foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, March 23, 2009

UMNO MENGGANAS TAK UBAH MACAM KOMUNIS...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

23 MAC

Bila rakyat tolak mereka (UMNO), mereka marah dan sering mengambil tindakan bodoh dan dungu terhadap rakyat kecil. Kejadian hari ini sudah cukup kuat membuktikan yang UMNO sudah terlalu rapuh dan tertekan. Tembak pemedih mata ke arah rakyat dan sekat akhbar atau media PR adalah style komunis yang masih terus dilaksanakan oleh UMNO. Apakah dengan cara begini rakyat mahu cintakan UMNO? Mohon maaf ...jangan harap kome boleh menang di kedua Bukit dengan kaedah paksa begini. Rakyat harus bertindak dengan lebih tegas terhadap UMNO BN supaya mereka tahu diri betapa rakyat sudah muak dengan cara lapuk di era globalisasi. Ayuh kita pastikan bersama agar PR dapat terus menerajui dalam pilihanraya kecil kali ini.. Kempen "Kata Tidak kepada Najib " harus diteruskan sehingga cacing juga faham betapa rosaknya bumi ini jika Najib menjadi PM di Malaysia..oops..(lebih tepat...PM= Pembunuh Monggolian)..

Harakah digantung tiga bulan
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 6:55:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - azm

Polis lepaskan tembakan gas, cuba gagalkan ceramah
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 10:37:58 pm MYT

SUNGAI PETANI, 23 Mac (Hrkh) - Polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Selain tembakan tersebut, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihan raya kecil Bukit Selambau yang akan di adakan pada 7 April depan. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau kepada umum.

Tindakan polis telah mengakibatkan suasana menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani.

Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun.

Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan.

Difahamkan 4 orang telah ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang penulis dan novelis terkenal yang turut berada di tempat kejadian melalui sistem pesana ringkas kepada Harakahdaily jam 10 malam tadi.

Berita lanjut menyusul - azm_

Tindakan KDN petanda usia kerajaan BN berada di penghujung
Wartawan Kita
Mon | Mar 23, 09 | 8:26:40 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) - Mungkinkah negara akan kembali ke zaman gelap apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak agresif menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Petang tadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi terbabit masing-masing selama tiga bulan. Dan ia disahkan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, tindakan drastik itu merupakan tanda-tanda kerajaan BN begitu takut kepada ketelusan.

"Kalau salah bawalah ke mahkamah dan bukannya menggunakan kuasa yang diberi pinjam rakyat melalui pilihan raya bagi menghukum pihak lain.

"Biar apa pun secara jelas isyarat yang diberi KDN hari ini memperlihatkan ketuanan BN dan Umno yang ada sekarang bakal jatuh," katanya dihubungi di sini.

Syed Hamid dalam kenyataannya petang tadi menjelaskan Suara Keadilan menerima surat penggantungan daripada KDN tengah hari tadi, manakala Harakah jam 4.55 petang menerusi faks.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan BN di bawah bakal perdana menteri baru mungkin cuba meleyapkan semula kesuburan demokrasi yang diberi nafas baru oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, dengan apa yang KDN lakukan sekarang jelas mereka mahu kembali ke era kuno dengan menafikan amalan demokrasi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan KDN jelas menggambarkan kerajaan BN takut untuk berlawan fakta dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air 7 April ini.

"Inilah kerja BN yang jelas tidak demokratik. Kerajaan BN cuba mengelakkan banyak pembohongan yang dilakukan ketika menghadapi pilihan raya tersebut dijawab oleh akhbar yang tidak proUmno.

"Kerja yang dilakukan kerajaan BN sekarang seolah-olah mengikat kaki dan tangan pembangkang dan mereka serang secara pondan," katanya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, langkah dibuat KDN sengaja mahu menutup busuk dan jelek Umno ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil 7 April ini.

Menurutnya tindakan KDN tersebut amat tidak bermaruah yang tidak seharusnya ada bagi bangsa yang mengakui bertamadun.

Sumber Umno pula mendakwa tindakan KDN itu merupakan petanda awal bagi mengenali siapa sebenarnya bakal perdana menteri yang akan berkuasa tidak lama lagi.

Baru-baru ini Harakah dan Suara Keadilan dirampas di beberapa tempat di Kelantan dengan alasan menjual di tempat terbuka, sedangkan majalah lucah yang memualkan dibiarkan bebas tanpa sekatan. - mj _


Himpunan Rakyat Menangkan "2 Bukit" di Melewar, 24 Mac
Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09 | 9:06:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin akan bersama warga kota Kuala Lumpur berhimpun menyatakan sokongan padu memenangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Selasa 24 Mac ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada media petang tadi. Katanya, program anjuran PAS Batu itu bertujuan untuk mengembelingkan petugas pilahan raya disamping mengutip derma bagi membiayai operasi gerekerja pilihan raya di "Dua Bukit".

Beliau berkata, "Himpunan Rakyat Menangkan 2 Bukit" bermula jam 9.30 malam, dianjurkan sebagai simbolik kepada bantahan kuat rakyat terhadap BN di negara ini.

Selain isu-isu kemelut Perak yang belum tamat, kempen kuat AMK "Katakan Tidak Kepada Najib" dan desakan agar Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan perasuah Umno yang lain diambil tindakan tegas oleh SPRM, kedua-kedua penceramah dijangka akan mengulas isu-isu peralihan kuasa yang membabitkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul razak.

Penyajak tersohor, Dinsman akan mendeklamasikan sajak sinis terhadap PPSMI dan PM yang akan undur, Abdullah Ahmad Badawi pada malam itu. Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput hadir mmeberikan sokongan. - tmj_

HR9808: Membantah tindakan tersebut harus diteruskan!!! Ayuh kita abntah beramai-ramai!!!

Sebaran Media
24 Mac 2009

Saudara Ketua Pengarang,

Perhimpunan Bantah Pengharaman SK & Harakah esok (25 Mac)

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.

Sekian, terima kasih.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN
Azamin Amin
Tue | Mar 24, 09 | 10:20:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut.

"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.

"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," katanya. Image

Selain itu kata Mahfuz, ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu.

Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.

"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.

"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Rakyat katanya, sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily.net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog.

"Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.

"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily.net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita," katanya. - azm/mks. _