foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, June 4, 2008

DEMO BANTAHAN HARGA MINYAK NAIK & DESAK PAK LAH NAJIB - TURUN da!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4 JUN

Kabinet paling hebat dalam sejarah Malaysia yang pandai menaikkan harga beras sebelum ini sehingga ke paras melebihi 50% dan malam ini minyak pula naik dengan kadar yang sangat sangat gila dan tidak masuk akal. (Petrol 78 sen dan diesel 1.00/liter)

Ada apa sebenarnya semua ini? ..

1. Sepatutnya UMNO-BN mengambil langkah lebih berlembut dengan rakyat dan menjaga kebajikan rakyat tapi pelik mereka mengambil langkah yang sangat tidak masuk akal. Dari sudut ekonomi tidak nampak alasan kenaikan sehingga ke paras yang sangat tinggi. Ada dua sahaja alasan yang mungkin sedikit masuk akal:

a. Semasa PRU-12 UMNO_BN terbelanja lebih dan ketika 5 negeri jatuh ke tangan PR, mereka mati kutu nak cover kos. Banyak projek dalam tangan mereka tidak dapat diteruskan lagi dan penuh dengan masalah di sana sini. Lalu jalan pintas hanyalah melalui cara ini.

b. Sengaja mereka mahu membuat rakyat gelisah, takut, tidak tenteram dan berhajat kepada perlindungan yang lebih kukuh. Sayang sekali perhitungan mereka meleset buat kali yang ke berapa dan jika kenaikan ini tidak segera diselesaikan rakyat akan benar-benar mengamuk terutama orang-orang Melayu yang masih setia dengan UMNO-BN. Melayu memang lambat tangkap isu dan setelah benar-benar terjadi baru dia kata.."oh ya..memang UMNO tak berguna, sial, penipu, babi dll" Sebenarnya bila terkeluar perkataan babi bagi orang Melayu adalah petanda sudah maksima kemarahannya.

c. Kemarahan inilah yang dinantikan oleh pemimpin UMNO DENGAN harapan orang Melayu akhirnya mengamuk..tapi yang mengamuk bukan golongan PR tapi dari UMNO sendiri. Gengster UMNO akan memancing agar ada kerusuhan dll sehingga kelihatan negara tidak stabil. Beberapa cubaan sebelum ini gagal tapi mereka terus berusaha agar jerat mereka terkena. Oleh itu saya meyeru kepada semua agar lebih smart dan jika kita mengadakan demo bantahan kita tetap bersiaga agar jangan ada yang mengambil manfaat dari kemarahan kita.

Apa kata Mahfuz...


Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan 'PM terlampau' - Mahfuz

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Jun 04, 08 | 9:01:36 pm MYT

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1,00 dan Petrol RM0.78 sen) yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini selepas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan sebentar tadi.

Sambil menyatakan ia sebagai satu tindakan yang terlampau, Mahfuz berkata kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi.

Sedangkan sebelum ini kenaikan dikatakan akan dikaji dan berkemungkinan akan berlaku pada Ogos ini, ujar Mahfuz.

Namun tanpa sebarang 'signal' awal kepada rakyat, kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan menaikkan sekali lagi harga minyak pada satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat.

"Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," ujarnya.

"Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan," ujar Mahfuz.

Baginya tindakan ini sekali lagi satu penipuan dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.

Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau.

"Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan.

"Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini," ujarnya.

Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di stesen-stesen minyak di sekitar ketereh dan Machang, deretan kenderaan sedang bersesak untuk mengisi minyak berikutan pengumuman kerajaan sebentar tadi.

Kesesakan hampir 5 kilometer berlaku di Ketereh sementara di Kok Lanas pula kesesakan bermula daripada Jalan Kok Lanas ke Ketereh berhampiran Stesen Minyak Caltex Jalan Kota Bharu Kuala Krai.

Ramai yang ditemui mengungut dengan kenaikan harga minyak yang melampau ini.


Hadiah Kerajaan Barisan Nasional Buat Rakyat

MALAYSIAKINI.COM

Petrol naik 78 sen, diesel RM1

Jun 4, 08 5:04pm

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.

Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Sejak 2004, harga petrol naik sebany7ak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus.

petrol price hike new price 040608 bm version

Add comment June 4, 2008

BAGI MENYATAKAN BANTAHAN DAN DESAKAN IKRAR AKAN MENGADAKAN :

"DEMO BANTAHAN HARGA MINYAK NAIK & MENDESAK PAK LAH - NAJIB TURUN"

PADA: 6 JUN 2008 SELEPAS SOLAT JUMAAT

BERTEMPAT DI :MASJID KG. BARU, SOGO, MASJID NEGARA DAN KLCC.

TUNTUTAN KAMI:

1. TARIK BALIK HARGA MINYAK DENGAN SERTAMERTA.

2. JIKA TIDAK KAMI AKAN TERUS MENDESAK DAN MENGHIMPUN SERAMAI MUNGKIN RAKYAT BERSAMA PR KE JALANRAYA DI SELURUH MALAYSIA.

3
. MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN PETRONAS KEPADA UMUM SECARA TERBUKA.

4. PAK LAH DAN NAJIB TURUN DARI PM DAN TPM MALAYSIA SECEPAT MUNGKIN KERANA TIDAK MAMPU MENTADBIR EKONOMI NEGARA SECARA BERKESAN.

5. BUBARKAN KABINET YANG ADA KERANA TERBUKTI TIDAK PERIHATIN KEPADA NASIB RAKYAT DAN TELAH MEMPERSENDA KEPERCAYAAN RAKYAT DARI PRU-12 YANG LALU.

KEPADA SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR DAN MEMBAWA SEPANDUK SENDIRI WALAUPUN SEHELAI KAIN PUTIH KECIL..BERTULIS DIATAS.

SILA SEBARKAN INFO INI!!!
DAPATKAN INFO TERKINI DARI KAMI JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN......

IKRAR akan menyokong dan turut serta dengan protes PR BESAR-BESARAN PADA 12 jULAI NANTI DAN TERUS MENGADAKAN PROTES SELAGI HARGA TIDAK DITURUNKAN......

Protes beri kerajaan tempoh 5 minggu tarik balik harga minyak
Nyza Ayob
Thu | Jun 05, 08 | 6:07:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.

Amaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

Mesyuarat tersebut dihadiri beberapa orang wakil NGO dan parti politik yang bertempat di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.

Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat.

"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu. Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.

"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.

Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Tambahnya pada setiap siri bantahan tersebut, Protes akan mengedarkan risalah yang mengandungi hujah-hujah bagi menangkis kenyataan kerajaan berkenaan kenaikan harga bahan api itu.

Dalam pada itu katanya orang ramai juga boleh melayari blog Protes, hargaminyak@blogspot.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya yang akan mengemas kini tindakan yang diambil oleh Protes dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, Protes juga akan meminta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan sokongan daripada parti Pakatan Rakyat bagi mengadakan aktiviti bantahan kenaikan harga minyak ini di tempat masing-masing.

Jelasnya Protes juga akan menghubungi negeri-negeri yang dinaungi Pakatan Rakyat bagi tindakan bersama. Beliau percaya kelima-lima negeri tersebut mempunyai kuasa untuk mempengaruhi rakyat dan boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan pusat.

Sementara itu katanya, Protes juga menggalakkan sebarang organisasi bagi melaksanakan bantahan kerana isu ini bukan hanya melibatkan golongan tertentu tetapi melibatkan semua golongan masyarakat.

Selain itu katanya Protes juga mengalukan mana-mana pihak untuk mengadakan bantahan setiap minggu seperti selepas solat Jumaat di kawasan masing-masing.

"Kemarahan ini menyeluruh dan bukan tindakan politik semata-mata. Kesannya dirasai oleh semua, hinggakan kita dapat melihat bagaimana keadaan kelam kabut apabila rakyat agak terdesak dengan mengisi minyak sebelum tengah malam tadi.

"Jika kerajaan memikirkan masa depan politiknya, seharus kerajaan mengambil tindakan di atas bantahan rakyat ini. Jika kerajaan tidak prihatin juga dengan segala bantahan kita melalui siri ceramah dan demonstrasi, kami akan meneruskan tindakan selanjutnya selepas perhimpunan 12 Julai nanti," katanya.

Sehubungan itu katanya, jika kerajaan mengambil tindakan menolak segala hasrat rakyat, Protes akan akan mengorak langkah lagi bagi menganjurkan beberapa tindakan massa yang boleh memberi petunjuk kepada kerajaan.

Beliau menaruh keyakinan dengan kenaikan mendadak tersebut usaha yang dilakukan Protes itu akan memberi impak kepada kerajaan.

Kenaikan tersebut katanya sewaktu kerajan tidak bersedia melaksanakan polisi-polisi yang membantu rakyat terlebih dahulu untuk menyediakan mereka yang berdepan dengan suasana tidak mempunyai subsidi.

"Kerajaan tidak meluluskan tuntutan gaji minima yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) dan Pakatan Rakyat dengan memberikan pelbagai alasan. Kerajaan tidak menyediakan tahap gaji yang sama seperti negara maju yang lain. Contohnya Singapura sebelum berhujah bahawa harga minyak Malaysia lebih rendah daripada Singapura.

"Gaji kakitangan awam tidak setimpal dan kesan kenaikan bahan api yang tinggi ini tentu tidak akan dapat 'offset' dengan gaji yang sedia ada termasuk kenaikan harga barang sebelum ini yang menyusahkan rakyat. Tabung Pemberhentian Kerja yang dicadangkan MTUC juga ditolak, sedangkan ini merupakan salah satu cara membantu rakyat yang kehilangan kerja," katanya.

Jelasnya tindakan kerajaan menolak tuntutan rakyat ini, tidak memberi keadaan adil kepada rakyat apabila berlaku kenaikan harga minyak dan barang.

Sementara itu mengulas mengenai rebet yang disediakan oleh kerajaan, beliau berkata ia umpama 'umpan' pilihan raya untuk menakluk hati rakyat. "Setiap kali pilihan raya ada 'umpan' seperti ini untuk memujuk rakyat. Dengan RM50 mereka mengundi BN dan mereka menderita lima tahun hanya kerana 'umpan' RM50 itu. RM625 untuk menyelamatkan 800 liter minyak, dalam masa sebulan atau dua akan habis.

"Janganlah rebet ini digunakan untuk 'menggula-gulakan' seolah-olah kerajaan bersimpati dengan rakyat. Kami menganggap ini merupakan salah satu cara untuk memujuk rakyat supaya menerima 'malapetaka' yang lebih besar," katanya yang mengharapkan rakyat tidak terpukau dan tertipu dengan pemberian rebet tersebut. - mns


NGO...TERAS..
an
Nuha & Ziera Rahman
Thu | Jun 05, 08 | 2:56:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Presiden Teras Pengupayaaan Melayu (Teras), Haji Azmi Abdul Hamid kesal kerana kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan secara tergesa-gesa walaupun sudah dijangka berlaku.

Kerajaan, ujar beliau, sepatutnya menaikkan harga minyak secara berperingkat agar kesan kenaikan itu tidak terlalu dirasai oleh rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Azmi juga berpendapat kadar kenaikan harga minyak yang berlaku sekarang adalah besar dan bakal memberi kesan tidak terkawal terhadap kos sara hidup rakyat yang hampir 70 peratus ditegorikan sebagai golongan berpendapatan rendah.

Kerajaan, katanya perlu mencari kaedah yang mampan seperti berusaha mewujudkan kilang-kilang pemerosesan minyak di dalam negara.

Kaedah ini, jelas beliau lebih efisyen, menguntungkan serta mampu menjimatkan perbelanjaan negara.

"Dengan cara ini, kerajaan dirasakan mampu untuk mempengaruhi harga runcit (minyak) agar tidak terikat dengan harga pasaran global bagi mengurangkan beban rakyat," ujarnya.

Menurutnya, janji kerajaan berhubung subsidi yang akan diberikan guna menampung kenaikan harga minyak dilihat sebagai kurang efektif kerana sukar dirasai oleh rakyat.

"Kerajaan sepatutnya menimbang dan mengambil kira golongan berpendapatan rendah memandangkan kos sara hidup semakin meningkat," ujarnya.

Azmi menambah, masyarakat Melayu yang memiliki pendapatan perkapita yang rendah berbanding kaum-kaum lain perlu lebih diberi perhatian oleh kerajaan.

"Nelayan, pekebun kecil dan peneroka yang banyak didominasi oleh orang Melayu misalnya akan lebih terbeban dengan kenaikan ini. Seterusnya tanpa disedari, ia akan mewujudkan kelompok miskin baru yang memiliki pendapatan lebih rendah," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya mendengar suara hati rakyat dan merancang serta melaksanakan kaedah lain bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan rakyat.

"Pendapatan Petronas sewajarnya tidak dibelanjakan untuk menampung projek-projek mega lagi bersifat membazir, sebaliknya perbelanjaan tersebut perlu disemak dan dikaji semula," ujarnya.

Beliau turut menggesa pihak kerajaan supaya tidak sekadar pandai menyuruh rakyat berjimat sebaliknya pemimpin-pemimpin negara perlu terlebih dahulu belajar berjimat dan hidup bukan dalam kemewahan.

Azmi juga menyeru rakyat agar terus bersatu menuntut kerajaan supaya tidak mengambil sebarang keputusan yang merugikan negara.

Presiden Jamaah Islam Malaysia, Mohd Zaid Kamarudin pula menyifatkan tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel secara drastik sebagai membebankan rakyat.

Beliau turut melahirkan rasa kurang yakin kepada inisiatif kerajaan untuk memantau peniaga supaya tidak mengambil kesempatan atas kenaikan harga bahan mentah tersebut.

"Kebiasaannya, apabila harga bahan bakar naik, kesan kepada kos kehidupan lain juga turut melambung dan tidak mustahil akan berlaku inflasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, beberapa skim subsidi yang ditawarkan hanyalah satu langkah kerajaan untuk mengambil hati rakyat sedangkan di waktu yang sama kerajaan mengambil sikap 'memekakkan telinga' kerana kenaikan ini sudah dijangka berlaku lebih awal.

Beliau turut menggesa rakyat supaya terus-menerus membantah kenaikan harga minyak dengan menggunakan apa sahaja medium yang ada.- tajdid



Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar
Azamin Amin
Thu | Jun 05, 08 | 11:22:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam.
"Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau menyatakan kenaikan tersebut menyebabkan kehidupan rakyat semakin rumit yang akan merebak kepada kenaikan taraf elektrik, kos pengangkutan dan harga barang keperluan yang lain.

"Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

"Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor (ekonomi)!" katanya yaang membidas pembaziran wang rakyat oleh kerajaan.

Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan tetapi manfaatnya hanyalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

"Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab. Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

"Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!" katanya. - tajdid


Rakyat miskin mendadak - Salahuddin
Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Jun 05, 08 | 2:55:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Rakyat miskin mendadak kerana harga pelbagai barangan makanan pasti akan turut naik dengan mendadak berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak dan begitu tinggi semalam, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Haji Ayub.

"Baru-baru ini harga beras naik melambung-lambung sehingga ramai yang terpaksa mengikat perut. Bila harga minyak dinaikkan dengan begitu tinggi dan mendadak, kos pengeluran dan pengangkutan pasti akan bertambah.

"Harga sebahagian besar barangan makanan pasti akan bertambah kerana barangan makanan adalah barangan yang paling banyak dan paling kerap menggunakan pengangkutan.

"Rakyat mendadak miskin, itulah yang sebenarnya terjadi dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan mendadak semalam," katanya.

Mengulas tunjuk perasaan yang diadaan di Pudu dan dijangka akan diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur esok, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kerajaan jangan menyalahkan rakyat sama-sekali, bersikap tidak bertanggungjawab dan hanya tahu menggunakan keganasan polis jika sesuatu berlaku berikutan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan mendadak.

"Degan penanggungan rakyat berikutan kenaikan harga beras yang kelihatan berterusan dan kenaikan pelbagai barangan makanan lain kini, kerajaan melakukan dosa sosial yang tidak boleh dimaafkan dengan menaikkan harga minyak begitu tinggi tanpa mempedulikan kesusahan dan beban yang ditanggung oleh rakyat.

"Bayangkan apa terjadi kepada golongan berpendapatan rendah jika yang berpendapatan sederhana pun miskin mendadak dengan kenaikan harga minyak semalam," katanya sambil membangkitkan sikap tidak peduli kerajaan terhadap permintaan rakyat supaya dikuatkuasakan gaji minimum baru-baru ini.

Minyak: Alasan kerajaan tidak boleh diterima - KeADILan
Salmiyah Harun
Thu | Jun 05, 08 | 2:57:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan ke atas kenaikan 40% harga minyak amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga mereka berasa tertipu kononnya kerajaan simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini pasti akan melonjakkan lagi harga barang tanpa mampu dibendung dan ditanggung rakyat.

Katanya, alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat.

Tambahnya, bukan setakat itu sahaja kenyataan bercanggah beberapa menteri berkenaan jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Tegasnya, Dato' Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.

Apatah lagi katanya, menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru, rakyat menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat berkata, rakyat dimaklumkan bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding harga minyak mentah USD130 setong.

"Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan," katanya dalam satu kenyataan.

Persoalannya tegas beliau, kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?

"Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?" katanya.

Wan Azizah juga berkata, Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter.

Katanya, membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan.

"Kami menggesa kerajaan menimbangkan semula keputusan menaikkan harga petrol. Kerajaan seharusnya prihatin ke atas rakyat Malaysia yang rata-rata membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan," tegasnya.

Justeru, jelas beliau, setelah membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuh raya kini rakyat terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.

"Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk "double tracking railway project" yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13 hingga RM15 billion bagi subsidi petrol,", katanya.

"Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol?" jelasnya. - mns


Rakyat akan terhimpit bila barang lain turut naik harga - Dr Mariah
Salmiyah Harun
Thu | Jun 05, 08 | 5:31:21 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus akan terus menghimpit kehidupan rakyat negara ini tambahan pula mereka dari hari ke hari agak sukar untuk mendapatkan duit ekoran pekerjaan yang diboloti oleh warga asing.

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Pusat Dr Mariah Mahamud ketika dihubungi berkata, rakyat negara ini saban hari terbeban dengan kenaikan minyak dan akibatnya pasti akan mendorong kenaikan harga barangan lain.

"Apabila minyak naik, barang keperluan akan naik, tambang pun pasti akan naik, sedangkan pendapatan rakyat tidak berubah dan sukar pula mencari pendapatan ekoran banyak kilang-kilang lebih senang menggunakan pekerja daripada warga asing menyebabkan ini menyukarkan rakyat tempatan mendapatkan pendapatan tambahan," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat negara ini akan 'mengamuk' suatu hari nanti apabila kerajaan tidak melakukan sebarang mekanisme untuk mengurangkan bebanan dan tanggungan rakyat ekoran kenaikan minyak ini.

Beliau turut mengeluh, apabila ditanya apakah rakyat boleh menghadapi kenaikan ini dengan mengubah cara hidup.

Dengan satu cara, Mariah mendesak kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat negara ini supaya jumlah kemiskinan tidak akan meningkat.

"Jika kerajaan tidak melakukan perkara ini, ia sekali gus akan meningkatkan jumlah kemiskinan dan keadaan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa," katanya.

Katanya, jika kerajaan memberi pendapatan yang tinggi dan dalam masa yang sama ada kenaikan petrol rakyat mungkin tidak terlalu terbeban.

Dalam pada itu, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dalam kenyataannya, mengecam tindakan kerajaan meningkatkan harga minyak dalam masa yang sama dunia sedang menghadapi krisis makanan.

Menurut Jerit, pembayaran rebet sebanyak RM625 dan RM150 kepada rakyat yang kononnya akan mengurangkan beban adalah tidak tepat sama sekali.

Katanya, rebet itu tidak memberi apa-apa makna kerana kos hidup rakyat akan naik 100 peratus dengan kenaikan itu akibatnya rantaian (chain reaction) berubah apabila harga minyak naik.

Jerit turut mencabar kerajaan agar mendedahkan akaun Petronas kepada rakyat negara ini, memandangkan keuntungan Petronas boleh digunakan untuk subsidi petrol untuk rakyat.

"Semua harga barangan naik, tetapi gaji tidak naik sama sekali, apabila rakyat tuntut akta gaji minimum kerajaan kata tidak boleh kerana dibimbangi berlaku inflasi.

"Tetapi bila kapitalis tuntut harga petrol naik kerajaan membenarkan, tidak apa sebab inflasi naik sedikit sahaja, jelas di sini kerajaan ini hanya pentingkan kapitalis dan bukan rakyat jelata," rungut mereka.

Justeru kata Jerit, kerajaan Barisan Nasional hanya mementingkan keuntungan dan bukannya kebajikan rakyat. - mns

Harga minyak: Protes rakyat akan digerakkan ke seluruh negara

Anis Nazri
Thu | Jun 05, 08 | 5:47:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional meneruskan 'Tradisi Membebankan Rakyat' berikutan langkah kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing pada kadar RM2.70 dan RM2.58 seliter berkuat kuasa semalam.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, berkaitan tradisi itu juga disusuli dengan kenaikan tarif elektrik yang bakal menyusul pada tarikh 1 Julai 2008.

Katanya, pengumuman Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi seperti biasa akan disusuli oleh kenyataan 'Malaysia masih lagi menjadi antara negara yang menawarkan harga bahan api terendah di rantau ini', dengan membandingkan Malaysia dengan Singapura dan Thailand yang bukan merupakan negara pengeluar minyak.

"AMK yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara," tegas beliau dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, hari ini.

Katanya, semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA), namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Malah, baru-baru ini diumumkan kadar tambang bas pula akan dinaikkan.

Justeru, tambah Shamsul, wujud kesangsian sama ada usaha-usaha kerajaan ini yang kononnya mahu membelanjakan penjimatan subsidi petrol dan diesel ini ke arah kesejahteraan rakyat adalah benar atau sebaliknya, memandangkan Abdullah begitu ghairah dengan projek-projek mega dan koridor ekonomi yang menelan belanja puluhan billion ringgit?

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan terbaru kerajaan ini jelas menggambarkan tiada kepedulian sosial yang diambil oleh kerajaan di dalam mengurus ekonomi negara.

"Pastinya generasi muda ialah kumpulan sasar yang paling terkesan hasil daripada kenaikan mendadak ini dalam keadaan inflasi terus parah tanpa kawalan bijak oleh kerajaan. Ini juga menggambarkan bahawa pengurusan ekonomi negara berada di tahap yang lemah, dalam keadaan pelaburan asing jatuh merudum pada aras 4% dan indeks Gross Domestic Product (GDP) hanya di aras 9% berbanding negara-negara Asia yang lain sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Singapura 20 Mei lepas," tegas beliau.

Sehubungan itu, AMK menggesa agar perincian menyeluruh Laporan Kewangan Tahunan Petronas, termasuk sumber keuntungan dan perbelanjaan didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan saksama.

AMK juga ingin menegaskan komitmen AMK untuk menggerakkan protes rakyat di seluruh negara hasil daripada kenaikan mendadak ini agar kerajaan dapat melihat ketidakcekapan mereka mengurus ekonomi negara sama sekali tidak boleh diterima majoriti rakyat Malaysia. - mns