HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2/3/4 jULY
Terpampang di dada akhbar utama, KPN minta kerjasama dengan ATM untuk bantu jaga keselamatan perhimpunan 6 July nanti. APakah ini provokasi atau strategi supaya rakyat takut dengan berita ini? Bagi rakyat biasa mereka tak fikirkan itu semua lagi sekarang kerana mereka cukup menderita dengan harga minyak, harga barang, bil letrik, harga beras dan bermacam-macam harga yang akan naik dalam masa terdekat ini. Sungguh malang rakyat biasa ini jika kerajaan BN-UMNO melayan mereka dengan hal yang menakukan mereka pada hal mereka hanya meminta agar kerajaan BN-UMNO hari ini menurunkan semua harga minyak sejajar dengan strategi diwujudkan Petronas.
Malang sekali rakyat jika kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat mengkhianati mereka selepas mereka memilih BN sebagai kerajaan. INIlah bukti yang cukup jelas betapa kerajaan BN sudah desperate/terdesak. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi melainkan mereka akan menghancurkan demokrasi yang selama ini dianut dan dijadikan hujah untuk terus berkuasa walaupun mereka tidak peduli dengan konsep demokrasi sebenar. Dayus sekali pemimpin yang ada dan selayaknya rakyat menolak mereka dan melupakan mereka untuk selamanya. Lupakan BN-UMNO bermakna rakyat bertemu dengan Harapan Baru yang lebih terjamin, makmur dan adil.
Ayuh sdr/sdri ku, kita buktikan kepada kerajaan BN bahawa rakyat menolak mereka dan mahukan kerajaan baru bersesuaian dengan perlembagaan yang ada. Ayuh kita penuhkan jalanraya dan taman-taman sekitar PJ pada 6 July ini.!!! Pertemuan PROTES sejuta rakyat adalah sejarah dan anda salah seorang pengukir sejarah. Ini kenangan anda dan kenangan ini adalah sebahagian dari perjuangan anda dalam membina HARAPAN BARU MALAYSIA!!! AYUH, kita korbankan segalanya untuk masa depan anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Bangun dan bangkitlah dari tidur mu dan bergeraklah bersama dalam satu barisan kukuh yang mampu meroboh tembuk KEZALIMAN BN-UMNO buata selamanya!!!
Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman
Tarmizi Mohd Jam
Fri | Jul 04, 08 | 11:01:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Penglibatan tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.
Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.
Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.
Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.
Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.
"Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan," tegas Aziz.
Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.
Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis - seksyen 27 - yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.
Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.
Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.- tmj _
Thursday, July 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)