Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
25 fBER
Pendekatan bertahan oleh PR sebelum ini amat merugikan rakyat kerana kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh kerajaan BN haram di beberapa negeri PR. Kami menyokong sepenuhnya gerakan membongkar dan melondehkan segala-galanya yang termampu. Jangan bagi muka lagi dan kesempatan kepada para perompak rakyat di mana sahaja mereka berada. Mereka adalah makhluk perosak yang khianat kepada negara dan rakyat. Teruskan sehingga mereka tersungkur tanpa celana di bumi ini...!!
Mana-mana YB seperti Ibrahim Ali..juga suruh balik kampung dan ternak itik lebih bagus dari berceloteh entah ape-ape di parlimen..buat malu rakyat Kelantan aje (dia ni dah macam itu sebelum dan selamanya) ..aje..
Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo |
Ahmad Tajdid Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT | |||||||||
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim. "Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik. Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri. Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_
|