foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, May 4, 2009

GUNAKAN JIN DAN KHURAFAT ADALAH AMALAN PARTI SYAITAN

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4 MAY

Ada beberpa artikel sebelum ini berkaitan dengan partai syaitan dan karektornya patut disemak semula kerana semakin hari semakin banyak bukti betapa ramai para YB yang bukan dari PR dari atas sampai ke bawah menggunakan makhluk lain untuk memast6ikan mereka berkuasa. mereka solat sampai hitam dahi tapi yang hitam makin pekat ialah hatinya bilamana yakin selain Allah sebagai penentu hidup ini. Dahi yang hitam bukan jaminan benar amalan seseorang jika tidak membetulkan terlebih dahulu taawur Islam yang kaaffah (sempurna dan lengkap).
Jadi saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak yang masih mengamalkan perbuatan syirik segeralah mengucapa dua kalimah syahadah dan bertaubat!! Jangan tunggu fatwa mufti baru nak bertaubat kerana masih banyak yang mufti tak mampu nak keluarkan fatwa sampai la ni ..! Toto dan empat nombor ekor masih menjadi hidangan mingguan orang Islam mufti tak bising pun, jadi nak harap apa dengan mufti?? Maaf jika terlalu keras tapi inilah relitinya. Maaf selagi fatwa beraroma fulus maka selagi itulah umat ini akan menjadi jahil. Mufti tak takutke? Tepuk dahi tanyalah iman masing-masing!!!

Soal Zambry undang bomoh macam sam dengan Najib dan rosmah undang bomoh cuma tempat aje yang berbeza. satu di SUk dan satu lagi di Putrajaya. Kedua perbuatan itu adalah syirik dan wajib bersyahadah semula.!! Jangan main-main yop dengan syirik!! Teman mohon satu aje..SYAHADAH DAN TOBATLE!!!! Semoga Allah menerima tobat sdr semua!!! Amin..

Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong

IPOH 3 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliau sebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di sini, Zambry berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Khalil melalui laman blognya.

‘‘Ini suatu tindakan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 7 Mei ini. Tuduhan ini sangat merbahaya kerana ia dikeluarkan oleh seorang bergelar Yang Berhormat.

‘‘Saya telah membuat satu laporan polis dan akan mengambil tindakan susulan berdasarkan undang-undang yang ada,’’ katanya di sini malam ini.

Dalam laman blognya itu, ADUN Titi Serong antara lain mempersoalkan tindakan Zambry dan Barisan Nasional (BN) membenarkan dewan persidangan dimasuki ‘bomoh’ untuk ‘menjampi’ kerusi Speaker.

Menurut Khalil, beliau sanggup menghadapi risiko atas tuduhannya itu kerana yakin maklumat yang diterima tentang perkara tersebut cukup jelas dan dipercayai daripada seorang pegawai kerajaan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau pelik bagaimana seorang wakil rakyat yang menganggap dirinya ustaz tergamak melakukan tuduhan begitu.

‘‘Bayangkan, beliau boleh mengeluarkan kenyataan dan tuduhan sebegitu rupa. Saya melihat perkembangan terbaru ini sebagai tindakan terdesak pihak pembangkang untuk mengapi-apikan perasaan rakyat,’’ ujar beliau.

Zambry berkata, beliau tidak akan membiarkan pemimpin parti pembangkang di negeri ini terus ‘menyalakan api’ kebencian rakyat termasuk tindakan mengheret Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam tuduhan itu.

Katanya, beliau berbincang dengan peguamnya bagi membolehkan tindakan susulan yang dimaksudkannya diambil dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kampung Rapat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis oleh Zambry pada pukul 8.45 malam.

Idham pertahan isu 'bomoh' Zambry, jampi Dewan
Azamin Amin
Mon | May 04, 09 | 10:19:55 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Hrkh) - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) Drs. Kahlil Idham Lim hari ini mempertahankan kenyataan yang dibuat semalam berhubung tindakan Dr Zambry Abdul Kadir membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker.

"Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh.

"Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini," katanya dalam blognya.

Selain itu beliau tidak berhajat menyeret mufti dalam isu tersebut namun jika di waktu kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan, adalah wajar memberi respon yang segera juga dalam hal terbabit.

"Mufti sangat cepat mengeluarkan pandanganmengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Semalam dilaporkan Zambry telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Idham itu yang turut mengaitkan isu provokasi dan gangguan pihak tidak bertanggungjawab terhadapa Adun-Adun Pakatan Rakyat menjelang Sidang Dun 7 Mei ini.

Berikut adalah antara petikan kenyataan Idham di dalam blognya baru-baru ini :-

"Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dan BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut." - azm _


GUNAKAN JIN DAN KHURAFAT ADALAH AMALAN PARTI SYAITAN

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)