foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, May 26, 2008

PERKHEMAHAN IKRAR I .(.AJK IKRAR WAJIB HADIR)

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 May

Setelah hujan lebat saya ke Faezamaju untuk menghadiri mesyuarat AJK IKRAR. Hasilnya seperti di bawah:

1. Perkhemahan IKRAR I akan diadakan pada 28 - 29 Jun 2008. Semua AJK dan wakil Zon IKRAR dari seluruh Malaysia wajib hadir. Tempat terhad untuk 100 orang sahaja. Pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 21 Jun 2008.
Informasi lengkap sila hubungi Mustapa (Pengerusi). Mesyuarat lanjutan pada hari Jumaat.

2. IKRAR turut serta dalam menjayakan program 100 hari pemerintahan PR di Selangor pada 20 Jun 2008. Untuk informasi sila hubungi Abang Jalil (Naib Pengerusi) dan Nurdin (Pen. Setiausaha).

3. Mengadakan EKSPO RAKYAT setelah Perkhemahan IKRAR I di seluruh Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.
Informasi lengkap sila hubungi Zairi (Bendahari)

Kepada semua AJK dan perwakilan Zon sila dapatkan informasi selanjutnya dari nama-nama di atas. Pastikan anda hadir pada hari Jumaat akan datang.

PERKHEMAHAN IKRAR I AKAN MENEKANKAN KEPADA VISI, MISI DAN SEMANGAT BERPASUKAN YANG MANTAP. SEMUA AJK HARUS MEMAHAMI...
2 LAMBANG ASAS NEGARA....


Bendera Malaysia

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.



Lambang Negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.