foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, June 19, 2008

TARIKH BARU PROTES SEJUTA RAKYAT KE 6 JULY dan demo di masjid seluruh Selangor.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

19/20 JULY

6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak
Jun 19, 08 5:04pm

Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.

Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.

dr hatta ramli 01Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling Jaya

Pertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.

Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.

"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.

"Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.

Sewa bas


Dr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

protes sejuta rakyat oil protest poster 190608Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.

Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.

Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.

"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

shamsul iskandar mohd akin pkr youthSementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.

Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memeberi kesan kepada semua orang.

Demonstrasi Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor

Posted on 20 June 2008

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor telah menyusun beberapa siri demonstrasi termasuklah demonstrasi serentak di sepuluh (10) buah masjid di Selangor esok, 20 Jun 2008, selepas solat Jumaat. Siri demonstrasi ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat menyatakan bantahan terhadap kerajaan berkenaan isu kenaikan ini dan untuk mengajak rakyat menyertai PROTES SEJUTA RAKYAT.

Berikut adalah butiran lanjut;

20-Jun 2008

Demonstrasi Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor
Lokasi Person in Charge
-Masjid Kampung Melayu Ampang Hamsah (017-6030093) Haslan (016-3576010)
-Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi Farid (019-7479407)
-Masjid Simpang Tiga, Gombak Jafrien (012-2992050)
-Masjid Kajang Hanapi (012-3051757)
-Masjid Sekincan Fauzi (017-3030346)
-Masjid Negeri, Shah Alam Mazli (019-3682855) Hisham (016-2870947)
-Masjid Bandar Baru Sg. Buloh Edi (013-5099248) Najmie (016-3183383)
-Masjid Hulu Bernam Asha (012-3352423)
-Masjid Bukit Naga,
Seksyen 32, Shah Alam Azwan (012-6879844)
-Masjid Damansara Utama
(Masjid Mujahidin) Khairul Anuar (019-2057498)

21-Jun

Demonstrasi
Lokasi: Plaza Tol NPE
Masa: Jam 3.00 petang
Maklumat lanjut: Mat Akhir (016-3873647) Maharul (019-2859984)

Sekian.

Harapan Baru Untuk Malaysia

Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Selangor (019 - 205 74 98)

Jafrien Muhammad
Setiausaha AMK Selangor (012 – 299 20 50)

Mazli Saring
Ketua Penerangan AMK Selangor (019 - 368 28 55)

YDP AGUNG DAN FENOMENA POLITIK MALAYSIA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

19/20 JUN
Memang sibuk di Shah Alam dan menyiapkan bahan buletin IKRAR tapi sempat juga mendengar berita sensasi usul tidak percaya di Parlimen...

Sejak berita usul tidak percaya
diwar-warkan oleh salah sebuah kompenan BN di media suasana politik sudah mula masuk ke era kenyataan media bertukar menjadi kenyataan sebenar. Sama seperti kenyataan DSAI dan pemimpin PR yang lain sebelum PRU-12 iaitu harga minyak akan naik selepas BN menang..kenyataannya betul-betul terjadi sekarang. Tapi kesombongan dan hipokrit pemimpin UMNO-BN yang berselindung di sebalik alasan strategi politik membuat rakyat muak dan rasa terhina sehingga seluruh rakyat kecewa serta akan bersama merealisasikan apa yang mereka mahukan iaitu keadilan sebenar.

Inilah yang mereka tidak pernah rasakan dari kerajaan UMNO-BN. Ungkapan kerajaan UMNO-BN sudah tidak semerbak melati lagi tapi semakin banyak mereka berbicara soal apa sahaja ungkapan mereka bagaikan tahi ayam. Rakyat bukan sahaja menutup telinga tapi menutup hidung juga. Busuknya ungkapan mereka sudah sampai ke ceruk kampung, desa, hutan dan belantara. Jadi wajarlah, mereka bersiap-siap untuk menempuh era mereka bukan memimpin negara, kes rasuah, kes pecah amanah, kes-kes manipulasi jawatan yang tertutup dan sebagainya akan terbuka kepada umum untuk dibicarakan.

Sebenarnya inilah era mereka mula merasakan sesak nafas dan kencing tak terkendali. Yang penting sebagai rakyat, kita wajib memastikan mereka turun dengan kehinaan dari persada kerajaan yang dimusnahkan kredibilitinya oleh mereka sendiri. Jika YDP membuat keputusan yang bercanggah dengan aspirasi rakyat maka Protes Sejuta Rakyat pada 6 july 2008 akan menjadi perhimpunan seluruh rakyat Malaysia. Kita yakin YDP Agung juga dapat menyelami dan memahami tuntutan rakyat selama ini maka terjawablah kempen HARAPAN BARU MALAYSIA. Semoga ianya menjadi realiti dan sejarah baru di bumi Malaysia tercinta ditempa oleh tangan-tangan kecil rakyat sejak puluhan tahun lalu menjadi realiti sebelum tarikh kemerdekaan tahun ini.

Mari kita renungkan dan fahami nasihat..Dr.A. Aziz Bari..

BN tidak boleh bertindak membelakangi YDP Agong
Tarmizi Mohd Jam
Fri | Jun 20, 08 | 10:05:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengingatkan parti-parti politik supaya tidak bertindak membuta tuli dalam menghadapi kemelut politik negara dengan membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Beliau menegaskan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang sangat penting di dalam mententeramkan keadaan politik yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan apa yang akan berlaku, selepas Parti Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin Dato' Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya akan membawa atau menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan.

Ekoran tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, pelbagai spekulasi telah timbul. Ini termasuklah tindakan mengadakan pilihan raya mengejut oleh BN untuk menyelamatkan dirinya.

Selain itu, tegas beliau, ada yang bimbang bahawa perisytiharan darurat akan dibuat bagi mengelakkan kejatuhan kerajaan BN melalui undi tidak percaya di parlimen.

"Oleh kerana kemungkinan-kemungkinan itulah maka Perlembagaan secara idealnya memberi ruang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak bebas dari nasihat atau pengaruh kerajaan yang memerintah," tegas Aziz.

Beliau yang juga pakar Perlembagaan, mengingatkan bahawa kedudukan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan tidak harus disamakan dengan cop getah yang perlu melaksanakan apa sahaja yang diminta oleh kerajaan.

"Raja berperlembagaan sebenarnya lebih merujuk kepada seorang raja yang bertindak selaras dengan tuntutan dan semangat demokrasi bukan mengikut nasihat membuta tuli", tambah beliau.

Mengenai pilihan raya mengejut Aziz berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat.

Aziz berkata di bawah Perlembagaan kuasa itu adalah kuasa baginda dan Perdana Menteri tidak boleh memaksa Yang di-Pertuan Agong. "Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah kuasa budibicara Yang di-Pertuan Agong," tambahnya lagi.

Dua minggu lalu Aziz berkata bahawa di dalam senario sekarang adalah tidak wajar untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan dewan bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Beliau menjelaskan, meskipun kuasa itu kuasa budibicara baginda diberi tanggungjawab untuk menilai keadaan dan mempastikan bahawa kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya.

"Inilah sebabnya mengapa Suruhanjaya Reid meminta Yang di-Pertuan Agong melihat pengalaman negara-negara Komanwel yang lain," tegas beliau.

Aziz menjelaskan di dalam keadaan sekarang pembubaran dewan adalah tidak perlu kerana dua sebab.

"Yang pertama kita sudah mendengar hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya di parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong mesti menunggu sehingga usul itu dikemukakan dan melihat hasilnya. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkenan membubarkan dewan maka baginda akan dilihat menyebelahi kepentingan Barisan Nasional dan ini tidak selaras dengan ideal Perlembagaan yang mahukan baginda bebas dari politik dan melindungi proses Perlembagaan," tegas Aziz.

Sebab yang kedua, bahasnya, wujudnya potensi pembentukan kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya. Beliau menjelaskan sama ada melalui undi tidak percaya atau lompat parti, sebuah kerajaan baru sebenarnya boleh dibentuk.

"Cara ini jelas lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Lagipun pilihan raya baru sahaja diadakan," ujarnya.

Bagaimanapun, Aziz berasa ragu sekiranya pilihan raya adalah satu pilihan yang sesuai ekoran kenaikan harga minyak kerana isu itu menyebabkan kerajaan yang memerintah sekarang tidak lagi popular.

Mengenai pemerintahan darurat di bawah Perkara 150, Aziz berkata ia adalah tidak baik kerana krisis politik yang ada sekarang boleh ditangani melalui proses dan prosedur biasa yakni undi tidak percaya dan seterusnya.

"Dalam soal ini Yang di-Pertuan Agong mesti menolak nasihat untuk mengisytiharkan darurat kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan digantung dan kerajaan yang ada diberi kuasa untuk membuat undang-undang tanpa ke parlimen. Ini berbahaya", tegas Aziz. - mr _


Hampir semua anggota MT SAPP hadir mesyuarat tergempar pagi ini



20/06/2008 11:51am

KOTA KINABALU 20 Jun – Hampir kesemua 35 anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) menghadiri mesyuarat khas di ibu pejabatnya di sini hari ini bagi membincangkan hala tuju parti itu berikutan kritikan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat itu yang bermula pada 10 pagi dijangka membuat keputusan sama ada parti itu akan kekal sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.

Yong dan Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, yang dilaporkan mempunyai pendirian berbeza dalam isu itu, turut hadir pada mesyuarat itu.

Satu sidang akhbar dijangka diadakan selepas mesyuarat berakhir.

Ekoran kritikan Yong itu, Dewan Tertinggi BN semalam mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap SAPP buat sementara kerana kenyataan yang dibuat oleh Yong itu dianggap bersifat peribadi dan bukan pendirian SAPP. - Bernama

Pandangan dari pensyarah undang-undang di UIAM..

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Abd. Aziz berkata, kuasa mutlak Speaker itu juga sepatutnya dibaca secara terhad iaitu jika ia membabitkan usul yang menghina kemuliaan dewan sahaja.

Kita tidak menafikan speaker mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menolak sesuatu usul untuk dikemukakan di Dewan Rakyat.

“Tetapi jika mengambil kira semangat demokrasi, ia tidak begitu. Ia adalah hak ahli Parlimen,”

Semalam, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadapnya.

Mengulas lanjut, Sham Rahayu berpendapat jika usul undi tidak percaya diluluskan, ia akan mengakibatkan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang amat kritikal.

Katanya, untuk menang undi tidak percaya di Parlimen, sesuatu pihak itu hanya memerlukan kelebihan satu undi, bukannya memerlukan majoriti dua per tiga.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12, sebarang usul undi tidak percaya membabitkan BN sukar dilakukan kerana mempunyai kekuatan majoriti dua per tiga.


PM tetap akan berhadapan usul undi tidak percaya - Setiausaha Agung PAS

Azamin Amin
Image
Fri | Jun 20, 08 | 11:03:10 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap akan dibawa ke Dewan Rakyat meskipun tidak akan dibentangkan pada hari Isnin seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar berkata pihaknya menafikan ada dakwaan usul bakal dibuat pada hari tersebut namun semua parti komponen Pakatan Rakyat termasuk daripada PAS, KeADILan dan DAP akan hanya berbuat demikian pada masa yang difikirkan sesuai.

"Hari Isnin ini 'sah' tidak ada tetapi selepas hari itu atau pada-pada bila-bila masa kita pasti akan bentangkan usul tersebut.

"Ya...pada tahun ini kita akan usulkan undi tidak percaya setelah berbincang dan mendapat persetujuan sepakat dengan semua parti komponen Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily bagi mendapat reaksi segara berhubung isu terbabit.

Beliau merupakan ahli Parlimen berpengalaman turut menjelaskan sesuatu usul seperti undi tidak percaya perlulah diberikan notis awal terlebih dahulu kepada Parlimen dan tidak boleh dikategorikan sebagai usul tergempar yang boleh diberi notis selama 24 jam.

Dalam pada itu itu, beliau menyatakan pandangan senario terkini merupakan antara kemuncak krisis ketidak-percayaan rakyat terhadap kepimpinan Abdullah yang selama ini dilihat lemah dan tidak sensiritif kepada masalah yang menghimpit rakyat.

Katanya undi tidak percaya parti kompenen Barisan Nasional(BN) seperti Parti Maju Sabah (SAPP) merupakan permulaan yang penting dalam mencorakkan politik negara yang dilihat terumbang-ambing pasca 8 Mac lalu.

"Selepas 100 hari Abdullah dilihat makin lemah dan tidak berupaya untuk mengurus tadbir negara dengan baik khususnya dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi yang juga berkait rapat dengan krisis kenaikan harga minyak.

"Ini tidak termasuk kucar-kacir dan pecah-belah yang berlaku pada Umno yang tidak memungkinnya menjadi parti contoh dalam komponen BN dan kepada negara amnya," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Justeru tindakan yang diambil oleh SAPP dianggap tepat dan wajar dicontohi oleh parti-parti komponen BN yang lain.

Ia penting demi mengolahkan kembali ekonomi dan politik negara ke arah masa depan yang lebih terjamin dan memberi manfaat kepada rakyat khususnya, kata Kamarudin./wann _