foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, October 15, 2009

SEPUTAR PERHIMPUNAN UMNO.antara .REALITI ATAU FANTASI..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Bangkit untuk berubah


NAJIB Tun Razak berucap penuh bersemangat sambil para perwakilan bingkas bangun memberikan reaksi tanda menyokong Presiden UMNO itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

“Rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah kita martabatkan warisan ini,” tegasnya.

Seruan Presiden UMNO itu disambut dengan laungan ‘Ya’ oleh para perwakilan yang bergema memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

“Yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang betul, yakinlah, perjuangan kita adalah perjuangan yang hak.

hr9808: Betul untuk merompak duit rakyat ya..? Hak untuk memutar belitkan fakta dan ambil rasuah..)

“Kitalah, UMNO, satu-satunya parti yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan penuh gilang-gemilang.

Najib menutup ucapan bersemangat itu dengan ungkapan: “Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan.

“Kendati tergantung awan di langit, Telah terlanjur kubentangkan layar. Walau badai datang menggulung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan. Hidup UMNO! Hidup Melayu!”

16 okt
Dari jauh saya meninjau perhimpunan UMNO kali ini tapi melalui media UMNO saya dapat membaca dan menilainya. Ada beberapa poin besar yang cuba dibawa dalam perhimpunan ini seperti mencurahkan air ke daun keladi. Soal asas masih belum selesai dan masih berurat nadi di tubuh badan UMNO. Tak perlu jauh meneropongnya cukup jika kita tunggu di beberapa kawasan disko, cafe-cafe mewah dan lobi hotel-hotel mewah. hasil dari rakaman dialog antara mereka sebenarnya apa dan kemana mereka mahu bawa Malaysia ini ke mana sudah cukup jelas. Lihat kelibat pemimpin mereka ynag masih berwatak borgoius serta bermewah-mewah dan mempamerkan kemewahan kepada rakyat. Antara yang wajar kita pertanyakan dan kita fikirkan ialah:

1. Najib suruh bangkit untuk apa? Yang jelas ekonomi, sosial dan politik sekarang sudah merudum. Gegak gempita di dewan sampai pecah telinga tidak akan merubah apa-apa kerana rakyat umumnya tidak nampak kesan besar. Kemenangan di Bagan Pinang sebagai bukti rakyat sokong UBN saya rasa terlalu naif dan masih jauh dari rasio kerana dari beberapa PRK yang lalu hanya 2 sahaja UBn menang. Maka apakah ini rasio waras bagi mengatakan rakyat sudah kembali menyokong UBN? ANak tadika pasti bisa menjawabnya kecuali anak tadika yang diberi cokelat yang memabukkan.;

2. Dakwaan UMNO bukan rasis dari Najib dan pimpinan UMNO juga terlalu semborono kerana dalam ucapan yang sama ada fakta yang dengan jelas laungan itu boleh dianggap rasis? Jika ucapan itu dilaung oleh bangsa lain pasti UMNo kata itu rasis. Jadi di mana lojiknya dakwaan tersebut?

3. UMNO masih mengamalkan politik angguk dan yess. Nak selamat dalam UMNo perlu mampu angguk seperti nak ruku'. Kemudian pandai tepuk tangan sampai merah. Pemimpin pula akan semua mengiyakan sama seperti di zaman Mahathir dulu, Kabinet angguk menjadi ideal dan smapai sekarang style Mahathir sama dan makin selesa kerana Najib mahu menurut beliau berbeza dengan Pak Lah.

4. Perhimpunan akan berakhir dan di situlah berakhirnya semangat untuk Melayu. Umat Melayu sudah mendengar tok karut menyampaikan cerita karutnya sam seperti di zaman raja-raja Melayu masa dulu. Rakyat sampai tertidur mendengarnya dan pemimpin Melayu berharap sekali agar rakyat dapat bermimpi pula selepas itu sehingga PRU 13 untuk memilih mereka lagi.
Aduhai malangnya rakyat Malaysia terutama orang Melayu.

HR9808: Pesan kami singkat sahaja..marilah kita kembali bangun dari mimpi dan mengajar tok karut dengan tangan-tangan kecil di PRU 13 nanti!!! Memilih mereka bermakna kita memakan racun pelali yang akan memusnahkan masa depan anak cucu kita. Bukti terlalu banyak dan sehingga sekarang bukti itu masih ada di depan mata!! Bangunlah dari mimpi sdr ku!!!