foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, March 24, 2009

JIKA UMNO ANAK JANTAN ...datangkanlah pendekarnya yang sebenar!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 MAC

Image

Soal cabar mencabar sebelum ini terutama di Perak bagaikan senyap terhenti seketika apabila Nizar menjadi calon di Bkt Gantang. UMNO jika betul anak jantan letaklah Dr. Zambry bertanding supaya rakyat dapat buktikan yang sebenarnya siapa paling diminati dan diyakini oleh rakyat. Selalu sahaja begini sikap UMNO berani ketika jauh bila dah dekat atau bertentang mata semuanya akan tunduk membisu..Bersorak semasa ramai tetapi bila nasib mereka ditentukan oleh pena, mereka akan memberi beribu alasan agar kelihatan mereka tidak kalah dan dimalukan. Di benak UMNO mereka sudah tahu sebenarnya mereka sudah kecundang sejak awal lagi apatah lagi jika Nizar yang bertanding. Mereka tidak akan sanggup untuk menahan gelombang simpati rakyat. Sama juga keadaannya ketika di Permatang Pauh ketika DSAI bertanding. Sebahagian besar rakyat yang menyokong Anwar bukan sahaja kerana kredibiliti beliau tapi juga terpacu dari rasa simpati yang sangat mendalam. Inilah yang tidak ada pada UMNO dan inilah juga yang menyebabkan UMNo akan berkubur di Bkt Gantang..

Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Mar 24, 09 | 8:38:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

"Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini.

PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz.

Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan.

Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini.

Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya.

"Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya.

Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.

Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat. - wann/mks._

Apa kata mnedia lain..

HR9808: SPR juga sibuk dan menjadi pak turut UMNO..alahai..semua rela akibat fulus...Takut kerana fulus dan berani juga kerana fulus..Rakyat yanbg mampus..Alangkah baiknya jika SPR mejadi penegak demokrasi dan tidak berpihak. DI Indonesia namanya KPU dan memang hebat kempen berjalan dengan baik di seluruh Indonesia tanpa berpihak....Beberapa kenyataan di bawah juga bersifat fitnah terutama dari UMNO yang cuba menarik perhatian pengundi soal raja dan politik negeri Perak yang masih kucar kacir..Inilah gaya UMNO berkempen..matikan kesempatan pihak lawan untuk memberi penjelasan. Mereka sahaja yang menjadi raja dalam semua hal..tarik izin akhbar PR, culik YB PR, pancaing YB, fitnah YB dan seribu macam mereka buat. Tapi kali ini rakyat sudah cerdik dan semakin matang untuk memilih yang mana satu intan dan yang mana satu kaca..

SPR kesal pembangkang ghairah berkempen sebelum penamaan calon

IPOH 23 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan tindakan pakatan pembangkang yang didakwa sudah ghairah berkempen sedangkan majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang belum lagi diadakan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, sebarang bentuk kempen seperti penyebaran risalah serta kain rentang yang mempunyai kata-kata menghina dan menghasut sepatutnya tidak boleh dilakukan sebelum penamaan calon pada 29 Mac ini.

''Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.

''Bagi saya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) kena ambil tindakan kerana perbuatan menggantung poster dan bendera mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu, jadi kalau sudah ada yang pasang bendera atau poster maknanya ia dipasang secara haram," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan polis menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

HR9808: Ini fitnah dari UMNO...dan jika ada sepanduk seperti itu pasti dari juak-juak UMNO..

Semalam, Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin meminta pakatan pembangkang berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang sekitar kawasan Parlimen berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, parti-parti politik sepatutnya menjalankan kempen secara sihat dan tidak menggunakan kata-kata atau tindakan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

Katanya, langkah terbaik ialah dengan menggunakan bahasa yang baik supaya pilihan raya kecil tersebut dapat berjalan lancar dalam keadaan aman, tenteram dan selamat.

"Pihak polis telah memberi jaminan bahawa aspek keselamatan telah diberi perhatian secukupnya bagi memastikan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang berjalan dengan selamat.

"Saya faham rakyat di Perak ini semuanya baik-baik belaka dan akan turun beramai-ramai untuk mengundi,'' katanya sambil menambah peratus keluar mengundi dijangka meningkat kepada lebih 80 peratus daripada 55,562 orang pengundi yang berdaftar.

Mengenai jumlah calon yang bakal bertanding pada pilihan raya tersebut, Abdul Aziz memberitahu, setakat ini sudah ada tujuh calon yang mengambil borang daripada SPR.

|
PR yakin menang tiga pilihan raya
PETALING JAYA – Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan memperoleh kejayaan dalam tiga pilihan raya kecil membabitkan Bukit Selambau, Kedah, Bukit Gantang, Perak dan Batang Ai, Sarawak, 7 April ini.

Anwar berkata, walaupun pihaknya mendapat tentangan hebat daripada pelbagai sudut, namun hasil kerja kuat daripada semua pihak dalam PR diyakini kemenangan akan berpihak kepada mereka.

Kami diserang daripada pelbagai sudut termasuk media arus perdana yang memainkan pelbagai isu terhadap PR, malah mereka ini berat sebelah kerana tidak melaporkan perkara sebenar.

“Ini tidak melemahkan semangat kami untuk terus berusaha dan meyakinkan rakyat. Kami juga tahu taktik digunakan mereka (Barisan Nasional) dan PR akan memberikan penerangan yang sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran buku Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Zaid Ibrahim, di sini, semalam.

Buku yang bertajuk 'Kemilau Peribadi Nik Aziz', menceritakan perjalanan Menteri Besar berkenaan, manakala buka yang berjudul 'Saya Pun Melayu' memaparkan perjalanan hidup Zaid bermula dari kecil hingga dipecat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sementara itu Anwar berkata, beliau dimaklumkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berhubung peletakan jawatannya termasuk sebagai Exco.

Saya telah dimaklumkan oleh beliau (Mohammad Fairus) mengenai peletakan ja:watan itu, dan memberitahu ingin menyambu:ngkan pelajarannya, serta mengekalkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penanti.

:“Mohammad Fairus juga memaklumkan bahawa media menyatakan ada masalah dalaman dan beliau menafikan, saya memberitahu agar memberikan jawapan yang tegas maka tidak ada pihak boleh mempermainkannya.

“Beliau akan tetap bertugas sebagai ADUN dan memberikan khidmatnya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad kepada rakyat di kawasannya, saya yakin dia dapat melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya.