IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
29 DIS
Berangkat dari Yala jam 3 prtang menuju ke Sadau. Berhenti solat di sebuah masjid dan teruskan perjalanan melihat pemandangan yang indah sepanjang jalan. Subhanallah Allah ciptakan keindahan waktu asar. Ada deru angin dari pesisir pantai. Tiba di Sadau atau Danok. Kami berhenti sebentar untuk membeli buah tangan sebelum masuk ke Malaysia. Waktu maghrib yang memerah di langit dan kemudian hilang diganti lampu sepanjang kawasan Danok. Saya benci untuk meinfokan tetapi saya mahu syer dengan teman-teman agar ianya dapat difikirkan:
1. Inilah pusat pelacoran terbesar di sempadan Malaysia Thailand. Suasana yang jijik dan kotor ini seperti menolak kehadiran saya di situ yang kebetulan saya memang tak kuat menghidu bau hanyir limbah, restoran yang banyak tikus dan lalat. Dan disinggahi oleh para pelacor makan di situ atau makan bersama pelanggan mereka. Memnag jijik tapi inilah realiti di mana ratusan juta dari rakyat Malaysia menanam wang di sini untuk kesedapan sementara.
2. Tempat pelacoran begini menjadi tumpuan semua kaum dari Malaysia. Lalu apa yang harus dilakukan oleh umat ini? Saya kira undang-undang diperketat adalah solusi terbaik yang terdaya dilakukan oleh Malaysia. Seribu jenis penyakit dari kawasan ini dibawa ke Malaysia adalah malapetaka bagi umat Islam khasnya dan umat lain amnya. Soal pegawai Malaysia mahu lakukan atau tidak tidak menjadi soal jika usaha dari kerajaan pusat serius menangani isu ini. Jangan hanaya menuding jari kenapa rakyat Malaysia saban hari ada yang terkena jangkitan HIV dan menutup mata ketika melihat fenomena ini di Danok. Ulama UMNO patut bersuara kerana mereka menjadi mufti kepada pimpinan UMNO. Jangan jadi bisu hanya kerana fulus!!
3.Amalan rasuah secara resmi di pos imigrasi Thailand ketika masuk dan keluar menjadi tandatanya? Secara ilmu hisab, bermakna setiap seorang yang keluar masuk dikenakan bayaran tambahan rm 2 (rm 1 ketika masuk dan 1 rm ketika keluar). jika 10,000 org sehari bermakna kutipan ini berjumlah rm 20,000. Belum dihitung motor, lori dan kereta . Apakah kerajaan Thai merelakan hal ini atau sengaja membiarkannya demi sebuah pendidikan buat rakyat Malaysia? Jika dibiarkan tidak mustahil akan menjadi barah. Oh ada yang berkata ini biasalah..? Sama juga dengan imigrasi di Malaysia?..Jadi maknanya rasuah bukan sesuatu yang jijik tapi kesedapan. Sama juga mungkin suasana yang jijik di Danok bagi sebahagian pengunjungnya adalah kenikmatan..Aduhai..umat ku..!!
4. Kes Takbai amat memalukan kerana sehingga sekarang sudah berlalu 5 tahun tapi masih belum ada pembelaan. Sempat bertemu dengan mangsa dan keluarga Takbai, mereka amat derita. Salah seorang yang cacat sepanjang hidup hanya mendapat bayaran sebulan 500 baht atau rm 50. Apakah ini wajar atau ini sebuah realitti kezaliman terancang? Sengaja melambatkan kes ini adalah strategi yang boleh mematikan harapan mangsa. Ada juga yang ditembak setelah dibebaskan dari penjara atau tahanan polis. Dan ada juga yang hilang tanpa ditemui. Dan ada juga yang di penjara seumur hidup. Inikah keadilan dari sebuah negara beraja?
5. Sesuatu yang mengejutkan, jaringan roaming terputus ketika masuk sahaja kawasan Fatani, Yala dan Narathiwat. Katanya bom jangka sering digunakan oleh pengebom dengan jaringan hp. Jadi bermakna ketika kita masuk di area ini kita juga terperangkap seandainya terjadi apa-apa bermakna kita mati katak. Saya melihat ini fenomena yang sebenarnya amat tidak amsuk akal dan sangat merbahaya. Oleh itu para pengunjung harus segera membeli sim kad Thailand bagi emeastikan kita dapat dihubungi dan kita dapat menghubungi keluar.
Sila berikan idea anda semua dan mencari jalan bagaimana kita dapat membantu sdr kita di sana!!!!!
.
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)