foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 7, 2009

ZAMBRY....sudah lupa asal usul?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Kita tak mahu ikut rentak pakatan

Oleh ANI AWANG utusanperak@utusan.com.my

SITIAWAN 7 Sept. – "Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap yang ditunjukkan pembangkang itu hanya akan merosakkan rakyat negeri ini."

HR9808: Saya tidak pernah komen langsung ke Zambry kerana ada beberapa hal yang rasanya perlu di"reserve" kan. Tapi semakin hari kelihatannya semakin hilang kendali dan terlalu over mempertahankan sesuatu berasakan kebatilan. Termasuk kenyataan di atas bagi saya Zambry sudah over..Lalu saya ingin mengajak sdr/sdri merenungnya:

1. Saya sempat bertemu dengan beberapa teman lama ABIM di Perak yang sangat mengenali beliau. Ternyata beliau pernah berada di exco Abim Perak suatu ketika dahulu dan tahu apakah makna faham perkauman dalam UMNO. Cuma setelah di basuh otaknya oleh para Sb lalu kefahamannya berubah dan melihat faham perkauman anutan UMNO bukan lagi haram tapi jadi halal serta lazat.

2. Allah memilih kita untuk berada dalam kebenaran kerana kebenaran itu jelas. Tetapi untuk bersabar dalam kebenaran adalah suatu hal yang berat kerana ujian yang datang dari berbagai penjuru. Apatah lagi dengan UBN yang punya dana dan halal menggunakan dana bagi apa sahaja tujuan asalkan kuasa tetap bersama mereka. Lalu hanyutlah Zambry bersama kapal UBN dan melupakan asas perjuangannya sebelum ini. Tidak jauh beza dengan sdr Roslan Kasim dan Ezam. Cuma Zambry sedikit bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan menjadi pak sanggup di Perak. Walaupun veteran dalaman UMNO ramai yang geram kerana mereka diketepikan oleh Najib.

3. Zambry boleh berhujah apa sahaja tetapi saya yakin suatu hari nanti beliau akan menyesal kerana melupakan asas perjuangan ini. Hati yang pernah menikmati ketinggian nilai sebenarnya akan senantiasa menolak kezaliman atau bersama dengan rombongan kezaliman UBN. Secara fizikal betul kelihatan beliau beria-ia menempelak pembangkang. Bagi saya ini hanya sebuah lakonan yang dipaksakan dan lambat laun hati yang masih bertaut dengan kebenaran pasti memberontak. Dia mahu merdeka dari kesesatan dan kembali kepada perjuangan sebelumnya. Inilah hebatnya kebenaran dan kebenaran pasti akan menang. Firman Allah.."Kebenaran itu dari tuhan kamu dan janganlah kamu ragu-ragu..".

4. Saya yakin sahabat ABIM yang masih teringat kepada Zambry, pasti mendoakan agar beliau diberi cahaya hidayah untuk melihat semula asas perjuangannya. Doa beginilah yang mampu menarik jiwa dan bukan dengan hentam serta makian semata-mata. Apa yang perlu kita semua yakini ialah..kita ini milik Allah termasuk hati itu sendiri. Maka berdoalah dengan sesungguhnya sehingga hati yang keras dan gelap akibat dari dosa-dosa faham perkauman sesat UMNO berguguran dan memutihkan semula hati tersebut.!! Inilah senjata orang mukmin yang sering kita lupakan. Para dai mesti berdoa di malam hari agar Allah memberi petunjuk kepada mereka yang telah sesat jalan terutama mereka yang sebelum ini pernah bersama kita. Inilah juga amalan para nabi dan rasul.. Berdoalah dengan ikhlas..!! Semoga Allah mempermudahkannya!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!