foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL DIINGATI DAN DIHAYATI..!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9 MAC

Sejak malam semalam umat ISlam di seluruh dunia memperingati tanggal lahir Rasul kita Nabi Muhammad saw. Bermacam cara umat Islam menyambutnya dan mesej utama dari sambutan ini secara positif ialah kita menyedari betapa pentingnya seorang rasul datang membawa risalah dari Allah swt untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan kepada cahaya kebenaran. Namun malang sekali selepas tahun 1924 ketika hancurnya Khilafah Islamiah di Turki umat Islam hanya dapat berteori dalam erti sambutan sempit. Tiada lagi penghayatan akan ajaran Rasul yang terlaksana dalam peraturan dan undang-undang yang utuh. Bahkan sebahagian besar umat islam telah terpesong jauh dari ajaran rasul dan menggantikannya dengan kekelirusan fahaman. Kebanyakan negara umat Islam juga aspek praktikal ajaran rasul sudah ditinggalkan dan sebahagian dari pemerintah negara berkenaan melarang untuk melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan. Yang tinggal hanyalah ucapan selawat dan amalan sunah dari aspek yang sempit. Inilah tanggungjawab kita dan generasi kita di amsa akan datang iaitu mengembalikan ajaran Rasul ke tempat paling teratas dari semua sistem yang ada. Panduan inilah sebenarnya diperlukan oleh umat manusia seluruhnya.
Ini bukan soal isu pembangkang atau isu sesiapa tetapi ini adalah isu survival umat manusia di dunia agar kembali aman. damai, sejahtera dan tenteram. Semoga Allah memberi keberkatan atas perjuangan yang menyeru kepada umat manusia untuk kembali semula kepada ajaran rasul yang sebenar dalam semua hal kehidupan...!!

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan
Dr Haron Din
Mon Mar 09, 09 1:32:41 pm MYT

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.

Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS _

hr9808: Kenyataan sultan di bawah bagus tapi ..umat Islam belum nampak sesuatu yang real..bercakap hal begini sejak zaman dulu lagi jadi rasanya pihak istana terlebih dahulu perbetulkan segala kemungkaran yang ada. Simple aje..buang botol arak, buang tabiat judi, melanggan betine dan segala bentuk hal yang diharamkan. Para mufti jangan jadi pak angguk aje kepada hal yang dilarang oleh rasul sehingga Islam jadi kabur!!! Kembalilah kepada ajaran rasul kerana sultan dan kita semua akan bertemu sultan kepada seluruh sultan di muka bumi ini iaitu ALLAH..Kembalilah sebelum terlambat!!

HR9808: Media BN..Teks di bawah macam Zambry buat aje..??

Contohi kemuliaan sifat, keperibadian Rasulullah - Sultan Azlan Shah

09/03/2009 3:09pm

IPOH 9 Mac — Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sultan Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.

Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.

“Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda,” titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini hari ini.

- Bernama

Maulidur Rasul disambut meriah

KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.
Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di ALOR SETAR, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru umat Islam kembali kepada penghayatan ajaran agama dalam menghadapi kesukaran dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T.
"Ombak perpecahan agak mengganas, namun umat Islam perlu bangun berpasakkan keyakinan dengan janji pasti Allah melalui lidah Rasulullah, bahawa Islam sentiasa berada di puncak keagungan.
"Pakej kehidupan tidak akan harmonis jika tersilap tafsir apa erti agama, tidak menghayati keagungan sunah dan menyisih serta meminggirkannya dari kehidupan,"
titah baginda pada majlis pelancaran sambutan peringkat negeri di Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

- Bernama

Sikap tamak cetus petaka – Agong

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD,RAJA SYAHRIR ABU BAKARdan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUALA LUMPUR 9 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini supaya menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan iktibar dan pengajaran.
Seri Paduka bertitah, Rasulullah meninggalkan panduan amat berguna kepada umatnya untuk diikuti agar mampu mencipta satu tamadun yang gemilang.
Menurut Tuanku Mizan, antara asas ke arah kecemerlangan yang sering ditekankan oleh Rasulullah ialah kepentingan kesatuan di kalangan umatnya sebagai pemangkin kepada pembentukan ‘khaira ummah’ (umat terbaik).
Untuk menjadi sebuah negara maju pada masa depan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan diambil ringan oleh semua pihak,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Sambutan itu disertai hampir 100,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO).
Dalam perkembangan sama, Tuanku Mizan bertitah, sejarah Islam yang diterjemahkan melalui kegemilangannya telah membuktikan umat manusia pada suatu ketika dulu pernah bersatu di bawah paksi kebenaran.

HR9808: Paksi kebenaran inilah yang ditolak oleh UMNO BN sehingga yang tidak benar menjadi anutan dan fahaman yang sangat menyesatkan. Buktinya ialah peristiwa Pemuda UMNO mahu mencederakan Karpal dan banyak lagi peristiwa seperti ini terjadi bila membelakangkan kebenaran. Yang penting bagi mereka hanyalah kuasa dan bagaimana mahu kekal berkuasa. Soal benar atau tidak bukan menjadi agenda mereka. Berbaik dengan raja-raja Melayu bukan ikhlas kerana sebelum ini merekalah yang menjadi pengkhianat merosakkan imej raja-raja Melayu. Inilah akibat bila menolak kebenaran.

Disebabkan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri serta tidak mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi maka berlakulah pelbagai mala petaka dan kemusnahan lantaran kemurkaan Allah,” titah Seri Paduka.

Oleh yang demikian, tegas Seri Paduka, Islam mengharamkan sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi sebaliknya menghampiri keamanan, kesamarataan hak dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Dalam titah tersebut, Yang di-Pertuan Agong juga memberi penekanan bahawa Islam mewajibkan perlindungan dan hak sama rata ke atas setiap lapisan masyarakat Islam dan bukan Islam.
Beta menyeru umat Islam bersama-sama berusaha dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta meningkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan Sunah Rasulullah sehingga menjadi ummah yang bersatu padu, terbilang dan sentiasa mapan mendepani cabaran semasa,” titah baginda.
Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.
Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang buat julung kalinya diperkenalkan pada sambutan kali ini ialah Profesor Dr. Sidek Baba dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membawa pulang RM50,000 dan plak.
Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman; dan Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn. Bhd., Mortadha Abdullah.
Selain itu Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa kurang upaya dari pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat.
Masing-masing menerima wang tunai RM22,000 dan plak.

HR9808:JIKA MAHU JUJUR para pemerintah Malaysia sila contohi info di bawah...!!! Negara jiran boleh lakukan kenapa Musa Hassan tak boleh?..Jangan asyik kira menangkap rakyat aje tapi contohilah rasul..!!!

Wajib Menggunakan Jilbab dan Membaca Al-Qur'an
Selasa, 10/03/2009 12:09 WIB

Kapolda Jawa Timur, Brigjen Polisi Anton Bahrul Alam, melakukan langkah positif, yaitu dengan himbauannya kepada semua Polwan, yang muslimah untuk menggunakan jilbab (kerudung). Selain itu, Bachrul juga meminta kepada para Polisi yang beragama Islam agar membaca al-Qur’an.

Pernyataan itu, disampaikannya, bersamaan dengan berbagai phenomena sosial, yang semakin menyimpang dan meningkatnya tindak kriminal dikalangan masyarakat.
Langkah awal dari Kapolda Jatim, Bachrul Alam, adalah merupakan satu-satunya Kapolda, yang secara ekplisit meminta kepada jajaran dibawahnya, agar para Polwan menggunakan jilbab, dan anggota polri yang beragama Islam membaca al-Qur’an. Sikap dan himbauannya itu, tak terlepas yaitu keinginannya untuk memperkuat basis moral polisi, yang mempunyai posisi dan peran didalam penegakan hukum di Indonesia. Di mana polisi harus memiliki sikap moral yang kokoh, dan memberikan ketaladan yang dapat dihargai masyarakat. Paradigma yang baru dalam kepolisian, yang menjadi pangayom dan pelindung masyarakat, memang harus memperkuat jati dirinya dengan nilai-nilai agama (Islam), yang akan menjadi basis jati diri mereka.

Sementara itu, dalam surat pernyataannya yang dikirimkan kepada Eramuslim, Jama’ah Hisbullah, menilai positip langkah yang diambil Kapolda Jatim, Brigjen Polisi Bahrul Alam. Karena itu, himbauan itu dapat menjadi langkah awal dalam meningkatkan moral dikalangan Polri. Bahkan, langkah diambil Kapolda Jatim ini, seharusnya menjadi kebijakan Kapolri dengan mengajak warga Polri, yang beragama Islam, melaksanakan kewajiban agamanya, sebagaimana yang telah digariskan di dalam negara yang berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa.
Demikian, pernyataan yang disampaikan Jamaah Hisbullah, dalam siarannya yang ditandatangani oleh Amir Majelis Dakwah Jamaah Muslimin (Hisbullah), KH.Abul Hayat. (m)

HR9808: Menghayati kecintaan kepada Rasul bermakna kita juga menyakini jalan dakwah yang dibawa oleh rasul..Ayuh kita fokuskan kembali segala upaya dan usaha kita kepada penghayatan thariqud dakwah!! Jangan sampai para pejuang kebenaran dan keadilan tersesat dalam perjuangan ini sehingga melupakan jalan dakwah!!

Penyimpangan Jalan DakwahKamis, 05/03/2009 18:08 WIB

Ada penyimpangan yang bisa menjauhkan kita dari jalan dakwah, yaitu, kita memandang enteng proses tarbiyah, kemudian seolah-olah ikut-ikutan menggunakan cara dan uslub partai politik.
Jalan dakwah adalah jalan yang jelas petunjuk-petunjuknya, lurus tujuannya. Tapi, orang yang berjalan di atasnya senantiasa berpotensi melakukan penyimpangan yang bisa menjauhkan dia dari perjalanan yang benar.
Penyimpangan ini bisa terjadi karena dia terlalu bersemangat. Terutama tatkala kita menyangka bahwa orang yang berminat untuk bekerja di bidang dakwah Islam pada hari ini adalah orang-orang yang benar, bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Sebenarnya mereka hanyalah bersimpati dan terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan saksikan tentang berbagai penindasan, gangguan, siksaan dan pembunuhan terhadap pembawa bendera dakwah Islam sebelum mereka.
Dari sinilah, kita mesti segera menyabarkan para pemuda muslimin yang merupakan buinga-bunga yang sedang mekar dari tengah-tengah gelanggang penglibatan dan pelaksanaan supaya mereka tidak tergelincir dan tidak menyimpang karena tidak mempunyai pengetahuan dan penjelasan yang cukup.
Ini perlu supaya jejak langkah mereka tidak tergelincir setelah tetap dan mantap pendiriannya, supaya mereka sempat memperbaiki urusan mereka sebelum memperbaiki urusan musuh. Di sini kita perlu berjaga-jaga dan memelihara dari berbagai bentuk penyimpangan karena menjaga dan memelihara kesehatan lebih baik daripada mengobati.
Firman Allah:"Dan bahwa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain) kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". (Al-An'aam: 153)
Firman Allah:"Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf:108)
5.1 Faktor-faktor yang Membawa ke Arah Penyimpangan
Sebelum kita membahas faktor-faktor penyimpangan, marilah kita teliti dahulu pra situasi dan kondisi yang membawa kepada penyimpangan.
Di antaranya, adanya kekosongan ruhiyah dan ma'nawiyah, di mana para pemuda dibiarkan kosong dalam waktu yang cukup lama, kedangkalan pelajaran agama, tidak ada tarbiyah, maraknya kerusakan akhlak dan penghalalan segala cara, berkembangnya keraguan dan buruk sangka di dalam akidah. Di samping itu, ambur-adulnya program strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur dan mengorganisasi para aktivis dakwah kepada Allah.
5.2 Kita Tidak Menuduh Niat Mereka
Dalam mengungkap penyimpangan-penyimpangan yang jauh dari jalan dakwah yang benar, kita hanya bertujuan memberi nasihat dan pengarahan dengan semata-mata mengharap keridhaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragukan niat mereka, ataupun mengganggu seseorang ataupun hendak membuat stigma buruk kepada seorang muslim.
5.3 Ilmu dan Penyimpangan
Tempat tergelincir yang paling berbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma'rifah akan mendapatkan suatu pengaruh dan akan merasakan satu perubahan yang besar dalam drinya, setelah melewati hidup dalam kekosongan dan kesesatan.
Dia kagum dan silau dengan sinaran ilmu dan makrifah yang diperolehnya dari hasil kajiannya dalam kitab-kitab dakwah Islam. Dia yakin bahwa ilmu yang diperolehnya sudah berlimpah. Kemudian, dia menyangka telah mempunyai kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari nas-nas, dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w.
Kadangkala dia berpegang teguh sebab lahiriah satu-satunya dalil dan tidak mau menerima hujah orang lain. Di lain pihak, dia menganggap dirinya telah sampai kepada peringkat mujtahid lantas dengan beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara' di dalam beberapa perkara yang dikemukakan kepadanya.
Benarlah ada orang yang berkata: "Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya."
Lebih berbahaya dari itu, dia berani pula merendah-rendahkan tingkatan imam-imammujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka, atau sekurang-kurangnya dia berkata: "Mereka itu lelaki dan kita pun lelaki juga."
Satu lagi tempat tergelincir ilmu, yaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah dikuasai oleh kelezatan dan kenikmatan ma'rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala'ah semata-mata, sehingga jihadnya berhenti di dalam bidang itu saja tanpa melibatkan lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama.
Akhirnya hatinya menjadi terlalu kyusuk dalam membaca berbagai kitab dan berbagai majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini menjadikan dia lengah dari memberi perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan dakwah Islam.
Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yangberguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas, dan selalu merasa yakin bahwa apa yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui.
Barangsiapa yang mengaku bahwa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian kita ikat ilmu dengan amal. Jangan terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mesti senantiasa berlapang dada tanpa menutup diri dan menutupnya dengan pemahaman yang terbatas.
Kita mesti adil terhadap manusia dan menilai mereka menurut peringkat dan kedudukan mereka. Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.
5.4 Di Antara Furu'iah (Cabang) dan Usul
Satu lagi penyimpangan yang terjadi pada aktivis yang berjalan di atas jalan dakwah ialah lebih mementingkan bentuk lahir dari isi dan batin, atau sibuk mengurus penampilan sebelum mengurus isi dan batin. Ini adalah salah dan bahaya.
Padahal sepatutnya sebelum kita menyuruh orang dengan berbagai anjuran yang bersifat cabang, kita mesti terlebih dahulu bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara-perkara usul atau dasar akidah Islam dalam diri kita. Ini nantinya akan mendorong kita untuk tawakal mengikuti perintah Allah dan bangkit melaksanakan segala ajaran Islam. Mulai dari urusan universal hingga urusan parsial.
Kita akan dengan rela hati menerima segala ajaran Islam dari yang sebesar-besarnya hingga kepada yang sekecil-kecilnya sebagai ibadat kita kepada Allah. Tetapi kalau kita jadikan perkara furu'iah (cabang-cabang) sebagai asas yang kita mesti iltizam dengannya sebagai dasar, sedangkan kita baru mulai berjalan di atas jalan dakwah, maka da'i yang sedemikian rupa menjadikan objek dakwah yang kita seru menjauh dari dakwah kita dan secara langsung kita menghalangi mereka dari berjalan di atas jalan dakwah bersama kita.
Akhirnya secara tidak disadari, kita dapati diri kita terasing disebabkan oleh uslub dan cara yang salah. Kita mesti mampu membedakan antara mengiltizamkan diri dan mengiltizamkan orang lain dari diri kita. Kita telah pun maklum pada diri kita bahwa akidah Islam itu berawal dengan menegakkan akidah; iman dan tauhid di dalam jiwadan iman itulah yang mendorong para da'i untuk menyerahkan diri pada Allah mengikut perintah Allah tanpa ragu dan bimbang. Hal ini karena kita tidak boleh menyimpang dari manhaj dan cara yang bijaksana ini.
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan nikmat dan nasihat yang baik." (AnNahl:125)
5.5 Antara Berkeras-keras dan Bersusah-payah
Kadang-kadang orang yang berjalan di atas jalan dakwah terlepas dari penyelewengan yang lain yang tidak kurang bahayanya. Dia terlalu berkeras sangat, bersusah-susah sangat lalu membebankan dirinya dengan melakukan tugas-tugas ketaatan dan ibadat yang di luar kemampuannya dengan keyakinan bahwa perlakuan yang demikian untuk melatih diri dalam rangka memudahkannya untuk mengikut manhaj Ilahi.
Akhimya, ia tidak mampu meneruskan perjalannya lalu tercecer di tengah jalan hingga rela mengabaikan perkara-perkara yang fardhu dan asasi hingga kepada perkara-perkara sunat dan nawafil. Rasulullah telah mengarahkan kita supaya mengelakkan diri dari cara yang demikian.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu."
Di sini, kita wajib membedakan antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat anak kecil, apabila dia dimanjakan akan terus mencintai penyusuan, tetapi apabila dipisahkan, ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak, nafsu mesti ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan karena Allah Taala telah berfirman sebagai ajaran untuk kita:
"Ya Tuhan kami janganlah Engkau membebankan kami dengan sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya." (Al-Baqarah: 286)
Jalan dakwah itu panjang dan sukar. Karena itu, para aktivis dakwah yang ingin maju meneruskan dakwah jangan membebankan dirinya dengan beban yang dia sendiri tidak mampu memikulnya. Karena amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan.
Kita juga tidak sepatutnya bersikap santai, karena beban kita banyak, sementara dakwah memerlukan para aktivis yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul.
5.6 Di Antara Sikap Terburu-buru dan Longgar
Adakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat tanda-tanda kemenangan sedangkan ia telah mengalami berbagai kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang besar; dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepat perjalanan.
Lidahnya seolah-olah berkata: "Walaupun aku yang datang kemudian, aku mesti mampu membuat sesuatu yang tidak dapat dibuat oleh orang-orang sebelumku."
Dengan demikian, dia dan orang-orang yang sejalan dengannya membuat sesuatu di luar perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya bukan saja dakwah tidak sampai kepada tujuan yang dicita-citakan bahkan merusak dan membahayakan harakah Islam.
Wajib difahami secara mendalam bahwa kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman yang diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan kebersamaan. Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain.
Oleh kerana itu marilah kita sama-sama melihat kembali dan memahami maksud kata-kata indah dan halus oleh Imam Hassan Al-Banna di dalam tulisannya di dalam "RISALAH MUKTAMAR KELIMA" di bawah tajuk "Al-Ikhwan: Kekuatan Serta Pemberontakan".

5.7 Antara Politik dan Tarbiyah
Ada lagi satu penyimpangan yang bisa menjauhkan kita dari jalan yang sehat. Yaitu, kita memandang enteng proses tarbiyah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh.
Lantas kita seolah-olah ikut-ikutan, lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan perilaku partai-partai politik. Kita akan mudah terpedaya dengan jumlah anggota yang kita rekrut, yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiyah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat berbahaya yang bisa berakibat fatal.
Sebenarnya kita tidak kekurangan jumlah, tetapi kita kekurangan mutu. Kita kekurangan teladan Islam yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang senantiasa istiqamah hingga bertemu Tuhannya.
Oleh kerana itu, marilah kita beriltizam dengan tarbiyah dan jangan kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.

5.8 Antara Dakwah dan Manusia
Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadang salah dan kadangkala kita berbeda pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi siapa pun yang bekerja dan berusaha di dalam suatu urusan.
Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan karena Allah, dan dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan bisa diluruskan, perbedaan pendapat bisa diperbaiki, arahan bisa disampaikan, dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan bahu-membahu di antara kita semua.
Perbedaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak berbahaya selagi diikat dengan rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah karena membela diri dan rasa bangga bisa menjerumuskan kita dalam melakukan dosa dan merugikan dakwah. Di sinilah setan masuk, dan membangkitkan perpecahan.
Akhirnya, segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan dalam konflik dan perdebatan. Jika ini terus terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan tergerus di dalam suasana yang demikian.
Padahal, sewajarnyalah segala usaha pembinaan perlu dikonsentrasikan kepada generasi yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaik-baiknya.

Inilah sebagian dari penyimpangan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah.Marilah kita sadari dan pelihara diri kita daripadanya. Kita senantiasa tanpa henti meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya Dia membimbing kita, memimpin kita melalui jalan yang benar dan menunjuki kita jalan lurus karena sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang dikehendakiNya.