foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 14, 2009

BERBUKA PUASA DAN DIALOG DENGAN PELAJAR MALAYSIA DI ISKANDARIAH.....

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


14 SEPT

Tiba di Iskandariah sekitar jam 12 tengahari pada hari Ahad. Berhenti sebentar melihat kota peninggalan Salehuddin AL Ayubi di pesisir pantai mediteranian yang sangat indah dan mengkagumkan. Pantai mediteranian yang membiru menambahkan lagi kehebatan Salehudin yang ternyata sangat ahli dalam strategi perang. Kota ini menjadi pintu kawalan setiap kapal yang keluar masuk dan juga sebagai lambang kemegahan kerajaan Islam pada masa itu. Alhamdulillah, kehebatannya bukan hanya digeruni pada masa itu tetapi akan dingati dan menjadi inspirasi umat sampai bila-bila.Kami dapat berehat sebentar di hotel yang tidak jauh dari pantai sehingga waktu asar. Sekitar jam 5.30 petang program dengan pelajar bermula. alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.

Setelah berbuka dan solat maghrib kami adakan sedikit sesi dialog. Sekitar jam 8 mlm berangkat ke masjid Qaid Ibrahim yang terletak di tepi pantai. Alangkah terkejutnya bila melihat manusia melimpah sampai di tepi jalan untuk solat tarawikh. Hampir 30,000 orang yang solat dan semakin ramai ketika solat pada malam 27 nanti. Ada yang mengatakan sampai 500,000 orang. Kesempatan ini saya gunakan untuk berkenalan dengan sdr-sdr arab yang rasanya mereka amat familiar sekali. Senang bicara dengan mereka dan terasa konsep persaudaraan Islam tersebut diamalkan dengan ikhlas. Sementara menunggu solat tarawikh yang masih tersisa 6 rakaat lagi pada jam 12.30 malam para jemaah ada yang baring, membaca quran dan solat sunat.



Suasana ini amat istimewa bagi saya kerana seumur hidup saya tidak pernah saya melihat begitu ramainya jemaah tarawikh di Malaysia. Bahkan semakin hari di hujung ramadhan masjid makin kosong.Bacaan imam yang menarik dan sayu di tengah malam sememangnya membuat hati hanyut dan tenggelam bersama alunan alquran. Di celah-celah takbir imam terdengar esakan tangis para jemaah yang amat jarang sekali berlaku di Malaysia. Makin seru ketika imam membacakan doa qunut dan diaminkan oleh puluhan ribu manusia. Tidak dapat dibayangkan betapa kuatnya perasaan harap itu terhadap Allah dan terasa diri ini begitu kerdil. Ya Allah..terimalah doa kami dan amalan kami..!!

Sekitar jam 2.30 pg sebahagiannya beredar pulang dan ada juga yang merebahkan badan berehat sementara menunggu waktu subuh. Barulah saya faham kenapa sdr kita di sini menyambut ramadhan melebihi dari sambutan hari-hari kebesaran yang lain. Inilah pesta ibadah Ramadhan yang mampu merubah segala landskap sosio ekonomi politik umat Mesir dalam tempuh yang akan datang. Saya yakin ini adalah petanda yang sangat menjanjikan perubahan di masa depan di sini. Semoga memudahkannya.Saya terus ke hotel dan selepas subuh berehat sebentar sehingga jam 9 pagi. Bertolak balik ke Kaherah melalui pesisir pantai yang panjang. Selamat tinggal Alex..dengan seribu macam kenangannya,,Jam 3 petang tiba di Kaherah...(nanti sambung..) ;