foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, November 27, 2008

SELAMAT BERKONGRES DAN MENEMUI SOLUSI TERBAIK UNTUK RAKYAT....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28 noV
Apa yang rakyat harapkan dari Kongres PKR di Stadium Melawati Shah Alam rasanya tidak banyak berbeza dengan harapan rakyat secara umum semasa 8 Mac lalu ketika mereka memilih PR ketika itu. Ringkasnya mereka berharap:

1. Kongres bukan menjadi gelanggang maki hamun, tuduh menuduh dan merendahkan antara satu sama lain. Rasanya tempoh 10 tahun sudah memberi banyak pelajaran dan pengajaran kepada semua.

2. Kongres amat dinantikan buat memberi solusi kepada permasalahan yang ada sekarang dari segi politik, sosial, ekonomi yang sedang melanda dunia dan Malaysia khasnya. Jadi persoalan remeh temeh...alangkah baik di bincangkan di tempat lain aje.

3. KOngres mampu menautkan lagi segala keretakan dan pergeselan yang berlaku kerana musuh amat mengharapkan keretakan akhirnya membuahkan perpecahan, kelemahan dan kehancuran semangat juang rakyat menuntut keadilan di bumi Malaysia.

Kebahagian rakyat ada pada sdr semua terutama para pemimpin yang diamanahkan untuk mencari pendekatan yang terbaik. Kemusnahan akan berlaku sekiranya para pemimpin yang ada tidak jauh beza dengan pemimpin UMNO dan Bn yang ada. Rakyat tak perlukan pemimpin seperti itu lagi. Maka inilah masanya para pemimpin PKR dan PR berganding bahu melakukan sesuatu untuk rakyat dan negara.!!!

Rakyat dijemput ke Kongres KeADILan esok
Harakahdaily
Thu | Nov 27, 08 | 2:55:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan Kongres Tahunan pertama selepas kemenangan terbesar kuasa rakyat pada 8 Mac lepas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin dalam laman blognya Kongres yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Penasihat parti itu Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam, katanya.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Gerai Rembau di Karnival Rakyat

Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.

Bahagian Rembau akan membuka sebuah gerai dalam karnival tersebut. Semua dijemput ke Gerai Bahagian Rembau. Pengunjung ke gerai akan disajikan Pameran bergambar yang mengenengahkan aktiviti keADILan di Rembau.

Turut diadakan ialah jualan amal. Di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Rembau bagi menampung aktiviti bantuan dan kemasyarakatakan yang sememangnya menjadi teras utama aktiviti keADILan di Rembau.

Perbagai barangan boleh didapati dengan harga lebih murah dari pasaran seperti 'Butterfly Masagger', Jus Manggis, Tshirt Reformasi dan perbagai cenderahati.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan Pakaian Terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga boleh berbuat demikian di gerai tersebut. Barangan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan.-Hrkh _


Selamat berkongres dan semoga segala buah fikiran sdr semua mendapat pahala yang sebanyak-banyknya dari Allah swt.!!!

Mungkin topik utama adalah pembentukan kerajaan Baru dan inilah sebenarnya harapan rakyat umum !!!..

Usaha pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat berjalan secara sulit?
Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Nov 27, 08 | 11:37:00 am MYT

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Walaupun dari segi teknikal, pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat gagal pada 16 September lalu, namun usaha ke arah pembentukan masih giat berjalan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Salehuddin Hashim berkata, usaha itu berjalan di peringkat parti dan Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.

"Usaha itu sebenarnya berjalan selepas sahaja pakatan menang di liam buah negeri pada 8 Mac lalu, dan is berterusan kerana melihat kepada sokongan dan harapan rakyat yang begitu tinggi akan pembentukan kerajaan baru," ujarnya ketika mengadakan sidang media di Pejabat KeADILan 25 November lalu.

Menurut Salehuddin, usaha itu dijalankan secara sulit dan tidak boleh didedahkan kerana atasa dasar keselamatan dan memastikan keberkesanannya.

KeADILan melihat, usaha itu perlu diteruskan kerana pada 16 September lalu, sebenarnya rakyat menunggu dengan penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru, ujarnya.

Ia boleh dilihat dengan kerajaan yang sedia ada terpaksa menghalang usaha itu dengan pelbagai provokasi dihidangkan semata-mata bagi menghalang usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru, ujarnya.

"Hasil dari pemerhatian kita terhadap mood rakyat, kita dapati memang rakyat menunggu penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru menggantikan kerajaan yang korup hari ini," katanya.

Beliau juga menjangkakan isu pembentukan kerajaan baru yang diusahakan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menjadi isu hangat pada Kongres KeADILan pada 28 hingga 30 November ini._