foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, September 6, 2009

SIAPA YANG LEBIH LAYAK MEMERINTAH SELANGOR..??

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Pakatan gagal tadbir Selangor

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun

-A. Kohilan Pillay

Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam

-Datuk Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi

-Profesor Dr. Ahmad

Atory Hassan

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia

hr9808: Membaca laporan tentang kejadian di Shah Alam memberi ruang untuk merenung:

1. Jelas UMNO dan kuncunya menjadikan isu ini sebagai bukti kononnya PR tidak mampu tadbir Selangor. Kenyataan di atas adalah konklusi mereka. Soal benar atau tidak tidak penting asal setelah ada orang mengamuk macam orang tidak siuman maka terus hukum PR.

2. Jika tidak PR siapa yang mampu ganti? Mungkin foto sebelah adalah calon yang mampu atau mereka hanya sekadar upahan buat pemimpin UMNO yang menyorok di belakang? APapun tindakan mereka jelas sekali mereka tidak boleh rasional lagi.

3. Bagi berdepan dengan mereka yang sudah tidak rasional maka saya kira ada baiknya pemimpin PR hentikan segera apa jua bentuk plan soal kuil. Bekukan sementara sehingga tenang. Jangan dipaksakan apapun alasannya kerana berdepan dengan mereka yang hilang pertimbangan amat membahayakan semua. Apatah lagi disaat Najib memang sudah merancang menakluk semula Selangor. Maka insiden begini bukan mustahil kerana ada penaja gergasi dan ada pengipas di balik tabir...

4. Saya ingin sarankan kepada NGO Islam seluruh Malaysia agar membuat kenyataan kolektif terhadap insiden ini kerana telah mencemar nama baik beberapa orang YB PR (Khalid Samad dan Raodhiah). Kenyataan dari mereka yang bersifat mengugut "mahu bunuh" dan "mahu rogol" bukanlah kenyataan yang biasa dan lebih bahaya dari kenyataan Jeff Ooi. INi kenyataan maruah dan nyawa. Begitu juga dengan pihak YB sila laporkan sahaja ke pihak polis dan ambil tindakan mahkamah!!

INi antara kenyataan mereka..."Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “

Hr9808: Merendahkan maruah seorang Muslimah yang baik..ketika zaman Umar Alkhatab..dia lancarkan perang dan begitu juga di zaman Muhammad Alfatih.
Jadi kepada gengster UMNO tolong berfikiran waras dan sila renung sedalam mungkin kerana yang kamu kata adalah saudara kamu sendiri dan kesannya amat besar jika kamu tidak hentikan segera perbuatan konyol ini. NGO Islam harus bersikap dan jangan biarkan keadaan seperti ini.!!

5. Solusi mengganti PR adalah solusi rendah akal dari UMNO. Apakah Khir Toyo lebih baik dari Tan Sri Khalid? Jauh macam langit dengan bumi khasnya soal rasuah. Jadi janganlah kerana soal kuil sampai terbawa dan membelakangkan kehendak majoriti rakyat Selangor. Khir jadi kepalanya perkauman dan dia benar-benar bermaksud..Inilah kenyataan beliau...Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.

HR9808: Siapa yang lebih lembu? Tenguk cermin dulu !! Rakyat lebih tahu..kita lihat PRU 13 nanti...