foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, June 13, 2009

KEMBALINYA SEORANG MUJAHID KE HADRAT ALLAH..( DR. FATYAKAN DALAM KENANGAN..)

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

13 Jun

Dapat info dari facebook yang Dr Fatyakan telah kembali ke hadrat Allah membuat saya berhenti sebentar melayari facebook dan merenung jauh ke Lebanon. Pada tahun 2000 peristiwa yang tidak dapat saya, isteri dan 3 orang anak saya lupakan bila diterima untuk bertemu tokoh gerakan Islam dunia iaitu Syekh Fatyakan. Seperti tokoh yang lain beliau senantiasa mesra dan menerima kami tanpa protokol yang menyusahkan. Kami diterima dan disambut bagaikan anak cucunya sekalipun inilah kali pertama kami bertemu. Saya memang agak letih kerana perjalanan dari Syria ke Lebanon dan ke markaz Tarablus mengambil masa yang panjang. Tetapi keletihan dan rindu terubat bila manatap wajahnya, bersalam dan mendakapnya. Aura seorang pejuang bagaikan meganet yang sukar untuk dilupakan sampai saat ini. Tapi ada suatu hal yang terjadi sampai sekarang saya masih ingat iaitu ketika camera isteri tidak mahu flash ketika saya dan anak-anak mahu bergambar bersama beliau. Gambar hanya dalam otak dan hati sahaja.Hikmahnya bagi saya ialah niat saya bertemu beliau untuk dipamerkan atau kerana Allah??..Ya inilah kelebihan seorang mujahid.. Bila berita beliau pergi dulu membuat hati bergetar kembali dengan perasaan yang bercampur. Sedih kerana dunia Islam kehilangan seorang mujahid dan bahagia kerana beliau kembali masih di atas pentas dakwah. Muridnya dan berkat ilmunya berada di seluruh dunia sehingga menumbuhkan benih-benih kader dakwah baru. Ya Allah terimalah ruhnya sebagai seorang syahid dan tempatkanlah bersama aulia dan nabi-nabi!!.

Terima kasih kepada sdr Firdaus yang hantar info ini web ikhwan Jordan ...

Al-ustaz fathi yakan telah meninggalkan kita pagi tadi..Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumur 76tahun... sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah...semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'..


Info dari web Ikhwan Jordan..

توفي رئيس جبهة العمل الاسلامي الداعية والنائب اللبناني السابق فتحي يكن عن عمر 76 عاما بعد صراع مع المرض.
وولد الداعية الدكتور فتحي يكن عام 1933 في مدينة طرابلس في شمال لبنان ويعتبر من اهم رجالات الحركة الاسلامية اللبنانية وفي العالم الاسلامي وهو مؤسس الحركة الاسلامية في لبنان في الخمسينات من القرن الماضي.
وكانت له مساهمة اساسية في تأصيل فكر الحركة الاسلامية في العالم العربي.
وللدكتور يكن سلسلة من المؤلفات من بينها "ماذا يعني انتمائي للاسلام" و "مشكلات الدعوة والداعية " و "ابجديات التصور الحركي للعمل الاسلامي" وقد ترجم عدد من هذه المؤلفات وغيرها الى لغات اجنبية.
وخاض الداعية يكن الانتخابات النيابية عام 1992 وفاز عن المقعد السني في طرابلس العام 1992 وهو مشارك في المؤتمرات الاسلامية العالمية.
واتسمت مواقفه داخل لبنان بالوطنية اذ كان من دعاة الوحدة وتجنيب الفتنة بين اللبنانيين وخصوصا بين قوى الاكثرية والاقلية.

Mengenang Almarhum Dr. Fathi Yakan

Semalam, dunia Islam kehilangan sebutir mutiara gemerlapan yang sekian lama mencurah bakti kepada umat.

Dr. Fathi Yakan, aktivis pergerakan Islam tersohor telah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Beliau merupakan pengarang buku “Mengapa Saya Berintima’ dengan Islam?” yang menjadi rujukan pengenalan kepada aktivis pergerakan Islam seluruh dunia.

Almarhum Dr. Fathi juga merupakan di antara ulama’ dan sarjana besar dunia Islam. Penulisan dan kuliahnya menzahirkan ketegasan.

Saya kenangkan pertemuan saya dan Almarhum Ustaz Fadhil Noor dengan Almarhum Dr. Fathi Yakan di Riyadh hampir 30 tahun lalu.

Saya amat terkesan akan nasihat beliau kapada kami dalam menangani arus aliran pelampau menerusi gerakan Islam ketika itu. Menurutnya seringkali sosok keras menimbulkan masaalah kapada gerakan lantaran keengganan mereka tunduk kapada semangat jamaah.

Jamaah tereperangkap akibat gelagat mereka atau akhirnya dkhianati olih sebahagian mereka.

Saperkara lain yang disentuh beliau ialah bahaya penyakit “ghurur” - keangkuhan - di kalangan pendukung gerakan akibat kedangkalan ilmu serta kurangnya tawaddu’. Mereka menganggap diri mereka sahaja jaguh, hebat berbicara soal jihad, dan kurang tasamuh atau berlapang dada menerima kekuatan atau pandangan lainnya.

Maka, marilah kita sama-sama berdoa semuga roh Almarhum Dr. Fathi Yakan ditempatkan di kalangan para solihin dan siddiqin.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

Syaikh Fathi Yakan, Ulama Pergerakan Terkenal Telah Wafat

Minggu, 14/06/2009 06:52 WIB
Dunia pergerakan Islam abad 20 kembali berduka, tokoh pergerakan Islam yang banyak buku-bukunya dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90 an lalu maupun dunia Islam telah menghadap Robb nya.

Pemimpin Front Amal Islam - Syaikh Fathi Yakan yang juga seorang ulama terkenal dilaporkan telah meninggal dunia setelah mengalami sakit yang cukup parah, media Libanon melaporkan.

Front Amal Islam, sebelumnya menyangkal bahwa ustadz Fathi Yakan telah meninggal pada hari Sabtu kemarin, kata kantor berita Naharnet.

Stasiun radio Voice of Lebanon mengatakan bahwa Fathi Yakan meninggal di rumah sakit Hotel Deu dimana pada malam sebelumnya ia mengalami sakit parah.

Selain itu, banyak media Libanon telah mengatakan Fathi Yakan meninggal.

Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992.

Ia menjadi terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara Politik daripada Islam itu sendiri.

Jasad Fathi Yakan akan dibawa ke Tripoli kota kelahirannya pada hari Ahad pagi ini. Waktu dan tempat pemakamannya akan diumumkan segera, demikian pernyataan tambahaan yang didapat oleh media.

Semoga amal ibadahnya diterima disisi Allah SWT...Amiin (fq/wb)


Perginya tokoh Islam tersohor Dr. Fathy Yakan
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Oleh Dr. Sheikh Fathy Yakan

PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.
Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.
Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.
Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.
Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.
Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.
Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.
Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.
Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.
Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.
Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.
Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.
Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:
*The Problems of Da'wah and Du'ah,
*How to Call for Islam?
*Towards a Unified International Call for Islam
*What Does My Commitment to Islam Mean?
*Movements and Doctrines in the Balance of Islam
*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah
*Towards an Islamic Awakening of the Era
*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century
*Islam -Ideology, Movement and Rebellion
*Youth and Change
*Those Left behind on the Path of Da'wah
*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work
*Critical Issues in the Islamic Experience.
Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.
Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:
"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.
"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.
"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.