foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, June 13, 2008

HATI-HATI POLIS MULA BERTINDAK....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

14 JUN

Himpun di depan Istana Negara, enam ditahan polis

Harakahdaily Sat Jun 14, 08 1:55:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Enam orang, termasuk tiga ahli Parlimen KeADILan ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara. -->
Kumpulan itu termasuk 40 kanak-kanak yang membawa 'teddy bear' untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.
Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.
Tiga ahli parlimen KeADILan yang ditahan itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Sivarasa Rasiah (Subang) dan S Manikavasagam (Kapar).
kira-kira 70 anggota polis termasuk 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berkawal di luar Istana Negara.
Sivarasa ditahan pada kira-kira jam 10.25 pagi manakala Zuraida pula ditahan lima minit kemudiannya. Keenam-enam mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam van polis, dipercayai dibawa ke balai polis Brickfields.
Pada kira-kira jam 10.40 pagi, kumpulan tersebut tiba dengan menaiki bas yang berhenti kira-kira 500 meter dari istana.
Mereka kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara, termasuk kira-kira 30 orang dewasa yang memakai lencana Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).
Berunding dengan polis
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menghampir istana oleh anggota polis yang mengawal kawasan tersebut.
Kemudian, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ronie Liu tiba dan berunding dengan pegawai polis di situ.
Selepas setengah jam berunding, polis membenarkan kanak-kanak tersebut menghampir pintu utama istana untk menyerahkan 'teddy bear'.
Difahamkan, pihak istana bersetuju menghantar wakil untuk menerima hadiah dari kanak-kanak tersebut.
Bagaimanapun apabila tiada wakil istana yang muncul, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan 'teddy bear' dan sedulang pisang kepada Ronnie sebagai mewakili kerajaan Selangor.
Mereka kemudiannya meminta kerajaan negeri mengatur untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 11.30 pagi. Perhimpunan pagi ini berjalan secara aman.
Dalam pada itu, kesemua yang ditahan itu, dibebaskan kemudiannya dengan jaminan lisan, dan dilihat keluar dari balai polis Brickfields pada kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi. - mks._

BERBEZA TINDAKAN DENGAN
Himpunan aman amaran awal rakyat pada PM

Saidah Hairan Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat Jun 14, 08 7:06:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar. -->
Perhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.
Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.
Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan 'Turun...turun...harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun'. Di tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.
Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, "Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?"
Serentak kedengaran laungan "Tidak mahu" bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.
Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.
"Apakah mereka tidak ingat mereka dipilih oleh rakyat, mereka tidak insaf walaupun rakyat telah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu,"katanya di hadapan Sogo.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa perarakan petang ini menunjukkan isyarat supaya Abdullah mesti berhenti.
Ini kerana katanya, rakyat menjadi mangsa di atas kezaliman pemerintahan beliau.
"Kita mesti meneruskan bantahan sampai mereka menurunkan harga minyak," tegasnya.
Ucapan pimpinan PAS Pusat dan KeADILan itu diselang selikan dengan laungan; "Turun-turun...harga minyak; Turun-turun BN; Turun-turun Pak Lah, Turun-turun Najib".
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi turut mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa himpunan rakyat itu memberi mesej kepada Umno-BN agar jangan mempermainkan rakyat.
Katanya, jika pemerintah Umno-BN terus mempermainkan rakyat, mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan Umno-BN.
"Amaran awal kita rejim Umno-BN kalau tidak turunkan minyak dan tol rakyat akan berhimpun lebih satu juta pada 5 Julai nanti," tegasnya.
Beliau melaungkan, pimpinan BN hidup kaya akibat meragut hasil kekayaan negara.
Sementara itu Ketua Angkatan Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin melaungkan, kerajaan Umno-BN sudah gila kerana telah menaikkan minyak sebanyak 78 sen.
"Ini orang gila punya kerajaan. Tidak tahu masalah rakyat. Kita akan kutip satu juta tandatangan sebelum 5 Julai ini," jelasnya.
Beliau menjelaskan, kutipan tandatangan itu merupakan protes rakyat yang terbesar tercatat dalam sejarah politik tanahair.
Ucapan beliau itu disambut laungan orang ramai; "Minyak naik, rakyat geram'.
Dalam pada itu, Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Thantawi berkata, rakyat menghadapi pimpinan negara yang menipu.
Ini kerana katanya, sebelum pilihan raya Najib mengeluarkan kenyataan minyak tidak akan dinaikkan tetapi selepas pilihan raya minyak telah dinaikkan.
Beliau menjelaskan maksud hadis, 'mana-mana maruah pimpinan yang menipu rakyat mereka diharamkan Allah daripada masuk ke dalam Syurga'.
Tambah beliau, "Mana-mana pimpinan yang menyusahkan kehidupan rakyat mereka akan disusahkan kelak di akhirat."
Ucapan di hadapan Sogo itu diakhiri dengan bacaan doa oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Peserta dan pimpinan PAS dan KeADILan meneruskan perarakan sehingga ke hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Ketika peserta demonstrasi berpusing balik ke Pejabat Agung PAS, semua kenderaan bas, kereta, motor yang berhenti di lampu isyarat membunyikan 'hon' tanda memberi sokongan.
Peserta perarakan yang berhimpun di pejabat Agung terpaksa bersurai kerana pihak polis berkawal di hadapan pejabat itu.
Bagaimana tidak ada sebarang tangkapan dan kekasaran yang berlaku di sepanjang perarakan petang ini. - mks. _

DEMO BERJALAN LANCAR DAN JADUAL ROAD SHOW.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

13 jUN.

Jam 11 pagi kami mula keluar dari Gombak terus ke Kg. Baru...tiba di simpang Kg. Baru kelihatan kereta polis warna merah, kereta warna biru dan pegawai polis yang berselerakan. Di KLCC juga sama tapi tidak sebanyak di Kg. Baru.

Alhamdulillah..selepas Jumaat group dari KLCC diinfokan agar ke Sogo. ...

Protes harga minyak akhirnya berlangsung di hadapan Sogo

Muhammad Nor Abd. Samad Fri Jun 13, 08 9:55:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Jam 2.00 petang. Para jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru dan KLCC mula mengambil posisi untuk memulakan perarakan membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. -->Di simpang empat berhampiran Masjid Kampung Baru, lebih 50 orang anggota FRU mengepung orang ramai daripada berarak menuju KLCC. Bagaimanapun orang ramai mengubah haluan, menghala ke Jalan Chow Kit untuk kemudiannya mengikut jalan lain ke KLCC.
Di Masjid KLCC, orang ramai berdepan dengan lebih sepuluh trak FRU termasuk trak �Water Cannon� yang cuba menghalang mereka berarak ke perkarangan KLCC.
Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan Pemuda PAS Pusat ini mendapat tentangan daripada pihak kerajaan dan pihak polis semalam mengatakan bahawa tindakan bakal diambil kepada mereka yang terlibat.
Jam 2.40 petang. Kira-kira 2,000 peserta perhimpunan yang berarak melalui Jalan Tunku Abdul Rahman dari Jalan Chow Kit, berhenti di hadapan kompleks beli belah Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin demonstrasi.
Sementara itu bangunan KLCC dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak pagi tadi. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang anggota pasukan keselamatan berkawal di bangunan tersebut dan difahamkan mereka didatangkan daripada ibu pejabat polis Dang Wangi, Putrajaya dan Sentol.


Pakatan Rakyat minta awasi sabotaj cemarkan perhimpunan hari ini

Hirman Fri Jun 13, 08 10:15:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat memberi ingatan kepada peserta perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak hari ini, supaya mengawasi kemungkinan provokasi didalangi pihak tertentu. -->Jurucakap Pemuda Pakatan Rakyat memberitahu, pihaknya mendapat maklumat ada sekumpulan gangster dipercayai diupah oleh pihak tertentu untuk mensabotaj dan mencemari demonstrasi aman yang bakal diadakan.
Katanya, rakyat Malaysia tidak harus tertipu dan mengawasi usaha jahat seperti menaikkan sepanduk yang menggunakan ayat-ayat provokasi serta melakukan sebarang bentuk vandalisme.
�Sepanjang penganjuran perhimpunan disertai PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain NGO semuanya berjalan dengan aman.
�Perhimpunan Bersih, demonstrasi Protes semuanya berjalan dengan aman, tanpa sebarang perkara yang boleh mencetuskan kekacauan,� tegasnya.
Menurut beliau, jika pun berlaku sedikit kekecohan, ianya adalah berpunca daripada tindakan pihak polis yang menembak gas, cecair berasid, menangkap dan memukul peserta perhimpunan aman.
�Kami mempunyai penyokong dan rakyat Malaysia yang begitu berdisplin, jika timbul kekacauan, ia adalah provokasi dan sabotaj pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan nama Pakatan Rakyat.
�Isu ini adalah isu memperjuangkan hak rakyat, justeru peserta sama sekali tidak akan melakukan sebarang kerosakan yang merugikan rakyat,� tegasnya.
Bagaimanapun katanya, Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyediakan petugas keselamatan yang akan membantu polis untuk menghalang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme dan sabotaj.
Pemuda Pakatan Rakyat begitu yakin perhimpunan membantah kenaikan harga minyak akan disertai puluhan ribu peserta kerana ia adalah isu bersama yang didokong semua.

Kenaikan harga minyak, rakyat berhimpun tunjuk kemarahan
13 June 2008

DIKEMASKINI (gambar didalam)KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.

Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.

Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.

Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.

Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.

Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas. -fiq


Kenaikan harga minyak, rakyat berhimpun tunjuk kemarahan
Posted on 13 June 2008
DIKEMASKINI (video dan gambar didalam)KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.
Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.
Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas. -fiq


DIKEMASKINI (gambar didalam)KUALA LUMPUR, 13 Jun (SK) - Sekurang-kurangnya 2000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.

Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.

Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.

Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.

Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.

Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas. -fiq


Sememangnya dalam hal ini...kita mesti berhati-hati kerana semua pihak terutama BN-UMNO perlukan kerusuhan untuk kepentingan mereka da menggagalkan agenda PR...






















Talk & Roadshow

Road Show GERAMM
Posted on 13 June 2008

[Kemaskini pada 13/06/08] Road Show GERAMM di Seluruh Negeri Selangor
Darul Ehsan yang di adakan pada bulan ini.
Diadakan Kearah 1 juta perhimpunan pada 5 Julai 2008 di ibukota.

20-Jun
Demo Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor
Masjid Kampung Melayu AmpangAmpang
Amsah (017-6030093)
Masjid Puncak JalilSerdang
Farid (019-7479407)
Masjid Simpang TigaGombak
Jafrien (012-2992050)
Masjid Raja Muda MusaHulu Langat
Hanapi (012-3051757)
Masjid SekincanSungai Besar
Fauzi (017-3030346)
Masjid NegeriShah Alam
Mazli (019-3682855)
Masjid Damansara UtamaPJU
Jonah (019-2057498)
Ceramah 100 Hari PR
Stadium SAMazli (019-3682855)

21-Jun
Ceramah 100 Hari Pakatan Rakyat Stadium Shah Alam
Halimey (019-2399809)
Road Show CeramahSg. Besar Fauzi (017-3030346)
Road Show CeramahPJS Mat Akhir (016-3873647)
Demo Plaza Tol NPEPJS
Ceramah 100 Hari Pakatan Rakyat Seluruh bhg2 S’gor Semua

22-Jun
Ceramah GERAMMSeksyen 24, S.AlamYB Azmin / Yakkob/ Tian Chua/ Gobalakrishnan/ Rodziah/Shamsul/ Jonah/ Hishamudin Rais
Hisham (016-2870947)
Seksyen 24, S.AlamShah Alam
Hisham (016-2870947)
PJU & PJS Mat Akhir (016-3873647)

27-Jun
Road Show Ceramah
Rawang Selayang
Izham (017-3532773)
Sepang Azif (016-6858558)
Subang Edi (013-5099248)
Ampang & Pandan Amsah (017-6030093)
Demo Di Masjid-Masjid Utama Seluruh Selangor
Masjid Seksyen 14, PJ Masjid Sultan Abdul Aziz PJS Mat Akhir (016-3873647)
Masjid Cyber Jaya Sepang Azif (016-6858558)
Masjid Bukit Indah Ampang Amsah (017-6030093)
Masjid Bandar Baru Bangi Serdang Farid (019-7479407)
Masjid Al Ridwan, Ulu Klang Gombak Jafrien (012-2992050)
Masjid KajangHulu Langat Hanapi (012-3051757)
Masjid Sungai BesarSungai Besar Fauzi (017-3030346)
Masjid Batu TigaShah AlamMazli/Hisham (016-2870947)
Masjid Kampung TunkuPJU Jonah (019-2057498)

28-Jun
Ceramah GERAMMStadium Seksyen 15YB Azmin/ Yakkob/ Tian Chua/ Gobalakrishnan/ Rodziah/ Shamsul/ Jonah/ Hishamudin Rais
Hanapi (012-3051757)
Road Show Ceramah Klang Mazli /
Irwan (019-3456192)
Road Show CeramahStadium Seksyen 15 (tol Bangi)Hulu Langat
Hanapi (012-3051757)

Peace WalkKLGombak, Ampang, Serdang, PJS & PJU
Haslan (016-3576010)

29-Jun
Stadium Sungai BesarYB Azmin/ Yakkob/ Tian Chua/ Gobalakrishnan/ Rodziah/ Shamsul/ Jonah/ Hishamudin
RaisFauzi (017-3030346)
Beberapa siri ceramah sepanjang bulan sedang di aturkan. Sebarang informasi terbaru berkenaan tarikh, lokasi dan penceramah akan di beritahu kelak.