HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
12/13 DIS
Malam semalam sehingga jam 2 pagi sempat berbincang dengan Bro Hamdi, anak muda yang masih segar dan kental dengan semangat juangnya sejak tahun 1998 di gelanggang reformasi. Saya dapat menerima beberapa info soal isu bogel dari media tapi belum sempat mendengar dari tuan badan idea ini. Jadi bila berbincang dengan Hamdi (salah seorang reformis yang tidak bersetuju dengan aksi bogel) saya mula memahami lebih jauh isu ini. Pagi ini terpampang pula berita di Sinar "Reformis bogel ala gerila". Tersedak dibuatnya bukan kerana cekik air kopi mamak yang manis tapi hangatnya berita ini. Saya relax dan duduk sambil membacanya sebelum 3 anak muda datang join minum bersama tose mamak Restoran Deen.
Setelah membacanya saya dapat simpulkan seperti di bawah dan ini pandangan saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa:
1. Yang jelas IKRAR tidak terlibat dalam perancangan dan idea bogel membogel di depan sesiapa terutama di depan pimpinan PR. Tapi kami setuju jika kita membogelkan segala rahsia BN-UMNO terutama kes rasuah, kezaliman dan segala bentuk perancangan jahat mereka selama 51 tahun lalu. Untuk membogelkan diri sendiri atau membogelkan fizikal Pak Lah, Najib, Rosmah atau siapa sahaja rasanya belum lagi. Jauh sekali untuk meletak kerengga setelah dibogelkan. Bukan sahaja sakit digigit oleh kerengga tapi memalukan kita semua melihat telatah mereka melompat-lompat sambil memicit kerengga. Walaupun ada yang gatal dan senang digigit tapi cara begini amat memalukan bagi seorang pemimpin Malaysia sekarang dan akan datang.
2. Hak bogel sebagai tanda protes oleh teman-teman Reformis terhadap kerajaan PR terutama di Selangor...menurut kami itu hasrat sebahagian dari mereka. Jadi rasanya ia masih bersifat hasrat belum menjadi realiti. Jika ianya menjadi realiti maka mereka yang berhasrat akan pasti mampu menanggung segala risikonya. Yang pasti majlis akan jadi huru hara dan ramai yang pakai kaca mata hitam yang tak tembus. Anak kecil dan wanita akan lari bertempiaran mendapatkan tempat perlindungan. Polis dan pegawai keselamatan akan menangkap mereka menggunakan guni beras atau guni gula yang dilubangkan di bawah untuk dua kaki. Maka setelah dipakaikan guni maka bertukarlah demonstrasi bogel kepada demonstrasi guni beras atau guni gula. Rasanya mesej mereka sudah sampai kerana kemiskinan rakyat digambarkan dengan memakai guni amat menarik para pelancong dan pemberita seantero nusantara. Kami meminta dengan penuh hormat agar pihak polis mengizinkan mereka mengadakan demonstrasi guni aman ini untuk rakyat.
3. Kepada pihak Kerajaan PR di 5 buah negeri kami berharap dapat menerima fenomena ini sebagai senario politik baru selepas kemenangan 8 Mac 2008. Inilah sebahagian dari aksi rakyat dan saya yakin di masa akan datang aksi yang bermacam akan bermunculan kerana protes rakyat era demokrasi Malaysia boleh pasti berdatangan. Bermula dari bakar bendera pimpinan China oleh UMNO Penang, isu Saiful diliwat, jentera kerajaan bermukim di Permatang Pauh, bawa YB ke Taiwan, lepaskan Razak Baginda, tangkap rasuah seks, tangkap rasuah upahan fulus, Pak Lah disuruh turun oleh pimpinan UMNO, Najib nak cepat jadi PM, Mahathir keluar dari UMNO, Mukhriz bertarung untuk Ketua Pemuda, sumbat blogger dan YB ke ISA, Utusan Malaysia isytihar perang dengan PR dan terlalu banyak jika nak di catat. Yang jelas inilah fenomena baru dalam kancah politik Malaysia.
4. Kepada pimpinan PR, bersabarlah dengan karenah ini dan ianya akan pasti berakhir jika ditangani dengan dialog yang baik. Reformis adalah manusia biasa dan pimpinan juga adalah insan yang diciptakan untuk memimpin mereka. Teringat kisah Lukman al hakim dengan anaknya ketika menunggang kuda masuk ke kampung. Beliau menerima bermacam persepsi dari masyarakat yang melihat gelagatnya. Akhirnya Lukman al hakim tiba dengan selamat ke tujuan tanpa menghiraukan segala bentuk tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Apa yang penting dia tahu apa yang dia lakukan dan tujuan sebenar yang dia lakukan. Inilah metod Lukman al hakim.
5. Kepada sdr Reformis, sdr adalah pahlawan rakyat dengan bersyarat bukan pahlawan tanpa pedoman. Alangkah lebih baik jika kita semua dapat berbincang bersama dan mencari solusi terbaik untuk rakyat. Musuh akan tertawakan lawannya apabila lawannya bercakaran sesama sediri. Ayuh kita baiki segala kekurangan ini dan bangun bersama membela rakyat. Anda punya niat baik untuk rakyat dan pemimpin PR juga sama maka masalahnya hanyalah tiadanya komunikasi positif antara kedua pihak. Hentikanlah cabar mencabar kerana kita semua sedang berperang dengan musuh rakyat yang sekian lama menghisap darah rakyat.. Simpanlah tenaga muda anda untuk tujuan yang lebih besar di depan sana!!! Berdamailah sdr kerana dari perdamaian akan melahirkan kekuatan!!!
Mohon maaf kepada semua jika ada yang terguris!! Anda semua sedang berijtihad untuk sebuah perjuangan yang mulia..renungkanlah bersama!!
Friday, December 12, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)