IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
3 OGOS
Bagi mendapat hujah dari BN-UMNO mahu tidak mahu terpaksa baca Utusan Online dari Bandung. Tapi ini bukan bermakna saya bersetuju dengan cara dan etika Utusan dalam hal berita di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, namun kita tetap berharap sekiranya PR memerintah staf Utusan yang mahu berubah dan menerima konsep PR seharusnya diberi tempat.
Panjang sekali komen dari Ezam tapi semakin lama beliau berada dalam tongkang UMNO yang sudah berlubang -lubang maka semakin jelas kelihatan beliau sedang menanggalkan kain bajunya sendiri. Maka teman-teman di Indonesia tertanya-tanya dengan gelagat Ezam, apakah beliau masih waras atau sudah hilang segala pertimbangan sehingga sanggup memalukan dirinya di hadapan rakyat bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh ASEAN terutama di Indonesia?
Saya akui tidak dekat dengan Ezam sejak awal semasa penubuhan PKN (Parti Keadilan Nasional) kerana kami buat kerja di tempat yang berbeza.... Latar belakang politik juga berbeza dan belum pernah bersama Ezam di dalam UMNO atau di luar UMNO. Latar belakang saya dan beberapa teman semasa Reformasi adalah dari gerakan Islam. Namun walaupun berbeza latar belakang Reformasi telah menggabungkan semua untuk bersama dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan masa itu.
Perbezaan besar memang ada terutama setelah wujudnya Parti walaupun masa itu saya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Wilayah Persekutuan, timbalan kepada Zainur Zakaria.. saya tetap akur dengan beberapa strategi parti masa itu dan mereka yang punya background politik sememangnya lebih mampu ke depan dari golongan yang lain. Itu tidak menjadi masalah kepada kami tapi semakin lama, apa yang dibimbangkan akhirnya bermunculan satu demi satu..maka kemuncaknya ialah golongan berlatar belakangkan politik UMNO keluar parti dengan bermacam alasan. Kemuncaknya ialah Ezam...
Bila terkenang masa lalu, terasa sedih tapi inilah asam garam perjuangan. Inilah natijah dari apa yang ada dalam hati dan jiwa kita semasa melangkah dalam perjuangan. Saya tidak mahu mengatakan apa-apa kepada Ezam tapi cukup dan malulah !! ANDA SUDAH TIDAK BERPAKAIAN LAGI...
MARI SAMA-SAMA kita renungkan hujah desperado dari seorang Ezam...(jika ada waktu kita bahas lagi satu persatu)
Bahaya politik Anwar
|
|
KEPUTUSAN Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengejutkan banyak pihak.
Ia kerana sebelum ini Anwar berulang-ulang kali menegaskan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atau Bandar Tun Razak.
Bagaimanapun bagi bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Noor tindakan Anwar bukanlah suatu yang luar biasa.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR sehari selepas Anwar membuat keputusan berkenaan, Mohamad Ezam yang pernah bersusah payah dengan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut menegaskan, Anwar melakukan keputusan itu dalam keadaan terdesak.
‘‘Anwar cuba alihkan pandangan orang ramai terhadap kes liwat melibatkan pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, oleh itu kita jangan terperangkap.’’ kata Mohamad Ezam.
IKRAR: BERMAKNA EZAM SEIA DENGAN PEMIMPIN UMNO-BN DAN ...apakah ini tidak memunculkan syak dari rakyat yang EZAM boleh jadi turut serta dalam konspirasi kes liwat???
Namun begitu, Mohamad Ezam yang memahami berlaku banyak tafsiran bahawa Anwar akan mencapai kejayaan mudah di lubuknya itu menegaskan Barisan Nasional (BN) seharusnya tidak gentar berhadapan dengan Penasihat PKR tersebut.
Ini kerana tegas beliau, BN berada di pihak yang benar, oleh itu parti berkenaan perlu masuk ke gelanggang di Permatang Pauh tanpa terlalu memikirkan soal menang dan kalah.
IKRAR: Alamak BN..di pihak yang benar?? Tahun lepas EZAM kata BN tak benar, sekarang sudah tukarlah..?
MINGGUAN: Pada pandangan saudara kenapa Anwar mengumumkan keputusan bertanding di Permatang Pauh?
MOHAMAD EZAM: Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah satu tindakan terdesak. Saya lama bersama-sama dengan mereka dan Wan Azizah, justeru saya amat memahami untuk meminta beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh adalah sesuatu yang tidak pernah mereka fikirkan. Ini kerana Wan Azizah adalah Presiden PKR. Untuk meminta seorang presiden mengosongkan kerusi Parlimennya sudah pasti akan memberi satu implikasi yang besar kepada parti. Justeru memilih kerusi Permatang Pauh ini adalah sesuatu langkah yang amat terdesak, kalau tidak terdesak Anwar tidak akan lakukan.
IKRAR: Siapa yang terdesak ni...? Hujah ni tak berapa sedap bunyinya.
Apa sebenarnya motif Anwar melalui tindakan itu?
MOHAMAD EZAM: Ia adalah strategi Anwar dalam berhadapan dengan kes dakwaan liwat pembantu peribadinya. Anwar harus mencari jalan untuk tidak dilihat bertarung dengan Mohd. Saiful dalam satu kes jenayah. Beliau harus menampakkan dirinya bertarung dengan kerajaan dari segi politik. Daripada awal lagi kes ini, Anwar cuba mengalihkannya kepada kes politik seperti menyorok di Kedutaan Turki, mendapatkan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan selepas itu cuba mengaitkan Mohd. Saiful dengan beberapa pemimpin.
Itu semua adalah percubaan untuk menjadikan kes jenayah kepada kes politik dan dengan keadaan siasatan hampir selesai serta Mohd. Saiful pula semakin berani dan tegas dengan dakwaan beliau, Anwar tidak ada pilihan, selain membuat satu tindakan politik bagi mengejutkan dan cukup kuat untuk mengalihkan kes jenayah ini kepada kes politik. Bagi saya perkiraan utama beliau bukannya untuk ke Parlimen atau menubuhkan kerajaan pada 16 September tetapi kes liwat yang dihadapinya.
Kalau perkiraan utamanya ialah 16 September, kenapa baru sekarang mengisytiharkan hendak bertanding sedangkan Anwar sudah boleh bertanding mulai 14 April, tetapi sekarang sudah empat bulan. Oleh itu saya berpendapat 16 September bukanlah pertimbangan utama Anwar, pertimbangan beliau ialah menyelamatkan persepsi masyarakat terhadapnya.
Walaupun Permatang Pauh adalah kubu kuatnya, tetapi kenapa beliau membuat keputusan bertanding di situ di saat-saat akhir?
IKRAR: Nak pilih di mana adalah keputusan strategi bukan keputusan peribadi dah...Inipun hujah yang meleset sangat...macam tak intune dengan perkembangan politik semasa......
MOHAMAD EZAM: Memang Permatang Pauh bukan pilihannya. Malah kawasan itu tidak pernah diletakkan sebagai pilihan dalam membuat keputusan di mana beliau harus bertanding. Sebaliknya Anwar meletakkan kerusi lain sebagai pilihan iaitu Bandar Tun Razak atau Kulim Bandar Baru. Tetapi apabila beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh, dari segi perkiraan beliau tidak yakin menang di kawasan lain. Permatang Pauh sememangnya dianggap kawasan selamat untuknya.
Dalam menghadapi Anwar di Permatang Pauh, apa yang seharusnya UMNO dan BN lakukan?
MOHAMAD EZAM: Apa yang paling penting UMNO harus membezakan antara kes jenayah dengan kes politik dan tidak terheret dengan permainan Anwar. Bagi kita, kalau kes jenayah biarlah ia diselesaikan oleh polis, kalau perlu pendakwaan dibuat, biarlah perhitungan itu di mahkamah, bukan di medan politik.
Atas sebab itu UMNO harus tegas bahawa persoalan jenayah adalah persoalan jenayah, UMNO harus mengajak beliau bertempur dari sudut percaturan dan perkiraan politik. Ini kerana dalam tempoh beberapa bulan awal pembangkang memerintah beberapa negeri jelas Anwar telah mengkhianati perjuangan bangsa. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak jelas menunjukkan perjuangan bangsa Melayu terhakis dan Permatang Pauh merupakan medan terbaik untuk UMNO membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar telah mengkhianati perjuangan bangsa.
Bagaimana UMNO hendak menyakinkan rakyat sedangkan Anwar telah menguar-uarkan kepada rakyat bahawa apa yang berlaku adalah bermotifkan politik?
IKRAR: ALAHAI Ezam.. apa bukti yang PEMIMPIN UMNO perjuangkan hak dan nasib bangsa? Yang kaya raya hanya dari suku sakat mereka sahaja dulu hang yang kata.....Rakyat jelata...elek puchi...merana...orang Penang boleh bagi saksi dan buktikan yang pemimpin UMNO selama ni menjadi broker menjual tanah milik Melayu kepada bangsa lain...Nak hujah apa dengan khianat perjuangan bangsa???...terlalu sempitlah ...pemimpin UMNO..awat hang ikut depa..??
MOHAMAD EZAM: UMNO kena bertegas untuk menyatakan parti itu dan kerajaan sama sekali tidak terlibat dalam kes liwat yang dihadapinya. Sebaliknya apa yang terjadi ialah persoalan antara Mohd. Saiful dan Anwar. Oleh itu Anwar harus ‘menjawab’ kepada Mohd. Saiful bukan kepada UMNO dan BN. UMNO harus melihat pertembungan dengan Anwar dari sudut politik demi perjuangan bangsa dan agama. Tanggungjawab UMNO adalah untuk menjelaskan mengenai masa depan bangsa.
Bagaimanapun, bagi pilihan raya kecil di Permatang Pauh ini, saya lebih berminat untuk melihat bahawa pertarungan ini bukanlah pertaruhan politik siapa kalah,siapa menang. Ini kerana sama ada Anwar menang atau kalah, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada kuasa politik PKR.
Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran, bagi saya kalah atau menang persoalan kedua, apa yang penting UMNO dan BN mesti masuk dan mempertahankan hujah kita bahawa negara kita berada dalam keadaan cukup bahaya.
Bagi saya, ekonomi bermasalah perkara biasa, ia pernah berlaku, tetapi yang lebih luar biasa ialah ancaman struktur politik dan sosial yang dirosakkan oleh Anwar melalui politik barunya. Dalam sejarah, kita tidak pernah diancam oleh struktur di mana orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan DEB dan kontrak sosial. Ini ancaman kepada keutuhan bangsa. Ancaman ini lebih berat daripada ancaman ekonomi. Pada ketika ini tiada siapapun boleh menafikan bahawa bangsa kita terancam dan keutuhan Melayu sebagai teras cukup terancam. Bagi saya, ini adalah ancaman besar kita kena lawan.
IKRAR: HANG NAK LAWAN..SILAKANLAH...buka lah bunga silat yang patut...rakyat dah muak...bro..!!!
Jadi apa strategi yang harus digunakan oleh UMNO bagi menyakinkan pengundi Permatang Pauh?
MOHAMAD EZAM: UMNO dan BN harus masuk ke gelanggang dengan keyakinan dan moral yang tinggi. Ini kerana dari segi moralnya BN di pihak yang benar. Kita melawan satu arus politik yang mahu merosakkan pejuang-pejuang bangsa dan memusnahkan Malaysia yang dibina oleh pengasas- pengasas bangsa yang berbilang kaum serta berteraskan Melayu. Ini asas bangsa kita yang kita tidak boleh usik.
Anwar membawa politik baru kononnya atas nama berbilang kaum tetapi itu bukannya dibawa oleh Anwar tetapi oleh pengasas bangsa. Pada tahun 1955 iaitu ketika pilihan raya, orang Cina sudah diajar mengundi calon Melayu, orang Melayu diajarkan mengundi calon Cina dan India, ini politik berbilang kaum. Bukan senang untuk mengajar pengundi-pengundi mengundi bukan berasaskan kaum.
Jadi amalan politik pelbagai kaum ini diasaskan oleh BN. Parti komponen itu yang melaksanakan gerakan politik berbilang kaum dan berteraskan Melayu. Politik itulah yang membina negara ini dan itulah yang mahu diancam Anwar. Justeru dari sudut moral kita di pihak yang benar kerana mempertahankan perjuangan pengasas bangsa.
Anwar harus belajar dengan Recep Tayyip Erdogan. Perdana Menteri Turki itu mempunyai fahaman yang jauh berbeza daripada pengasas bangsa Turki Mustafa Kemal Ataturk seorang sekular tetapi Erdogan yang merupakan seorang Islam tetapi tidak sekalipun menghina atau bercanggah dengan fahaman Ataturk. Ini kerana Ataturk adalah pengasas bangsanya. Itu cara negarawan berpolitik tetapi Anwar tidak ada semangat itu.
Beliau kritik DEB, mencemuh pemimpin-pemimpin UMNO dan pejuang bangsa hanya kerana untuk percaturan politiknya. Ini kita harus tentang habis-habisan.
Bagaimana pula dengan soal calon, ada pemimpin PKR mencabar saudara bertanding di situ?
IKRAR; UMNO ada maruah? Rasuah itu maruahlah...?? Elek puci ..maruah pada UMNO..Tolong betulkan sedikit tentang Turki...Kamal Ataturk bukan sahaja dikutuk oleh orang Muslim Turki tapi seluruh dunia mengutuk dia kecuali UMNO dan pemimpin UMNO...termasuk hang..ini fahaman sesat dan karut..baru dua bulan dalam UMNo dah lebih ayak ni...
MOHAMAD EZAM: Saya sudah katakan bahawa saya tidak perlu dicabar untuk memperjuangkan kebenaran. Saya sudah buktikan dengan rekod, saya pernah dipenjara dan pernah bersusah payah dengan Anwar. Saya tidak seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, ketika Anwar di dalam penjara, Khalid tidak bersama kita. Ini fakta, beliau tidak harus lupa. Beliau hanya masuk PKR selepas Anwar dibebaskan, ketika Anwar susah beliau tidak masuk. Oleh itu Khalid tidak perlu mencabar orang. Saya tidak minta jadi calon kerana ada orang lain lebih baik untuk menjadi calon cuma saya hendak menyatakan tidak akan lari daripada tanggungjawab. Ini kerana tanggungjawab saya adalah untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat khususnya di Permatang Pauh.
Sama ada saya menjadi calon atau tidak, saya akan berada di barisan hadapan untuk bertempur dengan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain atas nama kebenaran bukan atas nama dendam kerana mereka sudah jauh daripada asas perjuangan dan memainkan politik melampaui garisan dengan mengkhianati bangsa dan asas negara semata-mata untuk berkuasa.
IKRAR: Kebenaran dari UMNO??, dari fahaman perkauman, dari fitnah, dari rasuah, dari penghinaan dll...??? Sudahlahhhhh.....rasa nak muntah ..Tapi silakan berada di barisan hadapan..silakan..tapi ingatlah... jangan ajar serigala untuk bertarung dengan kambing sudahlah!!!!
Anwar mempolitikkan segalanya, oleh itu apa kesannya kepada orang Melayu dan bagaimana hendak menyakinkan pengundi Permatang Pauh supaya menyokong BN?
MOHAMAD EZAM: Ia menimbulkan kesan tidak baik kepada masyarakat. Inilah masalahnya apabila kita mempunyai pemimpin yang tidak mempunyai semangat negarawan dan tidak meletakkan kepentingan bangsa serta negara mengatasi kepentingan peribadi. Cuba bayangkan kalau pemimpin kita terdahulu mempunyai perangai macam ini, rosak bangsa ini.
Anwar meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya, beliau tidak mempedulikan soal bangsa dan soal ekonomi. Beliau menyebut soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, semua itu merosakkan ekonomi negara. Tetapi Anwar tidak peduli, beliau mengheret persoalan peribadinya kepada rakyat sehingga menyebabkan ada keluarga berpecah, kawan-kawan berkelahi dan pandangan masyarakat kepada pemimpin Melayu pun semakin buruk.
Namun bagi Anwar ialah survival politiknya. Sebab itu punca utama saya meninggalkan Anwar adalah kerana beliau hilang sikap negarawan. Beliau meletakkan kepentingan dirinya mengatasi segala-galanya, ini kita tidak boleh berkompromi.
Apatah lagi dalam keadaan negara berbilang kaum seperti Malaysia, apa yang dilakukan oleh Anwar adalah merbahaya.
Justeru bagi saya, isu inilah yang harus kita bawa ke Permatang Pauh. Bangsa ini dibina dan didirikan selama 50 tahun bukan oleh pemidato hebat atau percaturan politik hebat seperti Anwar. Tetapi oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai semangat negarawan. Mereka meletakkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan diri sendiri. Jiwa negarawan yang membina negara bukan pemidato berapi-api atau percaturan politik yang melampau. Rakyat seharusnya difahamkan dengan keadaan itu. Saya yakin selepas 100 hari pembangkang memerintah di beberapa negeri, rakyat lebih faham sekarang. Tidak ada apa yang Anwar lakukan. Dari sudut rasuah contohnya, tidak ada apa yang baru dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang. Tidak ada satu pun pemimpin negeri berkenaan yang mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Saya masih menunggu kerana dulu mereka kata ia akan dilakukan selepas 100 hari memerintah. Oleh itu kita boleh persoalkan apa komitmen mereka menentang rasuah. Semua ini menunjukkan ia hanyalah permainan politik Anwar dan bukannya mahu melakukan perubahan.
IKRAR: NEGARAWAN anda sudah terbuktike?? Aduhai Ezam... kenyataan anda membuat kami malu...tolong berhentilahhhhhh!!!!
Dari sudut apa sepatutnya pengundi menilai Anwar?
MOHAMAD EZAM: Rakyat tidak harus terpukau dengan kata-kata beliau sebaliknya mereka perlu menilai rekod kerjanya. Contohnya, di mana prinsip Anwar apabila ketika menjadi Menteri Kewangan, beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi kini menentangnya. Malah ketika menjawat jawatan itu juga, Anwar telah memberikan kontrak secara rundingan terus atau arahan bukan tender dalam skim usahawan berwibawa tetapi sekarang cuba menjadi wira untuk tender terbuka. Ini jelas tidak konsisten jadi bagaimana kita boleh mempercayai seseorang pemimpin seumpama itu.
Jadi rakyat harus menilai Anwar dari sudut berkenaan termasuklah ucapannya ketika dalam UMNO, beliau mempertahankan Melayu tetapi kini beliau menjadi juara semua kaum. Untuk menilai Anwar perlu dilihat rekod kerjanya bukan terpukau dengan ‘nyanyian’ atau ucapan beliau.
IKRAR: Rakyat akan mendengar apa yang ada dalam hatinya bukan yang lain...jadi jika rakyat sudah muak dengan UMNO maka tunggulah saat di mana Permatang Pauh akan menjadi salah satu kubur kepada UMNO. Soal dulu ..semua orang sama..sama juga seperti hang...??
Apa nasihat saudara kepada pengundi Permatang Pauh sebelum mereka membuat keputusan?
MOHAMAD EZAM: Kita harus bersikap terbuka, mendengar hujah dan tidak emosional. Bangsa yang berjaya itu lahir daripada bangsa yang memilih pemimpin itu berdasarkan hujah, bukan kepada sentimen dan emosi. Saya faham Anwar anak kelahiran Ceruk Tok Kun, tetapi itu emosi. Pengundi perlu bersikap terbuka mendengar hujah kedua-dua belah pihak dan membuat keputusan berdasarkan hujah itu yang akhirnya akan memberikan keselamatan serta jaminan kepada keutuhan bangsa, agama dan negara, itu yang harus menjadi percaturan terakhir sebelum membuang undi.
IKRAR: Betul memilih pemimpin itu penting tapi yang lebih penting ialah keperibadian pemimpin itu...antara DSAI dengan salah seorang pemimpin UMNO yang lain...sudah pasti rakyat lebih tahu memilih? Jadi alangkah baik jika Ezam kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlahhhhh!!!!!Mohon maaf kerana hanya dapat beri hujah singkat sahaja kerana masih di Bandung..
4 Ogos..
Masih ada berita lagi dari Ezam di Utusan..macam artis pujaan atau pak pacai UMNO??? Gayanya dia terlalu desperate minta DSAi dan DS Wan Azizah jawab..relaxlah bro sampai masanya terjawablah segalanya!!! Yang jelas anda memang semakin karut ..Jika tak terlibat diam sudahlah..tapi berlebih sangat apa hal?
Ezam sedia bersumpah nafi terlibat konspirasi kes liwat
BUKIT MERTAJAM 3 Ogos - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor sedia bersumpah bagi membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang konspirasi dalam tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ezam, tindakan itu yang akan dibuat mengikut kaedah Islam bertujuan membuktikan kebenaran dan mempertahankan maruahnya.
''Saya bagi tempoh 24 jam kepada Penasihat PKR dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membuktikan bahawa saya seorang yang tidak mempunyai prinsip, tamak dan mempunyai konspirasi ke atas Anwar.
''Kalau mereka tidak menjawabnya dalam tempoh itu, saya akan angkat sumpah dengan kaedah Islam untuk lawan dan buktikan kebenaran kerana telah dua minggu saya membuat cabaran berkenaan tetapi kedua-duanya masih tidak mahu menjawab," katanya.
''Anwar tahu. Wan Azizah pun tahu. Saya tak mahu mengaibkan orang tetapi kalau perlu, saya akan bangun pertahankan maruah, biar semua orang tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim," katanya.''Tindakan Anwar itu merupakan satu ancaman paling besar kepada politik negara ini.
''Malah keputusan penting Wan Azizah untuk meletakkan jawatan itu dilakukan tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan peringkat tertinggi parti tersebut,'' ujarnya.
''Beliau membuat skim kontrak berwibawa yang menyediakan peruntukan untuk 10 syarikat sahaja dengan setiap syarikat akan mendapat kontrak tanpa tender berjumlah RM1 bilion.
''Hari ini beliau telah menukar corak dan menyokong pemberian tender secara terbuka, ini adalah sifat seorang pemimpin yang khianat," katanya.
IKRAR: Soal letak jawatan itu adalah hak peribadi dan adalah mustahil hujah diambil sendiri-sendiri kerana ada foto yang diambil bersama oleh pimpinan parti setelah membuat keputusan tersebut. Awat jadi lagu tu?..info ni fitnah atau anda yang sudak buat fitnah ni?
Nak sumpah apa lagi...ini bukan cara Islam tapi ini cara Melayu UMNO yang bahlul dengan kaedah syariah ISLAM... Islam pentingkan bukti bukan hanya tuduhan dan gagal membawa saksi ada ancaman kepada si penuduh.. Islam mengajar kepada kedamaian bukan permusuhan yang berasaskan kepada perkauman sempit. Inilah masalahnya bila Islam hadhari menjadi rujukan dan ulamanya makan rasuah dengan upahan bagi setiap fatwa yang mahu diberi bukan asas syara' tapi asas fulus...mana perginya Tok Hamid, BG Bersara Zainal, Ust. Nakhai dan ramai lagi...mereka menjadi pak angguk kepada pemegang fulus dan kahirnya wibawa mereka hilang dan rakyat tak mahu terima lagi...
Simple sangat sebenarnya dalam hal tuduh menuduh ni...jika dilihat secara lojik..Siapa yang lebih perlu membuat tuduhan dan apa kepentingannya? Sudah tentu yang terancam ? Siapa yang terancam? BN-UMNO, Najib, Badawi, kabinet BN, Khairi dan mungkin juga Ezam kerana beliau terhutang budi dan moral dengan Pak Lah. Jika tidak buktikan sesuatu yang beliau bekerja pertaruhkan politik maut..maka anytime beliau akan ditendang dari UMNO. Dalam UMNO bukan semua suka Ezam tapi mereka perlu Ezam sebagai Macai untuk buat kerja gila dan musnahkan masa depan rakyat. Heran macamana Ezam boleh berfikir amat sempit begitu dan ternyata di belakangnya ada sebaris penasihat yang dah mati kutu..
Rahsia apa lagi Ezam nak buka kerana yang 6 kotak juga belum buka sampai sekarang..yang ada hanya angin panas yang menderu..Sekarang nak buka lagi rahsia...aduhai Ezam ...hang nak buat gimik apa lagi ? Mungkin jika dibayar oleh UMNO beliau akan lakukan apa sahaja termasuk.."aduan sama macam Saifulke"?? Ya Ilahi..anta maqsudi..semoga Allah selamatkan mereka yang jahil , mereka yang engkar, yang buta melihat kebenaran dan sesat dalam hidup di dunia ini!!
Pandangan dari pihak lain ada benarnya......
BN manipulasi isu peribadi di Permatang Pauh
Mat Zain Mat Isa Mon | Aug 04, 08 | 11:20:11 am MYT | |
Berdasarkan beberapa kenyataan pemimpin Barisan Nasional (BN), parti itu kelihatannya tidak begitu bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedikit masa lagi. Setelah parti-parti komponennya bersilih ganti memberikan masalah kepada imej dan kredibiliti parti pemerintah itu, para pemimpin parti tunjangnya, Umno, pula kini berdepan pertembungan peribadi ekoran pemilihan jawatan di pelbagai peringkat parti itu bermula bulan lalu. Sebab itu pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Parlimen Permatang Pauh, 31 Julai lalu bagaikan menambah keserabutan dalam benak para pemimpin BN. Apatah lagi serentak itu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan akan bertanding kerusi berkenaan. Agak menyulitkan BN, tindakan yang dilihat amat penting dalam sejarah politik negara itu kebetulannya datang di saat parti itu kebuntuan isu dalam memenangi hari rakyat. Kenaikan mendadak harga minyak yang mendorong peningkatan harga barangan keperluan sekaligus penambahan beban kehidupan rakyat belum dapat diselesaikannya. Isu kerjasama PAS-Umno yang cuba dimanipulasi BN bagi memecahbelahkan perpaduan sesama kalangan parti Pakatan Rakyat juga tidak membuahkan hasil sebagaimana diharapkan. Akhirnya BN tiada pilihan melainkan memainkan isu-isu berkaitan peribadi Anwar. Sebab itu rata-rata komen diberikan para pemimpin BN berkaitan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh setakat ini lebih banyak tertumpu kepada mendedahkan kelemahan dan keburukan peribadi, sama ada Anwar sendiri atau pun Dr Wan Azizah. Keseluruhan komen dan serangan itu dapat dirumuskan kepada tiga kumpulan isu utama. Pertama, tindakan Dr Wan Azizah itu dikaitkan dengan taktik dan strategi suaminya, Anwar, yang berusaha mengambil alih teraju kepemimpinan negara. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam reaksi awalnya menyifatkan hasrat Anwar itu suatu pembohongan. Bagi Abdullah, dakwaan berterusan Anwar bahawa beliau bakal menerajui negara sebenarnya hanya bertujuan mengekalkan popularitinya sebagai pemimpin pembangkang. Beberapa pemimpin BN lain mendakwa hasrat Anwar bertanding di Permatang Pauh hanyalah taktik beliau mengalihkan perhatian umum daripada kes liwat yang sedang dihadapinya. Bagi kebanyakan rakyat, Anwar dipercayai mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk memacu pembangunan ekonomi negara di samping memiliki integriti untuk menyatukan rakyat. Justeru bagi merealisasikan impian itu, pakatan suami-isteri itu suatu langkah tepat. Kedua, tindakan Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat dilabel membelakangkan kepercayaan dan sokongan pengundi. Ia malah didakwa bakal menyusahkan rakyat serta membazirkan wang negara. Sesuatu pilihan raya menelan belanja sangat besar. Sepintas lalu, hujah ini nampak rasional. Bagaimana pun BN jangan ingat rakyat sudah lupa bahawa tindakan mengosongkan kerusi dan mengadakan pilihan raya semula ini pernah dibuat BN sendiri bagi memenuhi keperluan politik semasa. Contohnya apabila berlaku kekosongan kerusi Menteri Besar Selangor akibat perletakan jawatan Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997. BN memilih seorang Ahli Parlimen yang sedang berkhidmat sebagai menteri kabinet, Dato' Seri Abu Hassan Omar untuk mengisi kekosongan itu. Maka pada 2 Mei 1997, Abu Hassan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Ahli Parlimen Kuala Selangor bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil. Turut melepaskan jawatan ialah ADUN Permatang, Jamaluddin Adnan. Kedua-dua mereka bertukar kerusi dalam dua pilihan raya kecil serentak pada 29 Mei 1997. Mengapa tidak ditimbulkan ketika itu soal menyusahkan rakyat, membazirkan wang negara dan seumpamanya? Bahkan pernah ada pemimpin BN mengosongkan kerusi yang mereka sandang hanya semata-mata untuk mencabar kekuatan BN dalam pilihan raya kecil, sekaligus membuktikan pengaruh peribadi mereka. Bukankah itu yang dibuat Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang dan Datuk Shahrir Samad di Johor Bahru akhir 80-an dulu? Soal menyusahkan rakyat tidak pernah mereka ditimbulkan. Bahkan rakyat yang menyokong kedua-dua tokoh itu akur dan bersetuju dengan tindakan mereka. Dalam kes Permatang Pauh kini, Dr Wan Azizah telah lama menyatakan hasrat mengosongkan kerusi berkenaan sekiranya menang, bagi memberi laluan kepada Anwar. Beliau secara terbuka memberitahu perkara itu di hari penamaan calon dan mengulanginya di hadapan para pengundi sepanjang kempen pilihan raya lalu. Hal ini turut diakui Ketua Umno Bahagian tersebut, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid, sebagaimana dipetik akhbar, 2 Ogos lalu. Ertinya rakyat seluruh negara, khususnya pengundi di Permatang Pauh telah maklum dengan hasrat Wan Azizah itu sebelum mereka mengundi Mac lalu lagi. Maka tidak timbul soal mereka merasa tertipu atau sokongan mereka dipermainkan Dr Wan Azizah. Ketiga, Tindakan Dr Wan Azizah menyerahkan kerusi disandangnya kepada suaminya sendiri dianggap seolah-olah menjadikan kerusi itu hakmilik peribadi yang boleh diwariskan. Hujah ini juga sesuatu yang memakan diri BN sendiri. Bukankah Dato' Seri Najib Tun Razak dipanggil balik semata-mata bagi mengambilalih kerusi Parlimen Pekan yang ditinggalkan bapanya? Di awal usia 20-an, Najib yang sangat mumbang dalam politik dipilih semata-mata kerana beliau anak Allahyarham Tun Razak. Tradisi sama berlaku kepada beberapa pemimpin BN lain. Antaranya ialah Dato' Mohamed Rahmat yang 'mewariskan' kerusi Parlimen Pulai kepada anaknya Nur Jazlan. Dr Chua Soi Lek yang melepaskan jawatan akibat skandal seks turut diberi keistimewaan itu apabila anaknya, Chua Tee Yong dipilih mewarisi kerusi Parlimen Labis. Ada pun kerusi Parlimen Permatang Pauh bukan suatu yang asing bagi Anwar. Ia pernah menjadi milik beliau selama empat penggal bermula 1982 sebelum dimiliki isterinya sehingga minggu lalu. Justeru tindakan Dr Wan Azizah kini sepatutnya dilihat hanya sebagai mengembalikan semula sesuatu yang memang menjadi milik Anwar. - mks._ |
Anwar tetap bertanding sekalipun ditahan, dilokap polis
Tarmizi Mohd Jam Mon | Aug 04, 08 | 9:36:13 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim bertegas akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekalipun beliau tahan polis dan berada di dalam lokap. Dalam hal ini, katanya, beliau terpaksa bertindak cepat bagi matlamat untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian teruk. Hasratnya untuk bertanding, tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Beliau turut melahirkan rasa bimbang, jika selepas ini beliau tidak lagi dibenarkan berkempen sambil mengulangi ketegasannya untuk bertanding sekalipun beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap. Anwar berkata demikian dalam ceramah Peristiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin. Beliau membidas dakwaan seetengah pihak kononnya pengosongan kerusi berkenaan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati pengundi Permatang Pauh. Katanya, sejak awal lagi Wan Azizah telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding. Turut memberikan ceramah, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP. Sementara itu di Pekan, Pahang, Timbalan Pedana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menolak anggapan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi pengukur kepada sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum Mac lepas. Katanya, pilihan raya kecil ini tidak boleh dianggap sebagai ukuran mutlak sebab pilihan raya kecil biasanya bersifat setempat, banyak pertimbangan atas isu-isu tempatan, atau atas isu-isu tertentu yang mungkin tidak ada kaitan dalam konteks nasional. "Walaupun saya sedar, langkah Anwar Ibrahim untuk bertanding ini untuk membawanya sebagai isu nasional," katanya kepada Bernama. Menyentuh soal calon BN, Najib berkata, belum masanya untuk Umno memikirkan siapakah calon yang selayaknya dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi. Ini kerana jelasnya, banyak kriteria yang harus diberi perhatian dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pauh ini. Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuaratnya Rabu (6 Ogos) ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh. Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor memberitahu akhbar talian mSTAR Online, segala-galanya akan diputuskan Rabu ini. Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat. Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti. Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini. Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon KeADILan, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini. - tmj/mks._ |