foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 7, 2009

ZAMBRY....sudah lupa asal usul?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Kita tak mahu ikut rentak pakatan

Oleh ANI AWANG utusanperak@utusan.com.my

SITIAWAN 7 Sept. – "Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap yang ditunjukkan pembangkang itu hanya akan merosakkan rakyat negeri ini."

HR9808: Saya tidak pernah komen langsung ke Zambry kerana ada beberapa hal yang rasanya perlu di"reserve" kan. Tapi semakin hari kelihatannya semakin hilang kendali dan terlalu over mempertahankan sesuatu berasakan kebatilan. Termasuk kenyataan di atas bagi saya Zambry sudah over..Lalu saya ingin mengajak sdr/sdri merenungnya:

1. Saya sempat bertemu dengan beberapa teman lama ABIM di Perak yang sangat mengenali beliau. Ternyata beliau pernah berada di exco Abim Perak suatu ketika dahulu dan tahu apakah makna faham perkauman dalam UMNO. Cuma setelah di basuh otaknya oleh para Sb lalu kefahamannya berubah dan melihat faham perkauman anutan UMNO bukan lagi haram tapi jadi halal serta lazat.

2. Allah memilih kita untuk berada dalam kebenaran kerana kebenaran itu jelas. Tetapi untuk bersabar dalam kebenaran adalah suatu hal yang berat kerana ujian yang datang dari berbagai penjuru. Apatah lagi dengan UBN yang punya dana dan halal menggunakan dana bagi apa sahaja tujuan asalkan kuasa tetap bersama mereka. Lalu hanyutlah Zambry bersama kapal UBN dan melupakan asas perjuangannya sebelum ini. Tidak jauh beza dengan sdr Roslan Kasim dan Ezam. Cuma Zambry sedikit bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan menjadi pak sanggup di Perak. Walaupun veteran dalaman UMNO ramai yang geram kerana mereka diketepikan oleh Najib.

3. Zambry boleh berhujah apa sahaja tetapi saya yakin suatu hari nanti beliau akan menyesal kerana melupakan asas perjuangan ini. Hati yang pernah menikmati ketinggian nilai sebenarnya akan senantiasa menolak kezaliman atau bersama dengan rombongan kezaliman UBN. Secara fizikal betul kelihatan beliau beria-ia menempelak pembangkang. Bagi saya ini hanya sebuah lakonan yang dipaksakan dan lambat laun hati yang masih bertaut dengan kebenaran pasti memberontak. Dia mahu merdeka dari kesesatan dan kembali kepada perjuangan sebelumnya. Inilah hebatnya kebenaran dan kebenaran pasti akan menang. Firman Allah.."Kebenaran itu dari tuhan kamu dan janganlah kamu ragu-ragu..".

4. Saya yakin sahabat ABIM yang masih teringat kepada Zambry, pasti mendoakan agar beliau diberi cahaya hidayah untuk melihat semula asas perjuangannya. Doa beginilah yang mampu menarik jiwa dan bukan dengan hentam serta makian semata-mata. Apa yang perlu kita semua yakini ialah..kita ini milik Allah termasuk hati itu sendiri. Maka berdoalah dengan sesungguhnya sehingga hati yang keras dan gelap akibat dari dosa-dosa faham perkauman sesat UMNO berguguran dan memutihkan semula hati tersebut.!! Inilah senjata orang mukmin yang sering kita lupakan. Para dai mesti berdoa di malam hari agar Allah memberi petunjuk kepada mereka yang telah sesat jalan terutama mereka yang sebelum ini pernah bersama kita. Inilah juga amalan para nabi dan rasul.. Berdoalah dengan ikhlas..!! Semoga Allah mempermudahkannya!!

MUSLIM UIGUR DI XINJIANG DIHINA LAGI..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Muslim Uighur Dilarang Berpuasa Ramadhan

Senin, 07/09/2009 16:04 WIB

Tampaknya pemerintah China benar-benar serius terhadap komunitas Muslim di negaranya itu. Setelah peristiwa beberapa bulan silam yang menewaskan sejumlah besar Muslim di kawasan Uighur, sekarang di bulan Ramadhan, pemerintah China di provinsi Xinjiang mengeluarkan ancaman, jika ada pekerja di Uighur yang kedapatan tak makan siang selama Ramadhan, maka akan dipecat. Demikian diberitakan oleh Epoch Times.

Ini merupakan usaha keras dari pemerintah Xinjiang, agar Muslim Uighur tidak menjalankan kewajibannya di bulan Ramadhan. “Makan siang gratis, teh dan kopi—pemerintah menyebutnya ‘Kepedulian dari Pemerintah’ ditawarkan di departemen dan perusahaan pemerintahan. Tapi itu tampaknya strategi pemerintah untuk menemukan siapa saja yang berpuasa.” Ujar Dilxat Raxit, juru bicara World Uighur Congress.

Menurut Dilxat, Partai Komunis Uighur telah memaksakan menandatangi “surat pertanggungjawaban” yang bersumpah untuk menghindari puasa dan aktivitas ibadah lainnya. Mereka juga tidak segan akan menghukum siapapun yang kedapatan berpuasa di wilayah ini.

Para pemilik restoran Muslim dipaksa pula menandatangi dokumen yang menyatakan mereka akan terus buka sepanjang hari dan menjual alkohol sepanjang Ramadhan, atau izinnya akan dicabut. Para ustad di masjid dipaksa untuk menyampaikan ceramah tentang puasa itu kegiatan feudal. Jika tidak, izin mereka pun akan dicabut.

Saat ini, situasi di Xinjiang untuk orang Muslim belum kembali normal. Militer dan tentara berjaga-jaga dimana-mata.(sa/epochtimes)

HR9808:

7 Sept

Membaca berita Ramadhan dari Xinjiang amat memprihatinkan dan seharusnya ada beberapa langkah yang wajib diambil segera.

1. OIC harus mendesak China agar menghormati dan memberi hak beragama kepada masyarakat Muslim Uigur dengan serta merta. Sekiranya pihak OIC tidak melaksanakan tanggungjawab ini maka wajar OIC dibubarkan sahaja!! Jika sebelum ini Pak Lah jadi pengerusinya dan sekarang sudah diserahkan kepada orang lain atau masih kekal tapi masih tidak nampak peranan sebenarnya.

2. Pihak media Muslim dan para simpatisan dari seluruh dunia harus menyebarluaskan maklumat kezaliman ini agar umat Muslim bersatu memberi sokongan kepada puak Uigur demi maruah agama dan hak asasi kemanusiaan. Tunjuk perasaan seharusnya dapat disusun aar desakan lebih meluas. Terutama di Malaysia yang kononnya jaguh hak asasi dan prihatin dengan nasib umat Islam. Jika soal kuil boleh bertempik, kenapa tidak soal yang lebih parah seperti ini. Saudara kita tidak dibenarkan berpuasa dan nyawa mereka terancam seharusnya seluruh umat Islam bangkit bersuara!! Jangan hanya jadi jaguh kampung sahaja dan mari kita bersama nyatakan penderiaan kita.

3. Kerajaan Malaysia seharusnya memainkan peranan dan mengajak negara lain untuk bersama mendesak secara diplomatik. Tapi jika hal serius begini tidak diambilkira maka jelaslah Malaysia punya pemimpin yang sudah tidak berwibawa lagi. Tidak seperti zaman Mahathir dulu (bukan bermakna saya bersetuju semua dengan Mahathir) yang lebih berani menyatakan sesuatu dengan pantas. Sampai saat ini saya belum pernah mendengar Najib bersuara soal saudara Muslim Uigur? Takut ditarik semua bantuan atau sememangnya tak prihatin?

4. Desakan diplomatik dan tahapannya perlu segera bukan menunggu setelah ratusan ribu umat Uigur mati baru mahu bersuara. Segeralah berbuat sesuatu untuk saudara kita ini? Mereka meraung meminta tolong dari kita dan siapakah lagi yang mampu menolong mereka? Umat Islam Indonesia yang ramai sewajarnya berperanan memberi desakan ini sehingga ke tahap mengurangkan import produk China dan pelancongan. Sama juga dengan Malaysia dan beberapa negara Muslim yang lain, mesti bertindak kerana tempuh dan aksi deraan mereka makin melampau. Semoga ALlah memberi keberanian kepada pemimpin negara Islam sedunia yang sememangnya sedang tidur neyenyak. Merenung kenyataan di atas membuat hati kita bergetar!!!!

Ya Allah Kau pilihlah kami sebagai hamba Mu yang mahu berkorban diri, harta dan nyawa demi saudara kami di mana sahaja mereka berada.!!! Jika ada pemimpin kami yang lalai dan tidak mahu membela saudara kami maka kau hancur luluhkanlah kerajaan mereka dan ganti dengan mereka yang lebih baik.!! Ya ALlah..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan tugas ini!!!