cuma jangan sampai perbezaan ini wujud akibat kedengkiaan dalam hati yang memaksakan perubahan wajib melalui tangan kita. Ini semua adalah taqdir dan semuanya hanya di ketahui oleh Allah yang maha berkuasa. DSAI sempat memberi tazjkirah selepas solat tarawikh di rumah beliau..yang bagi saya adalah sesuatu hakikat yang patutu menjadi panutan pejuang semua..apa kata beliau.." Ikhlas saya katakan di sini...perubahan ini semua bukan dari kemampuan, kehebatan. karismatik dari diri saya sendiri...tapi ini semua adalah taqdir Allah dan doa dari semua...". Kenyataan ini amat penting untuk dikaitkan dengan seluruh gerakerja kita dalam malakukan amal kerana penyerahan total kepada Allah adalah paksi dari seluruh gerakerja kita..

Sdr, masa makin dekat dan marilah kita meningkatkan usaha dan doa agar ianya menjadi realiti yang penuh barakah.

Sila renungkan kenyataan Tok Guru .....


Gantung keahlian Ahmad Ismail sekadar lepas batuk di tangga
Salmah Mat Husain
Thu | Sep 11, 08 | 5:45:09 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Sept (Hrkh) - Pelbagai pihak menyifatkan tindakan Perdana Menteri menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail sebagai melepas batuk di tangga.


Bagi PAS pula tempoh penggantungan pemimpin Umno Pulau Pinang itu selama tiga tahun tidak ubah seperti pilih kasih.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya pihak lain yang membangkitkan isu perkauman seperti pernah dicetuskan Ahmad sudah tentu dikenakan tindakan ISA dan bukan sekadar tindakan tatatertib oleh parti.

"Kalau orang lain yang buat kenyataan berunsur perkauman ISAlah jawabnya, tak ada soal jawab dah, nampak sangat keputusan tu dibuat kerana pilih kasih," ujarnya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam yang menggantung keahlian Ahmad dalam parti di samping semua jawatan yang dipegang berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera itu ketika berceramah menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang yang tidak boleh mendapat hak sama dengan orang Melayu di negara ini.

Selain itu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang juga mengoyak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya dalam kes tersebut kerajaan yang harus mengambil tindakan dan bukannya kelompok parti mereka sendiri.

"Mana boleh tindakan atau hukuman diambil sendiri oleh parti, yalah nak ambil tu ambillah..tetapi yang menguatkuasa undang-undang ialah kerajaan. Jadi nampak sangat pilih kasih serta tidak adilnya dalam perkara ini," ujarnya.

Ditanya kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed kembali semula ke dalam Umno beliau berkata, untuk menegur keburukan serta kepincangan yang berlaku dalam parti ia adalah tindakan yang wajar.

"Tetapi amat tidak kena sekiranya menyerang atau mengkritik parti sewaktu duduk di luar, jadi sekarang ni nak betulkan parti masuk Umno semula dalam suasana face to face dan tidak lagi menyerang dari luar," ujarnya.

Mengenai kemungkinan Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan pada 16 September ini katanya, ia sekadar masalah teknikal sahaja.

"Saya tidak soal masalah teknikal lagi. takkan mereka yang pergi Taiwan tidak balik, lari sampai hendak buang kerakyatan pula. Kalau tidak ada 16 ada 17 September atau tarikh lain," katanya.

Menurutnya juga Malaysia kalau dibiar kepada Umno mentadbir maruah negara akan tergadai sama ada dalam bidang ekonomi atau apa sahaja.

"Sebenarnya dalam soal ini Umno Kelantan sejak zaman PAS diketuai Dato' Asri Muda lagi hendak beli orang PAS dengan diajar melompat parti bagi menyertai Umno.

"Orang yang pertama mengajar melompat parti ialah Umno. Mereka mengajar manusia menjadi tidak bermaruah. Kalau di Terengganu lompat parti berlaku di zaman Ibrahim Fikri.

"Seorang wakil rakyat PAS di Tanah Merah yang diajak melompat parti akhirnya kembali semula kepada PAS kerana dia ada maruah," katanya.

Menurutnya juga selepas pilihan raya 2004, tiga wakil rakyat PAS cuba disogok dengan wang ringgit bagi melompat parti antaranya Dato' Hassan Mohamad di Dun Temangan, Haji Zakaria Yaakub di Dun Kemuning dan Haji Buniamin Hamzah di Salor.

Namun katanya, mereka ada maruah dan tidak menerima segala pujuk rayu Umno sehingga kerajaan negeri kekal sampai sekarang.

Ditanya kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali yang menganggap ura-ura menubuh kerajaan baru 16 September tidak akan berlaku katanya, ia sekadar kenyataan pemimpin terbabit sahaja.

Menurutnya ia tidak menggambarkan keseluruhan parti dan hanya sekadar atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.

"Lagi pun pada muktamar di Ipoh baru-baru ini sudah diputuskan PAS perlu menguatkan Pakatan Rakyat sehingga semua perwakilan bangun berdiri memberi sokongan padu.

"Kalau masih ada yang bercakap lain dengan apa yang diputuskan lebih baik saya keluar parti. Masih ramai lagi orang yang hendak pimpin parti. Ia pernah berlaku sebelum ini antaranya Dato' Asri Muda pun keluar parti," ujarnya.

Ditanya dasar Islam yang dibawa PAS adakah boleh diterima dalam Pakatan Rakyat kata beliau kalau ada orang hendak sokong itu bagus.

Katanya, sama seperti Semangat 46 yang menerima dasar Islam yang dibawa PAS pada 1990, sehingga kerajaan Kelantan terus kekal sampai sekarang. - mj_

Berbeza tindakan terhadap rakyat bukan sesuatu yang ganjil bahkan sudah biasa...inilah perangai pemimpin Melayu...semuga Raja Petra bersabar...!! Pak Mail kena gantung ahli..maknanya jadi gengster Melayu tak pe sekalipun boleh memusnahkan negara...Hangpa semua ni memang mangkuk lah...malulah dekat anak cucu hangpa...

Raj Petra ditahan mengikut ISA

12/09/2008 3:11pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama



Jangan sampai.... ISA pengganti kepada agenda desperado dan sememangnya mereka akan gunakan terus ISA untuk kepentingan mereka.. Pak Hamid punya komen macam akan ramai yang akan berpuasa dan beraya di Kemunting...Dan inilah salah satu sebab kenapa perlunya Kerajaan PR wujud supaya semuanya dibebaskan jika tidak pernah didakwa di mahkamah...Satu hari nanti..kita mahu lihat macamana Pak Hamid pula dibawa ke mahkamah sambil tersenyum atau ..???. Buatlah apa yang kamu suka dan kezaliman kamu tidak akan merubah perancangan pejuang kebenaran. Semoga kezaliman kamu akan dibalas oleh Allah dengan kemusnahan!!!! Sdr para pejuang, Sila doakan sedalam-dalamnya hal ini sehingga segala perancangan mereka gagal..!!! Amiin ya Allah...!!!

Tak sempat habis cerita ..selepas berbuka puasa bersama di pejabat Pusat Khidmat Kerohaniaan, berita mengejut berdatangan bagaikan..ada alamat yang kurang baik untuk penggerak PR.......mak bersiap sedialah....
.....................

Wartawan Sin Chew ditahan di bawah ISA

12/09/2008 11:32pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pukul 8.40 malam ini.

Ahli keluarganya memberitahu, beliau kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Perda di Seberang Jaya.

Penahanannya itu dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan beliau dalam akhbar berkenaan berhubung kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina adalah pendatang di Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan. - Utusan

Teresa ditahan di bawah ISA
12/09/2008 11:55pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pukul 11.20 malam ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan itu di bawah Seksyen 73 (1) akta berkenaan. - Utusan

HR9808... BN memang sudah hilang pertimbangan dan sekarang mereka seperti mabuk setelah minum todi satu dram...Malunya aku sebagai seorang Muslim mempunyai pemimpin Melayu Islam yang langsung tidak ada maruah, kejam dan zalim di bulan Ramadhan pula..Aduhai pemimpin BN kamu memang menempah bencana dan kamu akan menerima nasib yang setimpal dengan apa yang kamu lakukan sekarang..Masa akan tiba dan pasti tiba...!!!